Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

February 28, 2021 by Sabree Hussin 4 Comments

Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai

Siapa yang perlukan kerja dari rumah?

Hmm… mungkin orang yang perlukan duit tambahan. Pendapatan yang dihasilkan daripada kerja hakiki, mungkin tak cukup untuk tampung perbelanjaan bulanan, jadi sebagai usaha untuk tambahkan pendapatan, maka dia buat kerja-kerja sambilan dari rumah.

 

Kalau nak buat kerja part time dekat luar, saya rasa ianya kurang praktikal. Seharian dah habiskan masa bekerja di pejabat, kilang dan sebagainya, kemudian lepas habis kerja, tak kan nak sambung kerja di luar?

 

Tak kan tak rasa penat? Kalau tak penat fizikal, pasti penat dari segi mental.

 

Secara purata, pekerja di Malaysia akan bekerja lebih kurang 8 jam sehari. Sebagai contoh, masuk kerja jam 9.00 pagi, dan akan habis kerja jam 6.00 petang. Ambil kira 1 jam sebagai waktu rehat, dekat situ masa yang diperuntukkan adalah 9 jam.

traffic-jam

Jika kita perhalusi, sebenarnya kita mungkin gunakan lebih dari 9 jam dalam sehari untuk pergi bekerja. Ambil kira masa untuk bersiap, pergi ke tempat kerja, tempuh traffic jam dan sebagainya, mungkin sekurang-kurangnya 13 jam diperlukan hanya untuk bekerja.

 

Kalau lepas habis kerja, kita nak sambung bekerja di tempat lain pula, bila masanya kita nak bersama dengan keluarga? Kalau orang tu bujang, mungkin ok la… tapi bagi yang dah berkeluarga, tak berapa sesuai kalau nak buat kerja part time kat luar.

 

Jangan nanti, sibuk sangat cari duit, sampai keluarga tak terjaga. Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk jadi seorang freelancer dan bekerja sambilan hanya dari rumah. Saya ada cerita pengalaman saya pertama kali jadi seorang freelancer disini.

 

Pada hari ini, ada ramai orang yang perlukan kerja sambilan yang boleh dilakukan hanya dari rumah. Sama ada orang itu adalah seorang pelajar, seorang suri rumah, seorang guru dan banyak lagi. Peluang kerja dari rumah, walaupun ada cukup banyak, namun anda perlu berhati-hati sebelum menyertainya.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kerja part time dari rumah, kerja part time dari rumah yang boleh dipercayai, kerja sambilan boleh dipercayai, kerja sambilan dari rumah, kerja yang boleh dilakukan dari rumah

June 28, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Menulis di blog sebagai kerja part time semasa zaman belajar di universiti

Semasa zaman saya masih belajar dulu, satu-satunya kerja part time yang saya buat pada ketika itu ialah menulis di blog.

 

Saya pilih untuk buat kerja ini, sebab ia tak mengganggu masa saya untuk belajar dan sertai aktiviti semasa belajar di universiti. Biasalah, rutin harian apabila belajar di universiti ini.

 

Waktu pagi sibuk dengan kelas dan kuliah. Waktu petang pun masih belum habis kelas. Waktu malam ada aktiviti di kolej kediaman, dan bagi yang berminat, boleh sertai barisan kepemimpinan di universiti. Ada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan ada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK).

jadi-pemimpin-yang-baik

Kedua-duanya dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berharga kepada seseorang pelajar. Bila terlibat dengan aktiviti seperti ini, maka masa yang ada tidaklah hanya dihabiskan untuk ke kuliah, dewan makan dan kamar tidur semata-mata.

 

Manalah tahu, nanti lepas tamat pengajian di peringkat universiti, ada yang berminat nak kembangkan kemahiran dan pengalaman yang ada dalam bidang politik pula. Latihan yang dilalui semasa zaman di universiti bakal jadi aset yang berguna.

 

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang mencabar. Seperti kehidupan orang dewasa, kita juga perlukan duit. Sama ada bagi tujuan akademik, bukan akademik termasuk juga hiburan.

 

 

Lazimnya, sumber kewangan yang kita ada, adalah datangnya dari pinjaman pendidikan dan juga duit poket yang diberikan oleh keluarga.

 

Bagi pelajar yang datang dari keluarga yang berada, duit poket sahaja dah cukup untuk hidup senang. Boleh bayar sewa rumah, makan ditempat yang baik, dan boleh berhibur bersama kawan-kawan.

 

Sesetengah pelajar, terpaksa buat kerja part time kalau nak ada duit poket lebih.

cari-kerja-kosong-online

Anda boleh ke laman web ini untuk cari senarai kerja part time yang berada berdekatan dengan anda.

 

Gunakan fungsi carian yang disediakan, dan taip part time. Nanti akan keluar macam-macam kerja part time yang anda boleh mohon.

 

Sekarang ni kalau nak cari kerja part time tak susah. Guna sahaja laman web carian kerja yang saya cadangkan tu. Tak perlu lagi bersusah payah nak pergi ke satu premis perniagaan ke satu premis perniagaan, untuk tanya sama ada dekat situ ada kerja part time atau tidak.

 

Sejak dari zaman belajar lagi, saya dah mula menulis di blog.

bekerja-dari-rumah-bina-blog

Dan saya teruskan tradisi tersebut sampai sekarang. Saya mula menulis di blog dari tahun 2009 lagi. Mula-mula, saya tulis sekadar untuk mencuba.

 

Terpengaruh dengan kejayaan penulis blog luar negara, yang mampu meraih pendapatan hanya dengan menjadi penulis blog, akhirnya saya ikut jejak langkah mereka.

 

Bermula dari sekadar nak cuba-cuba, satu hari, saya berjaya buktikan yang menulis blog boleh buat duit. Bila apa yang kita buat tu, ternyata boleh berikan hasil, nak tunggu apa lagi?

 

Buat all out.

 

Berikan hasil penulisan yang terbaik. Tak perlu peduli apa orang nak kata, sebab apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Jalan terus dan tak payah toleh belakang.

 

Saya masih ingat lagi, waktu tu, pernah terlintas dekat fikiran saya. Kalau satu hari nanti, lepas habis belajar, ditakdirkan saya akan kehilangan kerja, saya nak yang saya masih boleh hidup dengan selesa, hasil daripada pendapatan yang dihasilkan oleh blog saya.

 

Itu yang berlaku sekarang ini.

 

Blog saya adalah punca pendapatan saya. Mula-mula menulis di blog, memang tak berapa jelas, kemana hala tuju blog-blog saya ni. Tapi selepas beberapa tahun menulis, saya mula nampak perjalanan saya melalui blog yang saya ada.

 

 

Zaman saya tu, bukan zaman media sosial.

 

Pada waktu tu, tak ada lagi istilah twitfemes, instafamous dan sebagainya. Apa yang ada adalah blogger.

 

Tapi kan, saya rasa bagus juga bila jadi penulis blog ini. Pertama, ia melatih diri kita untuk kuasai skil menaip di laptop dengan pantas dengan kesalahan ejaan yang paling minima.

 

Sekarang ni, kalau saya tak tengok keyboard pun, saya masih boleh menulis dengan agak laju.

 

Kedua, bila jadi blogger ini, ia memaksa saya untuk jadi seorang yang peka dengan isu semasa dan kena banyak membaca. Bukan boleh main tulis hentam keromo. Lagi satu, saya bukan jenis yang menyorok disebalik laman web tidak bernama.

 

Saya gunakan nama saya sendiri dalam penulisan dan nama pada blog. Apa yang saya tulis, itulah diri saya. Jadi tak kan saya nak tulis hal yang bukan-bukan. Nak tulis tentang politik mahupun selebriti pun saya kena fikir banyak kali.

 

Ketiga, menjadi seorang blogger akan dapat melatih kita untuk jadi seorang business minded. Cuba bayangkan, blog kita ini adalah sebuah syarikat penerbitan. Kita nak hasilkan majalah online, yang dapat bersaing dengan majalah yang sedia ada di pasaran.

 

Ya, kita mungkin tak akan menang dalam persaingan tersebut, sebabnya majalah ini biasanya ada banyak penulis dan ada sistem kerja yang baik, dan blog dikendalikan oleh orang perseorangan. Tapi itu bukan isu dan alasannya.

 

Kita ambil semangat untuk hasilkan satu karya atau hasil kerja yang mempunyai nilai, sama ada dari segi nilai ilmiah mahupun nilai komersial.

 

Penulisan yang ada nilai ilmiah dapat bantu pembaca selesaikan masalah dan merungkai persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.

Penulisan yang ada nilai komersial dapat bantu usahawan, termasuk diri pemilik blog itu sendiri, untuk mendapatkan jualan bagi produk mahupun servis yang dipromosikan.

 

 

Kerja part time menulis blog

Adakah menulis blog boleh dikategorikan sebagai salah satu kerja part time yang sesuai untuk golongan pelajar?

 

Saya berpendapat, jawapannya memang boleh. Orang yang nak buat blog, dan sanggup beri komitmen untuk blognya, adalah orang yang berpandangan jauh.

 

Dia bukan sekadar nak buat duit untuk masa terdekat. Bukan sekadar mengejar fast money. Sebaliknya, dia mahukan satu sumber pendapatan yang tak akan putus, dan setia memenuhkan akaun banknya sampai bila-bila. Selagi mana blog miliknya masih lagi beroperasi.

 

Kalau anda, sebagai seorang pelajar yang nak buat duit melalui blog, tapi pada masa yang sama, blog tersebut masih gagal menjana sebarang pendapatan, anggap sahaja usaha anda pada hari ini, adalah untuk masa depan.

 

Maklum sajalah, kita tak tau apa yang bakal terjadi di masa depan kan.

 

Bagi yang perempuan, mungkin lepas habis belajar nanti, kerja tak sampai setahun terus berumahtangga. Dapat anak dan tak boleh bekerja, sebab nak jaga anak. Pada masa ini, sambil jaga anak, anda boleh fokus pada blog.

 

Saya kenal ramai blogger wanita yang merupakan suri rumah sepenuh masa, jaga anak, jaga rumahtangga, tapi mampu raih ribuan ringgit setiap bulan hanya dari blog sahaja.

 

Blogger wanita ini, menulis macam-macam perkara dalam blognya. Dari hal-hal penjagaan kesihatan, kecantikan, tips parenting, travel dan sebagainya.

 

Blogger macam ni, memang dicari-cari oleh pengiklan. Sebab tu, walaupun menjadi seorang stay at home mom, dia masih mendapat tawaran job dari pelbagai syarikat untuk mengiklankan produk syarikat.

 

Itu kita cerita bab blogger wanita.

 

 

Ala… yang lelaki pun tak terkecuali. Perkara yang tak bernasib baik dan ujian juga boleh berlaku pada kita. Jadi apa salahnya bersiap sedia. At least, bila kita ada blog, dan kita usaha sampai blog kita tu jadi money making machine, kita boleh jadikan blog kita tu sebagai duit pencen untuk tanggungan kita.

 

Especially untuk saudara-saudara lelaki saya yang tak begitu berada tu. Kerja pun biasa-biasa. Nak kumpul harta tu, memang jauh sekali. Tapi In Shaa Allah, kalau anda ada blog, blog anda tu pula mampu untuk hasilkan pendapatan, kalau ditakdirkan anda pergi lebih awal, insan tersayang yang ditinggalkan masih tetap akan dapat manfaat dari blog anda.

 

Dari pengalaman saya sendiri, saya lihat blog ini, even kalau kita dah tak update, ia masih akan terus memberi pendapatan kepada pemiliknya. Lebih-lebih lagi melalui program affiliate dan juga program pengiklanan.

 

Itulah dia, kelebihan yang ada pada blog. Mula-mula anggaplah rutin harian untuk kemaskini dan menulis di blog sebagai satu kerja part time. In Shaa Allah, satu hari nanti, anda juga akan dapat income full time melalui blog anda, walaupun pada waktu tu, anda dah tak buat apa-apa.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: kerja part time, kerja part time dari rumah, kerja part time sesuai untuk pelajar, kerja part time untuk pelajar

March 15, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Impian bekerja dari rumah boleh tercapai dengan panduan ini

Sekiranya anda mencari peluang-peluang buat duit secara online sama ada untuk buat kerja part time dari rumah ke, buat bisnes online dari rumah ke, saya pasti anda pasti akan terjumpa laman web Jobdirumah ni.

 

jobdirumah_buat_duit

 

Senang cerita, laman web ini memang cukup popular. Ada ramai dah penulis blog yang bercerita tentang betapa bagusnya laman web ni, dan disamping tu ada juga di antara mereka yang berjaya jana pendapatan dengan jobdirumah.

 

Setiap orang yang berimpian untuk bekerja hanya dari rumah, pasti akan terasa betapa seronoknya apabila berjaya menjana RM yang pertama secara online sahaja.

buat-duit-jobdirumah

 

Sampai sekarang, saya pun masih lagi rasa teruja dan seronok setiap kali email notifikasi dari pihak Jobdirumah menerjah masuk dalam inbox saya. Bukan sahaja teruja apabila menerima emel tentang terdapatnya kekosongan kerja yang saya boleh apply, tetapi apa yang lebih menyeronokkan saya ialah bila ada email notifikasi dari pihak jobdirumah yang mengatakan saya berjaya memperolehi komisyen.

 

Apa pun, saranan saya, sebelum anda rancang nak join sebagai ahli jobdirumah, sebaik-baiknya anda baca dan fahamkan dulu apa yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah.

 

Kalau peringkat pertama ini, iaitu baca dengan betul-betul apa yang ditawarkan oleh JDR pun anda tak mampu nak buat, lupakan je la hasrat nak buat duit melalui laman web jobdirumah tu. Biar orang-orang yang rajin nak membaca (macam saya misalnya ehem ehem) yang buat duit kat laman web ni.

 

Masih tetap berminat nak join?

 

Ok isi borang kat laman web ini kalau nak join

 

 

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: bekerja dari rumah, kerja part time, kerja part time dari rumah, panduan bekerja dari rumah, pengalaman bekerja dari rumah

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Dapat panggilan telefon dari telemarketer
    Dapat panggilan telefon dari telemarketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in