Dapat buat duit dengan program affiliate Lazada memang SYOK WOOO…
Biasa orang bukak laman web Lazada sebab nak habiskan duit. Tapi saya terbalik. Saya bukak laman web Lazada sebab nak buat duit.
…dan ini sales yang berjaya di hasilkan setakat artikel ini dihasilkan. Ini adalah sales untuk bulan December 2015 sahaja.
Dari 1hb sampai 5hb langsung tak ada sales.
Bila masuk je 6hb terus ada sales yang masuk berderet-deret. Itupun untuk sehari tu je. Lepas tu stop. Kemudian masuk 10hb baru masuk sales yang baru.
Ya
Seperti yang anda semua dapat saksikan, buat masa ni, sales yang saya hasilkan menerusi Lazada ni belum lagi konsisten. Sebaik-baiknya, kena ada sekurang-kurangnya satu sales setiap hari. Itu target yang paling minima.
Kemudian bila dah mula nampak ada sales setiap hari, baru target untuk dapatkan at least 10 USD setiap hari. Buat masa ni, sasaran ni masih agak jauh nak dicapai, walaupun sebenarnya ia tak mustahil.
Ok sekarang saya nak cerita bahagian yang lebih penting. Saya nak cerita persoalan tentang “BAGAIMANA…”
Ataupun HOW…
Macam mana sebenarnya nak buat duit dengan Lazada?
Saya nak bagi banyak-banyak tips tentang Lazada pun rasanya agak kurang sesuai. Walaupun setakat hari ini, terdapat beberapa sales yang telah berjaya terhasil, namun setakat sekarang ni saya masih belum pernah cash out lagi sebarang income dari Lazada.
Setiap jualan yang terhasil, komisyen akan dikumpulkan terlebih dahulu, kemudian selepas capai satu amount yang layak untuk cash out, barulah saya boleh keluarkan duit tu. Baik… konsep ini sebenarnya sama sahaja dalam mana-mana program affiliate.
Kalau tak buat macam ni, pengelola program akan rasa serabut. Kang tak pasal-pasal ada pulak kategori orang yang baru dapat 1USD dah sibuk nak keluarkan duit tu… dan saya percaya, sebenarnya untuk ejen affiliate yang berpengalaman, nak dapatkan 1USD dari Lazada sebenarnya tak ada la sesukar mana.
Boleh jadi, sebenarnya ada terlalu ramai yang boleh dapat 1 USD dari Lazada.
Cara saya dapatkan sales untuk produk yang dijual di lazada
Untuk versi penuh, cara saya promosikan produk-produk affiliates, boleh baca ebook ni.
Semua benda yang saya buat setiap kali saya nak promosikan sebarang produk affiliate saya ada cerita kat dalam ni.
Nak kata teknik saya ni power ke tak power, Alhamdulillah, setakat hari ni memang berkesan dan ada pulangannya.
Nama ebook ni, Jurnal Pemasaran Affiliate. Secara ringkas ia mengisahkan cara-cara bagaimana saya boleh buat duit dengan program affiliate. So, kalau anda pun baca ebook ni, saya percaya, anda juga akan berjaya buat duit lepas ni.
Sebenarnyakan, basic untuk buat duit dengan program affiliate ni lebih kurang je semua. Kalau anda tau satu teknik yang terbukti boleh convert kepada sales, anda fokus je kat teknik tu.
Macam saya, saya suka pada teknik pemasaran menggunakan blog. Bila guna blog ni, saya dapati potensi untuk dapat income ni tak akan putus. Sekali artikel promosi yang saya siarkan tu berjaya dapat sales, lepas tu secara berturut-turut, artikel yang sama tu akan terus menerus produce sales untuk saya.
Saya cakap ni base on pengalaman.
Contohnya macam pendapatan daripada Lazada macam yang saya cerita kat entri ni.
Pada 6hb dan 10hb tu, mana ada saya buat promosi apa-apa… dan saya percaya, sales tu terjana hasil daripada artikel dulu-dulu yang pernah saya siarkan sama ada kat blog ni, ataupun kat blog-blog saya yang lain.
Apa pun, saya tak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya ceritakan dalam ni. Sebabnya situasi kita mungkin berbeza. Bila saya buat, saya dapat. Boleh jadi, kalau anda juga buat benda yang sama, anda mungkin akan dapat lebih baik, atau kurang daripada apa yang saya dapat.
Kita tak tau.
Jadi anda cuba la dulu.
Yang pasti, dari lazada pun kita boleh buat duit. Saya cuma promosikan dengan bantuan blog dan sedikit sebanyak saya cerita tentang produk lazada kat FB. Alhamdulillah, convert kepada sales.
Selamat mencuba.
… so kalau anda berminat nak beli sebarang produk, cuba semak harga dulu kat Lazada. Mungkin anda akan dapati harga kat sini lagi murah berbanding lain-lain seller kat luar sana.