Siapa yang perlukan kerja dari rumah?
Hmm… mungkin orang yang perlukan duit tambahan. Pendapatan yang dihasilkan daripada kerja hakiki, mungkin tak cukup untuk tampung perbelanjaan bulanan, jadi sebagai usaha untuk tambahkan pendapatan, maka dia buat kerja-kerja sambilan dari rumah.
Kalau nak buat kerja part time dekat luar, saya rasa ianya kurang praktikal. Seharian dah habiskan masa bekerja di pejabat, kilang dan sebagainya, kemudian lepas habis kerja, tak kan nak sambung kerja di luar?
Tak kan tak rasa penat? Kalau tak penat fizikal, pasti penat dari segi mental.
Secara purata, pekerja di Malaysia akan bekerja lebih kurang 8 jam sehari. Sebagai contoh, masuk kerja jam 9.00 pagi, dan akan habis kerja jam 6.00 petang. Ambil kira 1 jam sebagai waktu rehat, dekat situ masa yang diperuntukkan adalah 9 jam.
Jika kita perhalusi, sebenarnya kita mungkin gunakan lebih dari 9 jam dalam sehari untuk pergi bekerja. Ambil kira masa untuk bersiap, pergi ke tempat kerja, tempuh traffic jam dan sebagainya, mungkin sekurang-kurangnya 13 jam diperlukan hanya untuk bekerja.
Kalau lepas habis kerja, kita nak sambung bekerja di tempat lain pula, bila masanya kita nak bersama dengan keluarga? Kalau orang tu bujang, mungkin ok la… tapi bagi yang dah berkeluarga, tak berapa sesuai kalau nak buat kerja part time kat luar.
Jangan nanti, sibuk sangat cari duit, sampai keluarga tak terjaga. Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk jadi seorang freelancer dan bekerja sambilan hanya dari rumah. Saya ada cerita pengalaman saya pertama kali jadi seorang freelancer disini.
Pada hari ini, ada ramai orang yang perlukan kerja sambilan yang boleh dilakukan hanya dari rumah. Sama ada orang itu adalah seorang pelajar, seorang suri rumah, seorang guru dan banyak lagi. Peluang kerja dari rumah, walaupun ada cukup banyak, namun anda perlu berhati-hati sebelum menyertainya.
Masalahnya ialah, peluang kerja dari rumah ini bercampur aduk, antara yang boleh dipercayai dengan yang menipu. Bagi orang yang dah biasa buat kerja-kerja online, mungkin tak ada masalah untuk kenalpasti, mana satu kerja yang boleh dipercayai, dan mana satu kerja yang menipu.
Tetapi, untuk orang yang agak baru dengan sepak terajang dan kekejaman dunia internet, kebarangkalian untuk kena tipu sangatlah tinggi.
Salah satu contoh dan bentuk penipuan yang cukup popular adalah kerja sambilan lipat risalah. Dah ramai yang kena tipu dengan peluang kerja macam ini.
Ya, kerja lipat risalah. Saya pun tak sangka, rupa-rupanya ramai betul yang berminat dengan kerja seumpama ini. Sampai satu tahap, saya pun jadi pelik, apa yang hebat sangat dengan kerja ini sampai ada ramai yang berebut-rebut nak memohon kerja seumpama ini?
Cubalah berfikir terlebih dahulu, logik ke majikan nak tawarkan kerja seumpama ini?
Kalau anda cuba untuk sertai peluang kerja melipat risalah dari rumah ni, saya nak berikan kepada anda contoh situasi yang anda bakal hadapi.
Situasi pertama
Pada satu hari, anda terbaca iklan mengenai peluang buat duit sambilan dengan melipat risalah. Kerjanya mudah sahaja. Masukkan risalah dalam sampul surat, isikan nama penerima, lekatkan setem dan seterusnya anda kirimkan surat-surat tersebut dengan memasukkan surat ke dalam peti pos berhampiran anda.
(zaman sekarang ini masih relevan lagi ke komunikasi melalui surat menyurat ni?)
Untuk mula diterima kerja, anda dikehendaki membuat sejumlah bayaran. Alasannya mungkin ada pelbagai, misalnya
1. Bayaran adalah untuk memastikan anda benar-benar serius nak bekerja.
2. Bayaran adalah untuk dapatkan pakej latihan yang akan mengajar anda cara kerja.
3. Bayaran adalah untuk dapatkan senarai nama majikan yang akan membayar upah kepada anda.
4. Bayaran adalah sebagai yuran pendaftaran anda masuk dalam program bekerja dari rumah.
5. Bayaran adalah sebagai kos operasi.
Alasannya memang macam-macam. Namun, apa yang berlaku ialah selepas anda buat bayaran, sama ada RM30, RM50, RM60, RM100 dan sebagainya, orang yang iklankan benda ini akan menghilangkan diri.
Dia tak akan balas SMS, tak jawab call, block anda di whatsapp, block emel anda, block FB anda dan macam-macam lagi. Pada ketika ini, ketahuilah yang sebenarnya anda dah kena tipu.
Situasi kedua
Anda lihat iklan yang sama, iaitu tentang peluang kerja dari rumah sebagai tukang lipat risalah. Anda buat bayaran dan pihak syarikat memang betul-betul menghantar modul latihan kepada anda.
Namun cara kerjanya sangat meragukan. Dalam modul latihan tersebut, anda akan diajar cara-cara untuk buat iklan secara online, cara bina website, cara menjawab pertanyaan bakal pelanggan (mangsa). Jika ada pengguna internet yang bertanya tentang iklan yang anda buat di internet, anda akan suruh individu tersebut untuk bank in sejumlah wang ke akaun anda, dan seterusnya anda perlu buat salinan modul yang sama, yang anda terima sebelum ini.
Modul itulah yang anda perlu lipat dan masukkan dalam sampul surat. Penerima yang baru itu nanti perlu ulang semula apa yang anda lakukan. Akhirnya, penipuan ini jadi satu bentuk penipuan berantai dan ia berterusan selagi mana ada orang yang rela dirinya ditipu.
Sesetengah orang, apabila dia merasakan bahawa ini semua adalah satu penipuan, dia akan stop. Biarlah dia seorang yang jadi mangsa, dan dia tak mahu orang lain turut melalui pengalaman yang sama.
Namun ada orang, bila dia sedar yang dia telah ditipu, dia tak akan hentikan rantaian penipuan tersebut begitu sahaja. Logiknya? Dia sudah alami kerugian, jadi untuk tebus semula kerugian yang dia dah lalui, maka dia jalankan penipuan yang sama, at least sehingga dia berjaya dapat semula modal asal yang dah lebur.
Sudah tentu, ini semua akan memangsakan orang lain.
Orang Malaysia memang MALAS MEMBACA ke?
Ya, saya tahu bunyinya memang agak kasar. Tapi kadang-kadang memang itulah yang saya rasa. Mungkin bukan berlaku pada semua, tapi pada sebahagian dari kita. Apa pun, kalau anda bukan orang yang macam tu, tak perlu nak terasa.
Bila baca surat khabar, sama ada versi online atau cetak, hanya baca tajuk besar sahaja.
Bila layari laman web buat duit, cuma baca headline sahaja.
Bila baca blog, yang ada banyak input dan beribu-ribu perkataan, cuma baca tajuk dan baca perenggan terpilih sahaja. Lepas tu tanya balik soalan yang dah dijawab dalam artikel.
Orang macam ini, memang LAYAK kena tipu. Nak kesian pun tak guna, sebab orang macam ini, memang seolah-olah dengan rela hati membenarkan dirinya kena tipu. Cuba anda baca perkongsian saya sebelum ini tentang sebuah apps yang diberi nama Jutawanapps. Lihat bahagian komen, dan anda akan nampak, banyak yang join atau beli apps tersebut tanpa betul-betul faham, bagaimana apps tersebut berfungsi.
Bila dah join, tak dapat duit, modal hangus, baru nak bising yang dia kena tipu. Sebenarnya, kalau mereka baca betul-betul, dapatkan maklumat yang selengkapnya, selalu cross check dengan orang lain yang mungkin pernah join, dia boleh buat keputusan yang lebih bijak.
Selalunya laman web seumpama itu, pasti akan menyediakan halaman disclaimer atau penafian. Dalam halaman tersebut, pemilik akan membuat penafian bahawa pendapatan yang bakal diterima oleh setiap orang adalah berbeza.
Ironinya, setelah pemilik website tersebut menjanjikan bulan dan bintang, seolah-olah peserta akan berjaya jana wang secara automatik, hanya dengan menjadi ahli, atau dalam situasi ini, hanya dengan memuat turun apps yang cukup ajaib, tiba-tiba ada disclaimer yang mengatakan, keputusan akhir atau hasil yang bakal diperolehi oleh setiap orang adalah berbeza!
Sebenarnya ada ramai lagi yang dah terlibat atau terjoin benda-benda mengarut macam tu, cuma bezanya, dia tak mengaku dan tak cerita kat sesiapa. Mungkin pada fikiran dia, kalau berjaya baru dia akan cerita kat semua orang. Tapi kalau tak berjaya, dia akan diam dan anggap tak ada rezeki.
Macam berjudi pulak, kan?
Pada waktu anda baca perkongsian saya ini, apps tersebut mungkin sudah tak wujud. Tapi percayalah, pasti akan muncul laman web lain, atau apps lain yang lebih kurang sama, yang menjanjikan jalan mudah untuk buat duit.
Hanya nama apps dan nama website sahaja yang berbeza, namun jalan ceritanya tetap lebih kurang sama. Jadi, berhati-hatilah.
Kerja dari rumah yang boleh dipercayai!
Ya, saya tahu, anda perlukan kerja dari rumah yang boleh dipercayai dan anda perlukan pendapatan. Jadi, mari saya cadangkan kepada anda beberapa pekerjaan yang anda boleh lakukan.
(1) Jadi seorang penulis blog
Lepas habis kerja, bila dah sampai rumah tu, ambil sehelai kertas A4 dan mula menconteng poin-poin yang anda ingin muatkan dalam artikel yang bakal anda tulis dalam blog anda.
Agak-agak bila dah cukup poin, anda boleh mula tulis blog. Pastikan buat benda ini dulu, untuk elakkan anda alami writers block dan hanya merenung skrin kosong didepan anda. Cuba hasilkan sebuah artikel yang panjangnya sekitar 600 – 2,000 patah perkataan.
Peringkat permulaan, mungkin agak sukar untuk konsisten menulis, tapi bila dah praktis selalu, In Shaa Allah anda akan terbiasa.
Betul ke boleh dapat bayaran kalau jadi penulis blog? Ini bukti bayaran yang saya terima dari sebuah syarikat travel yang ingin dapatkan servis penulisan dari saya.
Syarikat ini menghubungi saya dan mereka minta saya tulis satu artikel tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan. Macam mana cara nak tulis, itu semua terpulang kepada saya. Pihak syarikat berikan kebebasan sepenuhnya kepada saya.
Jadi saya tulis ikut cara dan gaya bahasa yang biasa saya gunakan. Siap artikel, saya tunjuk kepada wakil syarikat yang menghubungi saya, dan lepas tu dia buat bayaran kepada saya menggunakan citibank. Simple, kan?
Saya hanya perlu menulis satu artikel mengikut kesesuaian dan citarasa saya, dan saya dibayar sehingga RM200 untuk satu artikel?
Adakah menulis blog tu susah?
Memang susah. Susah bagi mereka yang tak biasa.
Bagi mereka yang tak biasa dengan kerja-kerja penulisan, sudah tentu dia akan rasa agak janggal kalau nak terus menulis di internet. Akan muncul pelbagai persoalan, seperti
Apa benda yang aku nak tulis?
Kalau salah tulis macam mana?
Kalau tak ada yang baca, macam mana?
Kalau ada orang yang baca, dan orang tu pula kenal aku, macam mana?
Satu ketika dulu, saya pun pernah berada dalam situasi yang lebih kurang sama. Saya risau kalau artikel yang saya tulis tak dibaca, dan pada masa yang sama saya juga rasa risau kalau-kalau ada orang yang kenal saya, baca artikel yang saya tulis.
Tapi sekarang ini, saya dah tak peduli semua tu. Kalau ada yang nak baca, silakan baca. Tak nak baca, sudah. Namun saya tahu, kebanyakkan artikel yang saya tulis dalam blog saya, memang ada pembacanya.
Biasanya orang yang baca artikel saya ini adalah orang yang memang sedang mencari maklumat dan memerlukan konten yang saya siarkan dalam blog saya. Mereka ini mungkin mencari maklumat tertentu melalui google, kemudian mereka temui laman blog saya.
Topik mengenai buat duit dengan blog dan juga topik menjana pendapatan melalui penulisan di internet ini adalah satu topik yang agak luas sebenarnya.
Saya tak nak panjang-panjangkan artikel ini, justeru saya akan ulas setakat ini dulu. Cuma satu point yang saya nak tekankan disini ialah, dengan menulis, kita memang boleh buat duit!
The best part is, kita boleh buat kerja-kerja penulisan ini hanya dari rumah. Sebab itu saya masukkan kerja menulis artikel di blog sebagai salah satu kerja dari rumah yang boleh dipercayai!
(2) Tawarkan perkhidmatan yang anda mampu berikan dan jual kepada yang memerlukan
Anda boleh ke laman web fiverr.com untuk lihat contoh lebih banyak lagi.
Dekat laman web ini, ada banyak orang yang bekerja sambilan dari rumah, dan mereka tawarkan macam-macam servis di situ. Ada servis marketing, ada servis buat design, ada servis tulis artikel, dan servis tuliskan thesis untuk para pelajar universiti pun ada jugak!
Memang hebat. Servis yang dijual disitu bermula dengan harga USD5 untuk satu servis yang asas sahaja. Namun, jika servis tersebut memerlukan skil yang tinggi, ia boleh mencecah harga sehingga USD100++ dan keatas.
Jika anda ada kemahiran yang boleh dipasarkan, anda juga boleh gunakan laman web tersebut untuk jual servis. Apa yang perlu anda lakukan adalah
- Sertai laman web fiverr sebagai ahli
- Bina halaman khas dengan menyatakan apa yang anda ingin jual
- Apabila ada tempahan, pihak fiverr akan memaklumkan anda
- Anda siapkan tempahan dan hantar kepada pelanggan
- Apabila pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja anda, anda akan mendapat bayaran dari fiverr
Ok, saya pernah belajar macam mana nak buat duit dengan fiverr, tetapi saya tak pernah ada pengalaman buat duit di fiverr. Tak berapa pandai dan mungkin sebab saya tak berapa minat.
Fiverr ini adalah laman web antarabangsa, dan bila kita join website antarabangsa ni, sudah tentu kita juga bakal bersaing dengan ahli-ahli dari serata dunia.
Saya ingin kongsikan beberapa lagi alternatif bagi fiverr jika anda berminat nak cuba. Konsep buat duit dengan cara ini ialah anda berikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan.
(1) Jom Paw – https://www.jompaw.com/become_a_sitter
(2) Servis Hero – https://servishero.com/my/en
(3) Go Get – https://goget.my/
(4) Kaodim – https://www.kaodim.com/service-providers/welcome
(5) Favser – https://www.favser.com/
(6) Freelancer – https://www.freelancer.com/
(7) Upwork – https://www.upwork.com/
(3) Sertai program affiliate dan jadi ejen jualan untuk syarikat orang lain
Senarainya terlalu banyak. Sekarang ini, ada banyak syarikat yang menawarkan program affiliate untuk anda sertai.
Antaranya Lazada, Involve Asia, Klikjer dan banyak lagi. Ha.. apa kata anda baca perkongsian saya sebelum ini berjudul Senarai laman web yang boleh bantu anda buat duit online. Daripada senarai tu, saya amat syorkan anda join Adhance dan Involve Asia.
“Tapi saya tak pandai nak buat kerja-kerja marketing dan tak reti menjual…”
Ini masalah biasa bagi orang yang agak baru dengan kerja-kerja pemasaran online dan affiliate marketing. Tak reti nak buat marketing, tak pandai nak menjual.
Itulah sebabnya, saya letakkan kerja sebagai blogger sebagai nombor 1 dalam senarai kerja dari rumah yang boleh dipercayai. Apabila anda memilih untuk jadi seorang blogger, pada masa yang sama, anda boleh buat macam-macam benda yang boleh mendatangkan hasil.
Ini saya cerita berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Baca juga: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
Saya pun masa mula-mula dulu memang agak skeptikal dengan potensi pendapatan yang boleh dihasilkan dengan menulis blog. Kemudian tak lama lepas tu, bila media sosial mula mendapat tempat di hati pengguna internet di Malaysia, makin ramai orang yang tinggalkan bidang penulisan blog dan fokus sahaja pada media sosial untuk menjadi social media influencer, ramai yang mula beralih arah.
Tapi sebenarnya kan, blogging ini adalah sesuatu yang bersifat long term. Bagi sesebuah blog untuk menghasilkan pendapatan, ia mungkin perlu masa yang lebih panjang berbanding kalau guna akaun media sosial, namun demikian, setelah blog tersebut mula menjana pendapatan, ia akan terus memberi pendapatan kepada anda secara konsisten.
Sampai satu tahap, kalau anda tak update blog pun dah tak ada masalah. Blog anda, yang memang dah mempunyai trafik akan terus generate income untuk anda.
Kalau anda nak fokus pada program affiliate, saya syorkan anda cuba program adhance. Program Adhance ini mempromosikan laman web carian kerja, iaitu maukerja.my
Selagi mana orang masih nak bekerja dan boleh bekerja, selagi itu permintaan terhadap kerja kosong pasti akan ada.
Selain itu, lihat juga program affiliate Lazada, accesstrade dan Involve Asia. Melalui dua program ini, anda boleh promosikan jenama-jenama produk terkemuka misalnya daripada jenama Shaklee, Malaysia Airlines, Air Asia, dan banyak lagi.
Baiklah, untuk memudahkan anda mendaftar dan memilih mana-mana program yang mungkin sesuai dengan jiwa dan minat anda, saya akan senaraikan dibawah ini.
(1) Klikjer – https://klikjer.com/
(2) JV Warrior – https://www.jvwarrior.com/affiliate/
(3) On Pay Solutions – https://onpay.my/marketplace
(4) Order Sini – https://www.ordersini.com/
(5) Lazada – https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/
(6) Zalora – https://www.zalora.com.my/partner/
(7) Access Trade – https://publisher.accesstrade.global/
(8) Involve Asia – https://app.involve.asia/
(9) Indo Leads – https://indoleads.com/
(10) PG Mall – https://pgmall.my/
Ada lagi tak peluang untuk kerja dari rumah, selain daripada yang saya dah kongsikan ini? Jawapannya sudah tentulah masih ada lagi.
Teruskan baca.
(4) Kerja dari rumah sebagai seorang tutor
Sekiranya anda merupakan seorang yang berjiwa pendidik, maka bolehlah cuba untuk buat kerja-kerja mengajar hanya dari rumah.
Kalau sebelum ini, kerja sebagai tutor ini, kita akan pergi ke rumah pelajar untuk kita berikan personal tutoring. Tapi sejak wabak covid melanda, kerja-kerja tutor ini boleh dijalankan secara maya.
Seorang guru dan juga pelajarnya boleh sahaja berinteraksi melalui live streaming ataupun zoom meeting. Bila bercakap mengenai kerja sebagai seorang tutor ini, tak semestinya kita mengajar subjek atau matapelajaran bagi pelajar sekolah semata-mata.
Anda juga boleh jadi seorang tutor untuk perkara-perkara lain, misalnya seperti untuk pelaburan saham, pelaburan hartanah dan macam-macam lagi.
Skop kerja sebagai seorang tutor ini boleh diperluaskan lagi, dan tak terhad untuk mengajar pelajar sekolah semata-mata.
Apa pun, jika anda minat nak cuba pelbagai peluang kerja sebagai seorang tutor, boleh semak pautan berikut ya
(1) Sifu Tutor – https://sifututor.my/en/tutor-recruitment/
(2) Snap Ask – https://snapask.com/en-my/become-a-tutor
(5) Kerja dari rumah sebagai seorang Youtuber
Persoalannya, apa sebenarnya kerja seorang Youtuber?
Seorang Youtuber akan menghasilkan pelbagai konten dalam bentuk video untuk disiarkan diplatform Youtube. Video yang dihasilkan boleh jadi dalam bentuk ulasan, lakonan, perbincangan tentang sesuatu topik, memberi tutorial untuk melakukan sesuatu kerja dan sebagainya.
Pada pendapat saya, peranan seorang Youtuber ini lebih kurang sama sahaja dengan seorang penulis blog, atau blogger. Cuma yang membezakannya ialah bentuk penyampaian.
Kalau blogger, kita menyampaikan sesuatu konten dalam bentuk artikel, manakala bagi seorang Youtuber mereka menghasilkan konten dalam bentuk video.
Pendapatan seorang Youtuber ini datangnya dari pelbagai sumber, antaranya
i. Pengiklanan Youtube
Iklan-iklan yang ditayangkan ketika video milik anda ditonton akan menyumbang kepada pendapatan anda.
ii. Program Affiliate
Anda boleh juga masukkan link affiliate dalam description video anda. Jika ada penonton yang tekan pada link affiliate anda lalu membuat pembelian, anda juga bakal menerima pendapatan.
iii. Servis review
Anda hasilkan video review atau sponsored video bagi mempromosikan sesuatu jenama. Jika anda mahir menghasilkan video dan mempunyai jumlah subscriber yang ramai, saya kira tak mustahil untuk anda meletakkan caj minimum RM1 ribu untuk satu video. Ya, minimum tau!
iv. Jual produk sendiri
Bila anda sudah popular, In Shaa Allah nak jual apa produk sekalipun pasti akan ada yang beli.
(6) Kerja dari rumah sebagai Online Seller melalui platform e-commerce yang popular
Buat bisnes melalui platform e-commerce yang dah popular ini memang tak akan terasa seperti tengah buat bisnes.
Kerjanya juga lebih mudah, dan lebih sistematik. Walaupun diluar sana ada banyak platform yang berbeza, namun dari segi cara kerja, ianya lebih kurang sama sahaja.
Ringkasnya, ini yang perlu anda lakukan jika ingin meniaga menggunakan platform e-commerce yang telah popular.
(1) Daftar sebagai ahli
(2) Buka akaun sebagai penjual (seller)
(3) Upload gambar-gambar produk yang ingin dijual
(4) Masukkan maklumat dan keterangan produk
(5) Tunggu tempahan masuk
(6) Uruskan tempahan dan pastikan pelanggan dapat barang yang ditempah
(7) Tunggu platform e-commerce bayar duit yang dibayar oleh pelanggan
Apa platform e-commerce yang tengah popular sekarang ini?
Kalau tanya saya, saya kata jawapannya ialah Shopee.
Kalau anda nak tahu, teknik dan strategi yang membolehkan seorang seller di Shopee buat jualan sehingga mencecah RM128,048.63 sepanjang berniaga di Shopee, anda boleh muat turun panduan tersebut disini.
Ramai pengguna suka dengan Shopee ini sebab ada banyak produk yang kita boleh beli di sana. Penjual dekat sana pun ada sangat ramai.
Selain Shopee, ada juga platform e-commerce lain yang tak kurang popularnya iaitu Lazada dan juga PG Mall. PG Mall ini adalah laman web e-commerce milik orang Malaysia. Kalau anda nak support jenama local, bolehlah sokong PG Mall.
Dengan wujudnya laman atau platform e-commerce ini, menjadikan kos untuk menjalankan bisnes lebih murah. Tak mustahil untuk anda lebih berjaya dalam bisnes di internet, berbanding buka kedai. Kos untuk buka kedai di shopping mall pastinya sangat mahal kalau nak bandingkan dengan kos berniaga melalui platform e-commerce.
Rasanya dah agak panjang apa yang saya kongsikan dalam ni. Kalau masih tak cukup, boleh sambung bacaan anda dengan menekan klik pada pautan-pautan yang saya berikan. Kebanyakkan pautan yang saya berikan tu, akan membawa anda ke artikel terdahulu yang pernah saya tulis.
Saya harap semoga perkongsian ini bermanfaat dan buat pembaca diluar sana, kalau boleh berhentilah berharap pada kerja lipat risalah. Fokus kepada peluang kerja yang memang betul-betul boleh dipercayai dan boleh dilakukan untuk jangka masa panjang.
konabareng says
Banyak info berguna dalam post ni tuan. Saya pon baru merangkak-rangkak nak tulis blog. Nak buat affiliate marketing, mana tahu dapat buat duit tepi sikit-sikit pon jadilah. ?
Kalau minta kerja kena bayar dulu macam kerja lipat risalah, memang terang-terang nampak penipuan. Tapi, mungkin ramai orang nak cepat senang dan nak buat kerja senang, jadi perkara tersebut tak difikirkan secara logik.
Bila nak cepat, nak baca dan cari maklumat pon malas. Jadi baca tajuk jer la. Percaya sahaja bulat-bulat testimoni palsu yang disuap.
Pasal affiliate tu, saya tahu accesstrade dengan involve asia jer. Itupon belom daftar lagi. Yang lain-lain tu nanti boleh saya cuba. Banyak pengalaman tuan dalam affiliate marketing ni, hebat!