Saya baru sahaja renew langganan saya dengan syarikat hosting untuk projek laman web saya iaitu sabreehussin dot biz ini. Ini bermakna, saya akan terus menulis dalam blog ini untuk tempoh satu tahun lagi.
Maka, misi untuk hidup bebas dari masalah kewangan menerusi kaedah penulisan akan diteruskan!
Eh, percayakah anda, yang sebenarnya kita boleh hidup bebas dari belenggu dan masalah kewangan jika kita mempunyai “KEPAKARAN” dalam bidang penulisan?
Tak tau? Tak pernah dengar? Hmm kalau macam tu, anda memang dah jatuh WAJIB baca ebook Rahsia Penulis ni.
Dalam ebook ni menceritakan macam mana kita boleh jadi seorang penulis bebas yang bukan sekadar menulis untuk syok sendiri, sebaliknya kita menulis untuk menghasilkan pendapatan.
Berapa banyak? Ia terpulang kepada kesanggupan anda dan berapa komited anda dalam hal ni.
Namun, jumlah yang dicadangkan, yang possible untuk kita semua raih ialah dalam anggaran RM1,000 setiap bulan. Hanya dengan menulis! Adakah anda rasa, menulis itu terlalu sukar? Anda sendiri ada jawapannya.
Baiklah, sebagai menyahut seruan dan cabaran yang terkandung dalam ebook Rahsia Penulis ni, maka untuk kesekian kalinya, saya meneruskan lagi aktiviti penulisan saya di blog ini. Bayaran untuk hosting pun dah dibuat. So, lepas ni, tak perlu nak fikir-fikirkan sangat. Jalan terus, dan luahkan je setiap apa yang terlintas dalam kepala, terutama sekali yang baik-baik dan yang memberi manfaat kepada para pembaca.
Kalau nak menulis dalam blog kena ada hosting dengan nama domain!
Ya… memang betul dan saya tak nafikan. Anda boleh bermula secara percuma sahaja dengan menggunakan servis yang disediakan oleh laman-laman web seperti wordpress.com dan juga blogspot.com
Daftar akaun secara percuma dan anda dah boleh mula menulis. Namun, pendapat saya sendiri, daripada pengalaman dan kajian yang saya sendiri lakukan, ia bukanlah cara yang bagus walaupun jimat wang.
Saya mengesyorkan, untuk anda yang benar-benar ingin serius jana pendapatan menerusi jalan penulisan, buatlah sedikit pelaburan untuk mendapatkan servis perkhidmatan nama domain dan juga hosting. Ia bukannya mahal sangat pun, dan anda boleh dapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan kos serendah RM60 sahaja setahun.
Syarikat hosting terbaik yang boleh dijadikan pilihan?
Sepanjang saya bergiat secara aktif menulis di laman web dan juga di blog, hanya ada dua sahaja syarikat hosting yang saya pernah langgan perkhidmatannya. Memandangkan sepanjang saya menjadi pelanggan mereka, saya jarang atau mungkin patut saya katakan saya tak pernah dilanda sebarang masalah, jadi saya nak kongsikan pada anda, dua buah syarikat yang mungkin anda boleh pertimbangkan.
(1) Syarikat Hosting NetKL
[klik sini untuk ke laman web]
Sejak dari tahun 2009 lagi saya dah gunakan perkhidmatan dari syarikat ni. Sesetengah orang, dia suka nak tukar-tukar company hosting. Dari company A ke company B.
Pada saya pulak, selagi syarikat tersebut tak ada sebarang masalah, masih lagi memberikan perkhidmatan yang terbaik, saya tak ada masalah untuk stay dengan syarikat tersebut. Kiranya tahun 2016 ni, masuk tahun yang ketujuh saya bersama dengan pihak NetKL. Lama jugak la kan kiranya?
(2) Syarikat Hosting Usahawan Terbilang
[klik sini untuk ke laman web]
Saya beranggapan adalah sesuatu yang kurang wajar dan tak cerdik kalau cuma mengharapkan satu syarikat hosting semata-mata untuk menjadi host bagi laman-laman web buat duit yang saya miliki.
Kalau jadi apa-apa kat syarikat tu, silap-silap nanti habis semua usaha dan penat lelah saya. Almaklumlah, sekarang ni isu keselamatan siber adalah isu besar yang perlu diberi perhatian.
Jadi kenalah beringat sebelum kena, dan sediakan payung sebelum hujan.
Memandangkan kebanyakkan projek-projek penulisan saya lebih tertumpu kepada pasaran tempatan, iaitu di Malaysia, maka kebanyakkan syarikat hosting pilihan saya juga saya akan pilih yang tempatan.
Selain ia lebih murah, ia juga lebih pantas untuk di akses oleh mereka yang berada di Malaysia. Baiklah, itulah dia, serba sedikit kalau ada yang minat nak ikuti jejak langkah saya dan ramai lagi rakan-rakan penulis di Malaysia, untuk buat duit dengan penulisan. Jom…