Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 25, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusun

Saya rindu betul suasana camping dalam hutan. Kalau masa zaman sekolah dulu, seingat saya dalam setahun ada dua atau tiga kali saya akan ikuti aktiviti camping.

 

Setiap aktiviti pula dianjurkan oleh kelab dan persatuan yang berbeza. Waktu masih sekolah, ambil peluang untuk sertai aktiviti kokurikulum. Setidak-tidaknya bolehlah dapat pengalaman dan ilmu baru yang sukar untuk diperolehi kalau hanya duduk dalam kelas sahaja.

 

Bila dah masuk ke usia dewasa ini, sekarang dah agak susah nak dapat peluang untuk buat aktiviti perkhemahan. Bukan semua orang suka nak masuk hutan dan bermalam dalam hutan.

 

Macam-macam cabaran bila masuk hutan dan bermalam disitu.

 

Misalnya, banyak serangga dan terdedah kepada risiko gigitan serangga, bila waktu malam suasana jadi gelap gelita, susah nak melepaskan hajat bila tempat yang dipilih untuk berkhemah agak jauh dari tandas awam.

 

Kalau tempat tersebut dekat dengan tandas, ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku, antaranya

(i) Bila malam, pintu tandas dikunci

(ii) Tandas tak dikunci tetapi tiada air.

(iii) Tandas tak dikunci, ada air, tapi lampu pula rosak.

 

Bila fikirkan cabaran-cabaran macam ni, akhirnya kita buat keputusan untuk tak nak buat aktiviti perkhemahan. Kalau nak buat juga, kena pilih something yang tak begitu mencabar.

 

Saya rasa anda mungkin pernah dengar aktiviti glamping. Ia merupakan singkatan bagi perkataan glamorous and camping. Kita masih lagi akan tidur di tapak perkhemahan, tidur dalam khemah, cuma bezanya terdapat banyak kemudahan yang tersedia.

 

Ada tandas, bilik air, tempat masak, dan dalam khemah juga tersedia bekalan elektrik, perkakasan elektrik dan banyak lagi. Salah satu tempat glamping yang saya temui ada di Raub, Pahang.

pengalaman-glamping

Instead of guna khemah biasa, tempat ini menggunakan pod sebagai tempat tidur. Tempat ini boleh memuatkan tiga buah keluarga dalam satu masa.

 

Pada waktu malam, tak perlu risau tentang suasana gelap, sebabnya dalam tempat tidur atau pod ini memang ada lampu dan bekalan elektrik. Boleh juga nak cas handphone bila menginap ditempat ini.

[Read more…]

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: camping dalam hutan, pengalaman camping, tempat best camping, tempat menarik untuk camping

Top Posts & Pages

  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in