Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 7, 2020 by Sabree Hussin 10 Comments

Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?

Tahun 2020 ni saya ingatkan dah tak ada orang yang berminat nak buat kerja-kerja lipat risalah, masuk dalam sampul lepas tu pos dan juga kerja lipat kotak dari rumah.

 

Tapi saya silap, sebenarnya masih ada. Malahan ada individu yang sengaja mencari masalah, dengan sengaja cuba mencari peluang kerja kosong melipat risalah.

 

Tak percaya? Ini ada pembaca blog saya yang bertanya tentang kerja lipat kotak atau lipat risalah pada saya.

 

Cuba-cubalah cari maklumat yang banyak tersedia di Google. Baca dulu pengalaman-pengalaman individu sebelum ini yang pernah terjebak dalam kerja-kerja lipat risalah sebelum ini.

 

Ada banyak iklan kerja lipat risalah diiklankan diinternet. Tapi persoalannya berapa banyak iklan-iklan ini yang kita boleh percaya? Kalau baca pengalaman peserta terdahulu, kebanyakkannya kata benda ni scam.

penipuan-kerja-lipat-risalah

Kebanyakkannya scam walaupun bukan semua..

Satu hari anda terlihat iklan melipat risalah kemudian masukkan dalam sampul surat sebelum diposkan kepada penerima.

 

Anda tertarik dengan iklan tersebut. Maklumlah, kerjanya sangat senang. Hanya perlu melipat risalah, kemudian pos. Apa yang susahnya kerja macam ni?

 

Untuk menampakkan iklan kerja ini menarik, anda ditawarkan pendapatan sehingga RM1,300 – RM1,800 setiap bulan.

 

Wow.

 

Cuma perlu lipat risalah. Masuk dalam sampul kemudian pos. Dengan buat kerja senang macam ni, setiap bulan boleh dapat income sehingga RM1,800 pula! Sikit lagi boleh dapat RM2,000 hanya dengan buat kerja mudah.

 

Bagi orang yang berfikir, dekat sini sepatutnya sudah nampak ada benda yang tak kena. Tak kan senang sangat nak buat duit. Kalau betul benda ni terlalu mudah seperti yang diiklankan, kenapa sebelum ini kita tak pernah dengar ada orang lain yang buat kerja ni full time.

 

Kenapa tak ada dalam senarai kawan-kawan kita yang kerja lipat risalah secara full time?

Kenapa dalam famili, kita tak dengar pun ada saudara mara kita yang kerja dia lipat risalah kemudian pos.

 

Malahan, kalau kita ada peluang pergi reunion kawan-kawan kita, atau jumpa semasa majlis kenduri, kita juga tak pernah dengar dialog seperti dibawah ini…

 

“Eh bro, lama kita tak jumpa kan… kerja mana sekarang ni?”

“Oh aku sekarang kerja lipat risalah dari rumah.”

“Eh lipat risalah jugak? Lebih kurang la dengan aku. Aku pun kerja lipat risalah jugak, kadang-kadang aku lipat kotak. Alhamdulillah boleh dapat RM2,000 – RM5,000 jugak dalam sebulan.”

 

Kalau anda rasa apa yang saya tulis ini nampak macam merepek, anda memang berada dipihak yang betul. Benda ini memang merepek. Kerja melipat risalah ini memang satu pekerjaan yang tak wujud dan sengaja diada-adakan bagi tujuan menipu orang-orang yang tak nak berfikir.

 

Ingat senang-senang anda nak dapat bayaran ribuan ringgit?

Mestilah bukan senang.

 

Sebelum anda layak untuk diterima bekerja, anda dikehendaki untuk membuat bayaran sejumlah wang terlebih dahulu.

 

Bayaran ini diperlukan atas alasan yang pelbagai, antaranya

1. Untuk memastikan pihak pengurusan dapat masukkan nama anda dalam sistem database

2. Yuran komitmen untuk pastikan anda tidak lari dan betul-betul siapkan kerja on time.

3. Bayaran untuk tujuan bahan latihan.

 

Pihak yang menawarkan kerja ini, pasti akan memberikan anda macam-macam alasan, kenapa anda perlu buat bayaran. Yang lebih menarik ialah, jika anda berurusan melalui whatsapp, individu ini akan selalu follow up dan tanya bila anda nak buat bayaran.

 

Tapi awas.

 

Setelah anda buat bayaran, itulah kali terakhir anda akan dapat berita dari pengendali program ini.

 

Mesej anda akan diblok. Akaun media sosial anda juga akan kena blok. Anda tak akan dengar apa-apa berita dari orang ini, yang dulunya cukup rajin ingatkan anda untuk buat bayaran.

 

Selepas dia menerima duit dari anda, semua tu akan berubah. Ya, itulah cara dia memperolehi duit. Melalui duit yang kononnya dikenali sebagai yuran, bayaran untuk masukkan nama anda dalam sistem database dan sebagainya.

 

Bayangkan, kalau si penipu ini minta anda bayar RM60 untuk mula bekerja.

Kemudian, dalam sebulan dia berjaya tipu 30 orang.

Berapa dia berjaya dapat?

Ya.

RM1,800 sebulan.

 

Tapi buat duit dengan cara menipu. Anda sanggup ke?

 

Saya pernah tulis pengalaman saya berinteraksi dengan penipu seperti ini. Anda boleh baca dalam posting berjudul penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin Mangsa seterusnya!

 

Setengah orang, dia tahu apa yang dia buat tu adalah satu penipuan, tapi dia tetap nak teruskannya.

Ada orang dia tahu apa yang dia buat tu adalah suatu penipuan, dan dia tak sanggup nak teruskan.

Ada orang, cukup kasihan. Dia ingat apa yang dia buat tu betul, malahan bermati-matian cuba mempertahankan tindakan yang diambil sedangkan orang lain dapat lihat dengan jelas, ianya adalah satu penipuan semata-mata.

 

Saya harap, anda cukup cerdik dan dapat membezakan, mana satu program yang boleh dipercayai dan mana satu yang scam.

 

Malas nak baca? Jemput tonton yang versi video ye.

 

 

Baca juga artikel:

  • Dulu EdyBiz, Sekarang EdyClick PulakDulu EdyBiz, Sekarang EdyClick Pulak
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatanHakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumahKelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.myCara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internetJual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Berapa harga yang perlu dibayar untuk mula bekerja dari rumah?Berapa harga yang perlu dibayar untuk mula bekerja dari rumah?
  • Lazada Voucher 18% Diskaun sah dari 18th – 19th Januari 2017Lazada Voucher 18% Diskaun sah dari 18th – 19th Januari 2017
  • Smart tag Touch N Go model terkini boleh beli secara onlineSmart tag Touch N Go model terkini boleh beli secara online
  • Suasana bisnes air di bazar ramadhanSuasana bisnes air di bazar ramadhan

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: kerja lipat kertas, kerja lipat kotak, kerja lipat risalah

Comments

  1. Guneka says

    December 15, 2020 at 11:50 am

    Ini memamg betul ka?
    Watsap number please

    Reply
  2. Dalila says

    December 18, 2020 at 12:43 am

    Saya nak kerja ni..ada lagi ke?

    Reply
  3. Kumari says

    March 28, 2021 at 12:19 pm

    Saya nak cuba

    Reply
  4. Sukanya says

    June 13, 2021 at 10:24 pm

    Saya nak cuba

    Reply
  5. Sutha says

    September 3, 2021 at 1:29 pm

    Saya teringin nak buat kerja ne

    Reply
  6. Logenayagi says

    September 17, 2021 at 3:45 pm

    Saya nak kerja no Ada lagi

    Reply
    • Logenayagi says

      September 17, 2021 at 3:46 pm

      Saya nak kerja ni Ada lagi

      Reply
      • Sabree Hussin says

        September 17, 2021 at 6:54 pm

        Bro you tak reti membaca ke? Saya bukan promote job merapu ni, saya bagi kesedaran kepada orang yang desperate perlu duit untuk berhati-hati, thats peluang kerja macam ni kebanyakkannya adalah scam. Yang you merayu-rayu nak kerja ni dah kenapa? Saja cari masalah ke?

        Reply
  7. Azlin aliya says

    November 3, 2021 at 2:25 pm

    Sy nak buat part time …plz add WhatsApp

    Reply
  8. ThurggaDevi says

    March 3, 2022 at 5:05 pm

    Wanna try part time..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 20 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?
    Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in