Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 2, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Cari theme wordpress premium dengan harga MURAH di Fiverr

Bulan Oktober 2017, saya sekali lagi melancarkan sebuah projek laman web yang baru. Kali ini, saya ingin bina sebuah laman blog berkonsepkan travel.

 

Manalah tahu, jika ada rezeki, satu hari nanti laman web tersebut akan jadi laman blog travel terbaik di Malaysia. In Shaa Allah. Cita-cita, harapan, keinginan dan azam memanglah kena tinggi.

Untuk projek laman blog travel tu, saya akan bekerjasama dengan beberapa orang penulis blog lain. Jika anda juga berminat untuk sertai projek ini, bolehlah hubungi saya.

 

Bila dah pasang sistem wordpress pada laman blog yang nak dibina tu, langkah seterusnya dah tentu saya nak mencantikkan blog tersebut. Atau at least, saya nak juga blog tersebut kelihatan sedap mata memandang.

 

Macam mana cara nak cantikkan sebuah blog? Mudah sahaja. Pasang dengan theme. Kalau guna perisian percuma blogspot, ia dipanggil template.

 

Bagaimana mencari theme yang bagus untuk blog wordpress?

Straight to the point.

 

Theme yang bagus biasanya adalah theme yang berbayar. We call it premium theme.

 

Developer premium theme ini memang telah mengambilkira pelbagai aspek sebelum nak bangunkan sesebuah theme. Premium theme untuk wordpress, bukan sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata, sebaliknya ia juga dibina dengan mengambil kira faktor lain, seperti

  1. Kelajuan laman web apabila diakses menggunakan internet kelajuan rendah
  2. Keupayaan laman web untuk bersaing dari segi ranking di search engine google
  3. Reka bentuk yang simple namun kelihatan elegan

 

… dan adalah lagi macam-macam faktor lain.

 

Ikut perancangan asal, saya nak pakai je theme yang sama yang saya biasa gunakan dalam blog-blog saya yang lain. Blog ini menggunakan theme canvas dari Wootheme. Wootheme ini juga adalah salah satu premium theme.

 

Bila saya pasang, tiba-tiba ada masalah.

 

Nampaknya, theme yang saya beli dulu, sekitar tahun 2012 dah tak boleh digunakan lagi pada tahun 2017 ini. Bila saya baca, rupa-rupanya saya kena renew dulu membership barulah theme yang saya beli sebelum ni akan beroperasi dengan baik.

 

Setelah renew membership, segala penambahbaikkan pada theme juga akan saya perolehi. Itu memang bagus, cuma MAHAL la. Dulu masa saya beli theme tu pun sebab ada promosi sempena cyber monday atau mungkin black friday. Tak ingat yang mana satu.

 

Saya tertarik nak pakai theme dari Genesis

Oleh sebab saya dah tak boleh guna theme dari Wootheme yang saya pernah beli sebelum ni, lalu saya pun cuba cari alternatif lain.

 

Saya berkenan pulak nak pakai Genesis Theme. Lagipun saya tak pernah lagi ada pengalaman pakai theme ni. Rasanya theme ni pun nampak menarik dan yang penting, sedap mata memandang.

 

Sayangnya… harga dia pulak mahal sangat! USD59.95 tu. Kalau kita tukar kepada matawang RM pada masa ini, nilainya lebih kurang RM253.50

 

Alamak, bajet saya tak sampai banyak tu.

 

Teringat laman web Fiverr…

kerja-sambilan-dari-rumah-dengan-fiverr

Mujurlah saya teringat laman web Fiverr. Kat sini, adalah tempat dimana berkumpulnya para freelancer dari seluruh dunia, yang mana mereka akan tawarkan pelbagai servis dengan harga yang cukup berbaloi.

 

Jika anda juga berminat nak buat duit dengan Fiverr, bolehlah belajar dari panduan ini.

 

Saya pun mula browse laman web Fiverr tu. Alhamdulillah, ada ramai yang tawarkan servis pemasangan premium wordpress theme dari Genesis Framework.

 

Lihat screenshot ini.

Ada begitu ramai freelancer yang menawarkan servis pemasangan genesis framework di fiverr. Semuanya dengan harga yang murah, iaitu USD5 sahaja.

 

Walaupun begitu, servis pemasangan ini adalah servis asas sahaja. Ia tidak termasuk servis design and configuration. Maksudnya, kalau anda nak tukar font, nak tukar warna blog, nak letak widget, atau apa-apa sahaja, itu tidak termasuk dalam servis.

 

Bolehlah kalau nak suruh mereka ni buatkan. Tetapi kena buat bayaran tambahan, khas untuk design sahaja. Bayaran untuk design ni boleh jadi sekitar USD30 dan keatas.

 

Selesai masalah.

 

Saya dah pun berjaya pasang theme dari Genesis untuk blog saya yang baru tu. Kini saya dah boleh fokus untuk bangunkan blog tersebut dengan menghasilkan seberapa banyak konten yang boleh.

 

Idea untuk mulakan bisnes di Fiverr

Benda ni memang agak ramai yang dah buat. Kalau nak buat duit di Fiverr dengan cara yang senang, saya kira anda boleh cuba dengan tawarkan servis pemasangan (install) wordpress theme macam yang mereka buat ini.

 

Pasang theme sahaja sangatlah senang. Ia semudah tekan upload kemudian tekan butang install.

 

Nah, bila dah siap, anda akan dapat bayaran sejumlah USD5.

 

Sebenarnya servis pemasangan seperti ini, tidak terhad hanya pada pasang wordpress theme semata-mata. Ada macam-macam lagi idea yang anda boleh gunakan.

 

Kalau anda serius nak belajar dengan lebih mendalam tentang selok belok perniagaan di Fiverr, nah belajar dari panduan ini.

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: blog travel terbaik, buat bisnes di fiverr, idea buat bisnes di fiverr, wordpress premium theme

Top Posts & Pages

  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Casio G-Shock
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in