Anda pasti telah sedia maklum, bahawa produk dari negara China ada banyak yang berkualiti dan pada masa yang sama, ia dijual dengan harga yang begitu MURAH lagi MENJIMATKAN.
Negara China juga menjadi destinasi pilihan untuk para usahawan bagi menjalankan aktiviti borong. Beli dengan harga yang rendah kemudian jual semula dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi. Ini formula penting dalam bidang perniagaan sepanjang zaman.
Orang putih kata, “buy low, sell high. The difference is your PROFIT”. Persoalannya ialah, berapa ramai dalam kalangan usahawan Melayu yang mampu untuk ke China bagi memborong produk-produk untuk diniagakan di pasaran tempatan?
Baca juga:
Untuk usahawan yang memang dah lama bertapak dalam bidang perniagaan, ini mungkin bukan satu masalah yang besar untuk lakukan ekspedisi borong ke negara China. Isu seperti kos tiket penerbangan, penginapan, makanan, pakaian dan sebagainya adalah isu kecil. Mereka yakin bahawa keuntungan yang boleh dihasilkan dari aktiviti borong tu nanti boleh cover semua kos.
Berbeza dengan usahawan kecil dan mereka yang baru nak mula.
Mereka perlu satu pendekatan yang rendah risiko dan pada masa yang sama masih lagi boleh borong pelbagai barangan dari China. Sepanjang tahun 2016, apabila menyebut tentang borong produk dari China secara online, laman web yang kerap dicadangkan adalah laman web TaoBao.
Kalau nak borong produk dari China secara online, boronglah dari laman web Taobao!
“Isu” dengan laman web TaoBao ni pula, ianya disediakan dalam tulisan cina. Saya sebagai orang yang tak tau baca tulisan cina, memang akan ada masalah untuk beli barang di laman web ini.
Memang ada beberapa teknik yang boleh kita gunakan untuk borong secara online tanpa sebarang masalah seperti yang dimuatukan dalam panduan borong dari China ini, antaranya ialah buka laman web TaoBao menggunakan Google Chrome.
Google Chrome secara automatik akan tanya kita sama ada kita mahu laman web tersebut diterjemahkan dalam bahasa pilihan kita atau tidak. Lihat contoh dibawah. Bila saya buka laman web Taobao akan keluar pop up macam kat bawah ni.
Klik sahaja Translate dan lihat hasilnya. Isi kandungan laman web TaoBao secara automatik akan berubah seperti berikut
Sekarang laman web Taobao telahpun dialih bahasa! Anda juga boleh pilih kalau-kalau mahu laman web Taobao dialih bahasa kepada bahasa Melayu. Anda suka dengan tips ni? Dapatkan lebih banyak tips menarik tentang jual beli di Taobao dengan memuat turun panduan ini sekarang!
Baik, selesai tentang Bahasa.
Sekarang masa untuk buat tempahan di laman web TaoBao. Saya faham, ada sesetengah dari kita masih lagi ragu-ragu untuk buat pembelian di Taobao. Bermacam-macam persoalan yang timbul, antaranya produk dari China ni murah ke? Bagaimana dengan penghantaran? Kalau ada masalah di kemudian hari nak tanya pada siapa? Laman web ini boleh dipercayai ke tidak?
Jika anda juga mempunyai dilema yang sama, sebenarnya anda masih lagi ada pilihan lain, iaitu dengan membuat pembelian secara borong dengan bantuan ejen Taobao menerusi laman web Ez Buy Malaysia.
Prosesnya mudah sahaja.
1. Anda pilih apa produk yang anda nak borong di laman web Taobao.
2. Bila dah jumpa produk yang anda berkenan, dapatkan link produk tersebut (dari laman web Taobao).
3. Paste link tersebut di fungsi carian yang terdapat pada laman web Ez Buy Malaysia.
4. Buat pembelian di situ.
5. Pihak Ez Buy akan uruskan tempahan anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan, lepas ni boleh berurusan sahaja dengan EZ Buy Malaysia kerana mereka ini yang akan uruskan tempahan anda.
Dengan cara ini, anda tak perlu faham bahasa mandarin atau kantonis pun tak ada masalah. Anda masih lagi boleh berurusan dan borong barang dari China secara online. Kali ini anda boleh borong dari laman web Taobao dengan menggunakan bahasa Melayu sahaja.
Apapun, kalau anda nak buat semua sekali sendiri, pastikan anda dah muat turun panduan ini untuk rujukan. Selamat memborong dan semoga anda berjaya!
[…] Baca juga: Beli barang dari negara China di laman web TaoBao walaupun tak faham bahasa cina […]