Betul ke harga internet di Malaysia akan diturunkan tak lama lagi?
Selepas pilihanraya umum ke 14 tempoh hari, yang menyaksikan Parti Barisan Nasional berjaya dikalahkan oleh Pakatan Harapan, memang harga langganan pakej internet telah turun!
Walaubagaimanapun, penurunan ini sebenarnya adalah disebabkan tiada lagi cukai GST dikenakan untuk langganan pakej internet tersebut.
Saya ada buat screenshot bagi membuktikan apa yang saya nyatakan. Ini caj yang dikenakan untuk langganan internet sebelum cukai GST dihapuskan.
Jumlah yang kena bayar kepada TM adalah sebanyak RM148.40
Anggap je la kena bayar RM150 setiap bulan.
Sebaik sahaja pengumuman dibuat tentang cukai GST ditetapkan kepada 0%, sekarang ini, jumlah yang perlu bayar adalah sebanyak RM138 sahaja.
Dia punya penjimatan, lebih kurang RM10 kalau nak bandingkan antara waktu sebelum dengan selepas cukai GST ditetapkan pada kadar 0%.
Harga Internet akan diturunkan dan pengguna akan nikmati internet berkelajuan tinggi!
Berita ini, yang saya baca dari laman web Astro Awani, sudah tentu cukup menggembirakan saya, yang selama ini memang bekerja dari rumah.
Apabila jadi seorang freelancer yang bekerja sendiri, saya memang sangat bergantung kepada internet. Kalau kebetulan pada waktu tu, internet buat hal, jadi slow dengan tak semena-mena, ia memang mempengaruhi mood saya untuk buat kerja.
Ini dia berita dari Astro Awani yang boleh dibaca menerusi pautan ini.
Menurut Gobind Singh, selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia, pihaknya sedang meneliti untuk meningkatkan kadar kelajuan internet dan pada masa sama mengurangkan kos.
“Kami melihat dua aspek, yang pertama untuk menggandakan kelajuan internet, jadi kita melihat sama ada kita boleh melakukannya secepat mungkin.
“Satu lagi adalah mengurangkan kosnya, ia mungkin mempunyai kesan, tetapi kami mempunyai rancangan tertentu dan kami akan berunding bagaimana harga dapat dikurangkan, ” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
“Kami akan usahakan dan saya sudah mengadakan mesyuarat dengan jabatan-jabatan kementerian, dan saya yakin ia dapat dilaksanakan,” katanya lagi.
Saya tak pernah lagi travel ke negara luar, jadi saya tak dapat nak buat perbandingan, antara harga internet di Malaysia dengan negara lain.
Begitu juga dari segi kelajuan. Dari pembacaan yang saya buat, ada beberapa negara jiran kita, mempunyai sambungan internet yang lebih laju dari negara kita.
Walaupun tak pernah lagi keluar dan rasakan sendiri, pengalaman online dari negara lain, tetapi bercakap tentang skop harga dan kelajuan internet di Malaysia ni, saya merasakan ianya SANGAT MAHAL dan kelajuan yang diperolehi langsung tak padan dengan apa yang dibayar.
Ini kelajuan internet saya, semasa catatan ini saya tulis.
Malam ini, internet kurang meragam. Mungkin malam ini, adalah salah satu dari malam-malam yang istimewa. Kalau tak, jangan harap saya boleh tulis artikel dan siarkan artikel baru dalam blog ini, terutama sekali pada waktu-waktu macam ni.
Setahu saya, saya bayar untuk dapatkan kelajuan 4Mbps. Tapi apa yang saya dapat? Tak sampai pun 3Mbps.
Ya, saya pernah baca tentang fair usage policy. Pengguna memang tak akan dapat kelajuan yang SAMA seperti diiklankan. Kelajuan yang bakal diperolehi akan dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Cadangan yang baik tapi kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua
Saya berpendapat, dalam masa terdekat ni, kalau tak boleh nak turunkan harga internet sekalipun, at least bagi internet berkelajuan tinggi.
Saya dah cukup gembira, kalau dengan harga yang dibayar sekarang ini, saya boleh dapat nikmati sambungan internet yang lebih laju. At least, jika itu boleh dilakukan, saya rasa lega sebab saya boleh buat kerja anytime.
Pada waktu sekarang ni, kalau nak buat kerja dengan kelajuan internet yang agak laju, saya kena setkan masa kerja kepada jam 8.00 pagi hingga lebih kurang 6.00 petang.
Dari jam 7.00 petang sampai lebih kurang 1.00 pagi, biasanya internet saya sangat perlahan.
Kalau nak dapatkan internet yang laju, dan stabil, kena tunggu sekitar jam 1.00 pagi keatas. Saya pun tak pasti, adakah saya seorang yang alami masalah ini, dikawasan saya tinggal, atau semua orang kena hadap perkara ini.
Saya tak bercadang pula nak buat survey. Ianya dah tentu akan memakan banyak masa, dan masa yang ada, saya rasa lebih baik saya fokus untuk buat kerja.
Saya juga pernah bercadang nak tukar service provider, dari TM kepada lain-lain syarikat seperti YES dengan TIME. Tapi malangnya, setiap kali buat semakan network coverage, kawasan saya tinggal ni, di Desa Tun Razak, tak ada capaian lagi.
Pilihan yang ada cuma dengan TM, tapi servis mengecewakan. Ya, bukan setiap masa saya rasa kecewa dengan TM, cuma saya rasa, kalau ada pilihan lebih baik, saya tak akan teragak-agak untuk tukar.
Tapi tak apa la, saya pun ada perancangan nak keluar dari tempat ni, dan cari rumah lain. Harap-harap, rumah yang baru tu nanti, saya tak perlu berdepan dengan masalah internet slow lagi.
… dan kalau apa yang Gobind Sigh rancangkan tu menjadi kenyataan, (internet makin laju dengan harga lebih murah) itu memang satu berita yang amat menggembirakan!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.