Dalam ramai-ramai yang dah daftar untuk sertai program affiliate Lazada, agaknya berapa orang yang luangkan masa untuk baca terma dan syarat program ni?
Saya tergerak hati, untuk baca semula terma dan syarat program affiliate ini. Manalah tahu, ada beberapa perubahan yang mungkin saya tak perasan. Saya tak bercadang nak baca terma dan syarat yang versi panjang tu, jadi saya hanya baca yang versi paling ringkas.
Ini yang saya dapati dari laman web Lazada.
Payment Flow
How do I earn profits?
(1) For each transaction or sale originating from your website, we will give you a commission
(2) Commission for sales ranges between 6% — 10% depending on the product category
(3) Every Transaction requires 15 to 30 days of Sales Validation. Our Minimun Payout to generate an invoice is RM 90.
(4) Payments will be made through wired banking/online banking.
Dari 4 perkara yang disenaraikan kat atas tu, saya rasa saya nak fokus pada perkara nombor (3) tu sahaja. Saya rasa, itu yang paling penting, sebab disitu dinyatakan tentang bagaimana flow pembayaran kepada ejen yang berjaya hasilkan jualan akan dilakukan.
Bagi setiap ejen affiliate, yang berjaya hasilkan jualan, dengan membawa masuk trafik ke laman web Lazada melalui link unik kepunyaannya, jualan yang terhasil itu nanti akan diberikan status pending. Contohnya macam kat bawah ini.
Lihat pada kolum status dan anda boleh lihat disitu yang statusnya adalah pending.
Untuk status pending ditukar kepada approved, ia akan ambil masa 15 – 30 hari. Dalam masa 15 – 30 hari ini, apa yang berlaku ialah, barang yang di tempah oleh pembeli sedang dalam proses untuk disiapkan, dibungkus dan dihantar kepada pembeli.
Sekiranya tak ada sebarang masalah pada pembelian, iaitu pembeli terima barang dengan gembira tanpa sebarang masalah, maka status pending akan di update kepada approved.
Akan tetapi, jika ada masalah pada tempahan, misalnya pembayaran yang dilakukan oleh pembeli kena reject dengan bank, atau barang tak sampai, atau pembeli mintak refund, maka status pending itu akan tukar kepada reject.
Saya juga pernah ada pengalaman sales kena reject. Walaupun pihak Lazada tak pernah berikan sebab kenapa sales dan komisen saya kena reject, namun saya boleh faham, mungkin terdapat isu-isu seperti yang saya sebutkan sebelum ini, iaitu tempahan dibatalkan atau mungkin pelanggan minta refund.
RM90 minimum untuk dapat bayaran komisen dari Lazada
Saya rasa, angka RM90 sebagai syarat minimum untuk terima bayaran dari Lazada, tidak terlalu berat, setuju? Mungkin kalau nak dapatkan komisen sehari RM90, agak berat bagi mereka yang agak baru dalam program ni. Saya juga belum pernah dapat RM90 sehari dari Lazada.
Tapi kalau kita buat strategi begini, sepatutnya nilai RM90 bukannya sesuatu yang mustahil sangat.
Dalam sebulan ada 30 hari.
Jika kita bahagikan RM90 dengan 30 hari, kita akan dapat RM3 sehari.
Adakah mustahil untuk dapat sekurang-kurangnya komisen sebanyak RM3 dalam sehari dengan Lazada?
Kalau fikir ianya susah, dan mustahil, maka mustahillah jadinya. Tapi saya berpendapat, selagi kita usaha buat kerja-kerja pemasaran tanpa kenal erti penat dan jemu, In Shaa Allah, tak susah nak dapat RM3 sehari dari Lazada.
Kalau kita tak berjaya dapat konsisten setiap hari RM3 sekalipun, saya pasti, akan ada pada tarikh-tarikh tertentu, pendapatan kita pada hari itu, sudah cukup untuk cover pendapatan pada hari-hari yang kita langsung tak ada sales.
Dari apa yang saya sendiri biasa lalui, 10 hari pertama dan 10 hari terakhir dalam setiap bulan, peluang untuk dapat jualan lebih mudah. Pada waktu ini, kena lebih giat buat promosi dan gandakan usaha pemasaran.
Fokus untuk dapatkan klik pada link affiliate sebanyak mungkin
Program affiliate Lazada menyediakan statistik yang pada saya agak bagus untuk kita jadikan rujukan. Ini statistik yang saya dapat dari member area.
Memandangkan bulan ini adalah bulan perayaan Hari Raya Aidilfitri, dan mungkin kebanyakkan pembaca blog saya tengah sibuk membuat persiapan sempena hari raya, dan ada juga yang sibuk beraya, jadi memang sedikit sebanyak memberi kesan kepada jumlah klik yang saya perolehi.
Pada hari-hari biasa, jumlah klik yang saya perolehi adalah sekitar 100 – 200 klik sehari. Kalau ikutkan, jumlah ini masih sangat sedikit, dan perlukan usaha yang lebih kuat untuk dapatkan sekurang-kurangnya 500 klik dalam sehari.
Lagi banyak jumlah klik yang terhasil, kebiasaannya, peluang untuk dapat lebih banyak sales dan komisen dari Lazada lebih cerah.
Kalau rasa tak pandai sangat nak buat ayat-ayat manis untuk buat jualan, maka anda boleh fokus untuk dapatkan banyak-banyak klik.
Tapi kalau nak belajar ayat-ayat manis lagi baik. Kita panggil ilmu tulis ayat manis ni sebagai ilmu copywriting. Saya pun tak pakar sangat, jadi saya belajar dari kamus copywriting ini. Buka kamus, pilih ayat yang macam sesuai dengan produk yang nak dipromosikan, copy edit dan seterusnya paste.
Itu sahaja.
Baiklah, saya harap sedikit perkongsian saya, mengenai program affiliate Lazada ini dapat beri manfaat kepada anda. Saya berpendapat, program affiliate ini, adalah salah satu daripada peluang kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai untuk anda cuba sendiri.