Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 2, 2023 by Sabree Hussin Leave a Comment

Strategi Content Marketing untuk Bisnes – Panduan untuk orang baru

Apakah kaedah pemasaran yang paling berkesan untuk dijalankan pada zaman ini?

Sebagai salah seorang penggemar kaedah content marketing, jawapan yang saya bakal berikan ini mungkin agak bias. Sudah tentu saya akan kata jawapannya adalah strategi content marketing.

 

Pada era digital ini, dimana kebanyakkan individu diluar sana banyak menghabiskan masa mengadap skrin gadget, kaedah content marketing menjadi suatu alat penting bagi perniagaan dari pelbagai saiz untuk menarik pelanggan baru, dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

 

Apa yang membuatkan pengguna seolah-olah ketagih melihat skrin hingga berjam-jam lamanya? Jawapannya sudah tentu kerana mereka tertarik dengan kandungan yang dipaparkan pada skrin mereka, tak kiralah sama ada kandungan tersebut dalam bentuk video, imej ataupun artikel.

kerja-dari-rumah

Content marketing ini merupakan suatu proses dimana kita akan menghasilkan kandungan yang bernilai, relevan dan membawa mesej yang konsisten kepada golongan yang kita sasarkan.

 

Menerusi penghasilan konten yang “menepati selera target audience” kita akan mengetengahkan produk atau perkhidmatan yang ingin kita perkenalkan sama ada secara langsung atau tak langsung, dengan tujuan untuk mendapatkan jualan sebagai matlamat akhir.

 

Selepas susah payah kita memerah idea, menghasilkan karya terbaik untuk tujuan pemasaran, sudah tentu kita mahukan usaha kita itu membuahkan hasil. Macam mana kita nak tahu sama ada usaha kita tu berhasil ataupun tidak?

Jawapannya adalah dengan melihat sama ada kita berjaya dapatkan jualan atau sebaliknya.

 

Dalam artikel kali ini, kita akan menerokai beberapa perkara yang menyentuh topik pemasaran menggunakan kandungan (konten)  dan juga memberikan beberapa tips serta strategi yang dapat membantu anda membina kandungan yang berkesan.

 

Kenapa pemasaran kandungan penting untuk perniagaan?

Apa perniagaan yang anda jalankan?

 

Adakah anda menjalankan bisnes homestay? Atau anda menjalankan bisnes menjual buku?

Tak kiralah apa jenis perniagaan yang anda jalankan, besar kemungkinan sudah ada entiti lain yang turut menjalankan perniagaan yang sama seperti anda. Mereka ini adalah pesaing anda.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: content marketing untuk bisnes, strategi content marketing, teknik content marketing

February 27, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda

Adakah anda mempunyai laman web sendiri untuk mempromosikan bisnes homestay milik anda? 

 

Saya pernah menulis tentang cara untuk mempromosikan bisnes homestay didalam posting ini sebelum ini. Daripada 10 cara yang saya muatkan disitu, salah satunya adalah berkenaan dengan membina laman web khas untuk mempromosikan bisnes homestay milik anda.

 

Bila kita kata nak bina laman web khas, pertamanya yang kita perlu tahu adalah tentang konsep laman web yang ingin dibina. Secara ringkas, konsep laman web ini ada pelbagai. Misalnya

(1) Konsep ecommerce

Laman web jenis ecommerce sesuai kalau kita nak jual banyak barang dalam sebuah laman web. Anda boleh lihat laman web seperti Lazada atau boleh juga rujuk laman web seperti Airbnb.

cara-booking-homestay-airbnb

(2) Konsep minisite

Laman web jenis minisite hanya memuatkan satu produk sahaja dalam satu halaman muka surat. Jika anda hanya mempunyai sebuah homestay, sesuai gunakan konsep minisite. Walaubagaimanapun, minisite ini biasanya tidak akan dikemaskinikan selalu dan ia bersifat statik.

 

Apabila laman web telah siap dibina menggunakan konsep minisite, lazimnya pemilik laman web ini tidak akan kemaskini website tersebut dengan konten yang baru. Dari situ munculnya terma laman web bersifat statik.

 

(3) Konsep laman web blog

Lawan bagi perkataan statik adalah dinamik. Saya berpendapat, kalau anda ingin bina laman web khas untuk mempromosikan bisnes homestay milik anda, saya syorkan anda gunakan konsep blog.

 

Seperti yang mungkin anda sedia maklum, laman web berkonsepkan blog ini, kita akan update dengan lebih kerap. Kalau ada masa, anda boleh update blog setiap hari dan muatkan dengan konten-konten terbaru dalam blog anda.

 

Saya juga menggunakan laman web berkonsepkan blog, bagi tujuan membantu mempromosikan bisnes homestay milik pelanggan saya.

 

Satu masa dulu, sewaktu salah seorang pelanggan saya baru sahaja memulakan bisnes homestay di Tangkak, beliau masih belum ada sebarang laman web khas yang boleh digunakan bagi tujuan promosi.

 

Jadi apa yang dia buat seterusnya adalah hubungi saya untuk saya menulis tentang perkhidmatan homestay yang beliau tawarkan. Saya telah menulis lima artikel promosi untuk pelanggan advertorial saya.

 

Berikut adalah artikel promosi yang telah saya siapkan untuk beliau.

(1) Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200

(2) Homestay D Ledang – Nama baru bagi Homestay di Tangkak tempat saya pernah menginap

(3) Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan

(4) Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor

(5) Apa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak

tips-bisnes-homestay

 

Sebenarnya tak rugi pun kalau anda ada banyak laman web, yang mempromosikan bisnes homestay milik anda. Kita semua bermula dengan hanya satu laman web.

 

Kemudian slowly buat lagi, tambah lagi dan sampai satu masa, ada banyak laman web yang mempromosikan bisnes homestay milik anda.

 

Kalau anda ada bajet, boleh minta penulis-penulis blog yang memang aktif menulis di blog milik mereka untuk menulis tentang bisnes homestay yang anda jalankan.

 

Andai kata, dalam sebulan anda upah seorang penulis blog untuk menulis mengenai bisnes homestay yang anda jalankan. Setiap bulan anda konsisten buat perkara yang sama, dan dalam masa setahun akan ada 12 buah blog berbeza yang menulis tentang bisnes anda.

promosi-homestay-guna-website

Artikel yang mereka telah hasilkan itu pula akan kekal di internet dan pengguna internet yang mencari homestay atau tempat penginapan boleh jumpa iklan anda dengan mudah. Semudah menaip kata kunci yang relevan melalui sistem Google.

 

Saya pernah bercadang nak buatkan laman web khas sebagai bonus bagi mana-mana pelanggan yang dapatkan khidmat advertorial dari saya. Kemudian bila saya mengambil kira, yang sebenarnya pelanggan yang dapatkan khidmat penulisan dari saya ni sebenarnya memang tak ada masa untuk handle laman web, saya tak jadi nak offer benda tu.

 

Melainkan kalau mereka sendiri yang request untuk saya binakan laman web promosi khas untuk mereka. Pada masa itu, baru saya akan tolong buatkan laman web khas untuk mereka.

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bina laman web homestay, laman web promosi bisnes homestay, promosi bisnes homestay

February 26, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Logik ke boleh dapat RM15ribu dengan bisnes tudung?

Saya pernah baca dari laman web bisnes tudung ini, yang mana pemilik laman web tersebut mendakwa beliau mampu untuk hasilkan keuntungan sehingga RM15,000 sebulan hanya dengan menjalankan bisnes jual tudung.

 

Menariknya ialah, bisnes tudung yang dijalankan ini tidak perlu ada kedai. Cukup dengan membuat jualan secara online sahaja.

 

Bisnes yang kita boleh jalankan secara online, bermakna kita boleh jalankan bisnes tersebut secara part time sahaja. Ini yang saya tekankan dalam perkongsian saya sebelum ini bertajuk persediaan yang perlu dilakukan sebelum memulakan bisnes.

 

Satu ketika dulu, kalau dikatakan jual melalui atas talian ini, apa yang terlintas di fikiran adalah jual melalui laman fanpage, atau jual di instagram dan lain-lain akaun media sosial. Namun pada hari ini, mereka yang minat nak ceburkan diri dalam bidang keusahawanan sepatutnya sudah boleh mula membiasakan diri untuk menjual melalui laman web ecommerce.

