Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 7, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Template minisite untuk Blogspot – Bina laman web Bisnes menggunakan platform percuma Blogspot

Membina laman web perniagaan menggunakan platform PERCUMA dari blogspot memang cukup mudah.

 

Anda tak perlukan pengetahuan yang begitu mendalam tentang programming, coding, graphic design dan sebagainya. Pada asasnya, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut

(1) Daftar akaun dengan google

(2) Pergi ke halaman blogger.com

(3) Login menggunakan akaun google

(4) Create a new blog dan isikan maklumat yang diminta

(5) Create new post untuk masukkan konten yang berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan dan seterusnya tekan butang publish.

 

Ya, cukup mudah. Namun demikian, dari segi susun atur dan design, ia mungkin tidak secantik jika dibandingkan dengan hasil kerja profesional.

 

Namun, jika anda menggunakan template minisite untuk blogspot ini nanti, hasil kerja yang tak berapa cantik tu akan secara automatik dapat ditukarkan kepada design yang lebih lawa! Lihat bukti dibawah ini.

minisite-blogger-blogspot

Yang sebelah kiri adalah paparan biasa, tanpa menggunakan template minisite untuk blogspot, manakala paparan yang sebelah kanan tu pula, adalah paparan yang bakal anda lihat. Mana satu yang nampak lebih kemas dan teratur?

 

Sila abaikan tulisan tu. Ia tak ada maksud. Nanti bila anda nak bina website anda sendiri nanti, anda boleh edit dan masukkan konten yang berkaitan dengan produk atau pun servis yang anda tawarkan.

Anda boleh muat turun template minisite blogspot dari halaman ini.

 

Apa yang buatkan orang suka betul dengan blogspot?

Sebenarnya, sejak dari mula platform blogging blogspot diperkenalkan, orang dah mula menggunakan ia untuk tujuan perniagaan. Cuma mungkin pada waktu tu, cara gunanya sedikit berbeza.

 

Awal-awal dulu, konsep yang biasa didengari ialah blogshop atau kedai blog. Bagi mereka yang nak buat bisnes online, lazimnya mereka ni akan bina kedai online berkonsepkan blogshop.

 

Tapi bukan semua orang suka gunakan teknik blogshop ni. Bagi yang memang rajin update blog, suka menulis dan bercerita, saya berpendapat kaedah blogshop memang sesuai dengan dirinya.

 

Bagi individu yang mementingkan imej, mahukan laman web yang kelihatan profesional, dan pada masa yang sama, MURAH, maka konsep yang lebih sesuai digunakan adalah laman web jenis minisite.

 

Ramai usahawan telah menggunakan blogspot bagi tujuan perniagaan

Mungkin anda yang tak perasan. Lebih-lebih lagi kalau selama ini, anda lebih banyak berniaga menggunakan media sosial, sama ada Facebook ataupun Instagram.

 

Hakikatnya, sebelum laman media sosial mula diterima, usahawan online lebih banyak menggunakan blogspot untuk bina laman web perniagaan mereka. Kalau dulu, laman web perniagaan yang dibina menggunakan blogspot mungkin tak berapa cantik, tapi sekarang ni, dengan adanya template minisite blogspot, semua tu telah berubah.

 

Ini hanya sebahagian template minisite untuk blogspot yang anda boleh gunakan dalam kerja-kerja pembinaan laman web perniagaan anda nanti.

template-bina-minisite-blogspot

Dengan adanya template minisite blogspot ini, anda dah tak perlu keluarkan belanja yang mahal bagi tujuan upah designer untuk buatkan website jualan bagi pihak anda. Anda boleh muat turun seluruh template disini.

 

Lagi satu, kalau anda mempunyai perniagaan sendiri dan anda ada staf yang bekerja untuk anda, anda juga boleh suruh staf anda tu bina laman web perniagaan untuk produk anda. Template minisite blogspot ini sangat mudah untuk digunakan.

 

Memandangkan ia didatangkan dengan pelbagai design, maka anda tak perlu khuatir jika menjalankan bisnes yang pelbagai. Ada template yang sesuai untuk semua jenis perniagaan, misalnya

(1) Bisnes pakaian

(2) Bisnes makanan

(3) Bisnes tudung

(4) Saham

(5) Unit Trust

… dan banyak lagi.

 

Setiap template ditawarkan dengan harga serendah RM1 sahaja. Saya tak pasti, tawaran ini akan dibuka sampai bila. Saya harap, pada waktu anda baca apa yang saya kongsikan dalam ni, anda sempat dapatkan template-template minisite untuk blogspot ini nanti.

 

Ianya semestinya satu pelaburan yang sangat berbaloi. Dengan adanya template minisite untuk blogspot ini, anda boleh pelbagaikan medium jualan anda.

 

Selepas ini, anda tak perlu bergantung hanya pada satu medium sahaja. Kalau sebelum ini hanya bergantung pada Facebook atau Instagram sahaja, lepas ini anda akan ada tambahan medium pemasaran.

 

In Shaa Allah, jualan anda juga akan bertambah sebab sekarang anda ada channel baru, yang akan membuat jualan secara automatik bagi pihak anda.

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internetJual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Kenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder EmelmatikKenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Buat duit dengan share link sahaja. Boleh ke?Buat duit dengan share link sahaja. Boleh ke?
  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memanduRahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
  • Seronoknya dapat buat duit dengan blog!Seronoknya dapat buat duit dengan blog!
  • Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelanceKepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance
  • Sistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari MalaysiaSistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari Malaysia
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Bayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebayBayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebay
  • Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBERBagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: download minisite blogspot, download template minisite blogspot, koleksi template minisite blogspot, template minisite blogger, template minisite blogspot

Trackbacks

  1. Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 27, 2019 at 3:30 pm

    […] pernah bercadang nak buatkan laman web khas sebagai bonus bagi mana-mana pelanggan yang dapatkan khidmat advertorial dari saya. Kemudian bila […]

    Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in