Rasanya baru je beberapa hari lepas saya buat artikel tentang EdyClick. Rasa teruja dengan kesungguhan dan produktiviti usahawan tempatan ini memperkenalkan program-program dan platform buat duit, yang In Shaa Allah boleh dimanfaatkan untuk rakyat Malaysia.
Macam kita ni, kena pandai rebut peluang.
Kadang-kadang macam ni lah, peluang datang dengan tiba-tiba dan dengan cara yang tak disangka-sangka.
Kalau dulu-dulu (zaman saya masih kecik lagi), peluang-peluang tambah pendapatan ini lazimnya diperkenalkan oleh kerajaan dan jugak agensi berdaftar dibawahnya.
Kemudian tak lama lepas tu, muncul pula syarikat-syarikat korporat yang mula memperkenalkan peluang-peluang untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat menerusi program-program mereka.
Sekarang ni, di era 2014 onwards, peluang-peluang untuk tambah pendapatan boleh diperkenalkan oleh orang perseorang dan juga sekumpulan individu.
Apa rasionalnya?
Ha… inilah nak cerita. Dunia yang kita diami sekarang ni makin maju.
Jadi, kita juga perlu majukan cara kita berfikir, cara kita buat keputusan, dan juga cara kita bertindak.
Ada setengah orang tu, peluang dah ditunjukkan didepan mata, tapi sebab tak ada jaminan dari organisasi tertentu, terus kecut perut. Tak nak ambik peluang dan tak nak bertindak.
Takut kena tipu kisahnya…
Hmm… tak apalah. Tak nak sudahlah.
Cakap pasal EdyClick ni pulak, beberapa hari ini, berlaku perbincangan yang agak hangat tentang penambahbaikkan pada sistem sedia ada.
Rupa-rupanya owner EdyClick ni dah pun perkenalkan sistem satu klik post iklan di FB.
Sebagai affiliate EdyClick, kita dah tak payah lagi susah payah nak fikir ayat iklan apa nak tulis dan gambar promosi apa yang kita nak gunakan. Sebabnya semuanya dah tersedia di member area. Hanya perlu klik sahaja.
Baca lagi disini : Buat duit dengan EdyClick Semudah Satu Klik?
Ya, saya dah cuba.
Beberapa minit sebelum entry ini saya catatkan.
Kalau nak tengok contoh iklan dia ialah macam yang kat bawah ni.
Ni ha, perkongsian camana nak kurangkan kos iklan fbads
Klik Link Atau Komen Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut:
http://www.edyclick.com/aff_tools/mohamadsabreehussin/tool/banners/16
Manakala ayat yang saya letakkan dibawah screenshot diatas tu pula ialah ayat copywriting yang disertakan bersama dengan banner tersebut.
Memandangkan EdyClick ini menggabungkan konsep Pay Per Click dan juga Pay Per Sales, ini bermakna, setiap klik yang saya terima pada link affiliate tersebut akan menyumbangkan sebanyak RM0.03 kepada akaun saya.
TETAPI…
Macam biasalah, ianya TERHAD.
3 sen tersebut sebenarnya dibayar oleh pemilik atau pun penjual produk ini. Mereka ada bajet tertentu.
Sebagai contoh, mereka mungkin letakkan bajet sebanyak RM50 untuk dapatkan 1,000 klik.
Selagi ianya within bajet, selagi itu anda akan tetap dibayar untuk setiap klik. Jika bajet dah habis, maka anda hanya akan dibayar untuk setiap sales.
Biasa lah tu, mana ada bajet yang unlimited.
Jadi, kita sebagai affiliate EdyClick, kena pandai-pandai la bertindak. Kena cepat, itu kuncinya.