Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 28, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Tak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berblogging

Satu nasihat yang kerap saya berikan kepada mereka yang baru nak mulakan kerjaya mereka sebagai seorang blogger ialah ini…

“Jangan takut untuk langgan servis untuk dapatkan nama domain yang profesional dan hosting yang terbaik”.

 

Nama domain yang profesional tu, bagaimana? Ok… ianya memang subjektif.

 

Dari perspektif saya, nama domain yang profesional tu adalah nama domain yang 100% menggambarkan jenama peribadi diri anda.

 

Sebagai contoh, saya ingin menjenamakan nama saya, iaitu “Sabree Hussin“… maka saya dapatkan nama domain SabreeHussin.com

 

Tak lama lepas tu, saya dapatkan pula nama domain sabreehussin.biz seperti yang saya gunakan untuk menulis di laman web ini.

 

Saya tahu, di luar sana terdapat macam-macam syarikat hosting yang menawarkan servis yang sama atau at least hampir sama. Mungkin juga anda akan rasa terkeliru, nak dapatkan servis dari company yang mana satu agaknya yang bagus ya?

 

Saya bukanlah orang yang pernah cuba servis dari semua syarikat hosting yang ada kat negara kita ni. Namun, apa yang saya boleh lakukan ialah mencadangkan anda menggunakan servis dari penyedia perkhidmatan yang saya percayai, dan yang saya gunakan sampai sekarang ini.

 

Sejak dari tahun 2009 atau awal tahun 2010 lagi, saya telah menggunakan perkhidmatan dari syarikat NETKL.

netkl_terbaik_hosting

Saya pernah juga menggunakan servis dari beberapa syarikat hosting lain untuk projek laman web saya yang lain.

 

Namun, dari apa yang saya lalui, saya rasa saya lebih selesa menggunakan perkhidmatan dari Netkl.

 

Jika anda rujuk kepada penulis blog yang lain, mereka mungkin akan mencadangkan syarikat hosting yang berbeza berbanding yang saya cadangkan disini.

 

Mereka mencadangkan berdasarkan apa yang mereka lalui dan alami. Jika pengalaman mereka sepanjang menjadi pengguna adalah baik, maka In Shaa Allah, servis yang bakal anda terima juga adalah baik.

 

Apa yang perlu anda berhati-hati adalah apabila servis dari syarikat tersebut langsung tiada review dan feedback. Itu besar kemungkinan disebabkan oleh tiada pengguna yang berpuas hati atau servis mereka biasa-biasa sahaja.

 

Saya tidaklah berniat untuk memburuk-burukkan perkhidmatan syarikat hosting dari syarikat lain. Ia hanyalah pandangan saya semata-mata, yang mungkin betul atau mungkin juga tidak tepat.

 

Sewaktu saya masih baru bermula dulu, saya memilih pakej RM60 iaitu MySilver. Menerusi pakej ini, anda akan dapat domain .com secara percuma seumur hidup.

 

RM60 setahun bukannya mahal sangat. Ianya lebih kurang bersamaan dengan anda menabung sebanyak RM0.16 sehari. Kita bundarkan ia jadi 20 sen sehari.

 

Lihat pakej lain yang ditawarkan oleh NetKL menerusi pautan ini atau boleh lihat pada screenshot dibawah ni ya.

review-syarikat-hosting-terbaik

Jadi, untuk yang baru bermula tu, pilih yang pakej RM60 setahun dah cukup memadai.

 

Tadi kan, saya ada kata, kalau anda serius nak berblogging, anda tak perlu risau nak dapatkan servis domain dan hosting berbayar kan. Ok… sebenarnya saya nak tunjukkan kepada anda.

 

Dibawah ini adalah screenshot income dari program affiliate Klikjer yang saya sertai. Cuba lihat berapa yang saya dapat.

Jumlahnya adalah RM71.50

 

Ia terhasil apabila saya berjaya jual satu produk yang disenaraikan di laman web Klikjer.

 

Sekarang, saya nak ajak anda untuk berfikiran positif. Tak kanlah dalam setahun yang ada 365 hari tu, anda menulis dalam blog, tak kan satu pun anda tak boleh nak dapatkan sales?

 

Saya tengah merujuk kepada mereka yang memang serius dengan kerjaya sebagai blogger.

 

Yang memang aktif menulis dan kemaskini blognya. Bukan itu sahaja, malahan anda juga semestinya secara aktif akan mempromosikan blog anda.

 

Apa yang saya dapat ni sebenarnya tak seberapa. Ada banyak lagi sumber pendapatan yang boleh dihasilkan apabila aktif menulis di blog.

 

Orang yang serius, pasti akan nampak ada banyak cabang yang boleh diterokai untuk menulis dan buat duit dengan blognya.

 

Jadi, tak yah la nak rasa takut ka, rasa cuak ka untuk guna domain dan hosting sendiri.

 

 

Baca juga artikel:

  • Masalah blog kena HACK!Masalah blog kena HACK!
  • Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!
  • Ekspedisi Mencari Harta Karun Online Ekspedisi Mencari Harta Karun Online
  • Sampai bila awak nak kerja freelancer?Sampai bila awak nak kerja freelancer?
  • Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!
  • Cari theme wordpress premium dengan harga MURAH di FiverrCari theme wordpress premium dengan harga MURAH di Fiverr
  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memanduRahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaanKertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Ada ke blogger yang masih tak tau teknik SEO yang begitu mudah?Ada ke blogger yang masih tak tau teknik SEO yang begitu mudah?
  • Strategi jual produk harian ke Pasaran Antarabangsa dengan UNTUNG berkali gandaStrategi jual produk harian ke Pasaran Antarabangsa dengan UNTUNG berkali ganda

Filed Under: Blogging Tips Tagged With: domain dan hosting, syarikat hosting tempatan terbaik, syarikat hosting terbaik

Trackbacks

  1. Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    August 10, 2017 at 11:49 am

    […] platform wordpress, dan jika anda memang serius nak buat duit dengan blogging, anda sebenarnya tak perlu takut untuk melanggan domain dan hosting berbayar. Jika dibuat dengan betul, pendapatan dari kerja-kerja blogging tu sendiri boleh digunakan untuk […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =

Top Posts & Pages

  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut