Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 3, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebay

Saya dah dengar mengenai bisnes di ebay, sejak dari awal-awal pembabitan saya dalam bidang pemasaran secara online.

 

Pada masa tu, adalah sekitar tahun 2009.

panduan-perniagaan-ebay

Sebagai orang baru dalam bidang pemasaran internet, dan baru nak belajar cara-cara buat duit online, saya perlu buat pilihan, sama ada nak fokus kepada

  1. Affiliate Marketing
  2. Blogging
  3. Google Adsense
  4. Ebay

 

 

Ya. Dulu memang tak banyak pilihan. Program buat duit di internet, datang dan pergi. Antara yang paling menyerlah ialah 4 perkara yang saya senaraikan kat atas tu.

 

Bagi yang minat nak ceburi affiliate marketing, produk yang tersedia untuk dipromosikan adalah produk-produk digital, seperti ebook, laman web keahlian dan juga software. Kalau nak promosikan produk fizikal, memang agak susah nak jumpa.

gshock-original-murah

Dulu tak banyak program affiliate untuk produk fizikal, mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya

  1. Belum ada perisian affiliate yang support untuk jual banyak barang dalam satu website
  2. Peratus keuntungan yang terlalu sedikit menjadikan ianya kurang diminati
  3. Sistem penghantaran barang (syarikat kurier) yang tak begitu efisien
  4. Pengguna di Malaysia tidak terdedah dengan online transaction 

 

Sekitar tahun 2000, pengguna di Malaysia masih ramai yang takut-takut nak buat transaksi secara online. Saya pun tak pasti, pada waktu tu, berapa ramai yang ada kad kredit, kad debit mahupun akaun internet banking.

 

Tapi sekarang ni dah berubah. Kalau pada waktu ini, ada yang nak buat program affiliate yang mempromosikan produk-produk fizikal, boleh sertai program affiliate Lazada. Saya juga aktif mempromosikan barangan dari laman web lazada.

 

 

Program dropship alternatif bagi program affiliate

Program dropship dengan program affiliate memang ada persamaannya. Kedua-duanya boleh dimulakan tanpa perlu keluar sebarang modal, dan anda juga tak perlu simpan stok barang.

 

Namun, bila cerita dari sudut potensi pendapatan, atau margin keuntungan, anda boleh dapat untung yang lebih tinggi, apabila buat dropship berbanding buat affiliate marketing.

 

Saya ambil contoh, kalau anda nak promosikan jam tangan Casio G-Shock GA-400HR-1A seperti screenshot kat atas tu.

 

Harga produk yang dijual di laman web adalah RM349. Jika anda berjaya jual produk ini, melalui konsep affiliate marketing, anda akan menerima komisen sebanyak 8.50% atau bersamaan dengan RM29.67

 

Sebaliknya, kalau melalui dropship, anda akan untung lebih banyak, JIKA anda berjaya dapatkan pembeli yang sanggup beli dengan harga yang lebih mahal dari harga kos. Mungkin anda nak letak harga RM450, RM500, atau RM700.

 

Perbezaan harga inilah yang akan jadi untung anda! Saya ada cerita dalam posting sebelum ini, iaitu guna teknik dropship untuk jalankan bisnes online di ebay.

 

 

Dropship produk dari China untuk jual di ebay

Untuk memaksimumkan keuntungan yang bakal diperolehi, lazimnya para usahawan ebay akan gunakan konsep dropship dalam perniagaan mereka.

 

Mereka akan jual produk-produk dari China di laman web ebay. Banyak laman web dropship yang menjual barangan China, turut mempunyai gudang di negara luar dari China.

 

Misalnya, ada syarikat dropship, yang ada gudang di UK. Kalau ada tempahan dari UK, barangan tersebut akan dihantar dari gudang di UK juga. Ini menjadikan masa untuk penghantaran jadi lebih cepat, berbanding kalau produk tersebut keluar dari gudang di China juga.

 

Menarik bukan, konsep bisnes dropship ini? Kalau anda rasa nak belajar lebih mendalam, bolehlah teruskan pembacaan disini.

 

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat bisnes dropship, dropship barangan china, dropship produk dari China

December 26, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Adakah ejen dropship juga bersalah sekiranya pembekal seorang scammer?

Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik, kita memerlukan penyelesaian yang cepat untuk mengembalikan kedudukan kewangan kita dalam landasan yang betul.

 

Kebocoran sana sini perlu segera ditampal. Mana-mana ketidakcukupan perlu segera dicari jalan penyelesaian.

 

Memulakan perniagaan sendiri, menggunakan kaedah dropship, adalah salah satu kaedah yang mudah untuk dilakukan. Ia boleh dimulakan serta merta, dengan syarat anda telah temui jawapan bagi

  1. Apa produk yang ingin dijual?
  2. Kepada siapa produk itu bakal dijual?
  3. Dari mana sumber bekalan produk bakal diperolehi?

 

Apabila ketiga-tiga soalan ini telah ada jawapannya, anda dah boleh mula berbisnes secara online menggunakan teknik bisnes dropship.

 

Tahun 2017 ini, saya mula dengar berita yang mula disebarkan dimedia-media sosial tentang kewujudan produk-produk yang scam. Produk yang scam dikeluarkan oleh pemilik produk yang scammer.

 

Salah satu produk yang sering disebut-sebut adalah produk Perlaking. Ironinya, saya juga pernah mempromosikan produk tersebut dalam blog ini. Boleh baca posting saya sebelum ini yang berjudul Produk Perlaking 1,000,000MG Serbuk Mutiara Asli Rahsia Kecantikan dan Kulit Gebu.

perlaking-review

Setakat ini, saya tak jumpa lagi sebarang penafian atau artikel balas mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh so called bekas leader yang pernah mempromosikan produk ini.

 

Saya mempromosikan produk tersebut sebagai seorang ejen affiliate. Saya adalah affiliate yang telah mendaftar untuk menyertai Program Affiliate Lazada.

 

Jika ada yang membaca artikel iklan yang saya hasilkan, dan mereka minat nak beli produk tersebut, dia akan klik pada pautan yang saya berikan. Seterusnya, dia akan dibawa ke laman web Lazada dan disitu dia boleh decide sama ada nak teruskan dengan pembelian atau sebaliknya.

 

Sekiranya dia beli, maka saya akan dapat komisen affiliate. Jika tak beli, saya tak dapat apa-apa habuan. As simple as that.

 

Berbeza dengan menjadi ejen dropship. Urusan tempahan, pertanyaan tentang produk semuanya perlu diuruskan oleh ejen dropship itu tadi.

 

Ejen dropship tidak memegang stok produk. Dia cuma boleh bercerita tentang produk, menerangkan tentang apa yang produk boleh buat dan tak boleh buat. Jika prospek minat nak buat tempahan, prospek tu tadi akan buat bayaran terus ke akaun ejen dropship.

 

Langkah seterusnya, si ejen dropship ini kena buat tempahan dari pembekal dan minta pembekal hantar produk terus ke alamat pembeli.

 

Dalam keadaan ini, lazimnya pembeli tu tadi, tak tau pun yang dia sedang berurusan dengan ejen dropship semata.

 

Sekiranya belian itu tadi ADA MASALAH, sudah tentu pembeli akan cari individu yang jualkan produk tersebut, bukannya cari siapa yang bekalkan produk tu.

 

Penipuan terhadap produk ini sebenarnya ada macam-macam jenis. Antaranya

  1. Produk tak sama seperti yang diiklankan
  2. Produk tak berfungsi seperti yang diharapkan atau yang diiklankan
  3. Produk tidak dihantar kepada pembeli
  4. Produk langsung tak berkesan
  5. Produk dipromosikan dengan janji-janji yang menipu sahaja

 

Pada saya, ini adalah satu risiko apabila kita nak buat duit sebagai seorang ejen dropship. Menjadi antara yang terawal sentiasa dijanjikan dengan pulangan pendapatan yang sangat hebat.

 

Jadi ejen dropship terawal, akan beri kita masa yang cukup untuk bina jenama dan mengumpulkan database pelanggan.

 

Namun, saya kira, adalah lebih baik kita berikan masa, untuk sesuatu produk tu betul-betul diterima oleh pasaran dan mempunyai success stories tersendiri.

 

Bimbang kalau kelam kabut nak jadi ejen, kita akan terpromosikan produk yang menipu.

 

Contoh lagi, produk baru dikeluarkan bulan lepas… tetapi dah ada testimoni dari pengguna yang dah gunakan produk selama bertahun-tahun lamanya. 

 

Eh logik ke?

 

Saya ada seorang kenalan di media sosial.

 

Dulu dia gemuk. Saya tak pasti, dia amalkan produk apa untuk bagi dia jadi kurus. Satu hari, dia kata dia amalkan produk AA untuk bagi dia jadi kurus.

 

Maka ramailah yang berpusu-pusu nak kurus macam kawan saya ni dan beli produk AA tu dari dia. Tak berapa lama lepas tu, mungkin jualan untuk produk AA makin slow. Atau pengeluar produk dah tak mampu nak teruskan perniagaan, jadi mereka stop operasi.

 

Kawan saya ni, secara tak langsung terputus sumber pendapatan.

 

Lalu saya lihat dia jual produk BB pulak. Fungsi yang sama, cuma dikeluarkan oleh syarikat yang berlainan.

 

Dia punya marketing, saya perhatikan je.

 

Kawan saya ni, ambik gambar lama dia masa dia gemuk dulu, sebagai gambar sebelum makan produk BB, dan sebelahnya dibandingkan dengan gambar dia sekarang yang dah slim, cantik, cun melecun.

 

Masalahnya? Dia baru je jual produk BB. Sebelum ni dia kata dia kurus sebab makan produk AA. Sekarang ni, dia kata dia kurus sebab produk BB pulak.

 

Bukan seorang yang saya jumpa amalkan kaedah marketing macam ni. Ada banyak. Mungkin kat luar sana, ada banyak lagi yang buat kaedah macam ni. Semuanya sebab nak duit?

 

Dalam keadaan macam ni, saya berpendapat, bukan pembekal je yang scammer, yang ejen pun dua kali lima. Kalau ada apa-apa masalah, better angkut sama, si ejen dengan pembekal tu ke muka pengadilan. Adil kan?

 

 

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bisnes dropship, buat bisnes dropship, ejen dropship, pembekal scammer

Top Posts & Pages

  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Casio G-Shock
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in