Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 11, 2016 by Sabree Hussin 3 Comments

Berapa harga seluar dalam Munafie?

Berapa harga seluar dalam Munafie? Mungkin ramai juga yang nak tau, berapa sebenarnya harga jual untuk seluar dalam Munafie ni? Dalam perkongsian pada kali ini, saya akan cerita serba sedikit tentang seluar dalam Munafie ini.

 

Ini merupakan lanjutan bagi artikel saya sebelum ini. Jika anda masih belum pernah baca, boleh klik pada link dibawah ya.

Klik untuk baca: Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta

 

Seperti kebanyakkan produk, pada waktu awal-awal produk ini diperkenalkan, seluar dalam Munafie ini dijual dengan harga yang agak mahal. Saya tak pasti, adakah kerana kos untuk menghasilkan produk ini yang memang mahal, ataupun kerana ia adalah produk baru dan masih lagi kurang dari segi persaingan, jadi ia dijual dengan harga yang agak tinggi.

 

Saya pernah lihat, ada orang jual dengan harga sehingga RM30++ untuk satu helai seluar ini. Walaubagaimanapun, harga tersebut tidak kekal lama. Ia mula turun secara berperingkat-peringkat hinggalah harganya mula jatuh kepada belasan ringgit untuk satu helai.

 

Pada mulanya saya fikirkan, harga RM17 untuk satu helai seluar dalam Munafie adalah harga akhir ia akan jatuh, rupa-rupanya saya silap!

 

Pada satu hari saya terjumpa satu tawaran harga yang agak rendah. Anda boleh lihat ke pautan ini, dan anda sendiri boleh lihat seluar dalam Munafie ini ada yang dijual dengan harga RM30 untuk tiga helai. Ini bermakna, harga untuk sehelai seluar dalam Munafie dah jatuh kepada RM10 sahaja sehelai.

 

Sekali lagi saya silap.

 

Ada berita yang lebih baik. Jika anda dapatkan seluar dalam Munafie ini dalam kuantiti yang lebih besar, lebih banyak penjimatan yang anda boleh perolehi. Saya menggunakan laman web ini untuk merujuk harga semasa seluar dalam Munafie ini.

harga-seluar-munafie

Buat pilihan yang bijak.

 

Kalau anda nak borong seluar ini pun boleh. Bila dah borong seluar ini, nanti boleh jual semula. Sama ada nak jual kepada kawan-kawan di FB, jual dekat saudara mara, jual dekat ahli keluarga ke, itu semua terpulang kepada anda.

 

Siapa tahu, ini adalah permulaan untuk anda mula membiasakan diri dalam karier dalam bidang jualan.

 

Laman web ini adalah salah satu laman web yang selalu saya jadikan rujukan untuk mengetahui berapakah harga semasa untuk produk tertentu. Selalunya, selepas saya terjumpa tawaran produk tertentu di iklankan di FB, saya tak akan terus PM orang yang jual, sebaliknya saya akan lihat dulu sama ada produk tersebut ada dijual di laman web tersebut atau tidak.

 

Kadang-kadang, jika bernasib baik, saya boleh dapatkan produk yang sama dengan harga yang berkali ganda lebih murah. Wah… Ini sudah pasti sangat menguntungkan dan menjimatkan!

 

Selamat mencuba dan selamat membeli belah.

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: berapa harga seluar munafie, harga munafie, munafie tipu, seluar dalam munafie, seluar munafie, seluar munafie borong

July 29, 2016 by Sabree Hussin 1 Comment

Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta

Seluar dalam cap Munafie. Sekali dengar nama macam cap munafik la pulak haha. Iklan tentang seluar dalam ini muncul beberapa kali dalam nesfeed FB saya. Apa yang menariknya, iklan seluar Munafie (Munafie slimming pants) ini yang hanya menggunakan video macam kat bawah ni, menerima komen, like dan share yang agak banyak!

 

 

Tekan butang PLAY pada video di atas untuk lihat keajaiban seluar dalam jenama Munafie ni. Dah tengok ke?

 

Saya faham, ada ramai orang kita yang ada masalah perut buncit, boroi dan lemak berlebihan di bahagian pinggang dan juga pinggul. Lagi menyakitkan hati, lemak kat situ memang cukup degil. Bukan senang nak dibuang, dan kena lakukan banyak senaman untuk betul-betul nampak kesannya.

 

Tapi itu semua bukannya seratus peratus salah anda. Kadang-kadang cara hidup kita ni yang buatkan kita tak ada masa nak bersenam. Jadual kerja yang tak konsisten dan macam-macam lagi sebab. Mungkin, ada antara pembaca yang sebenarnya memang dalam proses untuk hilangkan lemak degil di bahagian perut dan pinggul. Cuma ia ambil masa.

 

Keep up the good work. Seluar dalam cap munafie ini didatangkan dari jepun. Ia membantu si pemakainya menyembunyikan lemak-lemak yang tak diingini dengan serta merta. Samalah macam dalam video kat atas tu. Apa yang menariknya, bila anda pakai seluar munafie ni, orang tak akan tahu pun yang anda pakai seluar ni.

 

Sebab anda pakai kat dalam kan. Mana ada orang pakai kat luar. Jadi ianya tersorok! Tengok video kat bawah ni pulak. Video kat bawah ni adalah sesi temubual dengan orang yang pakai seluar dalam munafie. Lepas tu bila dia bukak seluar tu lihat pulak perbezaannya. Jadi anda boleh lihat dan nilaikan sendiri betapa banyak perbezaannya.

 

Abaikan bahasa dia. Yang saya nak anda lihat adalah bagaimana kesannya kepada si pemakai.

 

Baiklah, saya tau mungkin ada yang berminat nak dapatkan seluar dalam Munafie ni, kalau kena dengan harganya, betul tak? Jadi saya syorkan anda lihat di laman web Lazada ini.

munafie-pants

Dekat facebook dan instagram pun ada yang jual produk ini. Cuma saya tengok harga dia pelbagai. Ada yang lebih mahal dari ini pun ada. Apa pun, jika nak dapatkan lebih penjimatan mungkin anda boleh semak harga kat sini dulu.

 

Apa pun, seluar ni untuk perempuan.

 

Tak pasti orang laki boleh pakai ke tak. Dari segi design ia memang direka untuk bentuk badan orang perempuan. Jadi bolehlah hadiahkan kepada isteri-isteri kalian, jika mahu.

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: munafie slimming pants, seluar dalam munafie, seluar munafie

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja
    Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in