Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

August 15, 2016 by Sabree Hussin 1 Comment

Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?

Negara China memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam menghasilkan pelbagai jenis produk dalam kuantiti yang banyak dan dengan harga yang murah. Sekiranya anda perasan, barangan buatan China dengan tag “Made in China” banyak terdapat di sekeliling kita.

 

Berus gigi, kasut, kereta mainan, perkakasan dapur, peralatan elektrik, pakaian dan macam-macam lagi produk harian yang ada di sekeliling kita mungkin dipasang dan dikeluarkan oleh kilang yang terletak di Negara China. Maka, tak hairanlah apabila negara China menjadi salah satu pilihan popular sekiranya seseorang yang ingin menjadi usahawan memilih untuk mengimport produk dari Negara China untuk di niagakan semula di negara kita.

 

Oleh kerana terlalu banyak pilihan produk yang terdapat di luar sana, mungkin ini akan membuatkan sesetengah bakal usahawan merasa keliru, mana satu produk yang bagus untuk diniagakan? Info tentang apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan bukannya mudah untuk diperolehi.

 

Pada masa yang sama, kita bukannya boleh tanya kepada mana-mana peniaga yang memang mengimport produk dari China dan tanyakan pada mereka apa produk yang tengah Hot dan laku. Besar kemungkinan peniaga tersebut tidak akan kongsikan maklumat tersebut kepada anda. Ia adalah rahsia perniagaan dan kalau bagitahu kat orang lain, seolah-olah mereka sengaja nak suruh orang lain jadi pesaing dalam bidang perniagaan mereka.

 

Baiklah, sebelum kita nak kenalpasti apa dia produk yang bagus untuk kita import dari China, saya nak bawa anda untuk fikirkan terlebih dahulu jawapan untuk soalan ini.

“Apa dia kriteria yang anda gunakan bagi mengenalpasti sama ada sesuatu produk itu bagus ataupun tidak?”

 

Lain orang, lain kriterianya. Macam saya pula, saya akan kata sesuatu produk itu adalah bagus jika ianya sedang viral sekarang ni. Contohnya mungkin produk kecantikkan Perlaking Serbuk Mutiara Asli. Pada pandangan saya, ianya bagus sebab ia sedang viral dan hampir semua orang tahu mengenai produk ini dan apa yang produk ini mampu lakukan.

 

Walaubagaimanapun, satu isu yang anda perlu tahu tentang produk yang sedang viral ialah, ianya mengundang persaingan yang sengit. Secara tiba-tiba semua orang mampu untuk menjadi penjual produk ini. Walaupun bukan semua penjual mempunyai produk dalam tangan. Almaklumlah, sekarang ni kita boleh mula berniaga walaupun tak ada produk dalam tangan. Sama ada anda berbisnes menggunakan konsep affiliate ataupun bisnes menerusi kaedah dropshipping.

 

Produk sedang viral. Ini satu cara untuk mengenalpasti sama ada produk tersebut bagus ataupun tidak. Jika anda mahu menjual sesuatu produk ketika ia sedang viral, bermakna anda agak terlewat. Walaupun terlewat tak bermakna anda tidak akan dapat buat duit. Anda masih ada peluang untuk buat duit ketika produk sedang viral, tetapi jumlah yang anda bakal hasilkan mungkin tidak sebanyak mereka yang dah menjual produk tersebut sebelum ia viral.

 

Apa lagi kriteria yang boleh dijadikan rujukan bagi mengetahui sama ada produk itu bagus ataupun tidak? Ada beberapa, iaitu

(1) Produk mudah untuk difahami oleh prospek.

Lagi bagus kalau kita tak perlu nak susah payah terangkan pada prospek apa yang produk ini boleh lakukan. Misalnya powerbank. Semua orang tau apa itu power bank. Kita letak je kat atas meja, prospek kita dah boleh tahu macam mana nak guna powerbank.

pokemongo-powerbank-pokeball

Satu yang best dengan powerbank ni ialah, ia boleh didapati dalam macam-macam bentuk dan rekaan. Macam sekarang ni orang tengah sibuk main Pokemon Go kan, jadi bolehlah jual powerbank dalam bentuk Pokeball macam dalam gambar kat atas ni. Kalau anda minat nak tempah satu boleh klik kat sini.

 

(2) Produk boleh dibeli dengan harga kos yang relatif murah dan boleh jual balik dengan harga yang mahal

Contohnya, kos untuk dapatkan produk tu ialah RM2.50 satu unit. Kemudian, kita boleh jual semula dengan harga sekurang-kurangnya RM6. Kat situ je kita dah untung dalam RM3.50 untuk satu barang yang terjual. Apa barangnya? Ha… carilah. Buat research sikit.

 

(3) Produk tersebut UNIK dan tak ada jual kat pasaraya besar macam Tesco, Giant atau Mydin

Bila barang tersebut unik, orang memang jarang nak persoalkan bila kita letak harga yang agak tinggi dan ambil margin untung yang lumayan. Sebabnya? Orang susah nak jumpa benda ni. Kalau ada pun, mungkin dekat China sana. Eh tapi tau ke macam mana nak beli barang kat China? Realitinya ialah, bukan semua orang tau macam mana nak beli barang kat China. Lebih-lebih lagi kalau nak dapatkan dengan harga borong atau harga murah.

 

borong_china_taobaoYa, memang ada dihasilkan panduan yang mengajar cara-cara nak import barang dari China kemudian jual semula di pasaran kita, iaitu di Malaysia.

 

Panduan tersebut di beri nama Rahsia Taobao. Panduan ini menerangkan cara-cara untuk import barang dari China tanpa perlu ke negara China langsung. Kita boleh lakukan ia hanya dari rumah secara online.

 

Namun, just because anda pernah beli dan pernah baca panduan ini, tak bermakna prospek dan pelanggan anda juga pernah beli dan baca panduan ini. Tak semestinya. In fact mereka mungkin tak peduli pun tentang panduan ni. Lagipun mereka bukannya ada perancangan nak buat sebarang bisnes pun.

 

Dapatkan info produk bestseller dari laman web ecommerce

Ada banyak laman web ecommerce kat luar sana yang memaparkan maklumat-maklumat produk tertentu yang dikira sebagai best seller. Anda boleh buka laman web Lazada misalnya dan lihat apa dia produk yang termasuk dalam kategori best seller dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Produk yang termasuk dalam kategori best seller ini anda boleh jadikan ia sebagai rujukan sebelum memilih untuk jual produk apa. Selain laman web Lazada, anda boleh juga rujuk lain-lain laman web seperti lelong, ebay, mudah dan sebagainya. Mereka mungkin tidak akan memberikan anda data yang tepat tentang apa produk yang patut anda pilih, namun daripada maklumat yang dipaparkan dalam kategori best seller, anda patut dapat idea nak pilih produk apa.

 

Baiklah, semoga apa yang saya kongsikan dan idea yang saya paparkan disini dapat membantu anda. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya menjual produk dari China!

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Ebook Rahsia Taobao – 5 Sebab kenapa ebook ini BESTSELLER di klikjerEbook Rahsia Taobao – 5 Sebab kenapa ebook ini BESTSELLER di klikjer
  • Beli barang dari negara China di laman web TaoBao walaupun tak faham bahasa cinaBeli barang dari negara China di laman web TaoBao walaupun tak faham bahasa cina
  • Kenapa Rahsia Taobao harganya “Mahal”?Kenapa Rahsia Taobao harganya “Mahal”?
  • Bincang-bincang topik borong produk dari China untuk diniagakan semulaBincang-bincang topik borong produk dari China untuk diniagakan semula
  • Syarikat Hosting TERBAIK untuk mereka yang baru nak mula bloggingSyarikat Hosting TERBAIK untuk mereka yang baru nak mula blogging
  • Saya dah sediakan servis Advertorial, tapi orang masih nak spam jugak!Saya dah sediakan servis Advertorial, tapi orang masih nak spam jugak!
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosialKerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Cerita tentang buat duit dengan LazadaCerita tentang buat duit dengan Lazada
  • Bagaimana membeli barang dari laman web Taobao?Bagaimana membeli barang dari laman web Taobao?
  • Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria?Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria?

Filed Under: Personal Tagged With: borong dari china, import barang dari china, produk dari china, rahsia taobao

Trackbacks

  1. Barang apa nak borong dari China dan jual di pasaran tempatan? – Rahsia TaoBao – Panduan Borong Dari China says:
    August 9, 2017 at 9:11 pm

    […] Apa produk dari China yang bagus untuk dijual semula di pasaran tempatan? Adat orang yang berniaga, kalau boleh kita memang mahukan untung sepanjang masa. […]

    Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in