Baru-baru ni, saya terjumpa sebuah platform buat duit online yang agak menarik dan nampak bagus untuk disertai. Platform yang saya maksudkan ialah Adhance by Ajobthing. Mesti anda juga minat nak tau, macam mana cara nak buat duit dengan AdHance, kan?
1. Saya rasa, mungkin ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini yang juga pernah dengar tentang platform Adhance ini, dan berminat nak tau macam mana nak buat duit dengan Adhance.
2. Kalau kita rujuk kepada laman web Adhance, (pada waktu catatan ini saya tulis) pihak Adhance mengatakan yang kita berupaya untuk menghasilkan pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan.
3. Ya, pendapatan tersebut adalah berbentuk pendapatan bulanan, dan bukannya bersifat one time payment. Kalau bulan ni dapat RM5,000 maka bulan yang akan datang juga boleh ada peluang dapat jumlah yang sama.
4. Anda boleh rujuk laman web Adhance menerusi pautan ini. Lepas tu bolehlah baca apa-apa yang patut, dan kalau anda berminat dengan apa yang ditawarkan oleh pihak AdHance, bolehlah teruskan dengan proses pendaftaran.
5. Pendaftaran untuk menyertai program ini adalah PERCUMA sahaja. Program ini percuma untuk disertai, namun ia memberi kita peluang untuk buat duit yang agak banyak dan lumayan.
6. Berikut pula adalah prestasi peserta sebelum ini yang pernah join AdHance.
7. Maklumat diatas saya perolehi dari laman web Adhance. Rujuk pada halaman Top 10. Halaman ini hanya akan anda lihat setelah anda mendaftar sebagai salah seorang peserta program AdHance.
8. Peserta yang memperolehi pendapatan yang tertinggi adalah peserta yang menggunakan nama id Bang Mat dan pendapatan yang diperolehi adalah sebanyak RM2,300.32. Saya percaya pendapatan yang beliau perolehi ini tidak akan terhenti setakat disitu sahaja, dan ada peluang untuk ia terus naik dan terus naik.
Apa yang perlu dilakukan oleh peserta program ini bagi melayakkan diri untuk menjana pendapatan yang sebegini lumayan?
9. Saya akan cerita secara langkah demi langkah supaya lebih mudah untuk anda nampak apa step dan bagaimana flow untuk buat duit disini.
10. Kita mulakan dengan pendaftaran sebagai ahli dulu. Jika anda masih belum pernah daftar sebagai ahli, maka anda boleh berbuat demikian dan melakukan pendaftaran secara PERCUMA sahaja di sini. Isikan borang dengan selengkapnya dan tunggu sehingga penyertaan anda disahkan.
11. Apabila pendaftaran anda telah disahkan dan diterima, anda boleh log in ke member area. Paparan seperti dibawah ini akan dapat dilihat bagi mereka yang telah memperolehi pengesahan.
12. Ada beberapa tab yang penting yang boleh anda akses di member area, iaitu
Report – Laporan tentang berapa ramai yang telah memohon pekerjaan dan berapa pendapatan yang telah anda hasilkan.
Jobs – Boleh cari kerja dan save kerja yang ingin dipromosikan.
Invite Friends – Boleh ajak kawan-kawan lain untuk join program ini. Jika anda belum join program ini, sila berbuat demikian dengan membuat pendaftaran disini.
FAQs – Soalan-soalan lazim tentang program ini
Top 10 – Tentang 10 orang yang paling perform dalam program ini.
13. Selepas akaun keahlian anda diaktifkan, langkah seterusnya ialah, anda tekan ke pautan Jobs dan mula cari kerja yang anda rasa sesuai dan minat untuk dihebahkan.
14. Setiap job yang tersenarai menawarkan jumlah komisen yang berbeza mengikut tier. Contohnya
Tier 15 ads pay RM0.15 per applicant
Tier 30 ads pay RM0.30 per applicant
Tier 45 ads pay RM0.45 per applicant
Tier 75 ads pay RM0.75 per applicant
Tier 60 ads pay RM0.60 per applicant
Tier 90 ads pay RM0.90 per applicant
15. Sebagai contoh lagi, daripada carian yang saya buat, saya tertarik dengan kerja yang diiklankan oleh Sushi King.
16. Langkah seterusnya adalah tekan pada butang Add Now! dan saya akan dapat link unik untuk saya gunakan dalam hebahan yang bakal saya lakukan.
17. Sekiranya terdapat individu yang memohon pekerjaan ini, tak kira sama ada dia diterima bekerja atau tidak, yang penting ada applications, saya akan menerima bayaran sebanyak RM0.75
18. Kerja-kerja ini semua sebenarnya datangnya dari laman web carian kerja yang berbeza, dan salah satunya ialah dari laman web maukerja.my
19. Ianya merupakan laman web carian kerja yang menyenaraikan ribuan kerja kosong yang diiklankan oleh syarikat yang memang memerlukan pekerja. Ada macam-macam syarikat yang mengiklankan kerja kosong menerusi laman web tersebut, antaranya Nando’s, Spotlight, Aeon, Sushi King dan banyak lagi. Lebih mudah kalau anda lihat sendiri berbanding saya senaraikan satu per satu disini.
20. Jika anda juga minat nak buat duit dengan Adhance, tugas anda adalah sebagai juruhebah yang memberitahu tentang jawatan kosong yang terdapat dalam mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja.
21. Dalam situasi ini,
- Anda telah menolong para pencari kerja yang masih belum dapat kerja.
- Anda telah menolong syarikat yang memerlukan pekerja.
- Anda telah menolong diri anda sendiri dengan menghasilkan pendapatan sampingan menerusi program ini.
22. Jika dibuat dengan betul, In Shaa Allah semua orang akan dapat manfaat.
23. Konsep yang bakal kita lakukan ini adalah seperti program affiliate. Dalam program ini, kita akan dibayar apabila berjaya mendapatkan seseorang untuk memohon pekerjaan tertentu menerusi link affiliate atau link unik kita.
24. Kita sedia maklum, kat luar sana memang ramai orang yang sedang mencari pekerjaan. Mereka menggunakan medium yang susah dan leceh untuk cari kerja. Ada yang masih lagi bergantung kepada iklan dari surat khabar untuk cari kerja. Ada juga yang tanya kawan-kawan yang dah bekerja sama ada terdapat kerja kosong kat tempat kawan mereka bekerja.
25. Dengan adanya portal seperti Adhance ini, kita boleh jadi juruhebah dan bantu orang yang sedang cari kerja.
26. Dengan ini, secara tak langsung, kita juga telah bantu meningkatkan ekonomi negara dengan membantu para pencari kerja mendapatkan kerja. Seterusnya kadar pengangguran negara kita akan mula turun.
27. Orang yang cari kerja juga tak perlu susah payah nak pergi career fair atau nak pergi turun naik dari satu premis perniagaan ke satu premis perniagaan. Atau dari satu restoran ke satu restoran, dan kilang ke satu kilang. Jika mereka ternampak iklan yang anda buat di media sosial atau di blog, mereka boleh klik iklan anda dan terus memohon kerja.
28. Ini pula contoh pendapatan yang telah dihasilkan oleh ahli AdHance sebelum ini.
29. Jangan sekadar lihat berapa RINGGIT yang dah dihasilkan, sebaliknya lihat juga pada kolum Total Applied. Ia juga memberi kita gambaran bahawa setakat sekarang ni dah ramai yang telah dibantu untuk dapatkan pekerjaan.
30. Kita bantu orang dapatkan kerja, at the same time, kita juga akan dibayar upah. Bagus, kan? Jika anda juga nak join buat kerja yang mulia ini, bolehlah daftar sekarang sebagai ahli AdHance menerusi pautan ini.
31. Setelah permohonan anda diterima, anda juga akan dijemput masuk ke group khas untuk tujuan latihan dan perkongsian strategi serta teknik pemasaran.
Selamat mencuba, dan jom kita sama-sama buat duit dengan AdHance.
Saya telah menulis dengan bahasa yang paling mudah bagi menerangkan tentang peluang pendapatan menerusi Program Referral Adhance ini. Namun, saya dapati masih ada pembaca yang kata TAK FAHAM.
Jadi, saya ada tulis artikel lain sebagai bacaan tambahan tentang program ini dan cara untuk buat duit melaluinya.
Baca disini ya: Review dan Idea Komprehensif untuk jana pendapatan dengan Program Adhance