Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 8, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?

Satu hari, masa sedang memandu dari Kuala Lumpur menuju ke Amcorp Mall, Petaling Jaya, abah tanya soalan kat saya

“Boleh percaya tak kalau abah nak beli barang dari Mudah? Abah ingat nak beli ikan kaloi. Ada orang jual ikan yang abah nak, harga dalam seratus lebih je…”

buat_duit_di_mudah

Kebetulan, saya pun ada tulis satu artikel tentang kepercayaan antara seller dan buyer dalam artikel sebelum ini. Tajuknya seronoknya berbisnes apabila dibina atas dasar saling percaya.

 

Saya sendiri, tak banyak pengalaman berurusan dengan pembeli atau penjual di laman web mudah.my

 

Untuk terus kata, yang dekat laman web ini ada banyak sangat penipu, itu adalah satu tuduhan yang tak baik. Kalau diikutkan, sebenarnya penipu tu ada di mana-mana. Mungkin orang yang sama, penipu yang sama, tapi dia berlegar-legar di laman web yang berlainan.

 

Katakanlah, penipu yang sama ni, dia buat kerja di 10 laman web yang berbeza. Tak kan kita nak kata, kesemua 10 laman web tu penipu. Tak adil, kan?

 

Penipuan yang dilaporkan berlaku terhadap pengguna laman web mudah.my ianya adalah case to case basis. Ia mungkin isu terpencil. Kita mungkin susah nak tau sama ada penjual tu seorang yang jujur atau sebaliknya, namun, kita boleh sentiasa ambil langkah berhati-hati.

 

Pihak mudah.my hanya menyediakan platform sahaja. Mereka telah berikan yang terbaik, untuk menyediakan tapak pengiklanan supaya orang ramai boleh manfaatkan dan buat duit dengan mudah.my

 

Tapi dalam ramai-ramai yang mengunjungi laman web mudah.my tu, tak dinafikan ada yang berniat jahat dan dalam kepala meraka cuma nak menipu. Mereka ni, nak ambil kesempatan terhadap kelemahan yang mereka temui, dan nak buat duit dengan cara yang mudah. Memang keji mereka ni.

 

Sekarang ini, bukan setakat penjual sahaja yang boleh menipu. Malahan, jika tak berhati-hati, pembeli juga ada yang menipu. Banyak kes-kes yang melibatkan pembeli, yang kononnya berada di luar negara, yang meminta kita untuk hantar barang mereka ke luar negara.

 

Dari apa yang saya baca, yang popular adalah hantar ke Afrika, Nigeria dan sebagainya.

 

Kalau sebagai penjual di Mudah.my dan anda berhadapan dengan pembeli seperti ini, saya rasa baik anda lupakan sahaja untuk berurusan dengan mereka ini. Besar kemungkinan, mereka ni cuba untuk menipu anda. Anda tak akan dapat untung apa-apa bila layan mereka ni, dan anda hanya buang masa.

 

Fokus sahaja dengan pembeli dari dalam negara, dan kalau ada pembeli luar negara yang cuba berurusan dengan anda, anggap ia sebagai red flag, amaran, tanda merah, untuk anda lebih berjaga-jaga.

 

Kalau nak berurus niaga di mudah.my selamat ke?

Berurusan di mudah.my, tak sama macam anda berurusniaga di laman web ini. Setahu saya, mudah tidak memberikan jaminan kepuasan pelanggan atau perlindungan kepada pembeli dan juga kepada penjual.

 

Ia hanya sebuah platform untuk anda iklankan barang. Jika ada yang minat nak beli barang di mudah.my, urusan jual beli perlu dilakukan dengan barhati-hati.

 

Jangan buat sebarang bayaran, selagi anda tidak lihat barang yang nak dibeli. Melainkan anda betul-betul percaya dengan penjual.

 

Katakanlah, anda nak beli kereta di mudah. Kereta ini, harganya mestilah mahal, sampai ribu-ribu ringgit, kan. Pastikan, bila nak beli tu, anda dah tengok kereta, dah lihat semua dokumen, dan kalau dah betul-betul puas hati, baru bayar.

 

Jangan terlalu gopoh melihat tawaran harga murah, hinggakan bila diminta untuk buat bayaran deposit, atau booking fee, anda terus buat bayaran. Tindakan seperti ini, hanya akan merugikan anda kelak.

 

Sebarang bayaran, kalau boleh lakukan apabila anda dah yakin akan kewujudan barang yang nak dibeli. Sentiasa ambil langkah berjaga-jaga, untuk keselamatan anda juga.

 

Apapun, bila nak berurusan kali pertama tu, cuba berkomunikasi dengan penjual tu. Tengok layanan yang diberikan. Kalau tak yakin, jangan beli.

 

Biar rugi sebab tak beli, daripada rugi sebab barang yang dibeli tak sampai ke tangan anda. Kalau itu yang berlaku, alahai maksudnya dah kena tipu la tu.

 

 

Baca juga artikel:

  • Lazada Voucher 20% Off sah dari 1st Nov – 17th Dec 2016Lazada Voucher 20% Off sah dari 1st Nov – 17th Dec 2016
  • Rahsia hasilkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hanya semudah menulis artikelRahsia hasilkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hanya semudah menulis artikel
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara onlineCara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancerKemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Mula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang BossMula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang Boss
  • Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018
  • Kerja sambilan dari rumah dengan iLanceeKerja sambilan dari rumah dengan iLancee
  • Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatanKerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatan
  • Berbaloi ke kalau kena keluar duit untuk belajar ilmu buat duit?Berbaloi ke kalau kena keluar duit untuk belajar ilmu buat duit?
  • Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasaiKelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai

Filed Under: Personal Tagged With: boleh percaya ke mudah.my, elak penipuan di mudah.my, kena tipu dengan mudah

Trackbacks

  1. Bagaimana cara buat jualan menggunakan blog? - Soal Jawab .MY says:
    August 13, 2018 at 8:24 pm

    […] hari ini, anda boleh gunakan platform seperti blog, youtube, facebook, instagram, twitter, tumblr, mudah.my dan banyak lagi bagi tujuan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 8 =

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
    Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut