Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 14, 2023 by Sabree Hussin Leave a Comment

Berbaloi ke beli jam tangan jenama G-Shock?

G-shock adalah merupakan jenama jam tangan yang dikeluarkan oleh syarikat jam tangan terkemuka iaitu Casio. Jenama ini telah menjadi salah satu ikon dalam dunia jam tangan selama beberapa dekad yang lalu.

 

Sebut sahaja nama G-Shock, boleh dikatakan ramai orang yang kenal dengan jenama ini.

jam-g-shock-original

Jenama G-Shock sangat sinonim dengan dengan fungsi-fungsi canggihnya, dan jenama ini juga merupakan pilihan popular dalam kalangan mereka yang menginginkan jam tangan yang tahan lasak dengan rekabentuk yang menarik.

 

Namun, persoalan yang seringkali ditanyakan oleh bakal pengguna adalah,

“Adakah berbaloi membeli jam tangan jenama G-Shock?”

 

Perbincangan dalam artikel ini, kita akan cuba merungkai persoalan tersebut dan kita akan cuba bantu anda buat keputusan yang sewajarnya.

 

Kita akan bincangkan, apakah keistimewaan model jam tangan dari jenama ini, kelemahannya serta kita cuba bandingkan dengan alternatif lain yang mungkin dapat membantu anda untuk buat keputusan yang lebih baik.

 

Kelebihan Jam Tangan G-Shock

Kita akan mulakan dengan melihat apakah kelebihan yang terdapat pada model jam dari jenama ini.

 

(1) Ketahanan dan kekuatan

Jam tangan jenama G-Shock ini amat terkenal dengan reputasinya menghasilkan jam yang tahan lasak dan mampu berfungsi dengan baik walau dalam situasi yang cukup ekstrem.

 

Jenama ini dibangunkan bagi mengatasi situasi yang agak ekstrem misalnya seperti perlu berhadapan dengan keadaan hentakkan, getaran dan tekanan yang kuat.

 

Sejarah mengenai penciptaan janama ini bermula apabila Kikuo Ibe yang merupakan seorang jurutera ingin mencipta seutas jam tangan yang boleh bertahan dan masih tetap berfungsi dengan baik walaupun jam tersebut jatuh ke lantai.

 

Pada masa lalu, kebanyakkan jam tangan akan pecah berderai sebaik sahaja ianya terjatuh atas lantai. Justeru model ini dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.

 

Model G-Shock telah melalui pelbagai ujian ketahanan seperti ujian melempar dari pesawat terbang dan tekanan dari kenderaan yang melintas diatasnya.

 

(2) Fungsi yang pelbagai

Jam tangan dari jenama G-Shock ini bukan semata-mata tentang ketahanannya.

 

Ia juga sebenarnya dilengkapi dengan fungsi yang pelbagai, yang mungkin tak terdapat pada lain-lain model yang ada dipasaran.

 

Terdapat model G-Shock yang mempunyai fungsi radio-controlled, yang membolehkan ia menerima isyarat radio bagi memastikan ia sentiasa dapat memaparkan waktu yang sebenar dilokasi tersebut.

 

Salah satu model yang mempunyai fungsi tersebut adalah G-Shock Rangeman GW9400.

Boleh lihat disini.

radio controlled G-Shock

Model ini dilengkapi dengan Multiband 6 Atomic Timekeeping, yang boleh menerima isyarat daripada enam stesen masa atom berbeza di seluruh dunia.

 

Ini bermakna, tak kira dimana anda berada jam ini akan memaparkan waktu yang tepat bersesuaian dengan lokasi semasa anda.

 

Selain itu, ada juga model yang dilengkapi dengan fungsi Tough Solar. Fungsi ini dapat mengecas bateri jam tangan tersebut secara automatik, apabila terdedah kepada sumber cahaya matahari ataupun sumber dari cahaya lampu.

 

Fungsi ini boleh membuatkan bateri jam tangan anda boleh bertahan lama, tanpa perlu menukar bateri yang baru. Bateri jam anda akan terus dicas secara automatik asalkan terdapat sumber cahaya.

 

Tambahan lagi, kita juga boleh lihat ada lagi fungsi tambahan yang dilengkapi pada jam G-Shock misalnya seperti

1. Alarm

2. Stopwatch

3. Kalendar

4. Kompas

5. Termometer

6. Barometer

7. Altimeter

8. Step Tracker

 

Ya, lazimnya lagi mahal harga sesebuah model tersebut, akan ada lagi banyak fungsi yang boleh dimainkan oleh model tersebut.

 

(3) Reka bentuk yang menarik

Saya tak pasti sama ada anda akan bersetuju dengan saya mengenai poin ini ataupun tidak.

 

Namun pada pandangan mata saya, G-Shock mempunyai banyak model dan reka bentuk yang sangat menarik.

harga-jam-g-shock-original

Atas sebab itu juga, kita boleh perhatikan ada banyak jam tangan tiruan atau jam tangan dengan jenama yang tak dikenali, turut menghasilkan jam tangan yang designnya seakan-akan G-Shock.

 

(4) Reputasi yang terkemuka

Jenama ini mempunyai reputasi yang sangat baik dalam industri.

 

Banyak pemilik G-Shock juga memberikan ulasan positif tentang ketahanan jam tangan ini.

 

Namun anda perlu pastikan, bahawa anda membeli jam tangan G-Shock yang original, bukannya yang copy ori ataupun yang memang tiruan.

 

Kalau anda beli yang copy ori, besar kemungkinan anda tak akan mendapat manfaat yang sama seperti mana yang diperolehi oleh pengguna jam tangan original.

 

Apakah kekurangan jam jenama G-Shock?

Kita dah bercerita mengenai beberapa kelebihan yang terdapat pada jam tangan G-Shock.

 

Rasanya tak lengkap kalau kita tak sentuh serba sedikit mengenai kekurangan yang ada pada jenama jam ini. Lagipun, bila kita nak buat penilaian sama ada ianya berbaloi ataupun tidak untuk dibeli, kita perlu tahu apakah kelebihan dan kekurangan yang ada pada barangan tersebut.

 

(1) Harga yang agak mahal

Harga jam tangan G-Shock sebenarnya mahal.

 

Bukan semua orang mampu untuk mendapatkannya.

 

Malahan dekat luar sana, ada banyak lagi model jam tangan yang lebih murah berbanding G-Shock yang mampu untuk menjalankan fungsi yang lebih kurang sama.

 

Lagipun, fungsi utama jam itu sendiri adalah untuk menunjukkan waktu. Setuju?

 

Kalau orang yang betul-betul bersungguh-sungguh nak dapatkan jam tangan G-Shock yang original, mungkin terpaksa bersabar dan kumpul duit untuk beberapa bulan sebelum dapat beli model jam tangan ini.

 

Kadang-kadang disebabkan kita kurang sabar, ada antara kita yang beli sahaja apa-apa model asalkan jenama G-Shock, sedangkan ada model lain yang kita lebih berkenan.

 

Tapi kita tak dapat beli disebabkan harganya yang agak mahal.

 

(2) Rekabentuk yang kasual

Walaupun design G-Shock ini banyak yang menarik, namun ia sebenarnya lebih sesuai dipakai untuk suasana yang lebih kasual, ketika bersukan dan semasa melakukan aktiviti lasak.

 

Jam ini mungkin kurang sesuai dipakai untuk situasi formal atau untuk tujuan bisnes. Ia mungkin akan memberikan gambaran yang kurang tepat terhadap diri anda, jika anda mengenakan aksesori yang kurang sesuai dengan tema.

 

Justeru, untuk upacara rasmi, model dan jenama ini mungkin bukan pilihan yang terbaik.

 

(3) Fungsi yang tak diperlukan

Ada banyak fungsi-fungsi yang begitu canggih yang terdapat pada seutas jam tangan.

 

Seperti yang saya ada sebutkan tadi, bergantung pada jenis model tertentu, jam anda mungkin dilengkapi dengan fungsi seperti step tracker, termometer, altimeter, barometer, tough solar dan mampu bertahan dalam air berkedalaman 200 meter.

 

Persoalannya ialah, adakah anda benar-benar akan menggunakan kesemua fungsi jam tersebut?

 

Adakah anda akan pergi melakukan aktiviti scuba atau menyelam ke dasar laut yang memerlukan anda mempunyai jam yang boleh bertahan di kedalaman hingga 200 meter?

 

Atau adakah anda akan masuk ke dalam hutan, dan mendaki gunung yang tinggi hingga anda memerlukan jam tangan yang mampu untuk berfungsi sebagai kompas, termometer, altimeter, barometer dan sebagainya.

 

Atau sebenarnya anda hanya akan gunakan jam tersebut untuk mengetahui waktu semasa sahaja?

 

Sebenarnya semua ini terpulang pada anda.

Saya bukanlah ingin menghalang anda membeli jam ini.

 

Pada saya, jika anda ada duit dan memang minat dengan model ini, beli sahajalah.

 

Macam saya sendiri, saya beli jam tangan G-Shock sebab saya suka dan saya minat. Soal harga, itu saya tolak ketepi.

 

(4) Saiz yang besar

Ada beberapa model yang saya kira saiznya agak besar, dan kurang sesuai dipakai oleh individu yang mempunyai saiz pergelangan tangan yang agak kecil.

 

Lebar tali jam G-Shock juga sebenarnya agak lebar.

 

Boleh jadi ianya agak lebar disebabkan untuk melindungi pergelangan tangan si pemakai jika berlaku sebarang kemalangan. Maklumlah, jam ini sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti lasak atau bersukan.

 

Jika berlaku kemalangan, contohnya seperti terjatuh, tali jam ini dapat melindungi pergelangan tangan dari tercedera.

 

(5) Terlalu banyak model tiruan

Disebabkan jam tangan G-Shock ini mempunyai pasaran dan peminatnya yang tersendiri, maka tak hairanlah kalau diluar sana terdapat banyak penjual yang menjual jam tiruan ataupun copy ori.

 

Justeru anda perlu berhati-hati apabila ingin membeli jam tangan model G-Shock ini.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh ikuti tips membeli jam tangan G-Shock Original jika anda baru pertama kali ingin beli model ini.

 

Alternatif bagi jenama G-Shock

Jam tangan jenama G-Shock bukanlah satu-satunya jenama jam yang didatangkan dengan design yang sporty dan ala-ala military. Diluar sana masih ada lagi jenama alternatif yang anda boleh pilih.

 

Kalau anda merasakan jenama ini kurang sesuai dengan citarasa anda, anda boleh cuba lihat jenama lain misalnya

1. Suunto

2. Casio Pro Trek

3. Luminox

4. Timex Expedition

5. Garmin

6. Citizen Promaster

7. Victorinox Swiss Army

8. Seiko Prospex

 

Tapi kalau setelah anda melihat alternatif bagi jam G-Shock, dan anda merasakan memiliki jam G-Shock adalah pilihan yang lebih baik, maka saya cadangkan anda beli sahaja jenama G-Shock.

 

Kesimpulan

Kita telahpun bincangkan mengenai beberapa kelebihan dan juga kekurangan yang ada pada jam tangan dari jenama G-Shock ini.

 

Pada pandangan anda secara peribadi, adakah berbaloi beli jam tangan ini?

Jawapan sebenar pasti berbeza antara setiap orang.

 

Jika anda seorang yang memerlukan jam tangan yang bersifat tahan lama, ada pelbagai fungsi dan mempunyai rekabentuk yang menarik, G-Shock mungkin adalah salah satu jenama yang sangat baik yang anda patut pilih.

 

Namun jika anda memerlukan jam tangan yang lebih sesuai dipakai dalam situasi yang formal, jenama ini mungkin kurang sesuai untuk keperluan anda.

 

Jika wang bukan perkara yang menjadi penghalang, saya rasa tak salah kalau anda beli sahaja dua atau tiga jam dari jenama dan model yang berbeza. Sesetengah orang memang menjadikan jam tangan sebagai koleksi dan bukan sekadar mempunyai seutas jam tangan sahaja.

 

Tapi kalau anda hanya boleh beli satu jam sahaja, saya syorkan anda belilah jam mengikut keperluan anda.

Tentukan, apakah ciri jam yang penting bagi anda, dan buatlah keputusan yang sewajarnya.

 

Jangan sampai sebab nak beli jam yang bergaya, anda terpaksa ikat perut dan tak berjaya bayar benda-benda lain yang lebih penting.

 

 

Baca juga artikel:

  • Kerja dari rumah secara part time sebagai Jurujual Online – Apa yang anda perlu tahu?Kerja dari rumah secara part time sebagai Jurujual Online – Apa yang anda perlu tahu?
  • Berbaloi ke kalau kena keluar duit untuk belajar ilmu buat duit?Berbaloi ke kalau kena keluar duit untuk belajar ilmu buat duit?
  • Pelaburan untuk mendapatkan TRAFIK berkualitiPelaburan untuk mendapatkan TRAFIK berkualiti
  • Tolong orang dapatkan kerja pun boleh dapat upah lumayanTolong orang dapatkan kerja pun boleh dapat upah lumayan
  • Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.myCara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my
  • Panduan Jobdirumah dengan harga PROMOSI serendah RM30 sahaja!Panduan Jobdirumah dengan harga PROMOSI serendah RM30 sahaja!
  • Strategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emelStrategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emel
  • Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes onlineAkaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online
  • Lazada Voucher 20% Off sah dari 1st Nov – 17th Dec 2016Lazada Voucher 20% Off sah dari 1st Nov – 17th Dec 2016
  • Buat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara niBuat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara ni

Filed Under: Casio G-Shock Tagged With: berbaloi beli jam G-Shock, kekurangan jam g-shock, kelebihan jam G-Shock

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Casio G-Shock
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in