Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

January 29, 2018 by Sabree Hussin 3 Comments

Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018

Rasanya dah berkali-kali juga saya bercerita dalam blog ni, yang kita memang boleh buat duit dengan menyertai program affiliate Involve Asia! 

 

Tetapi, berapa ramai agaknya yang betul-betul fokus dan konsisten menjalankan kerja-kerja pemasaran sampai berjaya dapat hasilnya ya?

 

Program affiliate ni memang tak begitu glamour. Kita tak ada model yang dengan sukarela pakai baju kot tengah-tengah panas, posing depan kereta mewah, sambil kipas-kipas duit. Tak perlu semua tu.

 

Kebanyakkan yang terlibat dalam program affiliate seperti ini, semuanya low profile. Dalam diam, mereka buat duit ribuan ringgit setiap bulan.

apa-itu-involve-asia

Maklum sahajalah, dalam program affiliate ini, ada macam-macam syarikat besar dan terkenal yang turut membuka peluang untuk orang biasa macam saya ni, ambil bahagian menyertai pasukan pemasaran mereka.

 

Bila usaha pemasaran yang dilakukan berjaya membuatkan orang lain jadi pelanggan, maka akan adalah ganjarannya.

 

Program affiliate ini SUSAH.

 

Ia bukan sahaja susah, malahan perlu ada kesabaran yang sangat tinggi kalau nak buat duit dalam bidang ni. Bercakap tentang kesabaran ni, saya teringat tentang sebuah buku hebat yang saya pernah baca sebelum ni berjudul 101 Wasiat Emas dari Al-Quran.

 

Dalam buku tu, penulis ada menyentuh tentang konsep dan prinsip sabar yang selalu disalah ertikan.

 

Bagi sesetengah orang, sabar tu bermaksud menahan diri dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kemudahan dan terlepas daripada ujian yang getir. Bila dilanda ujian, dia hanya mengucapkan sabar… sabar… aku akan bersabar. Namun pada masa yang sama, dia tak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi cabaran tersebut.

 

Itu adalah sifat sabar yang SILAP.

 

Penulis memberikan contoh sabar yang betul. Sabar yang betul adalah sifat sabar seorang nelayan. Walaupun dalam keadaan laut bergelora, ombak besar melanda pantai, dia tetap turun ke laut untuk mencari rezeki.

 

Dia bersabar dengan cabaran dan halangan yang berada di depan matanya. Walaupun dia tahu, dihadapan ada bahaya, namun dia beranikan diri untuk menempuhi cabaran tersebut.

 

Sekarang, sifat sabar yang mana satu yang anda lebih suka? Sabar orang yang tak buat apa-apa, atau sifat sabar dari orang yang berusaha untuk lakukan sesuatu walaupun dia tahu cabaran yang amat sukar perlu ditempuhi.

 

Alhamdulillah, bulan Januari 2018 ni, saya menerima bayaran komisen dari Involve Asia. Lihat buktinya dibawah ni.

komisen-involve-asia

Jumlah yang berjaya diperolehi adalah RM188.

 

Pada sesetengah orang, nilai tersebut mungkin tak begitu besar. Its fine. Namun, jika anda rasa, jumlah ni dah kira okay, dan anda minat nak tambahkan pendapatan, bolehlah sertai program affiliate ini dengan mendaftar di laman web ini.

 

Tiada sebarang bayaran yang dikenakan jika anda minat nak buat duit dengan program affiliate ini.

 

No such things as kena bayar yuran pendaftaran, beli starter kit, or whatsoever. Semuanya free sahaja. Asalkan anda boleh berikan sales kepada syarikat, anda akan dibayar.

 

As simple as that.

 

Program Involve Asia ni juga, saya pernah highlight dalam posting saya sebelum ini yang bertajuk Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018.

 

Jadi, tunggu apa lagi tu? Jomlah sama-sama dengan saya untuk buat duit dengan program ni. Anda rasa macam blur dan tak tau macam mana nak bermula?

 

Baca arkib blog ini, ini dan ini.

 

Pasti anda akan temui jawapan dan jalannya. In Shaa Allah, siapa yang berusaha, pasti akan dapat hasilnya.

 

 

Baca juga artikel:

  • Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017
  • Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualanRebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan
  • Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?
  • Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!
  • Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?
  • Buat video khas sempena kontes Belajar Buat BlogBuat video khas sempena kontes Belajar Buat Blog
  • Seronoknya dapat buat duit dengan blog!Seronoknya dapat buat duit dengan blog!
  • Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayaiKerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Buat cermin mata untuk masalah rabun silauBuat cermin mata untuk masalah rabun silau

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: apa itu involve asia, buat duit dengan involve asia, buat kerja dari rumah, involve asia review, komisen dari Involve Asia, komisen involve asia, make money online with involve asia, payment from inlvove asia

Comments

  1. RAMUMUROOTHY RAO A/L RAMAN says

    February 6, 2018 at 1:16 pm

    Salam En. Sabreehussin. Saya ada daftar kat Involve asia. Hampir Sebulan saya macam cuma dapat RM 0.06 sahaja. Boleh tak bagi tips untuk barang-barang hot . saya promote kat FB sahaja. Tolong Assist.

    Log in to Reply
    • Sabree Hussin says

      February 6, 2018 at 1:47 pm

      Salam En RAMUMUROOTHY. Encik promote produk apa ya? cuba promosikan iklan trivago. Encik akan dapat bayaran hanya daripada klik yang terhasil ataupun promosikan referral program Involve Asia. Bayaran RM5 untuk setiap pendaftaran baru.

      Log in to Reply
  2. Sya says

    January 1, 2019 at 2:16 am

    Salam. Saya baru daftar involve asia ni 5 hari, dan bila tengok conversion report, dah ada total orders (eg 10 orders) and est earnings (eg rm50) la setakat ni. Tapi kenapa pada total sales masih tulis RM0 ye? Adakah sbb saya belum pernah dapat bayaran lagi atau ada sbb lain? So kalau ikut pengalaman encik, adakah saya akan dapat RM50 tu atau pihak involve asia akan tengok pada total sales yg RM0 tu je? Harap encik faham dan dapat jawab soalan saya ni. Terima kasih.

    Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
    Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in