Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makan

Berita yang saya baca dari laman web sinar harian adalah tentang larangan merokok di tempat makan.

 

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Januari 2019 peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan larangan itu, perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

 

Info grafik ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada peraturan yang ingin dikuatkuasakan.

merokok-tempat-awam

Kemudian berita yang bertarikh 12 November 2018 pula melaporkan terdapat pengusaha restoran yang tak bersetuju dengan peraturan tersebut.

 

Ini berita yang dimaksudkan.

larangan-merokok

Pengusaha restoran bantah larangan merokok

KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 pengusaha restoran di bawah tiga persatuan, tidak menyokong arahan Kementerian Kesihatan mengenai peraturan larangan merokok di semua premis makanan berkuat kuasa 1 Januari.

Tiga persatuan itu adalah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas).

Presiden MSCSPGA Datuk Ho Su Mong berkata larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka itu adalah tidak realistik dan tiada usaha oleh pihak berkuasa untuk menghentikan amalan merokok oleh perokok.

Beliau berkata kerajaan tidak seharusnya mengenakan larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka melainkan ia memperkenalkan zon merokok atau kamar kecil untuk merokok seperti di negara maju iaitu di Jepun dan Singapura.

“Kamar kecil zon merokok yang transparensi ini boleh memastikan pelanggan yang tidak merokok, tidak terjejas dengan asap, ia hanya membenarkan beberapa orang perokok sahaja. Cara ini kita boleh memastikan atmosfera bersih dan bebas daripada asap,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada awal September, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata bermula 1 Januari 2019 peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan larangan itu, perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

Walaupun pengusaha makanan membantah peraturan larangan ini, Ho berkata ia tidak bermakna persatuan itu menggalakkan pelanggan mereka merokok tetapi menegaskan setiap individu mempunyai hak.

Ho berkata beliau telah mengutus surat kepada kementerian untuk mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik melalui kaedah menang-menang berhubung perkara itu.

Sementara itu, Presiden Primas T. Mutusamy berkata mengharamkan merokok di restoran atau premis makanan akan menjejaskan pendapatan mereka kerana hampir 40 peratus pelanggan adalah perokok.

Beliau berkata kerajaan harus mengambil kira kesan dan kebajikan pengusaha makanan apabila melaksanakan larangan merokok itu dan berharap kerajaan akan menimbang semula keputusannya untuk menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan. – Bernama

hisap-rokok-di-restoran

Saya rasa macam ada yang tak kena, kalau usaha seperti ini tidak mendapat tentangan atau bantahan dari mana-mana pihak. Akhirnya, yang dinanti-nantikan muncul juga akhirnya.

 

Ada juga pemilik restoran yang bersuara, dan menyatakan pendapat masing-masing mengenai impak yang bakal mereka hadapi apabila larangan tersebut dikuatkuasakan.

 

Saya tertanya-tanya juga, tentang perihal dimana pemilik premis perniagaan akan dikenakan denda RM2,500 jika tidak mematuhi larangan ini. Bagaimana kalau ada pelanggan yang degil, tetap nak merokok dalam kedai, adakah dengan kedegilan pelanggan yang satu ini, akan menyebabkan pemilik kedai tu dikenakan tindakan denda juga?

 

Pemilik restoran dan para peniaga ni, seharusnya tak perlulah terlalu risau dengan larangan ini. Setidak-tidaknya, bagi peluang untuk kita lihat terlebih dahulu, apa kesan yang bakal timbul.

 

Kenapa mereka begitu yakin, yang dengan adanya perlaksanaan peraturan ini, perniagaan mereka akan terus terjejas teruk? Apakah di Malaysia ini, majoriti penduduknya adalah perokok?

 

I don’t think so.

 

Saya membaca berita dari Astro Awani, dan menurut Ahli Lembaga Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Siti Nurbaya Shahrir, bilangan perokok di Malaysia adalah sekitar 21% sahaja.

 

Ini bermakna, ada 79% penduduk di Malaysia tidak merokok. Saya pernah tulis sedikit pendapat saya sebelum ini menerusi artikel sebelum ni yang berjudul Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!

 

Orang yang merokok ni, biasanya dia akan hisap rokok sama ada ketika

  1. Menunggu makanan disiapkan
  2. Selepas habis makan

 

Mungkin ada pelanggan yang akan hisap rokok sementara tunggu, dan selepas makanan habis dijamah. Tapi yang ini jarang berlaku. Maklumlah, nak jimatkan rokok. Rokok kan dah mahal sekarang. Kalau ada yang buat juga, mungkin dia akan hisap rokok yang sama.

 

Hisap dalam dua atau tiga kali sedut, lepas tu padamkan api. Sambung lepas dah habis makan pula. Tapi itu bukan point yang saya nak ketengahkan kat sini.

 

Bila makan dekat luar, saya perhatikan kebanyakkan perokok ini akan hisap rokok selepas habis makan. Waktu tu orang lain baru nak mula makan, si perokok ni dengan langsung tak pedulikan keadaan sekeliling akan mula hisap rokok dan asap rokok tu dia biar sahaja kena pada orang lain.

 

Saya kira, dengan adanya peraturan ini nanti, para perokok yang nak merokok tu nanti boleh segera beredar lepas habis makan. Dia boleh hisap rokok dekat mana-mana kawasan yang tak diwartakan sebagai kawasan larangan.

 

Tempat dia duduk tu nanti, orang lain boleh guna untuk makan disitu.

Pelanggan yang selama ini, terpaksa tapau sebab tak tahan dengan perokok, boleh makan di kedai makan dan restoran.

 

Pada waktu ini, saya tetap yakin, perniagaan anda akan bertambah baik, apabila geng-geng perokok ini nanti dah tak boleh merokok di kedai makan. Mereka akan tetap datang dan makan. Macam mana pun, setiap hari kena makan dan perut tu perlu diisi.

 

Cuma bezanya sekarang ini, dia dah tak boleh hisap rokok disitu. Itu sahaja. Kalau sebelum ini, kedai anda ramai orang pun, boleh jadi sebab orang ramai datang melepak sambil hisap rokok sahaja.

 

Sepatutnya satu meja, boleh clear dalam masa 30 – 40 minit. Tapi disebabkan adanya pelanggan yang melepak dan hisap rokok disitu, dua jam pun masih tak balik-balik lagi. Pernah tengok, apa yang dia beli?

 

Jangan-jangan cuma order air semata-mata.

 

Padahal dalam dua jam tu, kalau anda terima pelanggan yang datang sebab nak makan semata, boleh dapat sekurang-kurangnya 4 kumpulan pelanggan yang berbeza.

 

Apa pun, kita lihatlah nanti apa keputusannya. Saya menyokong usaha ini. Lagipun, saya tak merokok dan saya dah bosan dengan perokok yang tak bertimbang rasa mengotorkan udara kat sekeliling saya.

 

Saya juga ada hak. Saya juga ada hak untuk menikmati udara yang bersih dan bebas dari bahan kimia yang terhasil dari asap rokok.

 

Kepada pemilik restoran, saya berpendapat, daripada anda risau mengenai peraturan dan larangan ini akan menyebabkan pelanggan anda lari, saya kira lebih baik anda risau tentang kualiti dan rasa makanan yang dijual dikedai anda. Kalau makanan yang dimasak tu memang sedap, dan harga juga berpatutan, pelanggan tak akan lari.

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

twenty + 9 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes