Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 21, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online

Sebagai seorang peniaga online yang menggunakan medium Facebook sebagai platform untuk iklankan barang yang dijual, pernah tak anda rasa seperti cara dan sistem bisnes yang digunapakai sekarang ini tak berapa kemas dan menyukarkan bakal pelanggan untuk beli barang-barang yang anda jual.

 

Mungkin situasi ini turut berlaku kepada anda.

bisnes-sesuai-untuk-wanita

Anda menjual barangan seperti busana wanita dan juga tudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, produk seperti ini mempunyai pelbagai variasi dan juga warna. Bukan itu sahaja, malahan saiz yang ada juga pelbagai.

 

Daripada apa yang saya dapat perhatikan, menjual produk seperti ini sebenarnya agak leceh.

 

Bakal pelanggan anda, pasti akan tanya soalan-soalan remeh seperti

(1) Saiz M ada tak untuk baju yang warna merah?

(2) Kalau harga termasuk pos berapa ringgit?

(3) PM harga

(4) Stok ada lagi tak?

(5) Ada diskaun tak kalau beli lebih?

 

Mungkin ramai usahawan atau peniaga online, yang memilih untuk menggunakan platform facebook untuk buat jualan, sebab ianya mudah untuk digunakan.

cara-bisnes-facebook

Bukan itu sahaja, malahan penggunaan facebook itu juga adalah percuma.

 

Walaubagaimanapun, saya berpandangan, jika anda ingin jalankan bisnes online untuk tempoh masa yang panjang, sebaik-baiknya anda pilih satu platform yang betul-betul sesuai untuk bisnes yang anda jalankan.

 

Istilah sesuai itu mungkin agak subjektif bagi sesetengah orang. Sesuai bagi saya, tak bermakna sesuai bagi anda. Kalau difikirkan semula, sebenarnya bukan semua bisnes ni sesuai untuk dijalankan seratus peratus menggunakan facebook.

 

Terutama sekali untuk bisnes produk fizikal yang mempunyai pelbagai jenis, pelbagai warna, dan pelbagai rekaan. Pada peringkat permulaan, mungkin anda rasakan jual sahaja guna FB memang sangat mudah dan murah. Lagipun, anda tak perlu bayar apa-apa untuk gunakan platform ini.

 

Namun, bila dah sampai satu tahap, bila kita dah lama berniaga, gambar-gambar produk yang kita upload dekat album gambar kita pun dah mula mencecah belasan ribu gambar, masa tu barulah anda akan tahu betapa susahnya nak terus niaga di FB.

 

Bukan kita sahaja yang akan terasa susah, prospek kita pun akan rasa susah juga, sebabnya mereka juga tak tahu sama ada produk yang mereka minat nak beli tu, masih ada stok ataupun tidak. Kalau ada berbelas ribu gambar, tak kan dia nak tanya setiap satu, sama ada stok produk tu masih ada atau tidak.

 

Bagaimana pula dengan produk yang anda dah jual sejak dari tahun 2011 lagi. Gambarnya masih ada dalam folder atau album “for sale” tapi produknya dah tak ada. Perkara ini sedikit sebanyak pasti akan buatkan bakal pelanggan anda rasa hilang mood nak terus shopping dengan anda.

 

Cadangan penyelesaian: Gunakan laman web berkonsepkan e-commerce

Macam mana contoh laman web ecommerce ni?

 

Laman web berkonsepkan ecommerce ini adalah seperti laman web Shopee ataupun laman web Lazada. Saya berikan dua contoh ini, sebabnya dua laman web ini adalah laman web ecommerce yang memang terkenal di Malaysia.

bisnes-shopee-online

Untuk bina laman web ecommerce seperti ini, anda memerlukan serba sedikit kemahiran dari segi teknikal.

 

Setelah laman web siap dibina, anda masih lagi perlu membuat kerja-kerja pemasaran, bagi memastikan ada pelawat yang masuk ke laman web anda lalu membuat pembelian.

 

Memandangkan sekarang ini, laman web Shopee membuka peluang kepada para peniaga online untuk menggunakan platform yang mereka bangunkan secara percuma, saya berpendapat ini adalah peluang yang sangat baik dan anda patut ambil peluang ini.

 

Laman web berkonsepkan ecommerce seperti ini memang ada banyak kelebihannya. Anda boleh masukkan seberapa banyak barangan yang anda jual di laman web tersebut.

 

Pada masa yang sama, terdapat juga fungsi dimana anda boleh set, berapa banyak stok yang masih tinggal, saiz apa yang ada, berapa harga apabila termasuk dengan kos penghantaran.

 

Katakanlah, untuk satu design baju, anda set kepada 10 unit sahaja. Jika pelanggan yang buat tempahan di Shopee, beli 10 unit sekaligus, secara automatik, barang tersebut akan hilang dari listing shopee. Dengan ini, barangan yang dah lama anda jual, yang dah habis stok, secara automatik akan dikemaskinikan bagi pihak anda, tanpa perlu anda semak stok satu per satu.

 

Bakal pelanggan boleh cuba buat tempahan, dan kalau dirasakan setuju dengan produk yang dipilih boleh terus buat pembayaran. Pelanggan ini nanti, tak perlu susah payah nak selalu hubungi anda, sama ada melalui whatsapp, PM di FB dan sebagainya.

 

Kalau dia minat, dia boleh terus bayar.

 

Seterusnya pihak Shopee akan maklumkan kepada anda, yang ada pelanggan telah buat bayaran untuk membeli produk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah uruskan tempahan tersebut.

 

Setelah pembeli dapat barang yang dia nak, dan dia puas hati, pihak shopee akan transfer duit yang pelanggan tu tadi bayar kepada anda.

buat-duit-dengan-shopee

Dalam panduan bisnes Shopee ini, anda akan ketahui macam mana dengan hanya berbisnes di Shopee, kita boleh dapat pendapatan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

 

Bila kita gunakan sistem macam laman web ecommerce ini, kita akan dapat mudahkan pelanggan kita untuk buat pilihan dan juga untuk buat tempahan. Kita mudahkan urusan orang lain, In Shaa Allah urusan kita juga akan dipermudahkan.

 

Sekarang ini, anda hanya perlu update stok di satu tempat sahaja. Iaitu di Shopee. Iklan di FB tu boleh jalankan macam biasa, cuma bila nak buat tempahan tu, kita minta pelanggan buat bayaran di shopee. Dekat situ, pelanggan ni tadi boleh semak, apa design yang masih ada, berapa harga, dan warna apa yang masih dalam stok.

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: cara jual barang di shopee, jual barang di shopee, jual produk di facebook

August 7, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Lubuk borong barangan dari China melalui 1688

Usahawan yang menjalankan bisnes jual barangan dari China secara online dari rumah, tentunya dah biasa dengar tentang laman web borong bernama Taobao.com

borong-harga-murah-dari-china

Menerusi laman web Taobao ini, anda boleh dapatkan pelbagai barangan dari China dengan harga yang murah. Kebanyakkan barangan yang dijual disini tidak meletakkan minimum order quantity atau juga biasa dikenali dengan istilah MOQ.

 

Anda bebas untuk beli seberapa banyak yang anda mahukan. Kalau anda cuma nak beli satu unit sahaja juga tidak menjadi masalah. Even cuma beli satu, anda masih boleh dapat harga yang lebih murah.

 

Taobao sememangnya sebuah lubuk borong yang cukup terkenal dan ramai usahawan borong yang membuat tempahan melalui taobao sahaja.

 

Jika anda perlukan panduan dan tunjuk ajar mengenai cara untuk borong barangan dari China dan seterusnya jual produk yang dah berjaya diborong, panduan Rahsia Taobao ini memang ditulis khusus untuk anda.

Orang yang baru nak mula menceburkan diri dalam bisnes borong produk China, tak perlu risau kena tipu, gagal dan sebagainya, sebab boleh rujuk panduan tersebut.

 

Apabila orang ramai dah mula tahu, tentang laman web Taobao, makin hari makin ramai yang beli barang terus dari China melalui Taobao sahaja. Tak semestinya beli sebab nak jual semula, ada juga yang beli sebab nak pakai sendiri. Kalau jual balik pun dapat untung, tapi, bila beli dengan harga yang murah, itupun dah kira satu keuntungan.

 

Namun dekat Malaysia ni sendiri, usahawan yang mengimport barangan dari China, untuk dijual semula di pasaran tempatan memang sangat banyak. Ada yang baru bermula, dan ada juga yang dah berpengalaman.

 

Ini ada berita gembira, buat usahawan borong yang telah berpengalaman. Pernahkah anda borong barangan dari China melalui laman web 1688.com?

 

Dengarnya, barang-barang yang dijual dekat 1688 ini, memang banyak yang lebih murah berbanding kalau beli di laman web Taobao. Cuma kalau nak dapatkan harga yang murah, tak boleh beli dalam kuantiti yang sedikit.

 

Kat sini, di laman web 1688.com ini, kalau nak beli kena beli dalam kuantiti yang telah ditetapkan. Barulah boleh dapat harga yang lagi murah. Kuantiti ni berbeza mengikut seller.

 

Ada yang kena beli 5 unit, 10 unit, 20 dan seterusnya. Tapi apa masalahnya? Kalau usahawan yang memang buat bisnes borong, apa masalahnya kalau kena beli banyak? Memang macam tu la kan. Beli dalam kuantiti yang banyak.

 

Cuma sekarang ni, bezanya ialah, beli dari laman web supplier yang lain. Tukar supplier sebab nak dapatkan harga yang lebih murah, supaya lepas ni, bila nak jual semula di pasaran tempatan, boleh dapat untung lagi banyak.

Rasa tak berapa konfiden nak buat tempahan melalui 1688 ke? Kalau sebelum ini, anda pernah muat turun panduan Rahsia Taobao, anda juga dibekalkan dengan ebook Rahsia 1688.

 

Cuma bezanya, kali ini, Nigel Ong sediakan panduan yang lebih lengkap dan khusus untuk beli barang di 1688. Cubalah lihat dulu tawaran yang disediakan untuk anda disini. Kalau rasa sesuai, boleh muat turun sekarang juga.

 

Apa tunggu lagi? Beli murah jual mahal, untung lagi banyak!

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: borong produk china, lubuk laman web borong china, lubuk supplier china

June 7, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Template minisite untuk Blogspot – Bina laman web Bisnes menggunakan platform percuma Blogspot

Membina laman web perniagaan menggunakan platform PERCUMA dari blogspot memang cukup mudah.

 

Anda tak perlukan pengetahuan yang begitu mendalam tentang programming, coding, graphic design dan sebagainya. Pada asasnya, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut

(1) Daftar akaun dengan google

(2) Pergi ke halaman blogger.com

(3) Login menggunakan akaun google

(4) Create a new blog dan isikan maklumat yang diminta

(5) Create new post untuk masukkan konten yang berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan dan seterusnya tekan butang publish.

 

Ya, cukup mudah. Namun demikian, dari segi susun atur dan design, ia mungkin tidak secantik jika dibandingkan dengan hasil kerja profesional.

 

Namun, jika anda menggunakan template minisite untuk blogspot ini nanti, hasil kerja yang tak berapa cantik tu akan secara automatik dapat ditukarkan kepada design yang lebih lawa! Lihat bukti dibawah ini.

minisite-blogger-blogspot

Yang sebelah kiri adalah paparan biasa, tanpa menggunakan template minisite untuk blogspot, manakala paparan yang sebelah kanan tu pula, adalah paparan yang bakal anda lihat. Mana satu yang nampak lebih kemas dan teratur?

 

Sila abaikan tulisan tu. Ia tak ada maksud. Nanti bila anda nak bina website anda sendiri nanti, anda boleh edit dan masukkan konten yang berkaitan dengan produk atau pun servis yang anda tawarkan.

Anda boleh muat turun template minisite blogspot dari halaman ini.

 

Apa yang buatkan orang suka betul dengan blogspot?

Sebenarnya, sejak dari mula platform blogging blogspot diperkenalkan, orang dah mula menggunakan ia untuk tujuan perniagaan. Cuma mungkin pada waktu tu, cara gunanya sedikit berbeza.

 

Awal-awal dulu, konsep yang biasa didengari ialah blogshop atau kedai blog. Bagi mereka yang nak buat bisnes online, lazimnya mereka ni akan bina kedai online berkonsepkan blogshop.

 

Tapi bukan semua orang suka gunakan teknik blogshop ni. Bagi yang memang rajin update blog, suka menulis dan bercerita, saya berpendapat kaedah blogshop memang sesuai dengan dirinya.

 

Bagi individu yang mementingkan imej, mahukan laman web yang kelihatan profesional, dan pada masa yang sama, MURAH, maka konsep yang lebih sesuai digunakan adalah laman web jenis minisite.

 

Ramai usahawan telah menggunakan blogspot bagi tujuan perniagaan

Mungkin anda yang tak perasan. Lebih-lebih lagi kalau selama ini, anda lebih banyak berniaga menggunakan media sosial, sama ada Facebook ataupun Instagram.

 

Hakikatnya, sebelum laman media sosial mula diterima, usahawan online lebih banyak menggunakan blogspot untuk bina laman web perniagaan mereka. Kalau dulu, laman web perniagaan yang dibina menggunakan blogspot mungkin tak berapa cantik, tapi sekarang ni, dengan adanya template minisite blogspot, semua tu telah berubah.

 

Ini hanya sebahagian template minisite untuk blogspot yang anda boleh gunakan dalam kerja-kerja pembinaan laman web perniagaan anda nanti.

template-bina-minisite-blogspot

Dengan adanya template minisite blogspot ini, anda dah tak perlu keluarkan belanja yang mahal bagi tujuan upah designer untuk buatkan website jualan bagi pihak anda. Anda boleh muat turun seluruh template disini.

 

Lagi satu, kalau anda mempunyai perniagaan sendiri dan anda ada staf yang bekerja untuk anda, anda juga boleh suruh staf anda tu bina laman web perniagaan untuk produk anda. Template minisite blogspot ini sangat mudah untuk digunakan.

 

Memandangkan ia didatangkan dengan pelbagai design, maka anda tak perlu khuatir jika menjalankan bisnes yang pelbagai. Ada template yang sesuai untuk semua jenis perniagaan, misalnya

(1) Bisnes pakaian

(2) Bisnes makanan

(3) Bisnes tudung

(4) Saham

(5) Unit Trust

… dan banyak lagi.

 

Setiap template ditawarkan dengan harga serendah RM1 sahaja. Saya tak pasti, tawaran ini akan dibuka sampai bila. Saya harap, pada waktu anda baca apa yang saya kongsikan dalam ni, anda sempat dapatkan template-template minisite untuk blogspot ini nanti.

 

Ianya semestinya satu pelaburan yang sangat berbaloi. Dengan adanya template minisite untuk blogspot ini, anda boleh pelbagaikan medium jualan anda.

 

Selepas ini, anda tak perlu bergantung hanya pada satu medium sahaja. Kalau sebelum ini hanya bergantung pada Facebook atau Instagram sahaja, lepas ini anda akan ada tambahan medium pemasaran.

 

In Shaa Allah, jualan anda juga akan bertambah sebab sekarang anda ada channel baru, yang akan membuat jualan secara automatik bagi pihak anda.

 

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: download minisite blogspot, download template minisite blogspot, koleksi template minisite blogspot, template minisite blogger, template minisite blogspot

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 12
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in