Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 6, 2019 by Sabree Hussin 1 Comment

Pemilihan kerja sendiri berdasarkan minat ataupun hobi.

Kerja sendiri berdasarkan minat ataupun hobi.

 

Sebenarnya kalau difikirkan semula, konsep bekerja sendiri ini bukanlah satu konsep kerja yang baru, ataupun pelik. Apabila saya lihat sendiri dalam salasilah keluarga, saya dapati ada ramai ahli keluarga saya yang memilih untuk bekerja sendiri berbanding bekerja dengan mana-mana majikan.

 

Saya percaya, situasi yang lebih kurang sama, turut terdapat dalam kalangan ahli keluarga anda.

 

Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, mungkin tak biasa lihat orang yang bekerja sendiri. Sebaliknya, kalau di kawasan kampung, ataupun pedalaman, kerja sendiri adalah lebih popular.

 

Cuma bezanya, ditempat seperti ini, kerja sendiri lebih popular dengan nama “kerja kampung”.

contoh-kerja-kampung

Kali pertama saya dengar istilah kerja kampung, saya juga rasa agak keliru. Apa sebenarnya kerja yang dilakukan, yang boleh dikira sebagai kerja kampung?

 

Antara jawapan yang saya perolehi hasil daripada temubual, kerja kampung yang dimaksudkan ialah seperti…

[Read more…]

Filed Under: Uncategorized Tagged With: bekerja sendiri, contoh kerja sendiri, idea untuk kerja sendiri, kerja sendiri

June 2, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemandu

Saya tahu, ramai diantara kita suka nak buat duit.

 

Ok. Suka nak buat duit tu mungkin tak berapa tepat. Tapi, anda suka tak kalau dapat duit? Mesti suka kan.

 

Tengoklah bila cukup bulan, waktu dapat gaji. Fuh gembiranya rasa. Walaupun tak lama lepas tu, duit dalam akaun kita akan mula menyusut dek kerana kena bayar itu ini, tapi apa yang penting, kita rasa seronok bila dapat duit.

 

Baiklah.

 

Kali ini apa yang saya nak ceritakan adalah mengenai bagaimana cara nak buat duit dengan UBER walaupun kita tak memandu kenderaan.

 

Berita baik ni kan, terutama sekali buat mereka yang nak buat duit dengan UBER, namun atas beberapa sebab, kita tak boleh nak jadi pemandu.

 

Mungkin sebab terlalu sibuk.

Mungkin sebab tak ada kereta sendiri.

Mungkin juga sebab masih belum cukup umur dan lesen pun tak ada.

Mungkin sebab anda ni suri rumah sepenuh masa yang jaga anak-anak dirumah.

 

Atas pelbagai sebab dan alasan lain, anda mungkin tak boleh jadi pemandu.

 

Tapi itu bukanlah penghalang untuk buat duit dengan UBER tau. Saya pun sebenarnya selalu jugak tulis pasal UBER dalam blog ni kan. Antaranya

(1) Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu

(2) Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER

(3) Cara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemandu

 

Jadi kali ini, saya nak tunjuk satu bukti komisen yang saya terima hasil daripada mempromosikan UBER dalam blog saya.

 

bukti-pendapatan-uber

 

Kerjanya mudah sahaja.

 

Hanya bercerita tentang UBER dalam blog atau di mana-mana media sosial.

 

Jika ada yang berminat untuk jadi pemandu, lalu melakukan pendaftaran menerusi link affiliate kita, maka dari situ kita akan dapat komisen.

 

Itu sahaja.

 

Komisen yang saya perolehi dari UBER adalah sebanyak RM10.

 

Anda juga boleh buat dan In Shaa Allah boleh dapat juga.

 

Ada tak yang minat nak jadi pemandu UBER? Kalau ada, silakanlah daftar kat sini ya.

 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: buat duit dengan uber

July 30, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Harga cermin mata bagi masalah silau

Macam mana kita nak tau sama ada kita ada masalah rabun silau ataupun tidak?

 

Mudah sahaja.

 

Pergi ke mana-mana kedai cermin mata Optometrist dan cakap kat staff sana, yang anda nak buat pemeriksaan mata.

 

Kena bayar ke kalau nak buat pemeriksaan mata? Biasanya tak perlu bayar apa-apa. Pemeriksaan untuk masalah rabun mata disediakan secara PERCUMA sahaja.

 

Buat masa ni, saya tak pernah lagi jumpa kat mana-mana kedai cermin mata yang mengenakan bayaran untuk cek sama ada kita ni ada masalah rabun atau tidak. Selepas anda jalani pemeriksaan dan didapati anda memerlukan sepasang cermin mata, barulah anda akan dinasihatkan untuk buat cermin mata.

 

Cermin mata tu yang berbayar.

 

Kebiasaannya, masalah yang selalu dialami oleh mata kita ialah sama ada masalah rabun jauh ataupun rabun dekat. Tapi ada sesetengah orang, dia tak rabun jauh, dan tak pula rabun dekat.

 

Masalah dia ialah silau.

 

Kadang-kadang memang kita tak tau yang kita ni ada masalah rabun silau.

 

Dari pengalaman saya sendiri, saya tak tau pun yang saya ada masalah silau ni. Sebabnya saya boleh nampak dan membaca tulisan dengan baik, sama ada tulisan itu dari jarak dekat ataupun jauh.

 

Saya mula syak yang saya ada masalah mata apabila setiap kali memandu terutama sekali pada waktu malam, saya kerap rasa pening dan sakit kepala.

 

Kadang-kadang ada ketikanya saya rasa agak sukar untuk menganggar jarak antara kenderaan yang ada dekat depan saya dengan kenderaan yang saya pandu. Sebab tu kadang-kadang, tengah bawak kereta ni, boleh pulak tiba-tiba saya tekan brakes.

 

Harga cermin mata bagi masalah silau. Dalam post saya sebelum ini, iaitu “Buat cermin mata untuk masalah rabun silau“, saya ada cerita yang saya ada buat cermin mata untuk masalah rabun silau saya.

 

Sebenarnya berapa harga cermin mata ini berbeza-beza. Ia bergantung pada tahap kronik masalah dan juga of course kualiti dan bahan yang digunakan pada bingkai dan juga cermin yang bakal digunakan untuk buat cermin mata tu nanti.

 

Dalam situasi saya, kalau tak silap hari tu harga spek yang saya beli dalam lingkungan RM200 kebawah sahaja.

 

Cermin mata Ibnu Sina untuk membantu memulihkan masalah rabun silau. Pernah tengok tak cermin mata macam kat bawah ni?

cermin-mata-ibnusina

Cermin mata ini dikatakan dapat membantu pemakainya untuk membetulkan balik masalah penglihatan yang dialami. Dari segi cara ia berfungsi adalah dengan membantu kita melakukan senaman untuk otot-otot sekitar mata.

 

Dari segi teorinya, kualiti penglihatan kita makin merosot sebabnya otot yang terdapat di sekitar mata kita telah menjadi lemah dengan bertambahnya usia.

 

Anda boleh baca tentang cermin mata terapi untuk memulihkan masalah rabun ini disini.

 

Dari segi keberkesanannya, saya cuma boleh cerita dari sudut pandang diri saya sendiri sahaja. Penggunaan secara kerap, at least dalam 15 minit setiap hari, saya mula merasakan penglihatan saya semakin baik.

 

Itu pada pendapat saya.

 

Tapi kalau rujuk pada alat yang digunakan bagi melakukan pemeriksaan mata, saya kurang pasti sama ada ia akan menunjukkan bacaan yang semakin baik atau tidak.

 

Harga cermin mata terapi untuk memulihkan masalah rabun ini dijual dengan harga sekitar RM100. Namun, jika anda tekan pautan ini, anda akan dapat potongan harga sebanyak RM30. Sudah tentu sementara stok masih ada.

 

Oh ya.

 

Saya perasan, selain daripada jenama Ibnu Sina ini, ada juga cermin mata terapi pin hole ini dijual dengan harga yang lebih rendah.

 

Anda boleh baca perkongsian saya disini.

Klik untuk baca: Cermin Mata Terapi Pin Hole Terbaik sebagai ikhtiar mengurangkan masalah rabun dan silau 

 

 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: cermin mata rawat silau, cermin mata terapi ibnu sina, cermin mata terapi pin hole, harga cermin mata silau, rawatan masalah rabun dan silau

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?
    Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in