Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 2, 2023 by Sabree Hussin Leave a Comment

Strategi Content Marketing untuk Bisnes – Panduan untuk orang baru

Apakah kaedah pemasaran yang paling berkesan untuk dijalankan pada zaman ini?

Sebagai salah seorang penggemar kaedah content marketing, jawapan yang saya bakal berikan ini mungkin agak bias. Sudah tentu saya akan kata jawapannya adalah strategi content marketing.

 

Pada era digital ini, dimana kebanyakkan individu diluar sana banyak menghabiskan masa mengadap skrin gadget, kaedah content marketing menjadi suatu alat penting bagi perniagaan dari pelbagai saiz untuk menarik pelanggan baru, dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

 

Apa yang membuatkan pengguna seolah-olah ketagih melihat skrin hingga berjam-jam lamanya? Jawapannya sudah tentu kerana mereka tertarik dengan kandungan yang dipaparkan pada skrin mereka, tak kiralah sama ada kandungan tersebut dalam bentuk video, imej ataupun artikel.

kerja-dari-rumah

Content marketing ini merupakan suatu proses dimana kita akan menghasilkan kandungan yang bernilai, relevan dan membawa mesej yang konsisten kepada golongan yang kita sasarkan.

 

Menerusi penghasilan konten yang “menepati selera target audience” kita akan mengetengahkan produk atau perkhidmatan yang ingin kita perkenalkan sama ada secara langsung atau tak langsung, dengan tujuan untuk mendapatkan jualan sebagai matlamat akhir.

 

Selepas susah payah kita memerah idea, menghasilkan karya terbaik untuk tujuan pemasaran, sudah tentu kita mahukan usaha kita itu membuahkan hasil. Macam mana kita nak tahu sama ada usaha kita tu berhasil ataupun tidak?

Jawapannya adalah dengan melihat sama ada kita berjaya dapatkan jualan atau sebaliknya.

 

Dalam artikel kali ini, kita akan menerokai beberapa perkara yang menyentuh topik pemasaran menggunakan kandungan (konten)  dan juga memberikan beberapa tips serta strategi yang dapat membantu anda membina kandungan yang berkesan.

 

Kenapa pemasaran kandungan penting untuk perniagaan?

Apa perniagaan yang anda jalankan?

 

Adakah anda menjalankan bisnes homestay? Atau anda menjalankan bisnes menjual buku?

Tak kiralah apa jenis perniagaan yang anda jalankan, besar kemungkinan sudah ada entiti lain yang turut menjalankan perniagaan yang sama seperti anda. Mereka ini adalah pesaing anda.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: content marketing untuk bisnes, strategi content marketing, teknik content marketing

April 8, 2023 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?

Seorang jiran bertanya pada saya.

“Awak cuti ke hari ni?”

 

Kebetulan waktu tu saya tengah keluar rumah untuk buang sampah. Kalau tak silap saya, pada masa tu kebetulan dia sedang cuci kereta waktu tu. Kalau tak memang agak jarang untuk saya bertembung dengan jiran saya ni.

 

Saya pun jawab, “Eh saya kerja. Saya work from home, sebab tu setiap hari saya ada dirumah…”

 

Dia nampak macam belum puas hati dengan jawapan yang saya berikan. Kemudian dia pun tanyakan soalan tambahan “Oh ye ke, awak kerja apa tu boleh buat dari rumah?”

 

Saya tak sangka, ada juga orang yang berminat nak tahu, apa kerja yang saya buat. Tak apa lah, saya pun beritahu yang saya ni sebenarnya bekerja dalam bidang marketing.

kerja-seorang-telemarketer

Kemudian, bila dia dengar saya sebut yang saya kerja dalam bidang marketing, terus dia kata…

“Wahhh bagus ya… kerja dalam marketing…”

 

Perbualan ini melekat agak lama dalam kepala saya.

Hingga akhirnya saya buat keputusan untuk jadikan ia sebagai salah satu konten dalam blog ini.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: contoh kerja marketing, kerja marketing, kerjaya sales and marketing, skop kerja marketing

January 11, 2023 by Sabree Hussin 1 Comment

Servis menulis artikel

Berapa lama masa yang diperlukan untuk menulis dan menyediakan sebuah artikel yang mengandungi 2,000 patah perkataan?

Jawapannya pasti tak sama antara setiap orang.

 

Dari pengalaman saya sendiri menghasilkan karya penulisan untuk disiarkan dalam blog, saya boleh katakan masa yang diambil adalah berbeza-beza dan ini bergantung kepada beberapa faktor, antaranya

 

(1) Tahap pengetahuan tentang topik 

Ada topik yang memang saya sangat familiar.

 

Ada topik yang saya pernah tulis berkali-kali dan saya terbitkan artikel tersebut di beberapa blog yang berbeza. Topik penulisan yang memang dalam lingkungan pengetahuan saya, saya boleh siapkan dengan lebih cepat.

 

Tetapi kalau topik tersebut saya kurang familiar dan ia merupakan kali pertama saya menulis mengenai topik tersebut, biasanya ia akan memakan masa yang lebih lama.

 

(2) Kelajuan menaip artikel

Skil menaip juga memberi impak kepada masa untuk menyiapkan sesebuah artikel.

 

Saya masih ingat lagi, saya pernah menaip artikel menggunakan keyboard yang agak keras. Saya rasa agak kurang selesa menaip dan sedikit sebanyak ia menyebabkan saya menaip dengan lebih perlahan.

kerja-copywriting

(3) Penyediaan draf artikel

Lazimnya sebelum saya mula menulis sebarang artikel, saya akan menyediakan draf terlebih dahulu. Draf artikel ini merupakan persediaan awal sebelum saya menyiapkan artikel yang complete.

 

Pada saya menyediakan draf ini merupakan satu langkah yang penting, bagi menentukan kemana hala tuju artikel yang bakal dihasilkan. Kalau tak ada draf, saya perlu menulis secara spontan dan ia akan memakan masa yang lebih lama berbanding menulis artikel yang telah saya sediakan drafnya dari awal.

 

Bahaya menulis tanpa draf ini. Kadang-kadang akan rasa blur bila mengadap skrin komputer yang kosong.

[Read more…]

Filed Under: Uncategorized Tagged With: artikel blog, perkhidmatan menulis blog, servis menulis artikel, servis menulis blog

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 89
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in