Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 15, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makan

Berita yang saya baca dari laman web sinar harian adalah tentang larangan merokok di tempat makan.

 

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Januari 2019 peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan larangan itu, perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

 

Info grafik ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada peraturan yang ingin dikuatkuasakan.

merokok-tempat-awam

Kemudian berita yang bertarikh 12 November 2018 pula melaporkan terdapat pengusaha restoran yang tak bersetuju dengan peraturan tersebut.

 

Ini berita yang dimaksudkan.

larangan-merokok

Pengusaha restoran bantah larangan merokok

KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 pengusaha restoran di bawah tiga persatuan, tidak menyokong arahan Kementerian Kesihatan mengenai peraturan larangan merokok di semua premis makanan berkuat kuasa 1 Januari.

Tiga persatuan itu adalah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas).

Presiden MSCSPGA Datuk Ho Su Mong berkata larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka itu adalah tidak realistik dan tiada usaha oleh pihak berkuasa untuk menghentikan amalan merokok oleh perokok.

Beliau berkata kerajaan tidak seharusnya mengenakan larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka melainkan ia memperkenalkan zon merokok atau kamar kecil untuk merokok seperti di negara maju iaitu di Jepun dan Singapura.

“Kamar kecil zon merokok yang transparensi ini boleh memastikan pelanggan yang tidak merokok, tidak terjejas dengan asap, ia hanya membenarkan beberapa orang perokok sahaja. Cara ini kita boleh memastikan atmosfera bersih dan bebas daripada asap,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada awal September, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata bermula 1 Januari 2019 peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan larangan itu, perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

Walaupun pengusaha makanan membantah peraturan larangan ini, Ho berkata ia tidak bermakna persatuan itu menggalakkan pelanggan mereka merokok tetapi menegaskan setiap individu mempunyai hak.

Ho berkata beliau telah mengutus surat kepada kementerian untuk mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik melalui kaedah menang-menang berhubung perkara itu.

Sementara itu, Presiden Primas T. Mutusamy berkata mengharamkan merokok di restoran atau premis makanan akan menjejaskan pendapatan mereka kerana hampir 40 peratus pelanggan adalah perokok.

Beliau berkata kerajaan harus mengambil kira kesan dan kebajikan pengusaha makanan apabila melaksanakan larangan merokok itu dan berharap kerajaan akan menimbang semula keputusannya untuk menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan. – Bernama

hisap-rokok-di-restoran

Saya rasa macam ada yang tak kena, kalau usaha seperti ini tidak mendapat tentangan atau bantahan dari mana-mana pihak. Akhirnya, yang dinanti-nantikan muncul juga akhirnya.

 

Ada juga pemilik restoran yang bersuara, dan menyatakan pendapat masing-masing mengenai impak yang bakal mereka hadapi apabila larangan tersebut dikuatkuasakan.

 

Saya tertanya-tanya juga, tentang perihal dimana pemilik premis perniagaan akan dikenakan denda RM2,500 jika tidak mematuhi larangan ini. Bagaimana kalau ada pelanggan yang degil, tetap nak merokok dalam kedai, adakah dengan kedegilan pelanggan yang satu ini, akan menyebabkan pemilik kedai tu dikenakan tindakan denda juga?

 

Pemilik restoran dan para peniaga ni, seharusnya tak perlulah terlalu risau dengan larangan ini. Setidak-tidaknya, bagi peluang untuk kita lihat terlebih dahulu, apa kesan yang bakal timbul.

 

Kenapa mereka begitu yakin, yang dengan adanya perlaksanaan peraturan ini, perniagaan mereka akan terus terjejas teruk? Apakah di Malaysia ini, majoriti penduduknya adalah perokok?

 

I don’t think so.

 

Saya membaca berita dari Astro Awani, dan menurut Ahli Lembaga Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Siti Nurbaya Shahrir, bilangan perokok di Malaysia adalah sekitar 21% sahaja.

 

Ini bermakna, ada 79% penduduk di Malaysia tidak merokok. Saya pernah tulis sedikit pendapat saya sebelum ini menerusi artikel sebelum ni yang berjudul Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!

 

Orang yang merokok ni, biasanya dia akan hisap rokok sama ada ketika

  1. Menunggu makanan disiapkan
  2. Selepas habis makan

 

Mungkin ada pelanggan yang akan hisap rokok sementara tunggu, dan selepas makanan habis dijamah. Tapi yang ini jarang berlaku. Maklumlah, nak jimatkan rokok. Rokok kan dah mahal sekarang. Kalau ada yang buat juga, mungkin dia akan hisap rokok yang sama.

 

Hisap dalam dua atau tiga kali sedut, lepas tu padamkan api. Sambung lepas dah habis makan pula. Tapi itu bukan point yang saya nak ketengahkan kat sini.

 

Bila makan dekat luar, saya perhatikan kebanyakkan perokok ini akan hisap rokok selepas habis makan. Waktu tu orang lain baru nak mula makan, si perokok ni dengan langsung tak pedulikan keadaan sekeliling akan mula hisap rokok dan asap rokok tu dia biar sahaja kena pada orang lain.

 

Saya kira, dengan adanya peraturan ini nanti, para perokok yang nak merokok tu nanti boleh segera beredar lepas habis makan. Dia boleh hisap rokok dekat mana-mana kawasan yang tak diwartakan sebagai kawasan larangan.

 

Tempat dia duduk tu nanti, orang lain boleh guna untuk makan disitu.

Pelanggan yang selama ini, terpaksa tapau sebab tak tahan dengan perokok, boleh makan di kedai makan dan restoran.

 

Pada waktu ini, saya tetap yakin, perniagaan anda akan bertambah baik, apabila geng-geng perokok ini nanti dah tak boleh merokok di kedai makan. Mereka akan tetap datang dan makan. Macam mana pun, setiap hari kena makan dan perut tu perlu diisi.

 

Cuma bezanya sekarang ini, dia dah tak boleh hisap rokok disitu. Itu sahaja. Kalau sebelum ini, kedai anda ramai orang pun, boleh jadi sebab orang ramai datang melepak sambil hisap rokok sahaja.

 

Sepatutnya satu meja, boleh clear dalam masa 30 – 40 minit. Tapi disebabkan adanya pelanggan yang melepak dan hisap rokok disitu, dua jam pun masih tak balik-balik lagi. Pernah tengok, apa yang dia beli?

 

Jangan-jangan cuma order air semata-mata.

 

Padahal dalam dua jam tu, kalau anda terima pelanggan yang datang sebab nak makan semata, boleh dapat sekurang-kurangnya 4 kumpulan pelanggan yang berbeza.

 

Apa pun, kita lihatlah nanti apa keputusannya. Saya menyokong usaha ini. Lagipun, saya tak merokok dan saya dah bosan dengan perokok yang tak bertimbang rasa mengotorkan udara kat sekeliling saya.

 

Saya juga ada hak. Saya juga ada hak untuk menikmati udara yang bersih dan bebas dari bahan kimia yang terhasil dari asap rokok.

 

Kepada pemilik restoran, saya berpendapat, daripada anda risau mengenai peraturan dan larangan ini akan menyebabkan pelanggan anda lari, saya kira lebih baik anda risau tentang kualiti dan rasa makanan yang dijual dikedai anda. Kalau makanan yang dimasak tu memang sedap, dan harga juga berpatutan, pelanggan tak akan lari.

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: bantahan larangan merokok, larangan merokok di restoran, larangan merokok di tempat awam

October 23, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!

Bermula 1 Januari 2019, tempat-tempat awam seperti restoran berhawa dingin atau tanpa penghawa dingin, gerai dan juga warung makanan tepi jalan akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. 

 

Akta yang digunakan adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal dibawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983.

 

Jika gagal dipatuhi, hukuman yang dikenakan keatas

Individu

Denda maksimum RM10,000 atau penjara tak lebih 2 tahun.

 

Pemilik premis makanan

Denda RM2,500

 

Boleh rujuk poster dibawah

merokok-tempat-awam

Apa pandangan anda berkenaan isu ini? Adakah sangat gembira, gembira, tak ada beza, tak suka, atau sangat benci?

 

Sudah tentu, setiap orang akan ada pandangan yang berbeza, kan? Bagi orang yang tak merokok, ini mungkin kita boleh anggap sebagai satu berita baik dari pihak kerajaan baru ini.

 

Tapi bagi perokok yang memang ada rutin dan tabiat merokok di kedai-kedai makan, benda ini mungkin akan buatkan mereka rasa kurang senang.

 

Saya kira, kalau benda ini memang betul-betul boleh dilaksanakan dan ianya dikuatkuasakan dengan tegas, denda-denda yang bakal dikenakan kepada perokok dan pemilik kedai tu nanti, bolehlah digunakan untuk bayar hutang-hutang negara dan juga untuk pembangunan, kan.

 

Tak perlu susah payah nak bentangkan usul tentang perlunya untuk memperkenalkan cukai yang baru. Sebaliknya fokus sahaja kepada denda para perokok yang merokok di tempat awam.

 

Sambil makan, sambil hisap rokok

Sepanjang saya makan di restoran atau di warung-warung, saya tak pernah lagi jumpa ada orang yang sambil makan, dia hisap rokok. Maksud saya, rokok sentiasa ditangan.

 

Selepas dia suap nasi, kunyah-kunyah telan. Lepas tu dia berhenti kejap, hisap rokok satu pam, lepas tu sambung makan nasi. Kemudian minum air, hisap rokok, suap nasi sekali lagi.

 

Tak pernah saya nampak adegan seperti itu.

hisap-rokok-di-restoran

Apa yang biasa saya nampak, orang yang merokok ni, bila sampai je dia akan order makanan. Sambil tunggu makanan sampai, ada yang merokok dulu.

 

Tapi tak ramai yang macam ini. Kebanyakkan yang biasa saya jumpa, dia akan merokok selepas habis makan. Tak tau kenapa, mungkin sebab nak save rokok ke?

 

Selepas makanan tu dah sampai, dia makan dengan penuh selera. Habis je makan, terus dia merokok, tanpa dia pandang siapa ada di kiri dan kanan.

 

Sebab tu orang yang ada anak kecik, tak berapa suka makan diluar. Udara di luar tak bersih dan tak selamat untuk anak kecik.

 

Saya anggap perokok ini adalah seorang yang selfish. Semasa dia makan, tak ada siapa yang ganggu dia dengan asap rokok. Tetapi, apabila orang lain belum habis makan dan dia dah habis makan, dia balun rokok dan tak ambik kisah pun asap rokok tu pergi ke mana.

 

Why not lepas ko habis makan tu, ko blah. Lepas tu kalau ko nak hisap rokok puas-puas, suka hati ko la. Pastikan kat tempat tu, memang tak ada orang, dan asap rokok ko tu tak menjejaskan udara orang lain.

 

Saya harap langkah ini tidak dilihat sebagai satu langkah yang bakal membinasakan atau menghancurkan perniagaan oleh para pengusaha bisnes restoran.

 

Jangan pulak nanti, tiba-tiba akan ada persatuan pengusaha bisnes restoran yang acah-acah buat tunjuk perasaan yang katanya bisnes mereka jatuh sebab pelanggan dah tak boleh hisap rokok kat premis perniagaan mereka.

 

Di pihak pengguna pula, saya harap apabila larangan ini dikuatkuasakan, kita boleh sama-sama support perniagaan orang kita. Tunjukkan pada mereka, bisnes mereka selama ni sendu bukan sebab makanan mereka tak sedap, atau sebab harga mereka mahal, tapi sebaliknya ada perokok-perokok yang buatkan orang tak suka nak lepak kedai makan.

 

 

 

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: denda jika merokok ditempat awam, kadar denda jika merokok di tempat awam, larangan merokok di tempat awam

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
    Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut