Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 20, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Percutian percuma ditanggung sepenuhnya bukanlah satu mitos dengan teknik ini

Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh pergi bercuti ke mana-mana destinasi dalam dunia ini dan tak perlu risau untuk mengeluarkan sebarang perbelanjaan bagi tujuan penginapan!

 

Apa pendapat anda kalau ada orang yang nak belanja anda pergi bercuti? Kos untuk tempat penginapan ditanggung sepenuhnya.

 

Benda ini macam satu mitos dan seakan-akan mustahil untuk terjadi. Saya dulu pernah mempunyai anggapan yang sama.

 

Tapi tahukah anda yang sebenarnya kita boleh pergi bercuti dan tak perlu bayar apa-apa belanja untuk tempat penginapan?

Saya telah alaminya, dan saya berpendapat anda juga boleh lalui apa yang saya pernah lalui. Saya akan berikan anda dua contoh daripada pengalaman saya sendiri, macam mana nak pergi bercuti tanpa perlu bayar apa-apa kos untuk tempat penginapan.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: bercuti percuma, cuti secara percuma, percutian ditanggung sepenuhnya

May 17, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer

Macam mana sebenarnya kehidupan sebagai seorang freelancer?

 

Saya nak berkongsi cerita berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri bekerja sebagai seorang freelancer. Sebenarnya sebelum saya bekerja secara freelance, atau menjadi pekerja bebas ini, saya juga pernah bekerja dengan majikan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

 

 

Kemudian saya berhenti kerja, dan mulakan bisnes kedai runcit saya sendiri. Setelah pengurusan kedai runcit saya serahkan kepada orang lain, saya mula serius buat kerja-kerja secara freelance.

 

Sampailah ke hari ini.

 

Kalau dalam bahasa mudahnya, saya ini bekerja sendiri. Andai kita rujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh Robert T Kiyosaki, saya ini dikira berada dalam kuadran Self Employed.

robert-kiyosaki

Siapa yang minat baca buku-buku tentang kewangan, mungkin pernah baca buku tulisan beliau.

 

Kerja sebagai freelancer atau freelance ni, lebih kurang samalah macam orang kampung yang kerja sendiri. Bila kita tanya, awk kerja apa? Dia akan kata buat kerja-kerja kampung.

 

Lebih kurang sama je la…

 

Cuma sekarang ini, istilah kerja freelance ni lebih banyak dirujuk kepada kerja-kerja yang melibatkan kerja-kerja yang agak moden, misalnya seperti model, pelakon tambahan, penulis skrip, penulis, pereka grafik dan sebagainya.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: cara jadi freelance, kemahiran freelance, kerja freelance

May 12, 2019 by Sabree Hussin 1 Comment

Penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin mangsa seterusnya!

Sebagai seorang penulis blog, saya pernah beberapa kali diminta untuk menulis artikel pemasaran untuk mempromosikan bisnes-bisnes yang dijalankan oleh pembaca dan pelawat blog saya.

 

Ada banyak juga bisnes milik pembaca blog saya yang saya pernah bantu promosikan. Saya pernah tulis mengenai bisnes topup, bisnes homestay, bisnes buat kek dari rumah dan macam-macam lagi.

 

Malahan bisnes kereta sewa dan juga bisnes pakej Island Hopping dan Snorkeling di Sabah juga saya pernah promosikan di blog saya. Saya doakan dengan usaha yang saya telah lakukan ini, pelanggan saya ini akan dapat jualan yang berterusan dan berjaya dapat untung setelah mendapatkan khidmat penulisan dari saya.

 

Anda yang baca blog saya ni pun tolong la doakan sama juga ya. Mudah-mudahan pelanggan yang pernah berurusan dengan saya ini dimurahkan rezeki.

 

Kadang-kadang, saya juga dihubungi oleh “potential scammer” yang meminta saya untuk mempromosikan program buat duit yang terang-terang menipu.

penipuan-siber

Potential scammer ini meminta saya untuk tulis artikel pemasaran (atau dikenali sebagai advertorial) untuk saya promosikan program yang mereka sedang jalankan untuk dapatkan mangsa terbaru.

 

Apa program yang dimaksudkan?

 

Kerja sambilan melipat risalah dari rumah.

 

Cuma individu yang menghubungi saya tu, tidaklah menggunakan istilah risalah ataupun surat, sebaliknya dia menggunakan istilah brosur.

 

Saya rasa, saya dah agak tua untuk kena tipu dengan benda-benda macam ni. Tapi pada hari itu, saya buat keputusan untuk layankan je orang tu.

 

Sengaja saya nak tengok, setakat mana tahap kreativiti yang ada pada dia untuk menyakinkan saya tentang peluang kerja seperti ini.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kerja kosong dari rumah, kerja lipat brosur dari rumah, penipuan kerja melipat risalah

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut