Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 28, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Buat video khas sempena kontes Belajar Buat Blog

Baru-baru ni, saya ada beli sebuah panduan yang mengajar cara-cara untuk buat duit menerusi laman web Youtube. Menerusi panduan tersebut, pembaca dapat belajar cara-cara untuk buat duit menerusi program pengiklanan Google Adsense.

 

Panduan yang saya maksudkan ialah panduan Buat duit dengan Video Youtube yang ditulis oleh Masfira. Klik sini untuk lihat panduan tersebut.

panduan-buat-duit-dengan-youtube

1. Ini bukanlah kali pertama saya beli panduan seumpama ini, yang mengajar cara-cara untuk menggunakan video untuk jana pendapatan secara online.

 

2. Apa yang boleh saya katakan, kebanyakkan maklumat yang dimasukkan dalam ebook ini, saya dah tahu.

 

3. Memandangkan sebelum ini, saya lebih kerap menggunakan medium blog dalam pemasaran secara online, saya dapati terdapat beberapa persamaan apabila kita nak buat duit menerusi google adsense ini.

 

4. Perbezaannya adalah penggunaan medium apa. Kalau blog, saya biasa gunakan artikel, manakala kalau nak guna Youtube, saya perlu guna video.

 

5. Walaupun ada banyak yang saya dah tau, namun tak bermakna panduan ini tak berguna untuk saya.

 

6. Masih ada beberapa perkara baru yang saya perolehi daripada panduan ini. Contohnya tentang cara nak buat SEO bagi video yang kita siarkan di Youtube.

 

7. Satu perkara yang saya tabik tentang panduan ini ialah, ia telah berjaya buat saya bertindak dan menghasilkan video yang pertama.

 

8. Video tersebut, saya rakamkan bersempena dengan kontes “belajar buat blog” yang dianjurkan oleh saudara Anuar. Kalau anda sudi, bolehlah tekan play pada video yang saya hasilkan ini.

 

9. Memandangkan ini adalah video yang pertama, maka saya juga perasan terdapat banyak kekurangan pada video tersebut. Video tersebut saya rakamkan secara terus menerus tanpa saya edit langsung.

 

10. Bagi tujuan rakaman, saya menggunakan kamera Samsung NX3300. Sekiranya anda merasakan kualiti video tersebut bagus, mungkin anda juga boleh gunakan kamera yang sama, yang saya gunakan untuk merakamkan video tersebut.

 

11. Kalau sebelum-sebelum ini, lepas saya beli panduan, sama ada saya simpan je panduan tersebut ataupun saya gunakan panduan yang diajar dalam tu dalam bentuk yang berbeza. Tapi panduan ini, walaupun ianya ringkas sahaja, namun ia berjaya menggerakkan saya untuk bertindak dan merakamkan video saya yang pertama.

 

12. Dan ya, saya dah ada channel Youtube saya sendiri.

 

13. Maka lepas ini, selain update blog, saya juga akan siarkan video bagi artikel-artikel yang pernah saya siarkan dalam blog ini. Kiranya apa yang saya bakal siarkan di Youtube merupakan hasil penulisan saya dalam versi video.

 

14. Jika anda sudi, bolehlah subscribe pada channel saya.

 

15. Ok la, kalau anda juga minat nak belajar macam mana nak buat video dan juga minat nak tahu bagaimana nak buat duit menerusi video tersebut, silalah muat turun panduan ini.

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: belajar buat blog, cara membuat blog, kontes seo belajar buat blog, panduan membuat blog, video belajar buat blog

March 17, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Cara buat duit dengan Valued Opinions

Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang kewujudan laman web Valued Opinions.

cara-hasilkan-pendapatan-dengan-valued-opinions

Sebenarnya saya memang pernah tulis pasal program ini dalam blog saya yang satu lagi. Dalam artikel yang berjudul Dapatkan Baucar Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut dengan menyertai Kaji Selidik Online.

 

1. Bila saya lihat pada bahagian arkib blog ni, baru saya perasan, rupa-rupanya dulu saya pernah tulis pasal Valued Opinions dalam blog ni!

 

2. Cuma pada waktu tu, saya tulis dengan tajuk yang sedikit berbeza. In fact, saya tak ada mention langsung nama Valued Opinions dalam tajuk. Untuk mereka yang minat nak baca, apa yang saya ceritakan pasal program Valued Opinions ni, bolehlah baca perkongsian berikut.

Klik untuk baca: Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

 

3. Sewaktu baru balik dari solat jumaat tadi, saya semak ke bahagian affiliate panel untuk melihat sama ada saya berjaya hasilkan sebarang komisen ataupun tidak.

 

4. Alhamdulillah, ada rezeki rupanya. Walaupun komisen ni sebenarnya masuk pada hari sebelumnya, tapi saya baru berkesempatan untuk semak affiliate panel.

 

5. Saya dapati struktur komisen yang baru untuk program Valued Opinions ada perubahan. Kalau dulu, bayarannya adalah sebanyak RM5.62 sahaja.

 

6. Tapi kali ini, bayaran komisen telah dinaikkan menjadi RM6.22

 

7. Boleh lihat buktinya dibawah ini.

cara-dapat-duit-dari-valued-opinions

8. Sepatutnya kita ambil peluang ini, untuk tambahkan lagi usaha supaya boleh dapat lagi banyak komisen dari program ini.

 

9. So, mungkin ada yang nak tau, macam mana nak buat duit, betul tak? Cuba tanya dalam diri, minat nak tau tak?

 

10. Saya harap, anda bukan sekadar minat nak tahu, sebaliknya kena ada juga rasa nak mencuba. Rezeki orang siapa yang tahu, kan. Mungkin anda akan dapat lebih baik dan lebih banyak dari apa yang saya dapat.

 

11. Untuk menyertai program buat duit dengan Valued Opinions, pertama sekali anda perlu mendaftar sebagai affiliate. Untuk pendaftaran anda perlu ke laman web ini dan isi kan borang pendaftaran.

 

12. Pendaftaran adalah percuma. Ini bukannya program affiliate yang memerlukan anda buat bayaran, konon-konon untuk beli lesen atau apa-apa istilah lain.

 

13. Jika anda perasan, kebanyakkan program buat duit yang saya cerita dalam blog-blog saya, majoriti adalah program yang percuma sahaja. Tak perlu bayar apa-apa, tetapi kita masih lagi boleh jana pendapatan.

 

14. Memang sesuai untuk disertai oleh orang yang tak ada modal, tak ada duit, dan minat nak cari duit tambahan.

 

15. Laman web untuk pendaftaran ini adalah dikuasakan oleh platform Involve Asia. Daftar sahaja kat situ.

 

16. Setelah pendaftaran anda disahkan, dan anda telah mendapat akses ke member area, langkah seterusnya ialah, anda pergi ke bahagian Tools >> Deeplinks. Kemudian cari opsyen Valued Opinions. Paparan yang bakal kelihatan adalah seperti dibawah.

buat-duit-dengan-survey

17. Kat bahagian Deeplink inilah anda akan generate link unik untuk anda promosikan. Senang cerita, menerusi program ini, anda hanya perlu promosikan link atau pautan unik anda.

 

18. Apabila ada orang klik pada pautan yang anda promosikan, dan seterusnya melakukan pendaftaran, anda akan dibayar sebanyak RM6.22

 

19. Ya, sama seperti yang saya sedang lakukan sekarang ni.

 

20. Kalau anda masih belum daftar, boleh daftar menerusi pautan saya ini. Ini link saya >> http://invl.co/3ncb

 

21. Bagi peserta yang mendaftar, dengan anggapan mereka minat nak dapatkan baucer Aeon, Zalora, KFC, Pizza Hut dan sebagainya, mereka perlu sentiasa alert dan jawab soalan-soalan survey yang mereka boleh sertai.

 

22. Sila lihat contoh tawaran survey dibawah.

23. Setiap survey yang ditawarkan, ada nilai ganjaran yang berbeza. Dari nilai ini nanti, peserta survey boleh tebus baucar.

 

24. Kena bertindak cepat, sebabnya setiap survey ada tarikh luput dia.

 

25. Menerusi program Valued Opinions ini, anda ada dua pilihan untuk buat duit.

 

26. Pilihan pertama, anda jadi ejen affiliate Involve Asia dan dapatkan peserta yang minat untuk jawab survey. Setiap peserta yang anda perolehi, atau yang mendaftar menerusi link affiliate anda, anda akan dibayar RM6.22 setiap orang.

 

27. Pilihan kedua, anda juga boleh kumpul ganjaran yang boleh ditukar kepada baucar tunai untuk pembelian barangan di Aeon, KFC atau Pizza Hut. Pilih mana-mana yang anda suka.

 

28. Nak pilih yang mana satu?

 

29. Tak payah susah-susah nak fikir. Buat aje dua-dua.

 

30. Ok la… selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan Valued Opinions nanti.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: belajar buat blog, belajar buat duit online, buat duit research now, buat duit valued opinions, cara buat duit mudah

March 17, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Hasil buat duit dengan Program Pengiklanan Mobicow bagi bulan Mac 2017

Adakah anda sudah sertai Program pengiklanan Mobicow? Jika masih belum, bolehlah sertai sekarang dengan mengisikan borang pendaftaran di laman web ini sekarang.

 

Jika pautan pada web tersebut tidak membawa anda ke halaman yang sepatutnya, anda boleh terus sahaja tekan pautan daftar sebagai publisher.

duit-dari-mobicow

1. Bagi para blogger yang telah sertai program pengiklanan Mobicow, sepatutnya anda telahpun menerima bayaran anda.

 

2. Dalam situasi saya, bayaran telahpun dikreditkan ke akaun Paypal pada tarikh 16 Mac 2017. Rupa-rupanya, ini merupakan bayaran ketiga yang saya terima dari pihak Mobicow.

