Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

February 2, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

3 Tips untuk Usahawan Online yang ingin menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran

Kadang-kadang saya berfikir sendiri… kenapalah agaknya orang suka untuk buat pemasaran menggunakan media sosial? Adakah sebab ianya benar-benar convert kepada sales ataupun sebab buat pemasaran di media sosial ni lebih relaks dan menyeronokkan?

 

Bermula dengan kita Log in ke akaun media sosial. Sedar-sedar je, 1 jam dah berlalu tanpa kita siapkan walaupun satu kerja sekalipun. Ada tak yang pernah lalui pengalaman macam ni?

 

pemasaran_instagram Jujurnya, saya dah banyak kali lalui pengalaman yang macam ni, hinggalah saya ambil keputusan yang drastik, untuk mengurangkan penglibatan saya dalam mana-mana akaun media sosial.

 

Tiba-tiba satu hari tu, saya dapat satu berita, ada satu lagi platform media sosial yang muncul yang turut memberi impak yang bagus jika kita nak buat marketing menggunakan platform media sosial tersebut.

 

Instagram. Sebelah ni pula adalah panduan pemasaran Instagram berjudul Instagram Kaboom yang anda patut lihat dan baca terlebih dahulu sebelum anda buat keputusan untuk lakukan aktiviti pemasaran di Instagram.

 

Dengan adanya panduan ini, anda tak akan teraba-raba sendirian mahupun terpaksa berteka-teka, teknik yang bagaimanakah yang patut dilakukan bagi menghasilkan kempen pemasaran instagram yang berkesan?

 

Apa pun platformnya, untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam mana-mana platform media sosial, ada sekurang-kurangnya 3 perkara yang perlu anda jadikan keutamaan.

 

Ya… tiga perkara ini juga terpakai untuk mereka yang ingin menjadikan facebook ataupun blog sebagai medium perantaraan untuk anda memasarkan produk ataupun perkhidmatan anda.

 

(1) Jadi seorang yang aktif

Tak ada siapa yang akan follow individu yang setakat post dua gambar, kemudian langsung dah tak pernah log in ke akaun Instagram miliknya langsung. Pemasaran di Instagram bukan begitu pendekatannya.

 

Ia memerlukan kerja keras, dan tak salah kalau saya katakan, ia memerlukan satu action plan terancang, barulah anda berpeluang untuk nampak hasilnya.

 

Pengikut anda di Instagram mengharapkan supaya anda menjadi seorang yang aktif. Aktif bersosial. Aktif memberi komen. Aktif like. Aktif menghasilkan konten-konten terbaru.

 

(2) Kongsikan konten dan perkongsian yang menarik

Aha… sebelum ni saya ada sebutkan mengenai konten yang menarik. “Bagaimana nak hasilkan konten yang menarik di Instagram?”

 

Senang ke nak buat konten yang menarik ni?

 

Ianya sangat bersifat SUBJEKTIF. Menarik bagi individu A, tak bermakna ia menarik bagi individu B. Dalam konteks nak hasilkan perkongsian konten yang menarik ni, saya syorkan anda follow pada tema ataupun bidang, ataupun niche yang anda ingin ceburi mahupun terokai.

 

Jika anda terlibat dalam niche pelancongan misalnya, dan anda ingin mempromosikan laman web pelancongan Trivago Malaysia misalnya, stay pada topik tersebut semata-mata. Fokus pada satu topik tersebut dan lihat perkembangan seterusnya.

 

Jika anda dapati, dengan memberi fokus pada satu topik, satu hari nanti anda memperolehi pengikut yang ramai, bermakna topik tersebut sangatlah menarik untuk sekumpulan orang.

 

(3) Sentiasa menambah kenalan dan follow individu ataupun jenama yang mempunyai ramai pengikut

Ini resepi kejayaan dalam ber-Instagram. Malahan bukan dalam berinstagram semata-mata. Kalau anda menggunakan lain-lain media sosial pun sama juga. Kena banyakkan pengikut, banyakkan subscriber, banyakkan likes, banyakkan follower dan sebagainya.

pemasaran_instagram

Mereka inilah yang akan jadi sumber kewangan anda. Duit bukannya tiba-tiba datang dari mana-mana server atau datang dari mana-mana software yang kita pasang. Bukan begitu. Sebaliknya, ia akan datang daripada pengikut dan peminat setia.

 

Tahukah anda, niche kesihatan seperti “kuruskan badan” adalah niche yang sangat kompetitif. Orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit semata-mata untuk kurus dan kalau boleh nak kurus dalam masa yang cepat dan pada masa yang sama, mereka tak sanggup nak lakukan senaman yang berat-berat.

tips_instagram

Jadi sekarang, bagaimana kalau anda mempunyai pengikut yang ramai yang mengikuti anda di Instagram, dan pada masa yang sama, pengikut anda adalah dalam kategori mereka-mereka yang tak kisah untuk belanjakan duit?

 

Wah… ini dah macam kita temui lombong emas dah ni!

 

Apa pun, setiap platform ada cara tersendiri untuk kita gunakan sebagai medium pemasaran. Begitu juga dengan Instagram.

 

Jadi, untuk anda yang mungkin berminat nak mendalami topik ni, bolehlah download dan baca panduan Instagram kaboom ini. Moga-moga bermanfaat untuk anda!

 

 

Baca juga artikel:

  • Logik ke boleh dapat RM15ribu dengan bisnes tudung?Logik ke boleh dapat RM15ribu dengan bisnes tudung?
  • Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Berapa kos untuk memiliki pendapatan pasif?Berapa kos untuk memiliki pendapatan pasif?
  • Kerja sebagai seorang penulis – Jawapan selamat semasa pergi berayaKerja sebagai seorang penulis – Jawapan selamat semasa pergi beraya
  • Alternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending MachineAlternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending Machine
  • Guna Teknik Dropship untuk jalankan bisnes online di ebayGuna Teknik Dropship untuk jalankan bisnes online di ebay
  • Kerja dari rumah secara part time sebagai Jurujual Online – Apa yang anda perlu tahu?Kerja dari rumah secara part time sebagai Jurujual Online – Apa yang anda perlu tahu?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayaiKerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ganjaran mempromosikan program referral dari AirbnbGanjaran mempromosikan program referral dari Airbnb

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: instagram kaboom, panduan instagram, panduan pemasaran instagram, pemasaran instagram

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
    Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in