Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 31, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan

Istilah Rancangan Perniagaan mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Akan tetapi, kalau istilah business plan, mungkin ia lebih biasa didengari.

 

Persoalannya ialah, adakah setiap orang yang menjalankan perniagaan mempunyai business plan tersendiri? Jawapannya hanya ada pada pemilik perniagaan itu sendiri.

 

Setelah dikaji-kaji, diselidik dan diteliti, saya berpendapat, mempunyai pelan perniagaan atau Kertas Rancangan Perniagaan adalah sesuatu yang sangat penting dalam memastikan perniagaan yang dijalankan atau yang bakal dijalankan dapat diusahakan dengan sebaik mungkin.

 

Saya nak cerita tentang beberapa kelebihan sekiranya anda mempunyai rancangan perniagaan untuk bisnes anda. Jadi, selepas anda baca apa yang saya kongsikan dalam ini, mungkin anda dapat luangkan sedikit masa untuk menyediakan kertas Rancangan Perniagaan (Business Plan) khusus untuk bisnes anda.

blog-yang-berjaya

Jangan risau kalau anda tak tau cara macam mana nak sediakan kertas rancangan perniagaan ini. Sebabnya, anda boleh rujuk pada panduan di laman web ini. Untuk mereka yang ingin menyediakan kertas kerja perniagaan atau rancangan perniagaan secara profesional, bolehlah rujuk panduan yang terdapat pada laman web tersebut.

 

Walaubagaimanapun, anda boleh bina rancangan perniagaan anda secara tidak formal sahaja. Lebih-lebih lagi kalau anda adalah satu-satunya individu yang akan baca dan mengikuti rancangan perniagaan tersebut. Jika anda adalah pemilik tunggal sesebuah perniagaan, dan anda adalah satu-satunya individu yang akan menjalankan perniagaan tersebut, mungkin formaliti bukanlah sesuatu yang terlalu penting untuk anda.

 

Mari kita lihat apa kepentingan mempunyai kertas kerja perniagaan atau rancangan perniagaan kepada bisnes anda.

 

(1) Membantu dalam proses membuat keputusan penting

Sebagai pemilik perniagaan, keputusan adalah ditangan anda. Jika anda tidak buat keputusan, orang lain tak akan buat keputusan untuk anda. Setiap keputusan yang dibuat pastinya mempunyai kesannya, sama ada kesan positif ataupun kesan yang negatif.

 

Katakanlah pada satu hari anda ditawarkan untuk menyertai perniagaan berkonsepkan Multi Level Marketing. Anda lihat marketing plan dan anda dapat rasakan bahawa perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk memberi pendapatan tambahan kepada anda. Lagipun anda mempunyai ramai kenalan dan ada ramai pelanggan.

 

Walaubagaimanapun, anda juga perlu pertimbangkan, apa agaknya reaksi dan pandangan pelanggan-pelanggan anda sekiranya anda menjalankan perniagaan MLM tersebut. Tidak dinafikan, sesetengah orang memang cukup benci dengan perniagaan berbentuk MLM.

 

Jika anda join MLM, kemudian apa akan jadi dengan pelanggan anda yang memang benci MLM? Adakah dia masih lagi akan menjadi pelanggan anda ataupun dia akan mula menjauhkan diri dari anda.

 

Sesetengah peluang bukanlah benar-benar peluang… dan tak semua peluang yang muncul didepan anda perlu diambil. Adakalanya sesebuah peluang itu lebih baik dilepaskan sekiranya ia hanya mengundang masalah kepada perniagaan sedia ada anda.

 

Lagipun, ada banyak bisnes MLM yang hanya indah khabar dari rupa. Tersalah pilih alamat buruk padahnya.

 

Dalam situasi ini, saya berpendapat adalah lebih baik anda fokus pada perniagaan utama anda, dan buat bisnes tersebut sampai berjaya atau sampai ke peringkat maksimum sebelum sibuk nak cuba buat MLM atau apa-apa bisnes sampingan yang tak ada kena mengena dengan perniagaan utama anda.

 

(2) Panduan untuk membelanjakan sumber kewangan syarikat dengan berhemah

Sebelum membuat sebarang keputusan untuk melakukan sebarang perbelanjaan, anda boleh buat ujikaji ringkas dengan menjawab soalan mudah seperti

Adakah wang yang bakal dibelanjakan ini akan memberi impak kepada syarikat dan membantu syarikat buat untung atau tidak?

 

Sesetengah pemilik perniagaan, dia membelanjakan sumber kewangan syarikat dengan sewenang-wenangnya. Alasannya ialah sebagai ganjaran untuk pemilik perniagaan yang selama ini bertungkus lumus memajukan syarikat.

 

Sepatutnya, dia perlu berhemah dalam berbelanja sebabnya tak semestinya kemewahan yang dirasai sekarang akan kekal sampai bila-bila.

 

(3) Bersiap sedia dengan sebarang perubahan kepada iklim perniagaan

Seperti yang kita tahu, corak dan persekitaran perniagaan sering berubah. Syarikat yang pada hari ini merupakan syarikat nombor satu yang mendominasi pasaran tertentu, belum tentu akan kekal berada di tempat pertama pada tahun akan datang.

 

Pasaran akan sentiasa berubah. Akan ada pesaing baru yang memperkenalkan produk baru sebagai alternatif kepada produk yang kita tawarkan. Kalau dulu, kita boleh bermegah bahawa kita yang terbaik, namun semua itu boleh berubah dengan adanya pesaing yang menjalankan perniagaan yang sama dengan kita.

 

Apa yang perlu dibuat jika ada pesaing cuba masuk ke pasaran yang pada awal-awalnya dikuasai oleh syarikat kita? Jika anda tidak mempunyai rancangan perniagaan, anda mungkin tidak bersedia dari awal dan gagal untuk mengambil tindakan yang betul jika muncul pesaing. Sebaliknya, bagi mereka yang mempunyai rancangan perniagaan, sudah pasti mereka telah siap sedia dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila muncul pesaing dalam perniagaan.

 

(4) Memahami perniagaan sendiri dengan lebih jelas

Kita akan benar-benar memahami perniagaan kita apabila ianya diuji. Ujian boleh jadi datangnya dari pesaing, pelanggan, pekerja, atau mungkin dari orang awam yang tak ada kena mengena dengan syarikat kita.

 

Orang ramai mempunyai tanggapan yang berbeza tentang perniagaan yang kita jalankan. Kita fikir kita sedang menjalankan perniagaan peralatan dan perkakasan elektrik, namun mungkin orang ramai beranggapan yang anda sedang menjalankan perniagaan runcit.

 

Akan tetapi, jika anda mempunyai rancangan dan pelan perniagaan, anda lebih tahu apa yang sebenarnya anda tawarkan. Sekiranya ada dalam kalangan pelanggan atau bakal pelanggan yang meminta anda untuk melakukan sesuatu yang anda tidak tawarkan, anda dapat menolak dengan lebih mudah. Sebab anda tahu, itu bukan perkhidmatan yang anda tawarkan, walaupun anda rasa anda mampu untuk melakukannya.

 

(5) Memahami kehendak dan keperluan pelanggan dengan lebih baik berbanding pesaing

Pendapatan kita adalah datangnya daripada aktiviti jualan. Jualan pula terhasil daripada pelanggan yang memilih untuk berurus niaga dengan kita berbanding memilih syarikat pesaing.

 

Sebab itu, salah satu perkara penting yang perlu dikuasai oleh sesebuah perniagaan adalah untuk memahami kehendak dan keperluan pelanggan. Lebih mudah untuk menjual sesuatu yang memang diperlukan oleh pelanggan berbanding menjual sesuatu yang pelanggan tak perlu, tapi kita kena buatkan supaya pelanggan lihat benda itu satu keperluan.

 

Tapi bagaimana kita boleh tahu apa yang diperlukan oleh bakal pelanggan? Jawapannya adalah dengan melakukan kerja-kerja analisis pasaran dan juga survey.

 

Data yang diperolehi itu nanti bolehlah dimasukkan dalam rancangan perniagaan dan ia dapat membantu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

 

(6) Kertas kerja perniagaan sebagai petunjuk jalan

Pernah tak berlaku sepanjang perjalanan anda mengurus bisnes, anda seolah-olah tak tau apa benda yang nak dibuat untuk majukan lagi perniagaan anda. Jualan syarikat kejap naik kejap turun. Ada bulan-bulan tertentu, jualan terus merosot tanpa diketahui apa punca sebenar.

 

Bila ini berlaku, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan motivasi kita untuk terus menjalankan perniagaan tersebut. Sampai satu tahap, kita rasa keliru, apa sebenarnya yang perlu dilakukan lagi?

 

Aha… ini mungkin masa terbaik untuk anda belek-belek semula kertas rancangan perniagaan yang pernah anda sediakan sebelum ini. Mungkin ada benda yang anda tak buat atau terlupa buat.

 

Mungkin anda pernah tulis dalam kertas kerja perniagaan anda tentang persoalan “…. apa yang perlu anda buat sekiranya jualan mula merosot.”

 

(7) Kenalpasti kelemahan dan potensi perniagaan

Dengan menyediakan rancangan perniagaan, anda sebenarnya dapat mengetahui kelemahan dan juga potensi sesebuah perniagaan walaupun pada waktu itu anda masih belum lagi menjalankan perniagaan tersebut. Sebagai contoh, anda ingin menjalankan perusahaan penternakan kambing.

 

rancangan-perniagaan-kambing Kalau orang yang tak tau apa benda sebenarnya kertas rancangan perniagaan ini, dia mungkin akan terus mulakan projek penternakan tersebut tanpa melakukan sebarang perancangan terlebih dahulu.

 

Duit yang ada, terus digunakan untuk bina kandang, beli baka kambing yang dirasakan sesuai dan sebagainya.

 

Sebaliknya, untuk mereka yang mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang kertas kerja perniagaan, mereka pasti akan mulakan dengan melakukan kerja-kerja analisis untuk mengetahui apa dia kelemahan dan potensi projek penternakan kambing ini terlebih dahulu.

 

Jangan pulak nanti kambing ada banyak, tapi satu ekor pun tak boleh dijual. Anda boleh klik sini untuk muat turun contoh kertas kerja projek penternakan kambing.

 

Sebenarnya ini hanya sebahagian sahaja daripada manfaat yang anda bakal perolehi dengan menghasilkan kertas kerja perniagaan anda sendiri. Sebab itu, saya katakan kertas kerja perniagaan ini adalah sangat penting untuk perniagaan anda.

 

Jika anda menjalankan perniagaan hanya secara online sahaja juga anda perlu dan patut ada kertas kerja dan perancangan perniagaan.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bisnes plan, business plan, kertas kerja perniagaan, kertas kerja perniagaan kambing, kertas kerja projek kambing, rancangan perniagaan

April 30, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan

Bulan April ni nampaknya adalah salah satu bulan yang agak kurang produktif bagi saya. Banyak juga kerja-kerja penulisan yang tertangguh dan tak mengikut jadual yang ditetapkan. Lebih memburukkan keadaan lagi, bulan April ni juga sekurang-kurangnya saya mengalami writer’s block sebanyak dua kali.

 

Saya ingat bukan mood untuk menulis sahaja yang “terbang”, malahan mood untuk membaca turut hilang! Nampaknya terpaksalah saya tangguhkan dulu promosi dan review tentang buku-buku yang dijual sama ada di laman web Borders mahupun Bookcafe, terutama sekali yang saya dah pernah baca.

 

Kemudian saya teringat yang saya pernah janji kepada pemilik produk Kertas Kerja Perniagaan, yang saya nak bantu promosikan produk tersebut.

 

Kertas kerja perniagaan ini sebenarnya adalah benda yang sangat penting kepada usahawan dan juga bakal usahawan. Secara umumnya, kertas kerja ini fungsinya adalah untuk menceritakan secara terperinci, lengkap dan komprehensif mengenai perniagaan yang anda sedang atau bakal jalankan.

 

rancangan-perniagaanSetiap orang mempunyai kertas kerja yang berbeza, walaupun untuk perniagaan yang sama. Contohnya, walaupun ada dua orang usahawan yang menjalankan perniagaan yang sama, seperti bisnes air balang, namun tak semestinya kedua-duanya bakal menghasilkan kertas kerja yang sama.

 

Pasti akan ada perbezaannya. Mungkin kelainan itu dari segi menu, sasaran pelanggan, pusingan modal dan sebagainya.

 

Jika perniagaan anda tidak memiliki kertas kerja perniagaan yang tersendiri, saya rasa bisnes anda terdedah kepada bahaya. Kita lihat kertas kerja ini bukan semata-mata untuk tujuan meminta sebarang dana dari pihak yang berkaitan, sebaliknya kertas kerja ini boleh dijadikan sebagai Standard Order Procedure (SOP) atau sesetengah pihak menggelarnya sebagai Standard Order Guideline (SOG).

 

Bila ada benda-benda ni semua, barulah pemilik perniagaan dapat fokus untuk berikan yang terbaik kepada perniagaannya, dengan tidak mensabotaj perniagaan sendiri. Apa tidaknya… jika anda tidak mempunyai sebarang SOP, anda terdedah untuk bertindak mengikut emosi.

 

Pada satu hari anda rasakan, berniaga air balang adalah perniagaan yang paling best. Kemudian anda dengar pula, perniagaan internet sangat menguntungkan dan mudah untuk dijalankan, lalu anda mula mengubah hala tuju perniagaan anda. Seterusnya anda dapat tahu, media sosial dapat bantu meningkatkan jualan produk-produk anda, lalu anda sekali lagi mengubah perjalanan bisnes anda.

 

Awas. Siapa yang biasa buat macam ni, saya syorkan anda luangkan sedikit masa untuk menyediakan SOP bagi perniagaan anda. Jangan buat apa-apa kerja yang lain terlebih dahulu, sebelum anda siapkan terlebih dahulu kertas kerja perniagaan anda.

 

Jika anda rasa tak tau nak bermula dari mana, saya cadangkan anda bermula dengan membaca laman web ini. Ini masa untuk anda menguruskan perniagaan anda dengan lebih serius. Tak ada istilah trial and error untuk anda, lebih-lebih lagi kalau anda menjalankan perniagaan anda dengan modal yang sangat minima. Mereka yang ada modal lebih, maka tak ada masalah untuk mereka buat trial and error.

 

Akan tetapi, kalau situasi perniagaan anda tidak membenarkan untuk anda melakukan kesilapan, walaupun hanya sedikit, maka saya syorkan anda patut lebih serius dan peruntukkanlah masa dan tenaga anda untuk menghasilkan sebuah rancangan perniagaan yang khusus dan spesifik untuk perniagaan anda.

 

Kat luar sana, kos yang dikenakan untuk menyiapkan rancangan perniagaan adalah sekitar RM200 – RM500. Bergantung kepada industri dan juga jenis perniagaan. Namun saya rasa, anda pasti lebih suka untuk jimatkan duit anda, daripada anda belanjakan untuk sesuatu yang bersifat one off. Betul kan?

 

Sebab tu saya ingin cadangkan anda dapatkan contoh-contoh kertas kerja perniagaan dari laman web ini. Sekurang-kurangnya terdapat 33 contoh kertas kerja perniagaan yang anda boleh jadikan contoh dan template untuk anda guna semula pada perniagaan anda.

 

Selain dari itu, ia juga boleh di edit semula untuk disesuaikan bagi kegunaan perniagaan lain.

 

Ya, sebagai pemilik perniagaan anda mungkin tak ada masa nak buat semua ini. Namun saya percaya, jika ketika ini anda sangat sibuk mengurus perniagaan anda, anda pasti ada seorang atau mungkin beberapa orang setiausaha. Apa kata anda dapatkan contoh-contoh pelan rancangan perniagaan ini dari laman web Pakej Niaga ini.

 

Mudahkan kerja-kerja setiausaha anda, dan pastinya ini akan menjadikan mereka lebih produktif. Daripada anda biarkan mereka buat kertas kerja mengikut format yang sedia ada, mungkin dengan merujuk kepada format dari laman web kertas kerja perniagaan ini, anda dapat menghasilkan sebuah kertas kerja yang berkali ganda lebih baik berbanding yang sebelumnya.

 

Jika di masa akan datang, anda berhasrat untuk mulakan perniagaan lain, anda dah tak perlu pening-pening kepala lagi, sebabnya anda dah ada rujukan untuk hasilkan kertas kerja perniagaan anda sendiri. Nak dapatkan pembiayaan perniagaan? Bahagian kertas kerja perniagaan anggap sahaja dah tak ada masalah!

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: kertas kerja mohon pinjaman, kertas kerja perniagaan, perancangan perniagaan, permohonan pinjaman perniagaan, rancangan perniagaan, template kertas kerja perniagaan

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in