Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 2, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemandu

Saya tahu, ramai diantara kita suka nak buat duit.

 

Ok. Suka nak buat duit tu mungkin tak berapa tepat. Tapi, anda suka tak kalau dapat duit? Mesti suka kan.

 

Tengoklah bila cukup bulan, waktu dapat gaji. Fuh gembiranya rasa. Walaupun tak lama lepas tu, duit dalam akaun kita akan mula menyusut dek kerana kena bayar itu ini, tapi apa yang penting, kita rasa seronok bila dapat duit.

 

Baiklah.

 

Kali ini apa yang saya nak ceritakan adalah mengenai bagaimana cara nak buat duit dengan UBER walaupun kita tak memandu kenderaan.

 

Berita baik ni kan, terutama sekali buat mereka yang nak buat duit dengan UBER, namun atas beberapa sebab, kita tak boleh nak jadi pemandu.

 

Mungkin sebab terlalu sibuk.

Mungkin sebab tak ada kereta sendiri.

Mungkin juga sebab masih belum cukup umur dan lesen pun tak ada.

Mungkin sebab anda ni suri rumah sepenuh masa yang jaga anak-anak dirumah.

 

Atas pelbagai sebab dan alasan lain, anda mungkin tak boleh jadi pemandu.

 

Tapi itu bukanlah penghalang untuk buat duit dengan UBER tau. Saya pun sebenarnya selalu jugak tulis pasal UBER dalam blog ni kan. Antaranya

(1) Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu

(2) Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER

(3) Cara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemandu

 

Jadi kali ini, saya nak tunjuk satu bukti komisen yang saya terima hasil daripada mempromosikan UBER dalam blog saya.

 

bukti-pendapatan-uber

 

Kerjanya mudah sahaja.

 

Hanya bercerita tentang UBER dalam blog atau di mana-mana media sosial.

 

Jika ada yang berminat untuk jadi pemandu, lalu melakukan pendaftaran menerusi link affiliate kita, maka dari situ kita akan dapat komisen.

 

Itu sahaja.

 

Komisen yang saya perolehi dari UBER adalah sebanyak RM10.

 

Anda juga boleh buat dan In Shaa Allah boleh dapat juga.

 

Ada tak yang minat nak jadi pemandu UBER? Kalau ada, silakanlah daftar kat sini ya.

 

Filed Under: Uncategorized Tagged With: buat duit dengan uber

March 30, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Jana pendapatan tambahan dengan UBER – Komisen telah dinaikkan!

Ada berita baik bagi mereka yang merancang untuk jana pendapatan tambahan dengan syarikat UBER. Kini, kita boleh buat duit dengan UBER walaupun kita tak jadi pemandu.

 

Caranya adalah dengan menyertai program referral UBER.

 

Dalam post saya yang sebelum ini, saya ada nyatakan tentang potensi pendapatan apabila kita ingin buat duit dengan UBER. Anda boleh baca post saya sebelum ini bertajuk cara buat duit dengan UBER tanpa jadi pemandu.

 

Saya ada cerita sikit tentang referral program yang dikendalikan oleh pihak Involve Asia.

 

Menerusi referral program tersebut, anda bakal menjana pendapatan mengikut kadar seperti yang dibawah ini.

daftar-uber-sekarang

Apabila ada orang yang mendaftar untuk jadi pemandu UBER, anda akan dibayar sebanyak RM4.73

Sekiranya individu tersebut mula memandu kenderaannya dengan UBER, anda akan terima bayaran tambahan sebanyak RM165.60

 

Ok la tu kan.

 

Tugas kita bukan susah sangat pun. Hanya perlu iklankan peluang untuk jana pendapatan dengan UBER. Itu sahaja. Seterusnya terpulang kepada individu tersebut sama ada nak memandu bersama UBER atau tidak.

 

Namun baru-baru ini, saya menerima berita yang mengatakan komisen referral telahpun dinaikkan. Saya tak pasti sampai bila struktur komisen yang baru ini akan digunakan. Ia mungkin akan dinaikkan lagi di masa akan datang, diturunkan, ataupun mungkin juga ianya akan ditamatkan sama sekali.

 

Ya, tak mustahil untuk program referral ditamatkan, terutama sekali apabila pengendali atau pemilik program telahpun mencapai sasaran jualan yang dimahukan.

 

Ini struktur komisen yang baru.

uber-malaysia-referral-program

Komisen yang dinaikkan adalah komisen bagi Driver Signup. Dari RM4.73 sebelum ini menjadi RM10.41

 

Jawapan bagi cara buat duit dengan UBER tanpa perlu memandu kenderaan sendiri

Anda masih lagi tercari-cari cara yang mudah untuk buat duit dengan UBER ke?

 

Inilah caranya. Iaitu dengan menyertai program referral UBER dan promosi secara online sahaja.

 

Mari kita buat kira-kira yang mudah. Kalau seorang pemandu kita boleh dapat RM10, maka berapa orang pemandu yang perlu mendaftar bersama kita untuk kita dapat pendapatan sebanyak RM1,000?

 

100 orang sahaja. (Kita abaikan sahaja nilai sen-sen dibelakangnya)

 

Pendapatan anda tidak terhenti hanya setakat disitu sahaja ya. Katakanlah kesemua 100 orang ini move on ke langkah seterusnya dan mula memandu kenderaan masing-masing bersama UBER, disini anda akan terima pendapatan tambahan. Nak tahu berapa banyak? Mari kita buat pengiraan.

100 orang pemandu UBER x RM165.60 = RM16,560!

 

Wow!

 

RM16,560

 

Siapa yang nak bagi duit sebanyak tu? Kali terakhir saya buat semakan, memang tak ada siapa yang nak bagi kita duit sebanyak tu. Kalau bank nak bagi sekalipun, kita kena bayar balik dan akan dikenakan interest pulak.

 

Tapi kalau buat program referral UBER ini, anda ada peluang untuk jana pendapatan sebanyak itu. Tiada sebarang yuran, bayaran atau apa-apa duit yang anda kena bayar untuk sertai program referral ini.

 

Cuma perlukan USAHA.

 

Anda mungkin tak akan dapat 100 orang pemandu secara serentak, atau dalam masa yang singkat. Tapi sekiranya anda boleh istiqomah buat kerja-kerja pemasaran, anda pasti boleh capai jumlah tersebut.

 

Berilah masa yang realistik untuk anda buat kerja pemasaran.

 

Kalau anda adalah seorang yang memang pakar dalam bidang pemasaran, mungkin untuk dapatkan 100 orang pemandu UBER yang mendaftar bersama anda, hanya perlu masa lebih kurang 1 – 2 minggu sahaja.

 

Tapi, kalau anda adalah seorang yang tak berapa pandai dalam bab pemasaran, mungkin perlu masa yang lebih panjang dari mereka yang pakar.

 

Ok la.

 

Tak nak sembang panjang sangat.

 

Kalau anda berminat nak jadi pemandu UBER, daftar secara PERCUMA sahaja kat pautan ini.

 

Ataupun, kalau anda nak buat duit dengan UBER, tapi tak nak jadi pemandu, bolehlah daftar untuk sertai referral program ini menerusi platform Involve Asia menerusi pautan ini.

 

Jom kita sama-sama jana pendapatan tambahan dengan UBER!

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan uber, buat duit dengan uber tanpa memandu kenderaan, buat duit uber, daftar pemandu uber, pemandu uber, uber malaysia

March 23, 2017 by Sabree Hussin 6 Comments

Cara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemandu

Syarikat Uber Technologies Inc. adalah merupakan sebuah syarikat jaringan pengangkutan yang berpengkalan di San Fransisco, California, United States.

 

Uber memperkenal dan membangunkan applikasi (apps) bagi menghubungkan seseorang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dengan individu yang memiliki kenderaan dan pada masa yang sama individu tersebut berminat untuk buat duit dengan kenderaan yang dimilikinya sebagai seorang pemandu.

 

Dengan adanya teknologi ini, pengguna tidak lagi hanya perlu bergantung kepada perkhidmatan teksi semata-mata.

Penumpang boleh mengharapkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak UBER dan tidak hanya bergantung kepada perkhidmatan teksi semata-mata.

 

Dengan adanya perkhidmatan dari UBER, penumpang boleh pilih, nak naik kereta yang bagaimana dan dengan pemandu yang mana satu. Ini sudah tentu berbeza dengan teksi.

 

Sebenarnya, sejak UBER diperkenalkan di Malaysia, sudah ramai yang mendapat manfaatnya.

 

Pertama, orang yang mempunyai kenderaan sendiri. Mereka boleh tawarkan servis pengangkutan pada bila-bila masa, sebagai pemandu. Jadi, mereka ni tak perlu lagi susah payah nak cari kerja part time. Ada kereta? Boleh daftar jadi pemandu UBER.

 

Kedua, sudah tentu adalah pengguna perkhidmatan. Para penumpang umpamanya. Bagi tempat-tempat yang memang susah nak dapatkan perkhidmatan dari teksi, boleh guna UBER sahaja. Pemandu UBER tu sendiri yang akan cari anda dan pick up anda dari tempat yang anda tetapkan.

 

Saya tak pasti, adakah teksi sudah buat perkhidmatan seperti ini. Jika masih belum, patut perlu ada inisiatif untuk wujudkan teknologi yang sama seperti yang diguna oleh UBER dan GRAB.

 

Tak payah asyik nak bising, nak complaint, tapi tak ada inisiatif nak bersaing. Akhirnya, cuma berlonggok kat satu tempat dan menambahkan kesesakan jalan sahaja.

 

Walaupun ada pihak yang mendapat kebaikkan apabila diperkenalkan perkhidmatan UBER di negara kita, namun bukan semua orang sukakan UBER.

 

Terutamanya para pemandu teksi.

pemandu-teksi-serang-kereta-uber

Malahan, akhbar Berita Harian Online (BH Online) pernah melaporkan ada pemandu teksi yang bertindak agresif dan menyerang kenderaan UBER. [konflik antara pemandu teksi dan pemandu kereta UBER]

 

Berita-berita macam ni, sudah tentu membuatkan segelintir individu merasakan kurang selesa untuk jadi pemandu UBER. Namun, adakah masih terdapat cara alternatif untuk buat duit dengan UBER?

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan UBER tanpa perlu jadi pemandu?

Sudah tentu ada cara.

panduan-buat-duit-uber

Salah satu panduan yang menceritakan tentang cara nak buat duit dengan UBER tanpa perlu membawa kereta dan boleh buat duit dari rumah telahpun didedahkan dalam panduan Rahsia Uber yang anda boleh muat turun disini.

 

Panduan tersebut merupakan perkongsian pengalaman, oleh Nik Razman yang telah berjaya buat duit dari program ini. Nak lihat buktinya? Ada dibawah ini.

bayaran-komisen-uber

Sebenarnya, apa yang beliau lakukan ini, adalah menyertai program referral yang dianjurkan oleh pihak UBER. Saya tak akan cerita dengan panjang lebar mengenai referral program ini, sebabnya apa yang saya nak cerita ini adalah sedikit berbeza dengan apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

 

Ya, memang ada cara lain yang lebih mudah untuk buat duit dengan UBER.

 

Baru-baru ini, UBER telahpun bekerjasama dengan Involve Asia dan melancarkan program affiliate mereka menerusi platform affiliate network Involve Asia.

program-affiliate-uber

Ini bermakna, jika anda minat untuk buat duit dengan UBER, ada satu lagi cara yang anda boleh gunakan, dan cara tersebut adalah dengan mempromosikan program UBER ini menerusi Involve Asia.

 

Caranya pun mudah sahaja.

 

1. Masuk ke laman web Involve Asia dan buat pendaftaran. Boleh klik sini untuk daftar secara percuma.

 

2. Isikan borang pendaftaran dengan selengkapnya dan tunggu sehingga akaun anda diaktifkan.

 

3. Selepas itu, anda hanya perlu dapatkan link affiliate anda di member area. Promosikan link tersebut dan apabila ada yang mendaftar sebagai pemandu UBER, maka anda akan terima bayaran.

 

Mudah sahaja.

 

Komisen yang diberikan untuk setiap pendaftaran pada waktu catatan ini saya tulis adalah sebanyak RM4.73 bagi setiap orang yang mendaftar sebagai driver UBER.

Apabila orang yang sama telah mula memandu dengan UBER, anda akan dapat extra komisen sebanyak RM165.60

 

So macam mana? Minat tak nak buat duit dengan UBER ni?

daftar-uber-sekarang

Kalau minat, jangan bertangguh-tangguh lagi. Klik pada START EARNING! sekarang dan mula dapatkan akaun publisher anda menerusi Involve Asia.

 

Ok!

 

Jom buat duit dengan UBER.

 

Daftar secara PERCUMA untuk jadi pemandu UBER menerusi pautan ini.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan uber, buat duit tanpa pandu kereta uber, cara mudah buat duit dengan uber

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in