Sepanjang saya terlibat dalam urusan jual beli menerusi internet, ada beberapa kali juga saya peroleh pelanggan yang pada pandangan saya, hanya boleh di “close deal” menerusi whatsapp sahaja.
Dalam posting ni, saya nak cerita mengenai FLOW pemasaran. Mereka yang biasa buat kerja-kerja pemasaran secara online, pasti tak asing dengan konsep flow ini.
Kalau dalam bahasa Melayu, perkataan flow juga boleh kita fahami dengan maksud aliran.
Kita lihat contoh dalam bentuk situasi. Seorang prospek melihat iklan tentang sesuatu produk di media sosial. Soalan saya, adakah prospek ini akan terus buat pembelian?
Sebagai usahawan, sudah tentu kita mahukan setiap prospek yang tengok iklan kita untuk terus buat pembelian. Itu adalah situasi yang sangat ideal dan paling diidam-idamkan oleh semua usahwan online. Termasuklah saya.
Ya, memang ada prospek yang begini. Lebih-lebih lagi kalau prospek tersebut mempunyai kriteria seperti berikut
- Pernah lihat produk yang kita iklankan
- Dia memang nak beli produk tu satu masa dulu, tapi atas sebab-sebab tertentu dia tak beli
- Kini dia dah sedia nak beli cuma masalahnya dia tak tau siapa yang jual produk tu
- Tiba-tiba iklan kita melintas pula di newsfeed prospek tu tadi
- Mungkin anda ada menulis pasal produk tersebut dan ada seseorang dalam friendlist prospek tu tadi yang tekan like, share atau komen pada post yang anda buat di fanpage milik anda tu
- Atau mungkin anda ada applikasikan apa-apa teknik pemasaran FB seperti yang ditulis dalam ebook Fanpage Superstar ini. [sila klik sini untuk lihat ebook]
- Disebabkan memang prospek itu pernah ada niat untuk beli produk tu, jadi kali ini dia terus bayar tanpa banyak soal
Walaupun begitu, kebarangkalian untuk kita dapat pelanggan yang seperti ini memang agak rendah. Majoriti bakal pelanggan, kita perlu bawa mereka untuk melalui flow atau step-step tertentu, barulah mereka setuju untuk buat pembelian.
Ada banyak kaedah atau flow yang anda boleh gunakan. Ini antara yang saya rasa agak biasa dan banyak digunakan.
1. Iklan di Facebook >> Personal Message (PM) >> Close Deal
2. Iklan di Facebook >> Personal Message (PM) >> Website/Blog >> Close Deal
3. Iklan di Facebook >> Personal Message (PM) >> Website/Blog >> Subscribe Email >> Close Deal
4. Iklan di Facebook >> Personal Message (PM) >> Website/Blog >> Subscribe Email >> Join FB Group >> Close Deal
5. Iklan di Facebook >> Personal Message (PM) >> Website/Blog >> Whatsapp/ Call >> Close Deal
6. Iklan di Facebook >> Personal Message (PM) >> Website/Blog >> Subscribe Email >>Whatsapp/ Call >> Jumpa Face to Face >> Close Deal
7. Google >> Blog >> Subscribe Email >> Whatsapp >> Close Deal >> Jumpa Face to face
Saya kira, cukuplah dulu sebahagian daripada process flow yang saya tunjukkan kat atas tu. Mesej yang saya harap sampai kepada anda ialah, setiap pelanggan adalah unik. Keunikkan bakal pelanggan kita ni memerlukan kita menggunakan kaedah yang berbeza untuk dapatkan persetujuan mereka untuk beli produk atau perkhidmatan yang kita jual.
Biasanya, lagi mahal produk tu, maka lagi panjang flow untuk kita dapat persetujuan pelanggan untuk beli produk kita.
Ada juga proses flow yang begitu kompleks yang mana ia memerlukan kita untuk buat perkara seperti
- Hantar proposal
- Pembentangan tentang produk atau perkhidmatan
- Meeting
- PR
… dan sebagainya.
Saya berpendapat, mungkin kumpulan pembaca blog ini, tidak termasuk mereka yang terlibat dengan proses tender atau proses merebut kontrak dengan syarikat besar, sebaliknya anda mungkin lebih banyak terlibat dengan proses jual beli secara online yang ringkas.
Jadi saya nak fokus pada skop perbincangan asal sahaja.
Komunikasi menerusi Whatsapp adalah begitu mudah dan pantas.
Bukan itu sahaja, malahan ianya PERCUMA. Ya, anda perlu beli data atau sekurang-kurangnya ada sambungan wifi untuk guna perkhidmatan ini.
Bagi pengguna smartphone, menggunakan applikasi whatsapp adalah lebih disukai berbanding berkomunikasi menggunakan sms.
Justeru, jika anda tidak menggunakan whatsapp bagi tujuan mendapatkan tempahan dari bakal pelanggan, anda mungkin akan terlepas peluang untuk dapat jualan.
Saya ingin kongsikan kepada anda sebuah ebook yang bakal anda perolehi secara percuma sahaja apabila anda muat turun panduan Fanpage Superstar ini. Klik sini untuk download ya.
Ebook ini diberi judul Teknik Close Sale Pantas Dengan Whatsapp.
Di dalam ebook ini, saya berikan 3 teknik untuk membolehkan anda membuat jualan dengan pantas menerusi whatsapp! Ada 6 proses yang perlu anda tahu dan lakukan untuk membuatkan prospek tersebut membeli dari anda.
Selain itu, saya juga kongsikan tentang 4 jenis prospek yang akan menghantar mesej menerusi whatsapp kepada anda serta bagaimana untuk melayan mereka. Kita hanya perlu layan yang betul-betul berminat sahaja agar masa kita tidak terbuang begitu sahaja!
Nigel Ong, Penulis Ebook Fanpage Superstar & Teknik Close Sale Pantas Dengan Whatsapp
Anda berhak untuk berjaya dalam perniagaan online, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang yang kuat berusaha. Anda telah lakukan yang terbaik bagi memastikan pelanggan dan juga bakal pelanggan anda boleh menemui anda dengan mudah.
Bukan itu sahaja, sekiranya anda juga memudahkan bakal pelanggan anda untuk berurusan dengan anda, tiada alasan untuk anda tak berjaya buat duit dan berjaya dalam bidang jualan.
Whatsapp menjadi salah satu bentuk komunikasi pilihan, kerana bakal pelanggan inginkan jawapan yang segera dari anda.
Sesetengah pelanggan, dia suka bersoal jawab sebelum bersetuju untuk beli sesuatu barang. Walaupun kita dah berikan maklumat yang lengkap, pasti akan ada sahaja satu atau dua soalan yang ditanyakan oleh bakal pelanggan.
Mungkin mereka tak perasan, ataupun mereka ni sebenarnya tanya soalan lain, tetapi sebenarnya mereka nak tau soalan lain.
Contohnya, jika anda penjual jam tangan jenama G-Shock. Mungkin anda akan menerima soalan menerusi whatsapp yang berbunyi
Bro, fungsi termometer dengan kompas kat jam ni boleh guna ke tak?
Anda mungkin rasa sedikit bengang dengan soalan tu, sebabnya anda telahpun nyatakan di FB yang jam yang anda jual ni bukannya ori sebaliknya jam tangan replika sahaja.
Sebenarnya, prospek yang tanya ni mungkin nak tahu, “Bro jam ni ada stok lagi tak?”
Tetapi, bagi elakkan nampak soalan tu terlalu remeh, maka dia ubah la sikit cara soal. Saya percaya, anda akan lebih memahami psikologi prospek anda apabila anda dah jelas tentang 4 jenis prospek yang akan menghantar mesej menerusi whatsapp kepada anda serta bagaimana untuk melayan mereka.
Selalunya, prospek yang telah bersusah-payah menghubungi anda menerusi whatsapp ni, adalah prospek yang dah memang minat nak beli. Mereka ni adalah dalam kategori prospek yang sangat berkualiti.
Semuanya bergantung kepada bagaimana cara anda jawab soalan dan bagaimana cara anda layan mereka. Jika kena dengan caranya, prospek yang sebelum ni kata tak ada duit pun boleh buat pembelian pada hari itu juga.
Pada pandangan saya, apabila kita buat bisnes secara online ni, janganlah hanya bergantung pada satu medium sahaja.
Jika anda ingin menggunakan teknik flow yang saya bincangkan ini, saya amat mengesyorkan anda buka seberapa banyak channel atau medium yang membolehkan bakal pelanggan menemui anda. Ini bermakna, anda memang patut ada
- Laman web perniagaan
- Laman blog
- FB Fanpage
- Kempen pemasaran menggunakan emel
Asalkan anda memudahkan bakal pelanggan untuk berurusan dengan anda, In Shaa Allah, anda juga akan mudah dapat jualan.
[…] tu, anda kena belajar juga apa dia teknik yang boleh digunakan untuk dapatkan jualan menerusi whatsapp. Sesetengah usahawan, beranggapan belajar teknik-teknik seperti ini hanya membuang masa […]