Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

December 14, 2019 by Sabree Hussin 2 Comments

Jual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESAR

Sebelum nak cerita panjang-panjang mengenai sistem marketplace, rasanya lebih baik kita fahamkan dulu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem marketplace ini?

 

Sistem marketplace atau online marketplace merupakan sebuah website atau applikasi telefon yang membantu memudahkan pengguna untuk membeli belah secara dalam talian dan boleh melakukan transaksi dengan pelbagai penjual melalui satu sistem.

 

Pemilik laman web atau applikasi marketplace boleh juga menjadi salah seorang penjual dan mempunyai inventori atau stok produk.

bisnes-dropship-dari-china

Pada masa yang sama, ada juga pemilik sistem marketplace yang tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual. Mereka hanya menyediakan sebuah sistem (atau pasaran) supaya penjual boleh mendapatkan pelanggan melalui sistem yang mereka bangunkan, dan pada masa yang sama, pembeli dapat memperolehi barang yang diinginkan tanpa perlu susah payah.

 

Ada beberapa sistem marketplace yang popular, yang biasa digunakan oleh para pengguna di Malaysia. Contohnya,

1. Lazada

2. Shopee

3. Lelong

4. Zalora

5. Ebay

cara-jadi-seller-lazada

bisnes-shopee

Apa yang saya senaraikan diatas ini, adalah yang popular dan saya percaya anda juga mungkin pernah beli barang daripada salah satu laman web yang saya nyatakan.

 

Sistem marketplace ini juga, dikenali juga dengan nama sistem ecommerce.

 

Oleh kerana sistem ecommerce ini memudahkan bakal pembeli untuk melakukan transaksi, maka muncul pelbagai laman web menawarkan sistem yang seumpamanya.

 

Saya kira mungkin tak salah kalau saya katakan, ada banyak syarikat yang melancarkan sistem ecommerce dan applikasi mereka sendiri.

 

Sistem ecommerce mungkin memudahkan pembeli untuk membuat pembelian, namun, kalau ada 100 penjual, tak kan kita sebagai pengguna nak install 100 apps yang mewakili setiap syarikat yang berbeza? Saya sendiri tak akan buat macam tu.

 

Apa yang lebih mudah, install sahaja apps Shopee atau Lazada, dan melalui kedua-dua apps ini, saya boleh beli macam-macam produk dari pelbagai jenama tanpa perlu nak install banyak-banyak apps dalam satu phone.

 

Saya suka install apps Lazada dan juga apps Shopee ini sebab nak buat perbandingan harga. Ada produk yang dijual lebih murah di Shopee, dan ada juga produk tertentu yang mana kita boleh dapat dengan harga yang lebih menjimatkan kalau beli dari Lazada.

 

Kewujudan laman web yang berkonsepkan cashback atau memberi wang balik kepada pembeli yang membuat pembelian secara online melalui sistem yang mereka bangunkan sedikit sebanyak membantu laman web ecommerce berkembang dan semakin diterima.

 

Salah satu laman web yang memberikan pulangan wang dalam bentuk cash back (lebih kurang seperti rebat tunai) ialah laman web Shopback Malaysia.

buat-duit-dengan-shopback

Beli barang dari marketplace seperti Lazada dan Shopee sudah cukup murah, kemudian bila ada konsep cashback seperti yang ditawarkan oleh shopback, ia menjadikan pembelian kita jadi lebih menjimatkan.

 

Kalau lihat pada screenshot diatas, kita boleh dapat cashback sehingga 12% kalau beli barang dari Lazada, manakala kalau beli barang dari Shopee, kita boleh dapat cashback sehingga 6%.

 

Masih tak berapa jelas? Mudahnya begini, kalau barang yang kita nak beli tu harganya RM100 di Lazada, selepas kita beli barang tersebut dengan harga RM100, pihak Shopback akan bagi balik duit kita sebanyak RM12. Namun, anda kena baca dan fahamkan dulu terma dan syarat yang ditetapkan terlebih dulu ya.

 

Kenapa pengguna suka sistem atau apps marketplace?

Dekat sini ada beberapa kelebihan yang bakal dinikmati oleh pengguna, misalnya pengguna mudah untuk buat perbandingan harga kerana dalam satu ekosistem marketplace lazimnya akan ada lebih daripada seorang penjual yang menjual produk yang sama.

 

Sebagai contoh, kalau ada pembaca blog ini yang merupakan peminat jam tangan jenama Casio G-Shock. Saya pernah menulis artikel berkenaan dengan senarai penjual jam tangan Casio G-Shock original yang boleh dipercayai menerusi artikel ini.

 

Sekiranya ada banyak penjual menjual produk yang sama, masing-masing mampu untuk berikan servis yang setara tahap kualitinya, dan yang penting produk tersebut original, kini terpulang kepada pengguna untuk beli dari penjual yang mampu untuk tawarkan harga yang paling rendah, ataupun berurusan sahaja dengan mana-mana penjual yang dia selesa.

 

Seterusnya, dengan wujudnya sistem marketplace, pengguna boleh berurusniaga dengan banyak penjual dalam masa yang sama tanpa perlu susah payah untuk keluar dari rumah, dan yang tak kurang pentingnya ialah, urusniaga tersebut terjamin dari segi keselamatannya, memandangkan pemilik marketplace akan memastikan pembeli memperolehi barangan seperti yang dibeli ataupun diberikan jaminan wang balik.

 

Sistem yang dibangunkan oleh pemilik marketplace serta jaminan yang diberikan, mampu untuk mengelakkan pembeli merasa tertipu dan para penipu siber tidak mempunyai ruang untuk cuba menipu bakal pembeli.

 

Walaupun hakikatnya tiada sistem yang perfect, dan wujud kes-kes terpencil yang mana pembeli ditipu, namun lazimnya pemilik sistem marketplace akan mengambil tindakan sewajarnya dan tidak akan membiarkan pembeli tidak dibela.

 

Apa pula agaknya yang membuatkan para penjual sukakan sistem Marketplace?

Ada beberapa perkara yang saya nak highlight.

 

Pertama, bukan semua penjual mempunyai kemahiran untuk bangunkan sistem ecommerce mereka sendiri. Ya, mereka memang boleh upah mana-mana programmer untuk binakan website ecommerce untuk mereka, namun untuk memiliki website yang popular dan diterima oleh pengguna bukanlah satu tugasan yang mudah.

 

Apabila mereka gunakan sahaja marketplace sedia ada untuk memasarkan produk mereka, itu sudah menjimatkan masa dan duit mereka untuk bangunkan sistem yang serupa, yang tiada jaminan akan berjaya seperti sistem sedia ada.

 

Kedua, sistem ecommerce seperti Lazada dan juga Shopee, mereka telah mempunyai reputasi yang baik dan setiap bulan terdapat berjuta-juta orang pengguna yang melayari dan menggunakan apps mereka. Pengguna ini terdiri daripada mereka yang ingin membeli barang atau sekadar ingin membuat survey.

 

Menggunakan sistem sedia ada, seolah-olah mereka mendapat manfaat iaitu pelanggan segera.

 

Kita bayangkan sistem ecommerce atau marketplace ini ibarat sebuah shopping mall yang sangat besar. Ada beribu-ribu orang yang berniaga disitu, dan pada masa yang sama, terdapat berjuta-juta orang bakal pembeli yang memasuki shopping mall tersebut.

 

Daripada berjuta-juta orang yang berada disitu, takkan tak ada walaupun seorang yang akan jadi pembeli. Ianya hampir mustahil.

 

Jika anda menjual produk yang betul, dengan harga yang munasabah dan susun atur kedai ecommerce anda kelihatan profesional, pasti akan ada pembeli yang akan beli dari anda.

 

Anda ingin jadi seorang usahawan online yang berjaya melalui sistem marketplace? Anda sebenarnya tidak keseorangan. Ya, ada ramai bakal usahawan yang ingin berjaya seperti anda.

 

Melalui inisiatif yang dijalankan oleh pemilik website Bisnes Shopee dan juga Bisnes Lazada, kini makin ramai usahawan online telah mula menjadi penjual yang berjaya menerusi sistem marketplace. The best part, ahli yang lebih awal mengikuti sistem dan tunjuk ajar yang diberikan, ada yang dengan sukarela membantu orang baru yang nak turut sama-sama berjaya dalam bidang ini.

 

Calon pelanggan ada sangat ramai, dan jumlahnya mencecah jutaan orang, cuma persoalannya, mahukah anda menjadi penjual seterusnya dan sama-sama nikmati untung yang lumayan menerusi sistem marketplace ini.

 

 

Baca juga artikel:

  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerceKelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tolong orang dapatkan kerja pun boleh dapat upah lumayanTolong orang dapatkan kerja pun boleh dapat upah lumayan
  • Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!
  • Kerjaya sebagai penulis blog upahan lumayan ke?Kerjaya sebagai penulis blog upahan lumayan ke?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Minuman Mocca jadi lebih lazat dengan Milk FrotherMinuman Mocca jadi lebih lazat dengan Milk Frother
  • Percutian percuma ditanggung sepenuhnya bukanlah satu mitos dengan teknik iniPercutian percuma ditanggung sepenuhnya bukanlah satu mitos dengan teknik ini
  • Shopping barangan dari China tanpa perlu susah payah nak ke negara ChinaShopping barangan dari China tanpa perlu susah payah nak ke negara China
  • Kenapa Rahsia Taobao harganya “Mahal”?Kenapa Rahsia Taobao harganya “Mahal”?
  • Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan marketplace, buat duit di ecommerce, marketplace, sistem ecommerce

Trackbacks

  1. Cara yang BERKESAN dan SELAMAT untuk buat duit online bagi tahun 2020 | Blog Sabree Hussin says:
    December 25, 2019 at 6:13 pm

    […] Anda telah belajar macam-macam perkara tentang bisnes ecommerce. Anda juga mungkin pernah dengar tentang istilah program dropship, tapi anda rasa kurang berminat untuk bersaing dengan peniaga lain yang terdapat di dalam sistem marketplace. […]

    Reply
  2. Faktor penyumbang kepada kejayaan sebuah Sistem Marketplace - Sabree Hussin Dot Biz says:
    January 23, 2020 at 6:12 pm

    […] buka kedai online melalui marketplace, sebaliknya saya ingin bercerita tentang konsep perniagaan sistem marketplace itu […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − eight =

Top Posts & Pages

  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut