Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 12, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Promosi Pet’s Fair Week di Lazada Malaysia – Pelbagai barangan untuk haiwan kesayangan dengan harga terendah

Saya perasan yang saya dah agak lama tak beli sebarang produk untuk kucing-kucing kesayangan saya dari Laman web Lazada Malaysia.

 

Sekarang ni, kebanyakkan barang saya akan beli di Pet Shop berhampiran saya.

 

Tapi tadi, masa saya buka laman web Lazada, saya baru perasan yang rupa-rupanya sekarang ni ada promosi Pet’s Fair Week. 

 

Temanya adalah untuk haiwan kesayangan.

 

Jadi, mereka yang ada bela kucing ke, anjing, hamster, ikan atau apa-apa sahaja haiwan peliharaan kesayangan, bolehlah terjah dan lihat sendiri apa yang menarik bersempena dengan promosi ini.

promosi-barangan-haiwan-kesayangan

Saya dah beberapa kali tukar makanan untuk kucing-kucing saya.

 

Sebelum ni pernah bagi makan jenama Royal Canin. Kemudian tukar kepada beberapa jenama lain seperti Love Cats, Black Wood dan sekarang ni, saya berikan makanan jenama Buttons and Bow.

 

Saya tukar kepada Buttons and Bow ni pun atas saranan staf yang kerja di Pet Shop. Katanya jenama ini bagus untuk kucing.

 

Kebaikkan yang ketara, yang saya nampak ialah, bulu kucing nampak lebih sihat dan kurang tanggal. Selain itu, nampak juga ada pertambahan berat badan dan paling penting nampak lebih sihat.

 

Sebelum ni, masa saya cuma ada dua ekor kucing, bolehlah belikan Royal Canin. Tapi sekarang ni, disebabkan kucing dah bertambah jadi 6 ekor, tak larat la nak beli makanan yang mahal tu.

 

Baiklah apa yang saya nak share sebenarnya, saya ternampak ada promosi yang menarik di Lazada bersempena dengan Pet’s Fair Week ini.

makanan-kucing-buttons-and-now

Saya rasa harga RM170.10 untuk 18kg makanan kucing jenama Buttons and Bows ini agak rendah.

 

Kalau pergi ke Pet Shop, juga belum tentu akan dapat harga macam ni. Harga biasa bagi produk ni ialah RM200++

 

Kalau untuk kucing 6 ekor, biasanya memang kena beli makanan yang besar macam ni. Bolehlah bertahan untuk sebulan lebih. Kalau boleh bertahan untuk dua bulan, itu kira bonus.

 

Sesetengah makanan kucing, ianya cepat mengenyangkan. Kita boleh perasan sebabnya bila kita bagi makanan tu pada kucing, dia makan sikit je kemudian terus buat benda lain.

 

Premium cat food biasanya macam tu.

 

Walaupun agak mahal, namun pada masa yang sama ia agak menjimatkan dan mengenyangkan.

 

Pada saya, yang memang berikan kucing-kucing saya makanan dari jenama ini, saya rasa ianya agak baik dan menjimatkan juga. Bolehlah anda cuba nanti.

 

By the way, kucing yang saya bela ni, kucing biasa-biasa je. Bukannya dari baka tertentu.

 

Asalnya, kucing ni saya jumpa di tingkat bawah apartment tempat saya tinggal. Nampak keseorangan dan ada cedera kat bahagian kaki. Jadi saya pun bawa naik dan bela kucing tu sampai sekarang.

 

So bab makanan ni, saya lihat dia tak begitu memilih. Cuma seboleh-bolehnya, saya juga nak berikan makanan yang terbaik kepada kucing-kucing ni semua.

 

Kalau anda minat nak bagi kucing anda makanan dari jenama Buttons and Bows juga, bolehlah beli menerusi pautan ini.

 

Kena bertindak cepat.

 

Mana tahu, kalau nasib baik, anda juga akan dapat harga promosi ini.

 

 

Baca juga artikel:

  • Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahajaMakanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Rahsia hasilkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hanya semudah menulis artikelRahsia hasilkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hanya semudah menulis artikel
  • Dunia Internet adalah suatu lautan luas yang penuh dengan duit!Dunia Internet adalah suatu lautan luas yang penuh dengan duit!
  • Pengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusunPengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusun
  • Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?
  • Pendapatan dari Internet suatu fantasi atau REALITI?Pendapatan dari Internet suatu fantasi atau REALITI?
  • Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasaiKelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai
  • Tak lama lagi Malaysia akan dapat internet berkelajuan tinggi dengan harga yang lebih murah?Tak lama lagi Malaysia akan dapat internet berkelajuan tinggi dengan harga yang lebih murah?
  • Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?

Filed Under: Personal Tagged With: buttons and bow bagus ke, makanan kucing, makanan kucing jenama buttons and bow

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + seven =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
    Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut