Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 28, 2019 by Sabree Hussin 4 Comments

Kerjaya sebagai Social Media Influencer

Salah satu perkara baik yang datang bersama dengan berkembangnya penggunaan media sosial di negara kita ini ialah, ia membuka satu peluang baru kepada mereka-mereka yang masih belum ada kerja tetap untuk mendapatkan pendapatan.

 

Kalau anda masih melihat laman sosial media sebagai tempat untuk bersosial dan membuang masa semata-mata, maka itulah yang anda bakal perolehi.

 

Sedangkan jika anda perhalusi, laman media sosial sebenarnya membuka peluang kepada semua orang untuk hasilkan pendapatan sampingan ataupun pendapatan sepenuh masa.

buat-duit-dengan-media-sosial

Satu kerjaya yang sebelum ini tak pernah ada, kini mula diwujudkan apabila penggunaan media sosial semakin meluas dinegara kita. Kerjaya yang dimaksudkan adalah sebagai social media influencer.

 

Kalau kita rujuk kepada laman web carian kerja, maukerja.my disana juga terdapat banyak iklan kerja kosong yang berkaitan dengan media sosial.

 

Anda boleh lihat di halaman ini.

 

Dibawah ini pula adalah salah satu contoh kerja kosong yang berkaitan dengan kerja-kerja pengurusan akaun media sosial.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: freelance social media influencer, kerja social media, social media influencer

March 22, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Outsource kerja pemasaran untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Berapa lama masa yang anda peruntukkan untuk bekerja dalam sehari?

 

Kalau normal working hours, dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang adalah bersamaan dengan 8 jam bekerja. Kita anggap satu jam adalah masa untuk rehat.

 

Kita sedia maklum, suasana kita di Malaysia dengan traffic jam, tanggungjawab sebagai suami yang kena jemput isteri balik dari tempat kerja, atau tanggungjawab sebagai ayah yang kena ambil anak di pusat jagaan, membuatkan kita kesuntukkan masa untuk jalankan bisnes kita sendiri.

Maka tak hairanlah kalau individu yang bekerja makan gaji dengan majikan sampai bila-bila akan terus bekerja. Mereka memang tak ada masa untuk fikir dan rancang perniagaan mereka sendiri.

 

Pendapatan yang bakal diperolehi melalui perniagaan memang tidak tetap. Ada masa tinggi, ada masa rendah, boleh jadi akan rugi. Namun semua perkara ini boleh ditangani dengan baik sekiranya kita mempunyai pelan rancangan perniagaan yang baik untuk menyokong perniagaan yang kita jalankan.

 

Kita ambil satu contoh bagi memudahkan penceritaan.

 

Katakanlah anda merupakan seorang akauntan yang mempunyai pengetahuan yang sangat baik terhadap sistem percukaian di negara kita. Lalu anda pun menubuhkan sebuah firma perakaunan dan salah satu perkhidmatan yang anda tawarkan adalah perkhidmatan berhubung percukaian.

 

Kepakaran anda adalah mengenai sistem percukaian di negara kita. Persoalannya ialah, adakah anda juga seorang yang PAKAR dalam bidang pemasaran?

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kenapa perlu outsource sistem kerja, outsource pemasaran, outsourcing kerja pemasaran

March 22, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

20 Sebab Praktikal manusia menulis dan kenapa anda juga patut jadi penulis

Kenapa manusia menulis?

 

Saya percaya ada banyak sebab kenapa seseorang itu memilih untuk menulis sesuatu. Dekat sini, saya kongsikan, sekurang-kurangnya ada 20 sebab kenapa manusia menulis. 

 

Ini antaranya…

 

(1) Untuk merekodkan peristiwa yang berlaku supaya jadi satu catatan sejarah di masa akan datang.

 

(2) Untuk melaporkan berita tentang sesuatu peristiwa

Benda ini memang tak banyak beza dengan yang pertama, cuma kalau bagi tujuan melaporkan berita ini, kadang-kadang manusia jadi agak selective. Dia tak akan laporkan semua perkara sebaliknya cuma melaporkan benda-benda yang dia ada kepentingan sahaja.

 

Macam berita dalam portal berita. Berita yang dilaporkan adalah berita-berita yang “menjaga” kepentingan pihak tertentu. At least, kepentingan syarikat akhbar tu sendiri. Berita yang dilaporkan kenalah ada nilai yang boleh buatkan pembaca minat nak terus beli surat khabar ataupun terus menjadi subscriber berbayar bagi portal berita tersebut.

(3) Menulis untuk menjual sesuatu

Benda ini antara yang saya biasa buat. Saya gunakan beberapa teknik penulisan yang saya pernah pelajari, seperti teknik copywriting untuk menjual sesuatu melalui artikel yang saya hasilkan.

 

Memanglah bukan semua artikel yang saya hasilkan berjaya hasilkan jualan, tetapi kebanyakkan jualan yang saya berjaya hasilkan adalah melalui penulisan artikel.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kenapa menulis kenapa jadi penulis, sebab jadi penulis

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut