Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 5, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder Emelmatik

… dan kenapa anda juga patut pertimbangkan untuk guna sistem autoresponder emelmatik ini juga.

 

Saya telah menjadi pengguna sistem autoresponder ini sejak dari tahun 2013 lagi. Pada ketika itu, sistem autoresponder emelmatik ni bukanlah autoresponder utama saya. Selain emelmatik, saya juga menggunakan sistem autoresponder Aweber dalam kempen-kempen pemasaran online yang saya jalankan.

autoresponder-percuma-murah

Pada waktu itu, saya terus ambik pakej Life Time sebabnya saya malas nak fikir-fikir tentang bayaran bulanan atau bayaran tahunan. Lebih mudah ambik plan yang sekali bayar lepas tu dah tak perlu nak fikir lagi.

 

Jadi, saya pun syorkan anda untuk dapatkan pakej yang life time seperti ini juga.

 

Timbulnya keperluan untuk guna dua autoresponder

Saya sedia maklum, kos penggunaan autoresponder Aweber bukannya murah. Kos penggunaan akan meningkat seiring dengan bertambahnya senarai emel yang telah berjaya di kumpulkan. Untuk jangka masa panjang, ia akan menjadi satu bebanan kepada saya, terutama sekali apabila senarai emel yang dikumpulkan itu mula jadi tidak aktif dan kurang responsif.

 

Adakah perkara macam ni boleh terjadi? Sudah tentu boleh. Ini berlaku apabila emel-emel yang kita hantar sudah tidak lagi menepati kehendak dan tujuan asal subscriber kita mendaftar masuk ke dalam mailing list kita. Pada waktu tu, mereka (subscriber) sama ada akan bertindak untuk keluar dari mailing list (unsubscribe) ataupun akan berhenti buka emel yang dihantar.

 

Malangnya… lama kelamaan, saya dapati makin ramai subscriber yang saya kumpul, sudah tidak membuka emel, atau sudah tidak membeli sebarang produk yang saya promosikan. Apalah gunanya kalau mereka buka emel sekalipun, tetapi kalau tidak buat sebarang pembelian, masih lagi tiada sebarang keuntungan disitu.

 

Itu sebab pertama.

 

Sebab kedua yang buatkan saya perlu ada sistem autoresponder back up ialah apabila laman web Aweber diserang oleh DDoS. DDoS ini merujuk kepada Denial of Service Attack. Ia buatkan semua pengguna Aweber tidak boleh akses ke laman web Aweber buat sementara waktu. Semasa kejadian tersebut berlaku, laman web Aweber down lebih kurang 48 – 72 jam!

 

Itu sebab kedua.

 

Kemudian, Malaysia dikejutkan pula dengan siri-siri kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia berbanding USD. Pada awalnya, nilai 1 USD adalah lebih kurang RM3.20 sahaja. Kemudian ia terus jatuh, dan terus jatuh hinggalah nilai RM adalah RM4 untuk 1 USD.

 

Sudah tentu ini menjadikan kos penggunaan dan langganan autoresponder Aweber jadi makin bertambah mahal. Seingat saya, sebelum masuk bulan kedua selepas nilai matawang RM jatuh, saya terpaksa hubungi Aweber dan minta mereka cancel akaun saya dan refund semula pembayaran yang telah saya lakukan.

 

Mujurlah saya masih ada lagi akses kepada sistem autoresponder emelmatik.

 

Apa lagi kebaikkan sistem autoresponder emelmatik ni yang anda perlu tahu?

Saya tahu kat luar sana tu ada banyak sistem autoresponder yang anda boleh pilih. Ada yang free, ada yang anda boleh pasang sendiri di server milik anda, ada yang kena buat bayaran bulanan dan sebagainya. Apa yang saya nak katakan ialah, just because anda kena bayar mahal, tak bermakna ianya adalah yang terbaik.

 

(1) Cuba guna emelmatik selama setahun tanpa sebarang bayaran

Anda boleh guna emelmatik selama 365 hari tanpa perlu buat sebarang bayaran. Boleh klik sini untuk dapatkan akaun keahlian anda. Jika dalam tempoh setahun tu, anda rasa yang autoresponder ni bukannya untuk anda, anda boleh tinggalkan sahaja dan guna yang lain.

 

(2) User friendly walaupun untuk orang yang baru dan tak pandai IT

Bila saya kata tak pandai bab IT, saya tak maksudkan orang yang memang Buta IT okay. Jadi janganlah salah anggap kenyataan yang saya buat ni.

 

Pengalaman saya sendiri, mengajar cara-cara untuk setup sistem ini kepada seorang makcik berusia 50 tahun lebih, itupun secara on call sahaja, terbukti makcik tersebut boleh buat.

 

(3) Boleh integrasi dengan blogspot bagi menghasilkan minisite yang profesional

Dengan blogspot, kita boleh bina seberapa banyak laman web yang kita mahukan. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk membina laman web yang kelihatan profoseional ini mungkin akan mengakibatkan masalah buat anda.

 

Saya syorkan anda gunakan perisian ini, blogspot to minisite. Ianya sangat mudah untuk digunakan dan anda boleh hasilkan minisite yang lengkap dengan borang autoresponder apabila menggunakan perisian tersebut.

 

Anda boleh lihat contoh laman web dan download template percuma dengan menekan klik di sini.

 

(4) Kod autoresponder boleh diintegrasikan dengan sistem wordpress

Sebagai contoh adalah blog saya yang satu lagi iaitu blog sabreehussin dot com. Untuk blog tersebut, saya menggunakan kod autoresponder emelmatik pada pop up yang mengajak pelawat untuk masukkan nama dan alamat emel.

 

(5) Anda boleh buat duit dengan Emelmatik!

Kalau anda nak tahu, sebenarnya anda juga boleh buat duit dengan emelmatik. Caranya adalah dengan menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pihak pengurusan emelmatik.

komisen-affiliate-emelmatik-ogos2016

Ini bayaran terbaru yang saya terima dari emelmatik.

 

Walaupun tak banyak mana, tapi ok la kan daripada langsung tak merasa kan.

 

Apa pun, ini semua hanyalah perkongsian pendapat dan pengalaman saya sendiri sepanjang menggunakan sistem autoresponder ini. Sebaik-baiknya, anda cuba sendiri gunakan sistem autoresponder ini dan anda boleh dapatkan akaun anda dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Semoga anda juga berjaya buat duit lepas ni ye.

 

 

 

Filed Under: Sistem Autoresponder Emelmatik Tagged With: emelmatik, sistem autoresponder emelmatik, sistem autoresponder murah, sistem autoresponder percuma

February 29, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bagus ke guna sistem autoresponder emelmatik?

Dalam banyak-banyak sistem autoresponder… kenapa mesti pilih sistem autoresponder emelmatik? Apa yang istimewa sangat dengan sistem autoresponder ni, sampaikan saya sendiri gunakan sistem autoresponder ini dan bukannya jenama yang lain.

 

Adakah kehebatan sistem autoresponder emelmatik hanya terletak pada jenamanya? Atau adakah sebab-sebab lain yang masih kita belum ketahui?

autoresponder_percuma_emelmatik

Sepanjang penglibatan saya dalam bidang pemasaran secara online, saya dah cuba beberapa jenis autoresponder. Sama ada yang berbayar mahupun yang percuma, sama ada yang terkenal atau yang underground. Malahan jenis autoresponder yang perlu pasang sendiri pada hosting kita sendiri pun saya pernah cuba.

 

Konon-kononnya sebab nak jimatkan belanja. Rupa-rupanya bila pasang di hosting sendiri, saya kena “marah” dengan syarikat penyedia hosting saya. Katanya, untuk self-hosted autoresponder, saya perlu ambil pelan yang berbeza, dan bukannya guna pelan yang khusus untuk tulis blog.

 

Ah… memang patut kena marah. Pertama sebab saya tak tanya dulu dengan syarikat penyedia hosting, dan kedua, tindakan saya tu sebenarnya dah buatkan server terganggu.

 

Kalau nak murah dan nak jimat, pakailah Autoresponder Emelmatik!

Kalau dulu, saya dah jumpa emelmatik, pastilah saya akan gunakan autoresponder ini dalam kempen-kempen pemasaran saya.

 

Masalahnya, waktu tu saya masih belum jumpa autoresponder ni. Maka terpaksalah saya buat try n error terhadap beberapa autoresponder yang saya temui.

 

Autoresponder FREE. Saya kurang suka dengan autoresponder free, atas beberapa sebaba

(1) Pemilik autoresponder akan masukkan iklan-iklan mereka dalam emel yang saya hantar

(2) Pemilik autoresponder akan hantar emel promosi kepada subscriber saya

(3) Tak ada fungsi HTML untuk mencantikkan bentuk emel yang dihantar

 

Itu antara yang saya kurang gemar dengan autoresponder yang percuma. Disebabkan itu, nak atau tidak, saya terpaksa beralih kepada autoresponder berbayar.

 

Saya pernah guna Getresponse dan saya juga pernah guna Aweber. Kedua-dua autoresponder ni bagus dan ada kelebihannya. Namun, saya lebih suka guna Aweber berbanding Getresponse. Walaupun pada hakikatnya, dari segi harga, kos langganan getresponse adalah lebih murah berbanding melanggan perkhidmatan autoresponder dari Aweber.

 

Baik. Sekarang ni saya guna Emelmatik.

 

… dan saya berpuas hati. Sistem autoresponder ini mampu untuk bekerja seperti yang saya mahukan, walaupun kalau anda buat perbandingan, antara emelmatik dengan lain-lain autoresponder premium di luar sana, kelihatannya seolah-olah emelmatik ini banyak kekurangan.

 

Biar saya jelaskan satu perkara kepada anda. Walaupun anda lihat autoresponder premium seperti Aweber mempunyai pelbagai fungsi yang mungkin tak ada pada autoresponder emelmatik, namun anda jangan bertindak terburu-buru.

 

Sebaliknya tanyakan pada diri. Adakah anda akan gunakan kelebihan-kelebihan tersebut, ataupun sebenarnya kelebihan tersebut anda tak akan sentuh pun? Anda akan bayar lebih daripada apa yang sepatutnya jika anda tak guna ataupun tak tau guna fungsi lain yang didatangkan bersama dengan autoresponder yang anda langgan.

 

Pada saya, guna autoresponder emelmatik ini sudah lebih memadai. Ia dah cukup bagus untuk lakukan apa yang saya perlukan dalam sistem autoresponder.

 

Jika anda masih belum gunakan sistem autoresponder ini dalam kempen pemasaran anda, sekarang adalah masanya untuk anda berbuat demikian.

 

Gunakanlah sistem autoresponder ini selama setahun secara percuma. Daftar akaun anda disini.

 

 

Filed Under: Sistem Autoresponder Emelmatik Tagged With: emelmatik tu bagus ke, sistem autoresponder emelmatik

December 2, 2015 by Sabree Hussin 3 Comments

Sistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari Malaysia

“Kalau nak bekerja dari rumah ni, perlu tak ada sistem autoresponder?” 

 

Tanya Syuib, seorang mekanik yang berminat nak bertukar profesion kepada seorang freelancer yang bekerja hanya dari rumah.

 

Satu proses hijrah yang agak besar kalau tanyakan kat saya. Bukan calang-calang orang yang berani buat keputusan yang begini drastik, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perihal untuk buat duit ni.

 

Apa pun, sebelum nak jawab sama ada perlu atau tidak memiliki sistem autoresponder, ada baiknya kita fahamkan dulu apa sebenarnya kegunaan sistem autoresponder ni.

 

Selagi kita masih belum faham, apa kegunaan sistem autoresponder ni, maka selagi tu la kita akan jadi berbelah bahagi sama ada nak guna sistem ni atau tidak. MUNGKIN… selepas ini, bila anda dah faham, apa sebenarnya kegunaan sistem autoresponder, anda mungkin akan dapati soalan ini tak sepatutnya dibangkitkan lagi.

 

Nak tau kenapa? ha… kenalah teruskan pembacaan anda dulu ya.

 

Baiklah, dalam post saya sebelum ni, saya pernah ceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada sistem autoresponder emelmatik. Anda boleh klik untuk baca ya.

 

Sesuai dengan tajuk artikel pada kali ni, iaitu sistem autoresponder percuma dan berkualiti dari Malaysia, jadi saya akan bincangkan perihal tentang sistem autoresponder emelmatik.

autoresponder_percuma_emelmatik

 

Buat masa ni, ini je la autoresponder yang kita boleh guna secara percuma. Memandangkan saya juga adalah salah seorang pengguna sistem autoresponder dari emelmatik, jadi tidak terlalu sukar rasanya untuk saya berkongsikan pengalaman menggunakan sistem ini.

 

Soalan: Apa dia fungsi yang terdapat pada sistem autoresponder emelmatik yang berguna untuk anda jika anda ingin bekerja dari rumah?

 

Pertama, boleh kumpul leads ataupun kumpul senarai nama prospek

Jika anda nak bertahan lama apabila bekerja dari rumah, anda perlu mula fikirkan cara bagaimana nak kumpul leads ataupun senarai prospek.

 

Selain daripada gunakan sistem autoresponder, anda juga boleh gunakan fungsi percuma yang disediakan oleh FB, iaitu FB Group selain nak guna sistem autoresponder.

 

Pada saya, kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri. Gabungkan sahaja kedua-duanya untuk hasil yang lebih menakjubkan.

 

Kedua, tersedia sistem database

Kini anda dah ada senarai nama dan alamat emel prospek.

 

Dengan bantuan sistem autoresponder ni jugak, anda boleh asingkan nama-nama prospek ni mengikut jenis dan kategori. Ala-ala bina database gitu.

 

Contohnya, nama sekian sekian adalah database untuk penggemar kek coklat. Jadi, setiap kali kita nak promosikan produk yang ada kaitan tentang kek coklat, kita cuma promosikan kat database yang ni sahaja.

 

Manakala untuk nama-nama lain, kita beri ia nama sebagai database perniagaan internet. Jadi, setiap kali ada offer-offer terbaru mengenai peluang untuk buat duit hanya dari rumah, kita hanya promosikan pada database ini sahaja.

 

Dengan kaedah pengasingan ini, barulah kebarangkalian untuk kita berjaya dapat sales akan dipertingkatkan.

 

Ketiga, boleh setup untuk hantar emel kepada prospek secara automatik

Ada masanya kita tak akan sempat nak hantar emel kepada prospek kita satu per satu. Untuk peringkat awal, mungkin kita boleh buat. Tapi lama kelamaan, ianya adalah suatu yang agak mustahil.

 

Bayangkan bila kita dah mula ada 5,000 orang prospek. Tak kan nak hantar 5,000 emel satu per satu kot…

 

Keempat, boleh hantar emel promosi pada bila-bila masa

Orang putih kata, the money is in the list.

 

Siapa yang ada banyak senarai emel, dia la yang paling tinggi peluang nak buat duit.

 

…and some more, kalau anda nak tau, emelmatik juga ada tawarkan sistem affiliate. Saya pun baru sahaja dapat bayaran dari emelmatik baru-baru ni.

komisyen_emelmatik

 

Memandangkan sistem autoresponder ini menawarkan pelan penggunaan percuma selama 365 hari, jadi anda tak perlu risau tentang risiko penggunaannya.

 

Manfaatkan sepenuhnya penggunaan secara percuma ni.

 

Dari pengalaman saya sendiri, walaupun guna secara percuma terlebih dahulu, kita masih lagi boleh buat duit. Tak perlu risau sangatlah.

 

Apa pun, saya amat menyarankan anda upgrade kepada premium akaun sekiranya anda berpuas hati dengan prestasi sistem autoresponder ini. Dengan premium akaun, anda boleh dapat lifetime usage, yang mana anda boleh guna sistem autoresponder ini secara percuma sampai bila-bila.

 

Hanya dengan sekali bayar sahaja, anda boleh guna seumur hidup. Menarik, kan? Apa lagi, baik anda dapatkan akaun anda di laman web rasmi emelmatik di sini.

 

 

Filed Under: Sistem Autoresponder Emelmatik Tagged With: autoresponder percuma, autoresponder percuma malaysia, emelmatik

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in