Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 3, 2016 by Sabree Hussin 2 Comments

Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER

Dalam belanjawan 2017, ada disebutkan tentang galakkan kerajaan kepada golongan B40 untuk jana pendapatan tambahan sebagai pemandu ride-sharing seperti UBER.  belanjawan-2017

Memandangkan bukan semua orang ada kereta yang sesuai dan melepasi kriteria yang ditetapkan oleh UBER untuk mula menjadi pemandu, maka kerajaan juga ada menyebutkan bahawa mereka boleh guna duit BR1M untuk beli kereta. Salah satu kereta yang dicadangkan ialah Proton Iriz, dan akan dapat rebat sebanyak RM4,000.

 

Setakat ini saya tak jumpa lagi maklumat tambahan tentang perkara ini. Ye la… saya pun nak tau juga, untuk penerima BR1M yang dah menggunakan duit BR1M sebagai pendahuluan untuk beli kereta, apa jadi dengan duit BR1M yang dia patut terima?

 

Kalau ikut logik, dia dah tak layak untuk dapat duit BR1M lagi sebab bahagian yang dia patut dapat dah pun digunakan untuk bayar wang pendahuluan beli kereta.

 

Adakah anda mahu jadi pemandu UBER selama 9 tahun?

Katakanlah hutang pinjaman kereta adalah selama 9 tahun. Dari mana anda akan dapat duit untuk bayar hutang kereta tu?

 

Sepatutnya hutang tersebut boleh dibayar semula dengan wang hasil menjadi pemandu UBER.

 

Adakah sebagai pemandu UBER, anda yakin akan sentiasa dapat pelanggan? Saya tak ada jawapan untuk soalan tersebut. Tapi saya pasti, permintaan terhadap UBER adalah berbeza-beza mengikut tempat.

 

Ada tempat tertentu, permintaan untuk pemandu UBER atau apa-apa ride-sharing memang agak tinggi. Dan ada tempat tertentu, orang kurang memerlukan perkhidmatan UBER.

 

Cuma sebelum nak buat keputusan ini, untuk guna BR1M dan jadi pemandu UBER, dan beli kereta baru, kena tahu serba sedikit bagaimana trend permintaan pasaran untuk perkhidmatan UBER.

 

Anda patut risau kalau anda menawarkan perkhidmatan UBER ditempat yang kurang permintaan nanti.

 

Apa alternatifnya?

 

Sebenarnya, syarikat ride-sharing seperti UBER ini juga menawarkan peluang untuk jana pendapatan tanpa perlu menjadi pemandu. Mereka ada program yang dikenali sebagai UBER-DOST. Potensi pendapatan yang boleh dihasilkan juga tak kurang hebat dan lumayannya.

 

Contohnya ini adalah salah satu pendapatan yang dah dihasilkan oleh saudara Nik Razman salah seorang yang aktif dengan program UBER-DOST. Lihat pada bahagian yang ditandakan dengan kotak berwarna merah.

bayaran-komisen-uber

Saya berpendapat, jika pendapatan seperti ini boleh dihasilkan tanpa perlu jadi pemandu UBER, rasanya ia satu pendapatan yang wajar untuk diusahakan.

 

Apabila cukup jumlah yang terkumpul, boleh guna duit itu untuk beli kereta baru. Lepas tu terpulanglah sama ada nak jadi pemandu UBER atau nak terus fokus pada program UBER-DOST sahaja.

 

Bukan apa… Anda patut pertimbangkan apa yang bakal terjadi dimasa akan datang juga.

 

Macam mana kalau lepas anda dah beli kereta baru, kemudian selepas beberapa bulan anda jadi pemandu UBER, anda dapati yang kerjaya sebagai pemandu UBER bukannya sesuatu yang benar-benar anda suka. Tak kan nak berhenti? Kalau berhenti, dari mana anda nak dapatkan pendapatan untuk bayar kereta tu pula.

 

Konsep dia tak jauh beza dengan menjadi usahawan.

 

Sebelum nak ambil risiko dan berbelanja besar, sehingga mengikat anda dalam satu komitmen yang tiada jalan keluar, ada baiknya cari alternatif untuk bermula dengan kaedah yang lebih rendah dari segi risikonya. Salah satunya ialah dengan menyertai UBER-DOST atau apa-apa referral program yang dipercayai boleh mendatangkan pendapatan.

 

Apa pun, sekiranya anda rasakan yang anda perlu rujuk panduan untuk menjadi pemandu UBER atau apa-apa yang berkaitan dengan UBER, saya syorkan anda baca perkongsian saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber

 

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Jana pendapatan tambahan dengan UBER – Komisen telah dinaikkan!Jana pendapatan tambahan dengan UBER – Komisen telah dinaikkan!
  • Bukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemanduBukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemandu
  • Cara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemanduCara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemandu
  • Konflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta UberKonflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta Uber
  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memanduRahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
  • Tak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berbloggingTak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berblogging
  • Masalah lazim yang sering berlaku di rumah jenis ApartmentMasalah lazim yang sering berlaku di rumah jenis Apartment
  • Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasaiKelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai
  • Cara yang betul-betul mudah nak buat duit onlineCara yang betul-betul mudah nak buat duit online
  • Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelanceKepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan uber, pemandu uber, uber

Comments

  1. Mohd Rizal says

    June 7, 2017 at 11:33 pm

    As salam
    Saya berminat tentang program UBER-DOST tu. Bagaimanakah cara-caranya?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      June 8, 2017 at 11:37 am

      Wasalam, tuan download saja panduan ni. Link http://www.sabreehussin.com/rahsia-uber penerangan secara detail diberikan disitu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three + 2 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut