Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 23, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pengalaman menghafal surah di kolej matrikulasi

Saya pernah belajar di Kolej Matrikulasi Melaka sebelum ini. Tahun saya mendaftar masuk ialah 2006.

kolej-matrikulasi-londang

1. Salah satu kenangan yang saya masih ingat sepanjang saya belajar di kolej ini, ialah pengalaman saya belajar subjek agama.

 

2. Subjek agama adalah salah satu subjek yang pelajar perlu belajar. Walaubagaimanapun, jika saya tak silap, subjek agama tak masuk dalam CGPA.

 

3. Waktu saya belajar, ada aliran Sains Hayat, Sains Fizikal dan juga Aliran Perakaunan.

 

4. Saya adalah pelajar aliran Sains Fizikal.

 

5. Oleh kerana subjek agama tak masuk dalam pengiraan CGPA, maka ada yang berpendapat, subjek ini tak begitu penting, dan kalau tak lulus pun tak apa.

 

6. Untuk pelajar jurusan sains fizikal, hanya perlu fokus pada subjek Fizik, Kimia dan Matematik sahaja. Itu sudah memadai.

 

7. Secara lazim, pelajar dari jurusan sains fizik akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang sains, atau bidang kejuruteraan.

 

8. Saya dapati, sepanjang setahun saya ikuti program matrikulasi, saya bukanlah seorang yang berjiwa engineering mahupun berjiwa sains.

 

9. Maka, selepas habis program matrikulasi, saya memilih untuk sambung pengajian di fakulti pengurusan perniagaan.

 

10. Apa yang saya nak cerita sebenarnya adalah tentang subjek agama yang saya ikuti semasa di Matrik dulu. Untuk subjek ini, memang ramai juga rakan-rakan sekelas yang ponteng.

 

11. Masih ingat kan, saya ada sebut yang subjek ini tak begitu penting dan tak beri impak pada CGPA.

 

12. Salah satu syarat untuk lulus subjek agama, pelajar dikehendaki untuk memilih salah satu surah pilihan untuk dihafal. Kemudian perlu baca depat ustaz atau ustazah yang mengajar.

 

13. Surah pilihan pada ketika itu, ialah surah Al-Mulk dan juga surah As-Sajadah.

 

14. Saya tak biasa dengan surah As-Sajadah, tetapi kalau surah Al-Mulk saya biasa.

 

15. Sejak saya masuk ke Koleh Matrikulasi Melaka ini, setiap malam AJK surau yang juga dari kalangan pelajar akan berkumpul dan sama-sama membaca surah Al-Mulk berjemaah.

 

16. Dari situ juga saya baru tahu yang surah Al-Mulk ini mempunyai keistimewaan yang sangat besar. Saya percaya, mereka yang dulunya belajar di sekolah berasrama penuh, sama ada SBP, MRSM atau sekolah aliran agama memang biasa amalkan surah Al-Mulk.

 

17. Merupakan satu kejutan bagi saya, untuk terus hafal surah yang agak panjang macam surah Al-Mulk ini.

 

18. Macam-macam cara yang saya gunakan untuk usahakan menghafal surah ini.

 

19. Pada ketika itu, saya ada sebuah MP3 player dan saya gunakan MP3 player tersebut untuk dengar surah Al-Mulk secara berulang-ulang.

 

20. Hari ini, saya masih lagi menggunakan teknik yang sama, untuk perbaiki hafalan surah-surah pilihan yang telah saya hafal.

 

21. Benda ni memang kena selalu praktik. Barulah hafalan itu akan kekal lama.

 

22. Dalam setahun, takkan tak boleh nak hafal walaupun satu surah yang baru, betul tak?

 

 

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memanduRahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
  • Outsource kerja pemasaran untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada pelangganOutsource kerja pemasaran untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidikIni cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
  • Kita jadi lemah sebab tak ada “the reason why” yang cukup kuatKita jadi lemah sebab tak ada “the reason why” yang cukup kuat
  • Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve AsiaProgram buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia
  • Buat video khas sempena kontes Belajar Buat BlogBuat video khas sempena kontes Belajar Buat Blog
  • Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flatMasalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
  • Tak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berbloggingTak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berblogging
  • Macam mana nak siap sedia dengan temuduga kerja kerajaan?Macam mana nak siap sedia dengan temuduga kerja kerajaan?
  • Mana lagi baik? Dropship atau simpan stok?Mana lagi baik? Dropship atau simpan stok?

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: hafal alquran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in