Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 17, 2016 by Sabree Hussin 1 Comment

Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

“Pernah tak terlintas di fikiran anda, yang sebenarnya anda boleh buat duit dengan mengajak rakan-rakan anda untuk mengisi borang kaji selidik ataupun borang survey?”

 

Upah yang bakal dibayar kepada anda juga agak lumayan.

 

Bagi setiap individu yang bersetuju untuk menyertai program kaji selidik online ini, anda akan dibayar upah sebanyak RM5. Jadi, jika anda ada ramai kawan-kawan yang berminat untuk menyertai program kaji selidik online ini, maka akan lagi banyak pendapatan yang anda boleh hasilkan.

 

Jika anda ada 20 orang kawan, dan kita andaikan kesemua kawan-kawan anda ini bersetuju untuk menjawab soalan kaji selidik online, maka dengan mudah anda akan dibayar sebanyak RM100.

 

Program kaji selidik online ini adalah dibawakan oleh syarikat yang dinamakan sebagai Research Now. Anda boleh klik sini jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam latar belakang syarikat Research Now ini.

 

Laman web Research Now ini menyediakan pelbagai soalan-soalan kaji selidik untuk dijawab oleh orang ramai yang berminat untuk menyertai program kaji selidik mereka.

 

Setiap mereka yang mengambil bahagian mengisi borang kaji selidik akan diberi ganjaran berbentuk kupon dan voucher dari Aeon, KFC, dan Pizza Hut. Mungkin di masa akan datang, ganjaran ini akan ditambah lagi dalam bentuk yang lebih menarik.

Klik untuk baca: Dapatkan Baucar Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut dengan menyertai Kaji Selidik Online

 

baucar-kfc-percuma

Jadi, dengan adanya ganjaran ini, usaha dan masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan survey online tidaklah menjadi sia-sia. Setidak-tidaknya, setelah menjawab soalan survey ini, mereka yang menyertai program kaji selidik online ini akan diberi ganjaran dalam bentuk baucar Aeon dan juga baucar KFC.

 

Bagi anda yang mengajak orang lain untuk join program kaji selidik ini, anda juga akan dapat ganjaran.

 

Ganjaran untuk anda adalah sebanyak RM5 untuk setiap orang yang anda bawa masuk untuk menyertai program kaji selidik ini. Saya juga telah menerima bayaran beberapa kali. Lihat buktinya dibawah.

buat-duit-dengan-kaji-selidik-online

Pada waktu penulisan ini ditulis, saya telah pun memperolehi 7 orang calon yang berminat untuk mengisi borang survey secara online ini.

 

Setiap soalan yang bakal dijawab oleh calon ada bayarannya. Contohnya begini. Ini adalah notifikasi menerusi emel yang saya terima setiap kali terdapat kaji selidik yang baru yang boleh dijawab.

buat-duit-survey

Dan lagi…

buat-duit-isi-borang-survey-2

Buat masa ini, kebanyakkan soalan kaji selidik yang saya dapat adalah bernilai RM2.

 

Anda kena cepat bertindak bila dapat emel macam ni. Jika lambat, mungkin soalan tersebut sudah pun habis dijawab oleh orang lain.

 

Kebiasaannya, untuk setiap soalan survey, pihak Research Now hanya memerlukan beberapa orang responden sahaja. Mungkin hanya 100 orang sahaja. Jika sudah terdapat 100 orang yang menjawab soalan survey, maka soalan survey tersebut automatik akan expired.

 

Soalan-soalan yang bakal ditanyakan juga mudah sahaja. Ada pilihan jawapan yang perlu anda pilih. Secara purata, untuk setiap soalan survey, anda hanya perlukan 5 minit sahaja untuk siap menjawab.

 

Baiklah, jika anda berminat untuk menyertai program kaji selidik ini, anda boleh klik sini. Ganjaran yang bakal anda perolehi adalah dalam bentuk baucar yang anda boleh gunakan untuk membeli belah di Aeon, ataupun baucar KFC dan Pizza Hut.

 

Jika, anda berminat untuk menjadi ejen yang mengajak orang lain untuk mengisi borang survey, anda boleh lakukan pendaftaran sebagai ejen affiliate bersama syarikat Involve Asia disini. Pendaftaran adalah percuma sahaja. Walaupun percuma, anda berupaya untuk jana pendapatan tanpa had dengan Involve Asia.

 

Selamat mencuba dan semoga anda berjaya.

 

Ps: Kalau anda rajin, memang boleh dapat banyak untung dari program ini.

 

 

Baca juga artikel:

  • Saya dah sediakan servis Advertorial, tapi orang masih nak spam jugak!Saya dah sediakan servis Advertorial, tapi orang masih nak spam jugak!
  • Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makanTak setuju dengan larangan merokok di kedai makan
  • Buat video khas sempena kontes Belajar Buat BlogBuat video khas sempena kontes Belajar Buat Blog
  • Panduan Bisnes Shopee – Boleh ke naikkan jualan di Shopee?Panduan Bisnes Shopee – Boleh ke naikkan jualan di Shopee?
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Dulu EdyBiz, Sekarang EdyClick PulakDulu EdyBiz, Sekarang EdyClick Pulak
  • Tak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berbloggingTak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berblogging
  • Perkara yang menjadi punca Kegagalan sebuah sistem marketplace dan bisnes ecommercePerkara yang menjadi punca Kegagalan sebuah sistem marketplace dan bisnes ecommerce
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja – Bagus ke? Apa kelemahannya?Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja – Bagus ke? Apa kelemahannya?
  • Mula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang BossMula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang Boss

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan survey online, buat duit menjawab soalan kaji selidik, latar belakang syarikat research now, soalan kaji selidik online, survey online

Trackbacks

  1. Cara buat duit dengan Valued Opinions - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 17, 2017 at 4:26 pm

    […] Klik untuk baca: Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − four =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Betul ke bekerja sendiri lagi seronok dari kerja makan gaji?
    Betul ke bekerja sendiri lagi seronok dari kerja makan gaji?
  • Fatwa yang mengatakan Pokemon dan permainan Pokemon Go adalah HARAM
    Fatwa yang mengatakan Pokemon dan permainan Pokemon Go adalah HARAM
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in