Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

February 3, 2016 by Sabree Hussin 13 Comments

Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!

Kita akan terlepas 100% peluang yang kita tak ambil. Namun, jika kita buat keputusan untuk ambil sesuatu peluang tu, ada kemungkinan kita akan berjaya… tetapi, tak mustahil juga untuk kita gagal.

 

Walaupun kejayaan mahupun kegagalan itu masih belum pasti, namun peluang untuk berjaya tu tetap ada. Bukan ke bagus, kalau apa yang kita nak buat ni, kita dah boleh tahu siap-siap apa outcome dia… jadi dengan ini kita tak akan tersalah buat pilihan. Betul tak?

buat_duit_dengan_involveasia

Tahun 2016 ni nampaknya kena usaha lebih sikit dan kena jadi lebih serius dan lebih agresif dalam kerja-kerja pemasaran secara online. Tahun 2016 ni, In Shaa Allah, nak berikan yang terbaik supaya dapat capai semua impian yang tertunggak dari tahun-tahun yang sudah.

 

Kenapalah setiap impian tu memerlukan wang ya.

buat_duit_lazada

Ini bukti yang menunjukkan saya nak serius buat duit online. Ada satu program ini, yang dikelolakan oleh pihak Invole Asia yang berpotensi untuk bantu penulis seperti saya untuk buat duit dengan lebih banyak secara online.

 

Anda boleh klik sini untuk dapatkan akaun anda.

 

Kerjanya pun mudah sahaja. Anda hanya perlu menulis. Tolong jangan kata anda tak tau macam mana nak menulis. Ini adalah kemahiran yang dah diajar masa dari zaman sekolah lagi. Saya percaya, setiap orang ada kemahiran dan kelebihan yang tersendiri dalam bidang penulisan.

 

Tak semestinya anda mesti kena menulis dalam gaya bahasa yang begitu skema untuk menulis. Saya dah jumpa, banyak betul kawan-kawan penulis, yang standard penulisannya sangat teruk (ok… tak ada la teruk sangat) tetapi masih berupaya untuk hasilkan pendapatan yang cukup untuk buatkan saya rasa cemburu.

 

Kemudian dari situ saya sedar… untuk berjaya buat duit sebagai penulis bebas secara online ni, bukan seratus peratus bergantung kepada betapa perfect cara kita menulis. Tak pandai menulis sangat pun masih boleh buat duit.

 

Saya pasti, anda pernah temui ramai penulis blog, yang menulis dengan gaya bahasa yang entah hapa-hapa dan topik yang agak bangang tetapi masih berjaya hasilkan komisyen sana sini dari pelbagai program. Sound familiar?

 

Jadi, lupakan sejenak tentang kekangan mahupun kelemahan yang ada. Part pandai menulis ke tidak… itu kita boleh belajar dari masa ke masa. Apa yang lebih penting ialah cara macam mana kita nak sampaikan sesuatu maklumat atau info, itu sahaja.

 

Asalkan ianya boleh difahami, ianya dah cukup baik. Jadi hari ini, saya nak mengajak anda untuk mula jana pendapatan hanya dengan menjadi seorang penulis.

 

Bukannya menulis saja-saja, tetapi kita menulis tentang produk ataupun servis yang ditawarkan oleh platform Involve Asia. Jangan risau, ini bukannya skim mengarut mahupun skim cepat kaya. Ini adalah program affiliate, yang mana dengan ini kita akan menjadi ejen yang mempromosikan sesuatu produk ataupun perkhidmatan.

 

Saya berikan contoh. Salah satu syarikat ataupun laman web yang bekerjasama dengan Involve Asia adalah laman web Lazada Malaysia. Kalau anda nak tahu, kat laman web ini ada banyak sangat produk yang boleh kita promosikan dan jana komisyen sekitar 6% daripada harga jualan.

 

6% tu memang nampak sedikit. Namun bayangkan jika kita berjaya dapatkan jualan untuk produk berharga RM1,000. Komisyen sebanyak 6% itu sahaja dah bersamaan dengan RM60.

 

Cubalah dulu. Kalau setakat saya cuma bercerita tentang buat duit dengan Lazada macam ni, mungkin ramai yang tak nampak dimana potensinya. Anda kena join dan cuba dulu. Siapa tahu, lepas ni anda akan dapat duit tambahan hanya sebagai seorang penulis yang menulis tentang produk-produk yang dijual di Lazada.

 

Bukankah ini suatu yang bagus?

 

 

Baca juga artikel:

  • Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017
  • Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018
  • Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualanRebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan
  • Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?
  • Saya dah sediakan servis Advertorial, tapi orang masih nak spam jugak!Saya dah sediakan servis Advertorial, tapi orang masih nak spam jugak!
  • Pendapatan yang diterima oleh ahli Adhance bagi bulan Oktober 2017Pendapatan yang diterima oleh ahli Adhance bagi bulan Oktober 2017
  • Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?
  • Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flatMasalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
  • Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tauCara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau
  • Sistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari MalaysiaSistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari Malaysia

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan involve asia, involve asia, program affiliate involve asia, siapa involve asia

Comments

  1. rujukan says

    February 5, 2016 at 11:22 pm

    Wahhh. menarik nih

    Reply
    • Sabree Hussin says

      February 10, 2016 at 1:57 am

      Memang menarik pun ni. Peluang yang bagus untuk tambahkan lagi sumber pendapatan

      Reply
  2. Mejuez says

    March 16, 2016 at 1:11 pm

    Wahh best.. hehe Daftar daftar.. 🙂

    Reply
    • Sabree Hussin says

      March 21, 2016 at 1:47 am

      Memang boleh sangat. Semua orang boleh daftar untuk join program ni. Kasi ramai-ramai buat duit

      Reply
  3. mr.sham says

    June 5, 2016 at 4:32 pm

    saya pun dah mendaftar involve asia…

    Reply
  4. mazinij says

    October 7, 2017 at 1:56 pm

    baru register tadi,tggu approval lg..
    Adhance by Ajobthing saya sdh mula menjana income,
    terima kasih tuan.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      October 10, 2017 at 12:35 am

      tahniah sebab dah ada income! Semoga income akan makin bertambah banyak lepas ni

      Reply
  5. Lina says

    October 9, 2018 at 3:41 am

    Sorry but I dont think Involve Asia ni telus. Baca blog u, daftar n discovered ada org beli tp dia xbayar pun komisen. My best friend beli flight ticket dkt traveloka melalui my link dkt fb, dia dpt la diskaun rm50 tp bila I check my conversion, 0USD. Involve tak bayar langsung my commission promote link traveloka tu. Itu yg saya tahu, yg maybe click n beli drp link saya tapi saya tak tahu tu lagilah. Entah brapa dia untung tapi saya masih 0USD commission. Complain tp xdpt pun jwpn memuaskan. It is a fraud to me. Jgn bagi org lain jadi mangsa. Maybe some dia bayar tapi entah2 yg dia bayar tu just separuh daripada usaha anda. Entah2 anda sebenarnya patut dapat lebih. U never know.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      October 10, 2018 at 4:48 pm

      Terlalu cepat kalau nak kata Involve Asia ni tak telus, fraud and so on.

      Dari pengalaman saya, program affiliate, (tak kisah apa program sekalipun) dia memang ada flaws dia tersendiri. Program affiliate menggunakan sistem cookies untuk detect, sama ada transaksi itu berpunca daripada link affiliate kita atau tidak.

      Sekarang ini, ada berbagai cara untuk by pass cookies tersebut. Bila nak get involve dengan mana-mana program affiliate, memang kena get ready dengan situasi loss sales disebabkan cookies tak detect.

      I agree, saya sepatutnya boleh dapat lebih lagi dari hasil usaha saya. Tapi itulah, sistem affiliate bukanlah sistem yang PERFECT. And I am aware of that.

      Reply

Trackbacks

  1. Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia? - Blog Sabree Hussin says:
    January 17, 2017 at 10:48 am

    […] Cara biasa adalah dengan mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web merchant yang mengambil bahagian. Anda boleh log in ke member area dan pilih sahaja mana-mana satu produk yang dijual di laman web merchant. Kemudian promosikan produk tersebut. [Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!] […]

    Reply
  2. Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan - Sabree Hussin Dot Biz says:
    August 27, 2017 at 11:08 pm

    […] (1) Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua! […]

    Reply
  3. Pengalaman buat duit dengan Program Affiliate Lazada sepanjang tahun 2017 - Blog Sabree Hussin says:
    December 30, 2017 at 8:24 pm

    […] Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua […]

    Reply
  4. Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    October 15, 2018 at 12:41 am

    […] Sebelum ini, saya lebih banyak fokus kepada mempromosikan produk-produk milik syarikat yang menawarkan program affiliate. Misalnya seperti program affiliate dari Lazada Malaysia ataupun program affiliate yang dianjurkan oleh pihak Involve Asia. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 19 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut