Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?

Sampai bila nak kerja dengan orang lain? Sampai bila nak hidup jadi kuli?

 

Adakah anda gembira dengan cara hidup anda sekarang? Bila kali pertama anda mula bekerja? Adakah selepas habis SPM dulu? Bermula dengan bekerja sementara (part time) seterusnya anda berhenti kerja, sambung pengajian hingga ke peringkat sekarang ini.

 

Bila habis belajar, anda terus bekerja dengan syarikat yang mampu berikan anda pendapatan yang anda inginkan. Selepas itu? Anda stay disitu… tak tau sampai bila.

 

Ada sesetengah orang, dia memang pilih nak bekerja dengan majikan sampai bila-bila. Umur 23 mula kerja, dan bila umur dah mencecah 60 tahun, dia bersara. Diantara umur 23 – 60 tu, mungkin dia pernah tukar tempat bekerja, menganggur sekejap sebab masih belum dapat kerja, ataupun buat kerja-kerja part time sekali lagi, sementara tunggu peluang untuk dapat kerja tetap semula.

 

Dari pembacaan dan pemerhatian yang saya buat, zaman sekarang ini, agak susah untuk jumpa orang yang bekerja di satu syarikat sahaja. Satu hari dalam hidup dia, pasti akan ada waktu dia akan lompat syarikat.

 

Saya pun begitu. Saya pernah bekerja dalam bidang customer service satu ketika dulu. Oleh kerana kerjanya tak susah, dan saya minat kerja-kerja tersebut, saya fikir nak kerja dengan syarikat ini sampai bila-bila, dan kalau ada peluang saya nak bina kerjaya di syarikat ini.

 

Rupa-rupanya, langit tak selalu cerah. Pada mulanya semuanya nampak baik. Tapi satu hari, syarikat buat keputusan untuk downsize pekerja. Kalau tak faham maksud downsize, ia bermakna kurangkan pekerja. 

 

Semua pekerja diberi pilihan, sama ada

(1) Berhenti secara sukarela tanpa perlu bayar pampasan kepada syarikat kerana tidak beri notis awal, ataupun

(2) Syarikat akan bagi kerja baru, apa-apa sahaja yang available, tanpa mengambil kira sama ada kita suka atau tak department tersebut.

 

Saya pilih untuk berhenti kerja, sebabnya saya dah dapat job offer di syarikat lain.

 

Berada di syarikat baru, situasinya lebih kurang sama. Mula-mula semuanya OK. Kerjanya susah, tapi dengan semangat kerjasama antara pasukan, ia boleh diselesaikan dengan baik.

 

Kemudian satu hari, berlaku isu yang sama. Syarikat ingin kurangkan pekerja, dan pihak HR maklumkan department yang saya kerja ini, antara department yang mempunyai bilangan staf paling banyak.

 

Manager perlu berikan sebab kepada HR kenapa perlu staff yang ramai. Bermula dari peristiwa itu, setiap hari manager akan tanya “apa kerja awak hari ini?”

 

Ada hari memang banyak kerja. Ada hari memang tak banyak, atau langsung tak ada kerja. Kalau soalan yang ditanya itu diajukan pada hari yang saya memang banyak kerja, memang rasa seronok nak jawab. Tapi… kalau soalan itu ditanyakan pada hari yang tak ada kerja… saya nak jawab apa? “Goyang kaki jer hari encik…”

 

Oleh sebab saya dah ada pengalaman berhenti kerja sebelum ini, jadi saya rasa tak kekok untuk hantar surat resignation. Buat apa saya nak tunggu dekat syarikat yang “dah tak ada kerja” untuk saya buat? Akhirnya nanti saya akan dipaksa untuk bantu department lain, yang dah tentu saya tak ada pengalaman dan pengetahuan untuk buat kerja tersebut.

 

Hari-hari terakhir saya bekerja, saya banyak attend meeting. No specific action was taken to solve certain issue. Tapi meeting dia memang banyak. Entahlah… mungkin memang begitu agaknya work culture kalau di ofis.

