Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 24, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Panduan Jobdirumah dengan harga PROMOSI serendah RM30 sahaja!

Saya rasa macam dah agak lama tak cerita tentang topik Jobdirumah dalam blog ni. Jadi, sementara ada masa sikit ni, saya nak kongsi serba sedikit tentang Program Jobdirumah.

kerja-dari-rumah-dengan-jobdirumah

1. Kalau anda masih belum jadi ahli lagi, boleh luangkan masa sekejap untuk buat pendaftaran di laman web ini terlebih dahulu.

 

2. Terus terang saya cakap, panduan Jobdirumah ni adalah salah satu panduan yang banyak beri manfaat kepada saya. Orang putih kata, it is really an eye opener!

 

3. Menerusi panduan ini, saya didedahkan dengan cara kerja sebagai seorang freelancer.

 

4. Seriously, masa zaman saya belajar di universiti dulu, saya sendiri tak pernah terfikir nak jadi seorang freelancer.

 

5. Apa yang ada dalam kepala saya ketika itu, I mean masa zaman saya belajar dulu, adalah nak jadi seorang executive, kemudian jadi senior executive, naik jadi manager, dan seterusnya kalau boleh naik lagi jadi CEO, COO, CFO dan sebagainya.

 

6. Ya, impian dan harapan tu memang besar. Walaupun realitinya semua ini adalah hampir mustahil untuk dicapai. Tapi, tak salah nak pasang impian, kan. Lagipun, sekadar pasang impian, bukannya kena bayar pun kan.

 

7. Jadi pada satu hari saya jumpa panduan Jobdirumah ni. Bila saya google, untuk cari review panduan jobdirumah, saya dapati ada banyak juga review positive tentang jobdirumah ni.

 

8. Pada masa tu, saya tidaklah mengharapkan untuk jadi kaya dengan bekerja dari rumah. Matlamat saya pada ketika itu adalah untuk dapat tambahkan pendapatan dengan bekerja dari rumah.

 

9. Ya, dari kajian dan pembacaan yang saya buat, kerja sebagai seorang freelancer ini cukup menarik minat saya.

 

10. Saya teruskan pembacaan. Rata-rata orang yang masih baru dengan kaedah dan cara kerja dari rumah ni, sangat-sangat berminat nak kerja dalam bidang data entry.

 

11. Saya pun tak tau lah… apa yang seronok sangat dengan bidang data entry ni. Pada saya la kan, yang memang ada sedikit pengalaman kerja sebagai data entry masa zaman kerja dulu, saya rasa kerja-kerja tu sangatlah leceh dan bosan.

 

12. Kalau orang kata kerja data entry ni senang, saya setuju. Ia memang senang. Tetapi, kerja data entry ni memerlukan tahap fokus dan ketelitian yang begitu tinggi.

 

13. Saya ni kalau buat kerja memang kadang-kadang cuai. Waktu saya menulis blog pun kadang-kadang saya boleh tersalah eja. Ha… nampak kan, itu satu contoh kecuaian yang saya biasa dan selalu buat. Tiba-tiba nak buat kerja-kerja data entry? Memang tak sesuai.

 

14. Tetapi, kerja-kerja data entry ni memang ramai peminatnya. Terutama sekali untuk para freelancer dari India, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi negara yang saya sendiri tak berapa pasti senarai penuhnya. Mereka ni suka buat kerja data entry sebab kerja-kerja tersebut dibayar dalam matawang USD. Jika convert kepada matawang negara masing-masing, nilainya akan jadi sangat besar juga. Itu pasal mereka suka kerja data entry.

 

15. Saya bagi contoh kerja data entry terkini yang saya temui di laman web carian kerja. Apabila anda sertai program Jobdirumah, anda juga akan belajar kat mana nak dapatkan kerja-kerja data entry seperti ini.

kerja-data-entry-terbaru

16. Jika anda dapat perhatikan, untuk kerja ini, bajet yang diperuntukkan oleh klien ini adalah sebanyak USD150. Jika nilai tersebut kita convert kepada matawang negara kita, nilainya adalah lebih kurang RM600. Anda dibayar RM600 untuk lakukan kerja-kerja mudah seperti ini. Siapa yang tak mahu?

 

17. Kerjanya memang mudah. Namun untuk dapatkan kerja ini, itu yang susah. Anda kena bersaing dengan ramai orang dari pelbagai negara.

 

18. Sebab itu saya tak berapa berminat nak buat kerja-kerja data entry. Lagipun, kemahiran dan kepakaran saya adalah dalam bidang penulisan. Oleh sebab itu saya belajar buat blog. Apabila saya menulis blog, saya dapat perbaiki dan mahirkan lagi teknik-teknik penulisan saya.

 

19. Jika pada hari ini, ada yang tanya saya, adakah saya masih lagi buat kerja-kerja freelancing? Jawapannya memang YA. Saya masih lagi buat kerja-kerja freelance. Fokus saya adalah lebih kepada bidang penulisan.

 

20. Jika anda minat nak upah saya, dan dapatkan khidmat penulisan artikel iklan dari saya, bolehlah dapatkan maklumat lanjut menerusi pautan ini.

 

21. Sebenarnya, saya nak bagitahu kepada para pembaca sekalian, yang laman web Jobdirumah tengah buat promosi untuk tempoh masa terhad. Kalau ikut kefahaman saya, promosi ini hanya akan dijalankan hingga hari Ahad 26 Mac 2017 sahaja. Lepas ini harga akan kembali kepada harga asal.

 

22. Dulu panduan ini dijual dengan harga RM50. Tak lama lepas tu, harga dinaikkan jadi RM100. Kemudian panduan ini diturunkan sekali lagi harganya menjadi RM80.

 

23. Baiklah, harga promosi pada hari ini, anda boleh daftar program ini dengan bayaran serendah RM30 sahaja.

 

24. Kalau anda serius nak belajar, macam mana caranya nak bekerja dari rumah, saya syorkan anda bertindak segera dan muat turun panduan jobdirumah ini. Klik sini untuk daftar.

 

25. Selepas dah daftar, study elok-elok dan lepas ni, bolehlah mula buat kerja-kerja sampingan sebagai seorang freelancer.

 

26. Jika anda serius nak belajar, kena bertindak cepat. Harga ini cuma harga promosi. Maknanya ia mungkin akan dinaikkan atau mungkin akses ke program ini akan dihentikan terus. Buatlah keputusan yang bijak ya.

 

Kerja dari rumah sambil minum Milo Ais pun sedap jugak!

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: kenapa orang suka kerja data entry, kerja dari rumah, kerja dari rumah yang boleh dipercayai, kerja data entry, panduan bekerja dari rumah

Top Posts & Pages

  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5
    Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5
  • Bayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebay
    Bayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebay
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
    Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in