Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 22, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Mula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang Boss

Dewasa ini, saya lihat ada banyak iklan kerja kosong, yang mempromosikan peluang merasai kehidupan sebagai seorang boss, sebagai salah satu kelebihan dan keistimewaan jika melakukan kerja tersebut.

 

Ada beberapa pekerjaan, yang saya pernah lihat, yang menggunakan pendekatan tersebut. Kerja sebagai pemandu UBER atau Grab car. Hanya disebabkan kerja ini, boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan terpulang pada kemahuan kita, kita seolah-olah jadi bos kepada diri kita sendiri.

 

Begitu juga peluang kerja sebagai property agent. Saya banyak lihat, iklan kerja kosong untuk pekerjaan seperti ini diiklankan dalam bentuk yang lebih kurang sama. Orang yang jadi property agent ini akan nikmati kehidupan yang bebas kewangan, dan sekali lagi… dapat merasai kehidupan seperti seorang boss.

 

Kalau anda lihat iklan kerja kosong bagi unit trust consultant, takaful agent dan sebagainya, ada juga yang menggunakan pendekatan yang lebih kurang sama.

 

Kerja-kerja seperti yang saya sebutkan ini, memerlukan kita mempunyai mentaliti sebagai seorang ahli perniagaan atau usahawan untuk kita dapat maju dengan lebih cepat.

 

Pekerjaan seperti itu, tak berapa sesuai untuk individu yang jenis suka menunggu kerja atau yang jenis suka siapkan kerja yang dah tersedia sahaja. Maksud saya jenis individu yang datang kerja, buat kerja, kemudian balik. Esok ulang benda yang sama.

 

Ye la… kerja ni kan ada macam-macam jenis dan ragam. Lagi satu, setiap orang kan kerjanya tak sama. Saya cukup geli gelaman bila ada yang kata ayat macam ni “kerja aku tak sama macam kerja orang lain… ko tak akan paham kerja aku macam mana…”

 

GELI.

 

Seolah-olah dia nak kata, kerja dia sajalah yang paling susah. Kerja orang lain semua senang pada dia.

car-dealer

Kerja yang memerlukan kemahiran berniaga

Bagi individu yang bekerja dalam bidang yang memerlukan kemahiran berniaga, seperti ejen insurans, jurujual kereta, property agent, mereka faham bagaimana sebenarnya kehidupan sebagai seorang boss.

 

Ianya tidaklah seindah seperti yang dipromosikan.

 

Cabarannya besar. Setiap keputusan dan tindakan adalah terpulang kepada diri sendiri. Kalau pada waktu tertentu, diri dia kurang produktif, maka terpaksalah berpuas hati dengan apa-apa hasil yang berjaya diraih.

 

Tapi for those yang kerjanya langsung tak ada kaitan dengan aktiviti membuat jualan, maka jika anda ingin tahu, macam mana rasanya kalau satu hari nanti anda jadi seorang boss, maka anda perlu cuba cari peluang untuk bergiat dalam bidang perniagaan.

 

Cubalah berniaga.

 

Jual apa-apa produk mahupun servis yang mungkin ada potensi untuk dipasarkan. Peringkat permulaan, jangan jadikan keuntungan sebagai perkara utama. Sebaliknya, kita cuba dapatkan seberapa banyak pengalaman yang boleh.

 

Kejayaan kita menguruskan perniagaan yang kecil, akan menjadi batu asas untuk kita menguruskan perniagaan yang berskala sederhana. Selepas itu, barulah kita cuba untuk mula menceburkan diri dalam bisnes yang berskala lebih besar.

 

Saya selalu perhatikan di media sosial terutamanya, ada ramai bakal usahawan yang memulakan karier dalam bidang perniagaan melalui perniagaan berunsurkan network marketing ataupun MLM.

 

Perniagaan seperti ini tiada salahnya. Malahan sesetengahnya berdaftar dengan SSM dan mempunyai lesen jualan langsung.

 

Perniagaan yang bermasalah, adalah perniagaan yang hanya berselindung disebalik nama jualan lansung dan MLM. Mereka menjual produk yang langsung tidak ada manfaat dan para peserta dikaburi dengan peluang untuk buat duit lumayan.

 

Yang penting buat duit besar.

 

Ini bukanlah satu kaedah perniagaan yang betul. Ya, kalau setakat nak buat duit memang boleh. Tetapi, kalau nak bina sebuah perniagaan yang mapan dan berdaya saing, itu bukan caranya.

 

Saya tak nafikan, ada yang berjaya kaut untung sampai berpuluh ribu walaupun baru setahun dua buat MLM. Tetapi, adakah pendapatan itu boleh berterusan? Setelah anda menjanjikan bulan bintang kepada downline, mereka pun sertai pasukan anda.

 

Apa akan berlaku seterusnya kalau downline anda tak berjaya buat duit, tetapi anda pula yang makin kaya! Adakah anda fikir kesemua downline ini akan terus mempercayai anda, jika anda ada peluang buat duit yang seumpama dengannya di masa akan datang?

 

Sudah tentu tidak.

 

Anda perlu terus mencari downline yang baru. Pendapatan anda adalah bergantung kepada berapa cekap anda mendapatkan downline yang baru.

 

Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan cara yang baik untuk bina perniagaan. Kalau setakat nak buat duit cepat, memang cara ini terbukti ada yang berjaya. Tapi, apa kosnya?

 

Jangan nanti, sampai akhir hayat, orang label anda sebagai individu yang langsung tak boleh dipercayai, dan lebih buruk lagi… kaki scammer.

 

Biarlah sesuatu perniagaan yang kita mulakan itu nampak kecil dan tak berapa glamor.

bisnes-shopee

Misalnya jual barangan fizikal atau aksesori di laman web Shopee misalnya.

 

Memang langsung tak nampak glamour. Anda tidak ada premis perniagaan, tidak ada pejabat, dan tidak ada staf. Tapi, jangan sangka aktiviti jualan seperti ini tidak mampu berikan pendapatan yang membanggakan.

 

Ia mungkin lebih baik berbanding anda buka kedai runcit di kampung.

 

Ketahuilah, walau sehebat manapun kerja yang kita ada sekarang ini, satu hari nanti kita akan tetap tinggalkan kerja tersebut. Sama ada berhenti secara rela, atau terpaksa berhenti. Namun demikian, jika pada ketika itu, kita ada perniagaan kita sendiri, setidak-tidaknya pendapatan kita tidaklah terus terhenti.

 

Jom, kita cuba biasakan diri dengan alam perniagaan, dan latih diri untuk melalui kehidupan sebagai seorang BOSS!

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bagaimana jadi boss yang baik, jadi boss, pengalaman jadi boss

September 21, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?

Sampai bila nak kerja dengan orang lain? Sampai bila nak hidup jadi kuli?

 

Adakah anda gembira dengan cara hidup anda sekarang? Bila kali pertama anda mula bekerja? Adakah selepas habis SPM dulu? Bermula dengan bekerja sementara (part time) seterusnya anda berhenti kerja, sambung pengajian hingga ke peringkat sekarang ini.

 

Bila habis belajar, anda terus bekerja dengan syarikat yang mampu berikan anda pendapatan yang anda inginkan. Selepas itu? Anda stay disitu… tak tau sampai bila.

 

Ada sesetengah orang, dia memang pilih nak bekerja dengan majikan sampai bila-bila. Umur 23 mula kerja, dan bila umur dah mencecah 60 tahun, dia bersara. Diantara umur 23 – 60 tu, mungkin dia pernah tukar tempat bekerja, menganggur sekejap sebab masih belum dapat kerja, ataupun buat kerja-kerja part time sekali lagi, sementara tunggu peluang untuk dapat kerja tetap semula.

 

Dari pembacaan dan pemerhatian yang saya buat, zaman sekarang ini, agak susah untuk jumpa orang yang bekerja di satu syarikat sahaja. Satu hari dalam hidup dia, pasti akan ada waktu dia akan lompat syarikat.

 

Saya pun begitu. Saya pernah bekerja dalam bidang customer service satu ketika dulu. Oleh kerana kerjanya tak susah, dan saya minat kerja-kerja tersebut, saya fikir nak kerja dengan syarikat ini sampai bila-bila, dan kalau ada peluang saya nak bina kerjaya di syarikat ini.

 

Rupa-rupanya, langit tak selalu cerah. Pada mulanya semuanya nampak baik. Tapi satu hari, syarikat buat keputusan untuk downsize pekerja. Kalau tak faham maksud downsize, ia bermakna kurangkan pekerja. 

 

Semua pekerja diberi pilihan, sama ada

(1) Berhenti secara sukarela tanpa perlu bayar pampasan kepada syarikat kerana tidak beri notis awal, ataupun

(2) Syarikat akan bagi kerja baru, apa-apa sahaja yang available, tanpa mengambil kira sama ada kita suka atau tak department tersebut.

 

Saya pilih untuk berhenti kerja, sebabnya saya dah dapat job offer di syarikat lain.

 

Berada di syarikat baru, situasinya lebih kurang sama. Mula-mula semuanya OK. Kerjanya susah, tapi dengan semangat kerjasama antara pasukan, ia boleh diselesaikan dengan baik.

 

Kemudian satu hari, berlaku isu yang sama. Syarikat ingin kurangkan pekerja, dan pihak HR maklumkan department yang saya kerja ini, antara department yang mempunyai bilangan staf paling banyak.

 

Manager perlu berikan sebab kepada HR kenapa perlu staff yang ramai. Bermula dari peristiwa itu, setiap hari manager akan tanya “apa kerja awak hari ini?”

 

Ada hari memang banyak kerja. Ada hari memang tak banyak, atau langsung tak ada kerja. Kalau soalan yang ditanya itu diajukan pada hari yang saya memang banyak kerja, memang rasa seronok nak jawab. Tapi… kalau soalan itu ditanyakan pada hari yang tak ada kerja… saya nak jawab apa? “Goyang kaki jer hari encik…”

 

Oleh sebab saya dah ada pengalaman berhenti kerja sebelum ini, jadi saya rasa tak kekok untuk hantar surat resignation. Buat apa saya nak tunggu dekat syarikat yang “dah tak ada kerja” untuk saya buat? Akhirnya nanti saya akan dipaksa untuk bantu department lain, yang dah tentu saya tak ada pengalaman dan pengetahuan untuk buat kerja tersebut.

 

Hari-hari terakhir saya bekerja, saya banyak attend meeting. No specific action was taken to solve certain issue. Tapi meeting dia memang banyak. Entahlah… mungkin memang begitu agaknya work culture kalau di ofis.

 

Jadi bos untuk diri sendiri

Apakah jadi bos untuk diri sendiri, adalah satu penyelesaian dan jalan keluar untuk masalah kerja yang selalu dihadapi?

bos-untuk-diri-sendiri

Masalah apa? Mungkin ada terlintas di fikiran para pembaca, apa masalah yang saya tengah ceritakan ini? Apa masalahnya kalau jadi kuli kepada majikan?

 

Saya rasa, ini antara masalah lazim yang perlu kita hadapi kalau bergelar kuli

  1. Susah nak ambil cuti panjang
  2. Kena bersedia untuk tukar bidang kerja
  3. Kena sentiasa bersedia untuk kena buang kerja, VSS, downsize dan sebagainya

 

Saya rasa ada banyak lagi masalah yang perlu dihadapi oleh golongan pekerja. Namun, saya kira ada baiknya saya tulis tentang topik tu di lain masa. Cuma apa yang saya nak sampaikan kat sini, sebagai golongan pekerja, kita kena sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku.

 

Saya pun tak pernah minta, dan tak pernah membayangkan yang syarikat tempat saya bekerja akan mula kurangkan staf. Kemudian, bila saya pindah syarikat, saya juga tak pernah menyangka, situasi yang lebih kurang sama akan berlaku sekali lagi.

 

Bila saya dengar cerita kawan-kawan yang masih bekerja, mereka juga ada cerita yang lebih kurang sama. Bila keadaan ekonomi tak berapa baik, syarikat akan mula kurangkan pekerja, pekerja yang ada akan bertambah beban kerja, bila beban kerja makin banyak, cuti makin susah nak approve. Begitulah seterusnya.

 

Bila anda jadi boss, anda akan mula faham…

Anda akan mula faham, kenapa pihak syarikat lebih mementingkan keuntungan berbanding kebajikan para pekerjanya. Kenapa dalam banyak-banyak perkara, mesti pekerja yang akan dikurangkan dulu apabila syarikat menghadapi masalah tekanan ekonomi.

 

Kalau kita cuma baca buku, kadang-kadang kefahaman tu tak sampai. Melainkan kalau kita sendiri berada dalam situasi tersebut.

 

Apa kata lepas ini, kita yang masih bekerja ni, cuba cari pengalaman untuk jadi boss bagi diri kita sendiri. Kita cuba cari masa, yang tak ganggu masa bekerja kita, kemudian kita mulakan bisnes kita sendiri.

 

Sebagai permulaan, tak perlulah nak buat bisnes yang besar-besar. Lagi besar sesuatu perniagaan, lagi tinggi modal yang diperlukan dan risikonya juga nanti akan jadi agak tinggi. Itu kita belum kira lagi masa yang perlu kita berikan untuk jaga bisnes kita tu nanti.

bisnes-shopee

 

Apa kata sebagai permulaan, kita cuba buat bisnes yang mudah-mudah dulu. Kita dapatkan rentak dan fahamkan dulu bagaimana perjalanan sesuatu bisnes tu.

 

Apa bisnes yang tengah viral sekarang ni? Saya pun tak berapa tahu. Tapi, saya lihat sekarang ini ramai yang mula mencuba nasib, dengan menjadi penjual produk di laman web ecommerce Shopee Malaysia.

 

Untuk dapatkan produk yang nak dijual disitu, mereka ini akan beli secara borong barangan dari China, kemudian bila barang tersebut dah sampai dan dah ada dalam tangan, mereka akan jual di shopee.

 

Saya rasa, setiap orang perlu ada pengalaman menjadi boss dan uruskan perniagaan sendiri. Bagilah peluang kepada diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru, dan sesuatu yang diluar dari kebiasaan. Anda mungkin tak tau atau tak sedar yang sebenarnya anda ada potensi yang sangat besar apabila jadi seorang boss kepada diri anda sendiri.

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: cara jadi boss yang baik, jadi boss, susah ke jadi boss

Top Posts & Pages

  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5
    Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5
  • Bayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebay
    Bayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebay
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
    Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in