 

3. Ini dia bukti bayaran yang saya terima. Saya menerima emel notifikasi ini menerusi emel saya.

bukti-pendapatan-mobicow

4. Oh saya harap anda tidak rasa jemu dengan update seperti yang saya kerap buat. Pada pandangan saya, benda yang baik, kita kena hebahkan kepada seramai yang mungkin. Setuju?

 

5. Pendapatan yang saya perolehi ini adalah dalam matawang USD. Seperti biasa, kalau nak tau berapa jumlah yang saya terima dalam matawang RM, kita kena lihat berapa kadar tukaran matawang sekarang.

 

6. Kalau ikut yang lepas-lepas, saya tak tukar pun kepada RM. Sebabnya? Saya akan perlukan duit ini untuk lakukan transaksi dengan seller dari luar negara yang menerima bayaran menerusi PayPal.

 

7. Biasanya, saya akan beli software, plugin, ebook ataupun beli domain dan hosting. Walaupun tahun ini merupakan tahun yang ketujuh (atau mungkin kelapan) saya bergiat aktif dalam bidang penulisan blog, namun dari masa ke masa, saya masih tetap akan beli ebook.

 

8. Kadang-kadang ebook yang saya beli tu memang ada kaitan dengan topik belajar buat blog. Almaklumlah, bidang ini pun sentiasa berkembang dan akan sentiasa ada benda baru yang perlu kita tahu. Jadi, kenalah melabur sikit untuk dapatkan ilmu.

 

9. Saya suka share kepada pembaca sekalian tentang program-program buat duit terutama sekali program yang terbukti membayar.

 

10. Kalau saya nak ajak orang untuk join program buat duit tertentu, sudah tentu saya perlu buktikan yang saya pernah merasa pendapatan dari program tersebut. Kalau saya sendiri pernah dapat income, ia akan jadi lebih mudah untuk saya bercerita tentang program tersebut.

 

11. Kalau melihatkan kepada bayaran yang saya terima pada bulan Mac 2017 ini, ianya lebih rendah berbanding bulan lepas. Boleh lihat pencapaian bulan lepas menerusi artikel berjudul Program Pengiklanan Mobicow ada potensi jadi sumber pendapatan pasif.

 

12. Pada mulanya saya beranggapan, dengan program pengiklanan Mobicow ini, pendapatan yang saya bakal perolehi akan naik naik dan terus naik.

 

13. Ternyata saya silap ha3.

 

14. Ada juga kebarangkalian untuk pendapatan saya jatuh. Sebenarnya, naik atau turun ia bergantung kepada beberapa faktor.

 

15. Faktor trafik adalah salah satu penyumbang kepada tinggi atau rendah pendapatan yang bakal diperolehi. Blog ini juga dipasang dengan iklan dari Mobicow.

 

16. Namun, disebabkan trafik blog ini tidak begitu tinggi, maka purata pendapatan yang berjaya dihasilkan blog ini hanyalah sekitar USD0.02 sahaja.

 

17. Itu tandanya, saya perlu usaha dengan lebih gigih dan lebih kuat lagi. Kena tarik lebih banyak trafik dari search engine untuk masuk ke blog ini.

 

18. Selain itu, saya berpendapat, ada faktor lain iaitu bilangan advertiser yang iklankan perniagaan mereka menggunakan medium Mobicow juga main peranan.

 

19. Duit yang kita terima sebagai publisher, sumbernya adalah dari pihak advertiser yang mengiklankan perniagaan mereka menerusi platform yang dibangunkan oleh Mobicow.

 

20. Daripada duit yang dibayar oleh advertiser kepada Mobicow, ada peratusan yang akan masuk ke poket publisher (kita la tu) sebagai upah kerana menyiarkan iklan dari Mobicow.

 

21. Kalau kita andaikan USD1 bersamaan dengan RM4, maka USD10 yang saya terima ini nilainya adalah lebih kurang bersamaan dengan RM40.

 

22. Saya berpandangan, ianya masih lebih baik berbanding program pengiklanan tempatan oleh Nuffnang.

 

23. Adakah anda patut join Mobicow dan buat duit menerusi program pengiklanan ini?

 

24. Semuanya terpulang pada anda. Selagi boleh buat duit, saya syorkan anda join sahaja program ini. Siapa tahu, mungkin in future program ini akan dihentikan, atau lebih baik lagi, akan diperkembangkan lagi program pengiklanan seumpama ini.

 

25. Selagi program ini masih ada, kita manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa tahu, duit dari Mobicow ni, satu hari nanti boleh digunakan untuk beli sebuah rumah banglo.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: belajar buat blog, belajar buat duit dari blog, buat duit dengan mobicow, bukti pendapatan dari mobicow, cara buat duit dengan blog

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
    Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Program affiliate Shopee dan bagaimana cara sertai?
    Program affiliate Shopee dan bagaimana cara sertai?
  • Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?
    Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in