Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 13, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Minat nak pakai jam tangan G-Shock Original, tapi rasa kecewa sebab bila survey harga dekat kedai mahal sangat?

 

Saya akan kongsikan satu informasi yang mungkin bermanfaat untuk kalian. Kalau anda seorang yang suka dengan jenama G-Shock, harap bolehlah luangkan sedikit masa untuk baca sampai habis ya.

 

Saya nak kongsikan kepada anda, beberapa tempat yang anda boleh pilih untuk dapatkan jam tangan G-Shock Original dengan harga yang lebih murah.

 

Sila perhatikan betul-betul. Walaupun saya kata jam G-Shock ni murah harganya, namun tak bermaksud saya nak cadangkan anda beli jam tangan tiruan ataupun gred A, gred AAA dan sebagainya.

 

Sebaliknya, jam G-Shock ini adalah jam yang original. Kualiti memang yang terbaik, tip top, dan ramai pembeli sebelum ini yang puas hati dengan penjual ini!

 

Jika anda juga seperti saya, sukakan something yang berkualiti, haa ni saya nak tunjuk kepada anda semua. Seperti biasa, sebelum kita nak buat sebarang keputusan pembelian, ada baiknya kalau kita buat perbandingan terlebih dahulu.

 

Kita buat perbandingan dari segi harga, testimoni pembeli, kredibiliti penjual dan sebagainya.

 

Kebiasaannya orang hanya akan merujuk kepada perbandingan harga semata-mata, sebelum nak buat pembelian. Pada saya, ia sebenarnya masih belum cukup. Harga yang mahal biasanya memang original, tapi ini tak bermakna harga yang rendah itu adalah petanda bahawa jam tersebut tiruan ya.

 

Bagi tujuan penerangan ini, saya akan rujuk kepada satu model jam tangan G-Shock model GBA-800DG-2A. Saya berpendapat, reka bentuk dan warna jam ini agak menarik dan tak mustahil untuk saya beli satu hari nanti, kalau ada rezeki lebih.

jam-tangan-gshock-murah-ori

Harga yang dicadangkan untuk model jenis ini adalah USD120 – USD130 atau bersamaan dengan RM519 – RM562. Maklumat ini boleh rujuk di laman web rasmi G-Shock. Sebenarnya saya tak jumpa model GBA-800DG-2A, sebaliknya saya jumpa model lain dalam siri GBA-800 ini juga.

 

Rujuk screenshot dibawah ini ya.

Harga paling tinggi yang disyorkan adalah USD130 sahaja.

 

Ini step yang memang biasa saya buat sebelum nak beli jam tangan G-Shock. Saya akan rujuk dulu website rasmi, untuk dapatkan idea, berapa sebenarnya harga yang dicadangkan untuk jam model ini. Kalau anda minat nak baca tips lain, silalah luangkan sikit masa untuk baca posting saya berjudul tips beli jam tangan G-Shock Original untuk elak ditipu.

 

Bila kita dah tahu, harganya adalah sekitar USD120 – USD130, so dari situ kita boleh tahu, any amount yang lebih tinggi dari harga tersebut, ianya consider overprice.

 

Bercakap dari sudut harga ini, anda perasan tak, sebenarnya untuk produk yang sama, ada sistem harga yang berbeza-beza. Masih belum faham? Ok biar saya jelaskan.

 

Diluar sana, ada harga kilang. Ini biasanya khas untuk mereka yang beli terus dari kilang.

Kemudian ada harga dealer, atau pengedar. Dari pemborong, dia berpindah kepada pengedar. Harga lain.

Ada juga harga untuk ejen dropship. Ini kalau pembekal tu menawarkan program dropship. Harga untuk ejen dropship sudah tentu lebih rendah berbanding harga pasaran biasa.

Harga promosi. Promosi ini bukannya buat setiap hari, dan biasanya hanya sempena tarikh-tarikh tertentu. Tak lama lagi kita akan sambut hari raya Aidilfitri, dan pada masa ini kita boleh lihat ada banyak promosi jualan murah.

Harga penghabisan stok. Mungkin seller tu dah nak tutup kedai, jadi dia jual dengan harga yang asal boleh laku.

Harga di butik atau kedai. Biasanya harga ini memang mahal. Mungkin sebab peniaga naikkan harga untuk servis yang ditawarkan dan juga bagi menampung kos untuk menjalankan perniagaan.

Harga beli online. Kita tahu, untuk mereka yang meniaga online sahaja, mereka tak perlu nak bayar sewa kedai, upah pekerja dan sebagainya. So mereka ada keupayaan untuk jual dengan harga lebih rendah.

 

Setelah saya menerangkan kepada anda perbezaan sistem harga, anda rasa anda lebih suka nak beli dengan harga yang mana satu?

 

Saya tahu.

 

Sudah tentulah anda nak beli dengan harga yang paling rendah yang anda boleh dapat, betul tak?

 

Hanya disebabkan harga yang ditawarkan itu rendah, belum cukup untuk kita katakan yang jam tersebut adalah tiruan. Melainkan kalau ada bukti-bukti lain, yang jelas menunjukkan itu adalah barangan tiruan.

 

Misalnya jam yang dijual di pasar malam, di kiosk, itu saya agak ragui ketulenannya.

 

Cara lain untuk kita tahu, yang jam G-Shock yang dijual tu adalah tulen ataupun tidak, adalah dengan melihat testimoni dari pembeli terdahulu. Cukup ada seorang yang komplen, jam tersebut adalah tiruan, tak perlu lagi dah nak beli lain-lain model dari seller tersebut.

 

Jam G-Shock yang tiruan lazimnya ada fungsi yang kita tak boleh pakai. Rasa sayanglah, kita dah keluar duit untuk dapatkan jam tersebut, dengan model yang kita memang minat, sekali ada function yang kita tak boleh pakai, sebab terbeli yang bukan ori. Hmm

 

Bagi model-model yang terkini yang didatangkan dengan fungsi blueetooth, jam G-Shock ini kita boleh sync atau link dengan apps dekat smartphone kita.

 

Boleh download je apps tersebut dari Playstore. Kalau jam kita tak boleh nak sync dengan apps tersebut, maka ketahuilah yang sebenarnya kita dah terbeli produk yang tak ori. (Hanya model G-Shock yang ada bluetooth sahaja yang boleh sync dengan apps ini)

 

Baiklah, cukup la kot saya cerita tentang perbezaan dan tips untuk kenalpasti sama ada model jam tersebut ori ataupun tidak. Sekarang ini, saya nak kongsikan kepada anda pula senarai seller yang boleh bagi harga yang cun kalau anda nak beli jam ini.

 

Kita tengok dulu perbezaan harga ini.

Untuk model yang sama, tadi saya dah tunjuk ada yang jual dengan harga RM779. Sikit lagi nak cecah RM1,000.

 

Tapi kalau kita cari lebih dalam lagi, kita boleh jumpa untuk model yang sama, boleh dapat harga yang RM300++ dengan harga RM400++.

 

Apa yang membezakan, antara yang harga dekat RM1,000 tu dengan yang harga bawah RM400?

 

Maka anda sendiri tentukan, sama ada anda bersedia nak bayar dengan harga yang mahal, atau boleh gunakan senarai penjual dibawah ini untuk beli jam G-Shock dengan harga yang lebih murah.

 

Ini dia senarai penjual yang boleh berikan harga cantik untuk anda dapatkan Jam G-Shock Original.

(1) All In One Hub

(2) C&H Movement

(3) Stussy Gallery

(4) The Wola

(5) Casio Official Lazada Mall Flagship Store

 

Senaraian ini saya kumpulkan sendiri, sewaktu saya cari maklumat untuk beli jam G-Shock saya yang pertama. Alhamdulillah, jam memang berkualiti… sebab memang jam yang ORI.

 

Sesetengah orang, saya dapati memang suka beli jam model ini untuk dijadikan koleksi. Tapi kalau harganya mahal sangat, masalah juga, kan. So, kenapa nak beli dengan harga yang mahal, sedangkan disini sudah ada seller yang mampu tawarkan harga yang begitu menjimatkan.

 

Selamat bershopping saya ucapkan!

 

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin mangsa seterusnya!Penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin mangsa seterusnya!
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancerKemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Lubuk borong barangan dari China melalui 1688Lubuk borong barangan dari China melalui 1688
  • Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?
  • Formula ASAS mencipta kejayaan dalam perniagaan di internetFormula ASAS mencipta kejayaan dalam perniagaan di internet
  • Kerja part time bina applikasi permainan dan potensi pendapatanKerja part time bina applikasi permainan dan potensi pendapatan
  • Masih tak tau nak buat bisnes online apa tahun 2016 ni? Saya syorkan ONEXOXMasih tak tau nak buat bisnes online apa tahun 2016 ni? Saya syorkan ONEXOX
  • Buat video khas sempena kontes Belajar Buat BlogBuat video khas sempena kontes Belajar Buat Blog
  • Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualanRebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: jam g-shock original, jam g-shock original murah, tempat jual g-shock murah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + fourteen =

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut