Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 12, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Promosi Pet’s Fair Week di Lazada Malaysia – Pelbagai barangan untuk haiwan kesayangan dengan harga terendah

Saya perasan yang saya dah agak lama tak beli sebarang produk untuk kucing-kucing kesayangan saya dari Laman web Lazada Malaysia.

 

Sekarang ni, kebanyakkan barang saya akan beli di Pet Shop berhampiran saya.

 

Tapi tadi, masa saya buka laman web Lazada, saya baru perasan yang rupa-rupanya sekarang ni ada promosi Pet’s Fair Week. 

 

Temanya adalah untuk haiwan kesayangan.

 

Jadi, mereka yang ada bela kucing ke, anjing, hamster, ikan atau apa-apa sahaja haiwan peliharaan kesayangan, bolehlah terjah dan lihat sendiri apa yang menarik bersempena dengan promosi ini.

promosi-barangan-haiwan-kesayangan

Saya dah beberapa kali tukar makanan untuk kucing-kucing saya.

 

Sebelum ni pernah bagi makan jenama Royal Canin. Kemudian tukar kepada beberapa jenama lain seperti Love Cats, Black Wood dan sekarang ni, saya berikan makanan jenama Buttons and Bow.

 

Saya tukar kepada Buttons and Bow ni pun atas saranan staf yang kerja di Pet Shop. Katanya jenama ini bagus untuk kucing.

 

Kebaikkan yang ketara, yang saya nampak ialah, bulu kucing nampak lebih sihat dan kurang tanggal. Selain itu, nampak juga ada pertambahan berat badan dan paling penting nampak lebih sihat.

 

Sebelum ni, masa saya cuma ada dua ekor kucing, bolehlah belikan Royal Canin. Tapi sekarang ni, disebabkan kucing dah bertambah jadi 6 ekor, tak larat la nak beli makanan yang mahal tu.

 

Baiklah apa yang saya nak share sebenarnya, saya ternampak ada promosi yang menarik di Lazada bersempena dengan Pet’s Fair Week ini.

makanan-kucing-buttons-and-now

Saya rasa harga RM170.10 untuk 18kg makanan kucing jenama Buttons and Bows ini agak rendah.

 

Kalau pergi ke Pet Shop, juga belum tentu akan dapat harga macam ni. Harga biasa bagi produk ni ialah RM200++

 

Kalau untuk kucing 6 ekor, biasanya memang kena beli makanan yang besar macam ni. Bolehlah bertahan untuk sebulan lebih. Kalau boleh bertahan untuk dua bulan, itu kira bonus.

 

Sesetengah makanan kucing, ianya cepat mengenyangkan. Kita boleh perasan sebabnya bila kita bagi makanan tu pada kucing, dia makan sikit je kemudian terus buat benda lain.

 

Premium cat food biasanya macam tu.

 

Walaupun agak mahal, namun pada masa yang sama ia agak menjimatkan dan mengenyangkan.

 

Pada saya, yang memang berikan kucing-kucing saya makanan dari jenama ini, saya rasa ianya agak baik dan menjimatkan juga. Bolehlah anda cuba nanti.

 

By the way, kucing yang saya bela ni, kucing biasa-biasa je. Bukannya dari baka tertentu.

 

Asalnya, kucing ni saya jumpa di tingkat bawah apartment tempat saya tinggal. Nampak keseorangan dan ada cedera kat bahagian kaki. Jadi saya pun bawa naik dan bela kucing tu sampai sekarang.

 

So bab makanan ni, saya lihat dia tak begitu memilih. Cuma seboleh-bolehnya, saya juga nak berikan makanan yang terbaik kepada kucing-kucing ni semua.

 

Kalau anda minat nak bagi kucing anda makanan dari jenama Buttons and Bows juga, bolehlah beli menerusi pautan ini.

 

Kena bertindak cepat.

 

Mana tahu, kalau nasib baik, anda juga akan dapat harga promosi ini.

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: buttons and bow bagus ke, makanan kucing, makanan kucing jenama buttons and bow

February 29, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja

Makanan kucing jenama Healthy Catz food. Baru-baru ni saya ada beli makanan kucing jenama ni secara online sahaja. Biasanya kalau makanan kucing, memang kami akan beli sama ada kat Giant ataupun kat Tesco.

 

Kadang-kadang, kami akan beli di Pet Shop. Itupun kalau ada tawaran harga murah. Kalau harga lagi mahal daripada harga yang dijual kat Giant atau kat Tesco, then lupakan je la. Rasa tak berbaloi la kalau nak beli.

 

Ini first time kami beli secara online sahaja.

 

makanan-kucing-healthy-catz

Apa yang buatkan kami rasa nak beli, pertama sekali sebab harganya yang tak begitu mahal. Anda boleh semak harga di laman web tempat kami beli ini.

 

Kalau untuk yang 3KG, harganya dalam lingkungan RM65 – RM70. Tapi apa yang saya perasan, bila kita beli online, ada tawaran yang menarik pulak.

 

Ya. Dapat diskaun kira-kira 50%. Dapat potongan harga. Jadi kami kena bayar dalam lingkungan RM30 sahaja macam tu. Bila tengok kat bahagian review, nampaknya ramai juga yang beli makanan kucing jenama Healthy-Catz ni dan nampaknya kucing masing-masing boleh makan dan suka produk ini.

 

Saya tak pasti, sama ada tawaran diskaun 50% ini akan diberikan sampai bila. Saya rasa anda patut segera semak harga di sini. Kalau masih ada, maknanya ini memang rezeki anda. Baik beli cepat sebelum offer tersebut digantikan dengan tawaran yang mungkin tak sebaik sekarang ni.

 

Baiklah, sebenarnya makanan ni pun baru je sampai. Saya pun masih belum bagi lagi kucing-kucing saya makan benda ni, sebab nak habiskan stok makanan dia yang lama.

 

Mungkin esok, baru saya dapat bagi.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: healthy catz, makanan kucing

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in