Adakah ejen dropship juga bersalah sekiranya pembekal seorang scammer?

Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik, kita memerlukan penyelesaian yang cepat untuk mengembalikan kedudukan kewangan kita dalam landasan yang betul.

 

Kebocoran sana sini perlu segera ditampal. Mana-mana ketidakcukupan perlu segera dicari jalan penyelesaian.

 

Memulakan perniagaan sendiri, menggunakan kaedah dropship, adalah salah satu kaedah yang mudah untuk dilakukan. Ia boleh dimulakan serta merta, dengan syarat anda telah temui jawapan bagi

  1. Apa produk yang ingin dijual?
  2. Kepada siapa produk itu bakal dijual?
  3. Dari mana sumber bekalan produk bakal diperolehi?

 

Apabila ketiga-tiga soalan ini telah ada jawapannya, anda dah boleh mula berbisnes secara online menggunakan teknik bisnes dropship.

 

Tahun 2017 ini, saya mula dengar berita yang mula disebarkan dimedia-media sosial tentang kewujudan produk-produk yang scam. Produk yang scam dikeluarkan oleh pemilik produk yang scammer.

 

Salah satu produk yang sering disebut-sebut adalah produk Perlaking. Ironinya, saya juga pernah mempromosikan produk tersebut dalam blog ini. Boleh baca posting saya sebelum ini yang berjudul Produk Perlaking 1,000,000MG Serbuk Mutiara Asli Rahsia Kecantikan dan Kulit Gebu.

perlaking-review

Setakat ini, saya tak jumpa lagi sebarang penafian atau artikel balas mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh so called bekas leader yang pernah mempromosikan produk ini.

 

Saya mempromosikan produk tersebut sebagai seorang ejen affiliate. Saya adalah affiliate yang telah mendaftar untuk menyertai Program Affiliate Lazada.

 

Jika ada yang membaca artikel iklan yang saya hasilkan, dan mereka minat nak beli produk tersebut, dia akan klik pada pautan yang saya berikan. Seterusnya, dia akan dibawa ke laman web Lazada dan disitu dia boleh decide sama ada nak teruskan dengan pembelian atau sebaliknya.

 

Sekiranya dia beli, maka saya akan dapat komisen affiliate. Jika tak beli, saya tak dapat apa-apa habuan. As simple as that.

 

Berbeza dengan menjadi ejen dropship. Urusan tempahan, pertanyaan tentang produk semuanya perlu diuruskan oleh ejen dropship itu tadi.

 

Ejen dropship tidak memegang stok produk. Dia cuma boleh bercerita tentang produk, menerangkan tentang apa yang produk boleh buat dan tak boleh buat. Jika prospek minat nak buat tempahan, prospek tu tadi akan buat bayaran terus ke akaun ejen dropship.

 

Langkah seterusnya, si ejen dropship ini kena buat tempahan dari pembekal dan minta pembekal hantar produk terus ke alamat pembeli.

 

Dalam keadaan ini, lazimnya pembeli tu tadi, tak tau pun yang dia sedang berurusan dengan ejen dropship semata.

 

Sekiranya belian itu tadi ADA MASALAH, sudah tentu pembeli akan cari individu yang jualkan produk tersebut, bukannya cari siapa yang bekalkan produk tu.

 

Penipuan terhadap produk ini sebenarnya ada macam-macam jenis. Antaranya

  1. Produk tak sama seperti yang diiklankan
  2. Produk tak berfungsi seperti yang diharapkan atau yang diiklankan
  3. Produk tidak dihantar kepada pembeli
  4. Produk langsung tak berkesan
  5. Produk dipromosikan dengan janji-janji yang menipu sahaja

 

Pada saya, ini adalah satu risiko apabila kita nak buat duit sebagai seorang ejen dropship. Menjadi antara yang terawal sentiasa dijanjikan dengan pulangan pendapatan yang sangat hebat.

 

Jadi ejen dropship terawal, akan beri kita masa yang cukup untuk bina jenama dan mengumpulkan database pelanggan.

 

Namun, saya kira, adalah lebih baik kita berikan masa, untuk sesuatu produk tu betul-betul diterima oleh pasaran dan mempunyai success stories tersendiri.

 

Bimbang kalau kelam kabut nak jadi ejen, kita akan terpromosikan produk yang menipu.

 

Contoh lagi, produk baru dikeluarkan bulan lepas… tetapi dah ada testimoni dari pengguna yang dah gunakan produk selama bertahun-tahun lamanya. 

 

Eh logik ke?

 

Saya ada seorang kenalan di media sosial.

 

Dulu dia gemuk. Saya tak pasti, dia amalkan produk apa untuk bagi dia jadi kurus. Satu hari, dia kata dia amalkan produk AA untuk bagi dia jadi kurus.

 

Maka ramailah yang berpusu-pusu nak kurus macam kawan saya ni dan beli produk AA tu dari dia. Tak berapa lama lepas tu, mungkin jualan untuk produk AA makin slow. Atau pengeluar produk dah tak mampu nak teruskan perniagaan, jadi mereka stop operasi.

 

Kawan saya ni, secara tak langsung terputus sumber pendapatan.

 

Lalu saya lihat dia jual produk BB pulak. Fungsi yang sama, cuma dikeluarkan oleh syarikat yang berlainan.

 

Dia punya marketing, saya perhatikan je.

 

Kawan saya ni, ambik gambar lama dia masa dia gemuk dulu, sebagai gambar sebelum makan produk BB, dan sebelahnya dibandingkan dengan gambar dia sekarang yang dah slim, cantik, cun melecun.

 

Masalahnya? Dia baru je jual produk BB. Sebelum ni dia kata dia kurus sebab makan produk AA. Sekarang ni, dia kata dia kurus sebab produk BB pulak.

 

Bukan seorang yang saya jumpa amalkan kaedah marketing macam ni. Ada banyak. Mungkin kat luar sana, ada banyak lagi yang buat kaedah macam ni. Semuanya sebab nak duit?

 

Dalam keadaan macam ni, saya berpendapat, bukan pembekal je yang scammer, yang ejen pun dua kali lima. Kalau ada apa-apa masalah, better angkut sama, si ejen dengan pembekal tu ke muka pengadilan. Adil kan?

 

 

 

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

thirteen + seventeen =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes