Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 11, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah

Setiap kali musim perayaan, masalah yang paling lazim adalah masalah kesesakan jalan raya.

 

Kalau pada hari biasa, yang tak ada kaitan dengan musim perayaan atau sebarang hari cuti, biasanya masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah adalah sekitar 4 – 5 jam. Bergantung pada kelajuan.

 

Tapi, kalau musim perayaan, masa perjalanan ini boleh jadi lebih panjang. Tak pelik, kalau perjalanan lima jam boleh bertambah sehingga 8 jam atau 10 jam.

 

Had kelajuan di lebuhraya, kebiasaannya adalah antara 90km/j atau 110km/j. Tapi kalau kebetulan kita terpaksa tempuh traffic jam, kadang-kadang kalau dapat bergerak 20km/j itu pun dah kira satu nikmat.

traffic-jam

Saya sendiri pernah kena, langsung tak bergerak. Duduk statik atas jalan raya. Sambil tu tertanya-tanya juga, apa sebenarnya yang sedang berlaku di depan sana?

 

Mungkin ke sebab ada sekatan jalan raya? Kenapa pulak polis atau JPJ nak buat roadblock atas jalan raya?

Mungkin kat depan sana ada kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya? Kenapa mesti buat sewaktu orang sibuk nak pulang berhari raya?

Entah-entah ada kemalangan jalan raya? Ini masalah yang paling common. Waktu jalan tengah sesak, waktu inilah nak jadi kemalangan jalan raya.

Atau mungkin ada exit dekat depan tu. Orang slow down sebab nak masuk exit atau ada kenderaan yang nak tukar lorong.

Boleh jadi juga sebab kat depan sana ada tol booth. Orang tengah beratur sebab nak bayar tol.

 

Apa yang saya ceritakan di atas tu, sebenarnya adalah antara penyebab berlakunya kesesakan jalan raya atas highway. Memang tak ada siapa yang suka, kalau jalan yang kita gunakan tu berlaku kesesakan.

 

Setidak-tidaknya, kita boleh kurangkan kesesakan lalu lintas ini, dengan menggunakan smart tag apabila melalui lorong yang ada tol.

smart-tag-murah

Anda masih guna sistem Touch n Go biasa atau dah bertukar kepada smart tag sekarang ni?

Masa awal-awal dulu, saya pun gunakan kad touch n go biasa. Setiap kali lalu dekat laluan yang ada tol, kena berhentikan kereta dulu, kena tunggu giliran, bukak tingkap, sentuhkan kad touch n go pada panel, lepas tu baru boleh jalan.

 

Semua ini, sangat mengambil masa. Saya rasa, sekurang-kurangnya perlukan 3 – 5 minit untuk selesai.

 

Tapi, kalau bandingkan dengan penggunaan smart tag, kita hanya perlu perlahankan kenderaan sahaja. Kemudian bila sistem dah detect kita punya smart tag dan palang diangkat, kita boleh terus pecut kenderaan.

 

Kenapa masih nak beratur sedangkan ada cara yang lebih cepat? Kalau waktu hari biasa, memang tak ada masalah. Tapi kalau cerita pada hari perayaan, ini akan buatkan jalan makin sesak.

 

Silalah tukar kepada sistem smart tag selepas ini.

 

Kat mana nak beli smart tag?

Saya syorkan anda beli secara online sahaja. Tapi kalau minggu ni dah nak raya, atau anda baca posting ni dalam masa nak dekat-dekat raya, saya hampir pasti, yang anda tak akan dapat smart tag anda tu sebelum raya.

 

Kalau anda nak order secara online, anda boleh dapatkan dari laman web ini.

 

Saya syorkan anda dapatkan dari laman web tu, sebab saya pun beli dari situ. Oleh sebab ada beberapa penjual, maka anda boleh lihat kat situ ada beberapa harga yang ditawarkan. Untuk produk yang sama, ada sedikit perbezaan harga.

beli-smart-tag-touch-n-go-online

Jadi anda boleh pilih, nak smart tag yang mahal atau murah. Nak pilih untuk berurusan dengan penjual yang mana satu, semuanya terpulang kepada anda. Macam yang anda boleh lihat kat atas tu, ada penjual dari Kedah dan ada yang dari Selangor.

 

Kalau tak silap saya, jika anda berada di Kedah, dan penjual smart tag touch n go ini juga berada di Kedah, maka masa untuk dapatkan barang ini juga lagi cepat. Cubalah contact terus penjual tu, dan mungkin, kalau nasib baik, anda boleh terus jumpa dan collect by hand.

 

Belilah smart tag touch n go ini secara online sahaja. Ianya lebih mudah dan cepat. Jika nasib baik, anda akan dapat harga lagi murah dari mana-mana tempat yang jual touch n go ini.

Baca juga: Smart Tag Touch n Go Model Terkini boleh didapati secara online

 

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: smart tag, smart tag touch n go

September 5, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Smart tag Touch N Go model terkini boleh beli secara online

Sekarang dah tak perlu susah payah nak dapatkan smart tag. Sebabnya? Kita boleh order secara online sahaja.

 

Kalau anda tak tahu, kat mana nak dapatkan smart tag Touch n Go, anda boleh klik pada link ini.

smart-tag-murah

Sekiranya link tersebut tak berfungsi, anda sebenarnya boleh dapatkan juga dari link ini.

 

Saya dapati, ada beberapa penjual yang berbeza yang menjual model terkini smart tag ni. Bila ada banyak penjual, harga yang ditawarkan juga ada pelbagai. Ada yang murah, dan ada juga yang mahal.

 

Anda tak perlu risau, sebabnya barang yang dijual adalah original set.

 

Jika anda dapati, barang tersebut bukan original, anda boleh minta refund sahaja daripada pihak yang menjual.

smart-tag-murah

Cuba anda lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah. Pada waktu catatan ni saya tulis, harga tersebut adalah harga smart tag paling murah yang saya jumpa.

 

Lain-lain seller, menjual dengan harga RM200.

 

Kalau nak jimat dan nak cepat, dapatkanlah dari laman web Lazada ini.

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: smart tag, smart tag model terkini, smart tag touch n go

Top Posts & Pages

  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in