Tolong orang dapatkan kerja pun boleh dapat upah lumayan

Apabila saya menyertai program yang ditawarkan oleh pihak Adhance ini, saya mula membayangkan diri saya sebagai salah seorang pemilik agensi pekerjaan!

buat-duit-dengan-adhance

Melalui program ini, saya boleh iklankan macam-macam jenis iklan kerja kosong melalui laman web saya. Bukan iklan saja-saja tau.

 

Sebaliknya saya akan dapat upah, apabila ada pengguna internet yang memang kebetulan sedang mencari peluang kerja, membuat permohonan kerja apabila membaca iklan kerja kosong yang saya iklankan nanti.

 

Itu salah satu ciri yang buatkan saya rasa suka dengan laman web adhance ini.

 

Mudahnya membuat permohonan kerja secara online

Tidak kira sama ada anda ingin mencari kerja tetap, atau sekadar mencari peluang kerja secara part time, semuanya boleh diperolehi hanya dengan membuat carian secara online sahaja.

 

Katakanlah, anda tak tahu, kat mana nak dapatkan peluang kerja kosong, saya syorkan anda buat carian kerja kosong melalui laman web ini. Para pencari kerja part time, boleh cuba buat permohonan kerja melalui laman web tersebut.

 

Ada banyak peluang kerja yang ditawarkan, yang mana saya percaya, hampir mustahil kalau anda masih tetap tak dapat kerja yang sesuai dengan kebolehan serta kepakaran yang anda miliki.

cari-kerja-kosong-online

Memang sesuai dengan nama yang diberikan.

 

Kalau anda serius maukerja, pasti akan ada satu atau dua kerja, yang sesuai untuk anda.

 

Kerja sementara untuk belajar dan timba pengalaman

Bekerja sementara di mana-mana syarikat, bukanlah sesuatu yang patut kita pandang remeh.

 

Malahan, kalau dibuat dengan betul kita sebenarnya dapat belajar banyak perkara apabila kerja sementara di mana-mana syarikat yang tawarkan kerja kosong, walaupun secara part time.

 

Misalnya kalau anda ingin buka perniagaan kedai makan atau restoran. Sebelum nak terus keluarkan modal untuk berniaga, cuba dulu bekerja sebagai kuli di restoran. Tak perlu lama, mungkin dalam masa 3 ke 6 bulan dah mencukupi.

 

Setelah anda faham kerenah pelanggan, cara menguruskan operasi perniagaan, dan hal-hal berkaitan dengan bisnes kedai makan, lepas tu barulah anda buat keputusan sama ada nak teruskan dengan menceburkan diri dalam perniagaan tersebut atau sebaliknya.

 

Saya berpendapat, kebanyakkan bisnes yang ada diluar sana, yang kurang perform, antara punca penyebabnya ialah pemilik perniagaan itu sendiri kurang pengalaman dan tak ada ilmu yang betul untuk uruskan perniagaan.

 

Kadang-kala, cuma sekadar minat berniaga, atau minat bekerja sendiri masih belum cukup untuk menjamin kejayaan anda dalam sesuatu bidang.

 

Sebaiknya dapatkan dulu ilmu. Saya faham, kadang-kadang kita ni agak susah dan malas nak cari ilmu. Maklumlah, tiada ilmu yang percuma.

 

Kalau nak ilmu, kita kena bayar untuk dapatkan ilmu tersebut. Ya, ini betul kalau ilmu tersebut kita cuba dapatkan melalui kursus atau ilmu yang kita belajar di kelas-kelas.

 

Sebaliknya, kalau anda memilih untuk dapatkan ilmu secara praktikal, anda boleh dapatkan dengan cara bekerja dengan orang.

 

Kita anggap setiap hari yang dilalui adalah untuk pergi menuntut ilmu. Tak kisahlah walaupun disuruh untuk buat kerja-kerja remeh sekalipun. Yang penting kita memang betul-betul ikhlas untuk dapatkan ilmu tersebut.

 

Bila cukup masa, kita dibayar gaji. Dalam keadaan ini, kita dibayar untuk menuntut ilmu. Bukan sebaliknya, dan bukan kita yang kena lakukan pembayaran kepada cikgu yang mengajar kita.

 

Masa terbaik untuk tukar kerja?

Apabila anda mula rasa, pendapatan yang anda perolehi sekarang ini masih belum cukup untuk memenuhi komitmen diri, maka ia patut dijadikan sebagai satu tanda yang anda perlu cari kerja lain yang boleh berikan pendapatan yang lebih baik.

 

Tapi bukanlah ini bermaksud anda boleh terus berhenti kerja hari ini juga dan terus cari kerja lain. Tunggulah dulu, sampai anda berjaya dapatkan tawaran yang lebih baik, dan bila dah confirm dapat kerja tersebut, barulah berhenti kerja.

 

Jangan takutlah nak berhenti kerja dan cari kerja lain yang lebih baik. Betul, memanglah persekitaran di tempat baru nanti, berbeza dengan persekitaran kerja sekarang, yang anda memang dah terbiasa. Tetapi, kalau boleh dapat pendapatan yang lebih baik, apa salahnya kalau kita buat keputusan untuk berubah? Betul tak?

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

1 × 5 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes