Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 12, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Berbaloi ke kalau kena keluar duit untuk belajar ilmu buat duit?

Keluar duit untuk belajar ilmu buat duit. Apa pendapat anda?

 

Perlu ke? Berbaloi ke? Bukan ke sekarang ni anda memang dah ada kerja sendiri. Full time pulak tu. Perlu ke nak belajar sesuatu yang baru untuk tambah lagi sumber pendapatan?

 

Dari pengalaman saya, saya memang pernah jumpa dengan orang yang memang tak pernah fikirkan hal-hal macam ni. Bagi dirinya, apa yang ada pada dirinya sekarang ni dah mencukupi. Tak perlu lagi fikir hal-hal seperti nak wujudkan pendapatan kedua, pendapatan tambahan mahupun pendapatan pasif.

 

Adakah ilmu buat duit ada diajarkan sama ada diperingkat sekolah, kolej ataupun universiti?

Alhamdulillah, masa zaman saya sekolah dulu, walaupun ilmu buat duit ini tidaklah diajar secara formal, namun ada waktu-waktu tertentu yang mana kami para pelajar dapat belajar ilmu buat duit.

 

Contohnya kalau masa zaman sekolah dulu, pelajar-pelajar boleh dapat pendedahan awal tentang macam mana nak buat duit dengan menjadi seorang peniaga atau usahawan.

 

Saya ingat lagi, masa zaman sekolah dulu, pihak sekolah ada mengadakan hari keusahawanan dan juga hari kantin. Waktu ini, setiap kelas perlu fikirkan satu jenis perniagaan untuk menjayakan hari tersebut.

 

Perniagaan yang paling mudah dilakukan pada masa tu adalah jual makanan seperti burger dan juga jual air dalam balang. Kalau para pelajar yang lebih advance, ada juga yang buka mini cyber cafe dan juga pusat permainan video.

 

Biasanya yang berani buka perniagaan macam ni pada hari usahawan adalah pelajar yang datang dari keluarga yang agak senang dan berada.

 

Bila masuk ke peringkat universiti, saya kurang mengambil bahagian dalam aktiviti keusahawanan. Walaupun begitu saya perasan, memang ada beberapa persatuan dan kelab usahawan yang ditubuhkan bagi menggalakkan para pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan.

 

Sekurang-kurangnya, dengan penyertaan terhadap aktiviti sebegini, para pelajar dapat pendedahan awal tentang selok belok pengurusan perniagaan. Jadi, kalau ditakdirkan lepas tamat pengajian susah nak dapat kerja, boleh berniaga dulu buat sementara waktu.

 

Mungkin boleh buat begini. Waktu siang berniaga. Waktu malam, hantar resume kepada seberapa banyak syarikat yang ada kekosongan jawatan.

 

Sekarang ni pun bukannya susah sangat nak mohon kerja. Boleh mohon secara online sahaja. Ada beberapa laman web carian kerja yang popular yang boleh digunakan, antaranya seperti Jobstreet dan juga laman web maukerja.my

cari-kerja-kosong-online

Kalau laman web Jobstreet tu mungkin dah ramai yang biasa dengar dengan laman web tersebut. Tapi kalau laman web maukerja tu mungkin agak baru bagi sesetengah orang.

 

Kebiasaannya, orang kita akan buat duit dengan cara bekerja makan gaji.

 

Saya juga bermula dengan cara seperti itu. Mula-mula kerja makan gaji dulu. Sambil tu cari pengalaman dan mencari-cari juga sumber pendapatan yang baru, yang mungkin sesuai untuk dilakukan apabila ada masa lapang.

 

Daripada hasil carian, saya temui beberapa kaedah.

 

Dalam banyak-banyak kaedah yang saya jumpa tu, akhirnya saya pilih untuk fokus kepada perniagaan di internet.

 

Nak baca buku berjudul Make Money Online, Work From Home, From Newbie to Millionaire, Internet Marketing Success System Explained Step By Step ini? Klik sini ya.

 

Masa zaman saya kenal dengan perniagaan internet dulu, tak banyak rujukan yang ada dipasaran tempatan. Kalau ada pun, kebanyakkan adalah dalam bahasa Inggeris.

 

Pada masa tu, kalau nak belajar tentang buat duit online, cara nak jana pendapatan dengan program affiliate misalnya, semua tu kena rujuk buku dari luar negara.

 

Kalau nak rujuk panduan yang dihasilkan oleh penulis tempatan bukannya tak ada. Memang ada. Namun kebanyakkannya adalah dalam bentuk rakaman video ataupun ebook.

 

Rata-rata ebook yang dijual adalah dari pengalaman sebenar orang yang menghasilkan produk informasi tersebut.

 

Kalau anda jenis yang mementingkan kualiti, mesti anda akan rasa seolah-olah ebook-ebook ni semua macam tak ada kualiti langsung, dari segi penyampaiannya.

 

Namun, kalau dinilai dari segi ilmu yang disampaikan, sudah tentu ianya sangat bernilai. Hasil daripada merujuk kepada panduan-panduan tersebutlah, sehingga ke hari ini, saya dapat buat duit di internet.

 

Jadi, bila bercakap soal berbaloi ke tidak… pada saya ianya memang berbaloi. Pelaburan yang saya keluarkan satu ketika dulu, telah pun balik modal berulang-ulang kali hingga ke hari ini.

 

Dari segi kos, saya pun dah lost track, berapa ribu yang saya dah keluarkan bagi tujuan pembelajaran. Namun, semua tu ada hikmahnya.

 

Kalau dulu saya kedekut nak keluar duit untuk belajar ilmu-ilmu ni semua, mungkin sampai ke hari ini, saya masih lagi terkial-kial dan mencari arah, kemana hala tuju saya dalam bidang perniagaan di internet ni.

 

 

Baca juga artikel:

  • Proses renew domain dan hosting selesai – Blog ini masuk tahun keempat!Proses renew domain dan hosting selesai – Blog ini masuk tahun keempat!
  • Cara buat duit dengan Instagram – Pengenalan kepada Portal Iklan IGCara buat duit dengan Instagram – Pengenalan kepada Portal Iklan IG
  • Bisnes barangan bundle – Tak glamor tapi untung BESAR!Bisnes barangan bundle – Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.myCara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my
  • Berapa harga yang perlu dibayar untuk mula bekerja dari rumah?Berapa harga yang perlu dibayar untuk mula bekerja dari rumah?
  • Buat duit dengan share link sahaja. Boleh ke?Buat duit dengan share link sahaja. Boleh ke?
  • Bersegeralah apabila ingin melakukan kebaikkanBersegeralah apabila ingin melakukan kebaikkan
  • Menulis di blog sebagai kerja part time semasa zaman belajar di universitiMenulis di blog sebagai kerja part time semasa zaman belajar di universiti

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: belajar buat duit, ilmu buat duit, ilmu buat duit di internet

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in