 

Misalnya laman web Lazada Malaysia dan juga Shopee.

bisnes-shopee

Melalui laman web Shopee ini, anda boleh iklankan seberapa banyak jenis tudung yang anda jual. Dengan adanya sistem ecommerce, iklan yang anda bakal hasilkan akan kelihatan lebih kemas dan tersusun kalau nak bandingkan dengan iklan yang anda siarkan di wall akaun media sosial anda.

 

Saya ada beberapa kenalan di Facebook yang turut menjalankan bisnes menjual tudung.

 

Soalan yang sama pernah saya ajukan kepada mereka. Betul ke seorang penjual tudung tu, boleh dapat keuntungan sehingga RM15,000 hanya dengan fokuskan usaha untuk buat bisnes tudung?

 

Jawapan yang dia berikan adalah, MEMANG BOLEH.

 

Malahan dia sendiri pernah dapat keuntungan yang hampir bernilai belasan ribu, terutama sekali apabila tiba musim perayaan.

 

Nak dapatkan keuntungan yang lumayan dari bisnes tudung itu memang boleh. Apa yang penting adalah, kena ada sistem jualan yang mantap dan sokongan daripada beberapa pihak.

 

Bila saya tanyakan, apa yang dimaksudkan dengan sokongan beberapa pihak, rupanya ia merujuk kepada pembekal dan juga ejen.

 

Peranan pembekal

Sekiranya anda ada modal yang besar, maka anda boleh dapatkan stok produk yang banyak dalam satu-satu masa. Jika anda tidak mempunyai modal yang besar, maka anda perlu bergantung kepada pembekal yang cukup kuat untuk bekalkan anda dengan produk untuk dijual.

 

Pendapatan anda bergantung kepada pembekal anda. Kalau asyik tak ada stok, dan semua design yang pelanggan minat asyik tak ada, ini juga bakal mempengaruhi pendapatan anda.

 

Peranan ejen promosi

Kalau nak buat kerja promosi seorang pun boleh. Cuma bila buat kerja seorang diri, hasilnya pasti tak sama seperti buat kerja bersama dengan pasukan yang boleh buat kerja pemasaran bersama-sama.

 

Dalam keadaan ini, ejen promosi yang ditawarkan adalah sebagai ejen dropship.

 

Konsep ejen yang digunakan ini pula ada dua jenis. Satu sebagai ejen dropship yang mana peranannya hanyalah untuk buat marketing dan tak perlu nak simpan stok.

 

Satu jenis ejen lagi pula adalah ejen yang pegang stok. Siapa yang pilih untuk jadi ejen yang pegang stok, dapat beli stok tudung dengan harga yang lebih murah dan sekaligus akan dapat margin untung yang lebih tinggi, kalau nak bandingkan dengan ejen dropship yang tak pegang stok.

 

Bila pegang stok sendiri, kita tau mana satu yang boleh buat promosi, stok apa yang masih banyak, dan kalau perlu nak kurangkan harga lagi pun boleh.

 

Tapi kalau cuma jadi ejen dropship yang tak pegang stok, semuanya bergantung kepada pembekal. Paling frust kalau dah buat marketing, dah buat kerja-kerja soft-selling, tiba-tiba bila pelanggan dah minat nak bayar, pembekal pula tak ada stok untuk design yang diminati.

 

Untuk pergi ke level seterusnya dalam perniagaan jual tudung, Pn Madihah ini cadangkan supaya kita ada jenama tudung kita sendiri.

bisnes-tudung

Madihahscarf adalah jenama tudung kepunyaan Pn Madihah.

 

Macam mana nak jalankan bisnes tudung, bermula dari bawah sampai ke peringkat ada pelanggan setia dan boleh lancarkan jenama tudung sendiri, semuanya ada diceritakan dalam panduan bisnes tudung ini.

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bisnes tudung dari rumah, cara menjalankan bisnes tudung, panduan bisnes tudung

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 12
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in