 

Jadi bos untuk diri sendiri

Apakah jadi bos untuk diri sendiri, adalah satu penyelesaian dan jalan keluar untuk masalah kerja yang selalu dihadapi?

bos-untuk-diri-sendiri

Masalah apa? Mungkin ada terlintas di fikiran para pembaca, apa masalah yang saya tengah ceritakan ini? Apa masalahnya kalau jadi kuli kepada majikan?

 

Saya rasa, ini antara masalah lazim yang perlu kita hadapi kalau bergelar kuli

  1. Susah nak ambil cuti panjang
  2. Kena bersedia untuk tukar bidang kerja
  3. Kena sentiasa bersedia untuk kena buang kerja, VSS, downsize dan sebagainya

 

Saya rasa ada banyak lagi masalah yang perlu dihadapi oleh golongan pekerja. Namun, saya kira ada baiknya saya tulis tentang topik tu di lain masa. Cuma apa yang saya nak sampaikan kat sini, sebagai golongan pekerja, kita kena sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku.

 

Saya pun tak pernah minta, dan tak pernah membayangkan yang syarikat tempat saya bekerja akan mula kurangkan staf. Kemudian, bila saya pindah syarikat, saya juga tak pernah menyangka, situasi yang lebih kurang sama akan berlaku sekali lagi.

 

Bila saya dengar cerita kawan-kawan yang masih bekerja, mereka juga ada cerita yang lebih kurang sama. Bila keadaan ekonomi tak berapa baik, syarikat akan mula kurangkan pekerja, pekerja yang ada akan bertambah beban kerja, bila beban kerja makin banyak, cuti makin susah nak approve. Begitulah seterusnya.

 

Bila anda jadi boss, anda akan mula faham…

Anda akan mula faham, kenapa pihak syarikat lebih mementingkan keuntungan berbanding kebajikan para pekerjanya. Kenapa dalam banyak-banyak perkara, mesti pekerja yang akan dikurangkan dulu apabila syarikat menghadapi masalah tekanan ekonomi.

 

Kalau kita cuma baca buku, kadang-kadang kefahaman tu tak sampai. Melainkan kalau kita sendiri berada dalam situasi tersebut.

 

Apa kata lepas ini, kita yang masih bekerja ni, cuba cari pengalaman untuk jadi boss bagi diri kita sendiri. Kita cuba cari masa, yang tak ganggu masa bekerja kita, kemudian kita mulakan bisnes kita sendiri.

 

Sebagai permulaan, tak perlulah nak buat bisnes yang besar-besar. Lagi besar sesuatu perniagaan, lagi tinggi modal yang diperlukan dan risikonya juga nanti akan jadi agak tinggi. Itu kita belum kira lagi masa yang perlu kita berikan untuk jaga bisnes kita tu nanti.

bisnes-shopee

 

Apa kata sebagai permulaan, kita cuba buat bisnes yang mudah-mudah dulu. Kita dapatkan rentak dan fahamkan dulu bagaimana perjalanan sesuatu bisnes tu.

 

Apa bisnes yang tengah viral sekarang ni? Saya pun tak berapa tahu. Tapi, saya lihat sekarang ini ramai yang mula mencuba nasib, dengan menjadi penjual produk di laman web ecommerce Shopee Malaysia.

 

Untuk dapatkan produk yang nak dijual disitu, mereka ini akan beli secara borong barangan dari China, kemudian bila barang tersebut dah sampai dan dah ada dalam tangan, mereka akan jual di shopee.

 

Saya rasa, setiap orang perlu ada pengalaman menjadi boss dan uruskan perniagaan sendiri. Bagilah peluang kepada diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru, dan sesuatu yang diluar dari kebiasaan. Anda mungkin tak tau atau tak sedar yang sebenarnya anda ada potensi yang sangat besar apabila jadi seorang boss kepada diri anda sendiri.

 

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

2 × one =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes