Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 22, 2014 by Sabree Hussin Leave a Comment

Sebulan Maksimum Dua Produk Berkaitan Sahaja

Bermula bulan ini, saya akan mula hadkan bilangan produk ataupun program affiliate yang saya nak promosikan.

Mungkin saya akan hadkan satu atau dua produk sahaja dalam sebulan. Kalau nak promosikan lebih daripada itu pun, mungkin saya akan gunakan blog yang berbeza.

Jadi satu kerja.

Nak kena maintain banyak-banyak blog dalam satu-satu masa.

Sempena bulan April ini, saya akan lebih banyak promosikan program affiliate EdyClick dan juga program affiliate EdyBiz.

Lain-lain program affiliate, masih lagi akan dipromosikan. Cuma mungkin slow sikit.

Saya nak cuba praktikkan promosi satu produk untuk satu bulan.

Patutkah anda promosi banyak produk affiliate serentak?

Sebelum ini saya promosi banyak-banyak produk dalam satu-satu masa.

Hasilnya? Kurang memberangsangkan.

Mungkin juga usaha saya masih lagi kurang.

Jadi kali ini saya nak buat beberapa perubahan.

Mana tau, buat macam tu lebih mudah untuk hasilkan jualan.

 

Filed Under: Personal

April 21, 2014 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kali Pertama Mempromosikan Produk Lelaki: Qlimax

Dalam friendlist saya, ada macam-macam kategori manusia. Kebanyakkan yang berada dalam friendlist saya, sama ada mereka yang memang saya kenal, ataupun mereka yang memang kenal saya (tapi saya tak kenal mereka).

Basically, mereka terdiri daripada

1. Kawan-kawan masa sekolah

2. Kawan-kawan masa kolej

3. Kawan-kawan masa belajar kat UiTM

4. Kawan-kawan masa zaman kerja kat Scicom

5. Kawan-kawan masa kerja kat Berjaya

Now bila saya dah tinggalkan alam bekerja dengan orang dan melangkah ke alam kerja sendiri, maka kawan-kawan baru yang saya dapat sekarang ni pun pelbagai latar belakang.

Mostly sekarang ni banyak terdiri daripada mereka-mereka yang minat meniaga.

Tak kiralah sama ada mereka ni meniaga secara dalam talian (online) mahupun offline.

Mungkin betullah kata bijak pandai, nak tengok siapa diri kita yang sebenar, tengoklah siapa kawan-kawannya.

Kalau dulu masa saya masih bekerja, kawan-kawan saya semua terdiri daripada golongan executive. Junior excutive.

Sekarang ni bila saya dah mula beranikan diri untuk berniaga, kawan-kawan saya sekarang kebanyakkannya juga adalah seorang peniaga.

Jadi, beberapa minggu yang sudah, saya terpandang tawaran untuk jadi agen bagi mempromosikan produk lelaki.

Dalam hati saya rasa tawaran tu memang menarik! Sebab saya juga memang kenal seorang kenalan di FB yang fokus menjual produk lelaki dan income dia memang best!

Kalah gaji seorang junior executive kalau nak compare dengan hasil jualan dia ni.

Bila saya selidik-selidik, rupa-rupanya produk yang dijual adalah produk Qlimax Extreme Grip. Maklumat lanjut tentang Qlimax Extreme Grip sila [klik sini].

Saya tak ingat… kenapa saya tak ambil tawaran tu.

Mungkin sebab hati berbelah bahagi.

Takut pun ada.

Takut tak dapat nak beri komitmen. Takut tak berjaya nak dapatkan sebarang hasil. Entahlah… macam-macam yang difikirkan.

Tapi, rupa-rupanya saya masih berpeluang untuk jadi agen bagi mempromosikan produk Qlimax Extreme Grip ni rupanya.

Walaupun bukan agen dropship, stokis dan sebagainya yang mungkin berpeluang untuk jana lebih banyak komisyen, tapi saya tetap berpeluang untuk jadi agen affiliate.

Peranannya pun lagi mudah berbanding agen dropship.

At least saya tak perlu nak uruskan order dan sebagainya.

Tak apa, masih dalam peringkat percubaan. Saya pun tak pernah lagi ada pengalaman nak jual produk-produk kuat macam ni.

Jika rezekiku berada disini, maka Engkau permudahkanlah Ya Allah.

Oh ya, saya menjadi agen affiliate yang mempromosikan produk Qlimax ini menerusi laman web EdyClick.

Jika anda juga ingin menjadi agen affiliate EdyClick, buatlah pendaftaran di laman web berikut:

Klik sini untuk mendaftar –> Pendaftaran Affiliate EdyClick

 

Filed Under: Personal Tagged With: qlimax, qlimax extreme grip

January 31, 2014 by Sabree Hussin 1 Comment

Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?

Pengalaman yang lepas betul-betul mengajar erti kehilangan.

Saya terpaksa lalui detik-detik dan saat yang sukar sampailah sekarang ni, semua ni gara-gara masalah pada blog utama saya, http://www.sabreehussin.com

Rupa-rupanya, blog tu tak dipasang sistem back up. Tak sengaja sebenarnya…

Sekarang ni, saya perlu mula menulis semula dari 0. Oh pada waktu entri ini saya hasilkan, blog tu dah pun mengumpul kira-kira 100 artikel.

Setiap satu artikel ada fungsi dan peranannya sendiri. Ada beberapa jerangkap samar yang dipasangkan disana sini, bagi tujuan menangkap prospek untuk ditukarkan kepada pelanggan.

Ada rezeki, In Shaa Allah akan dapat hasil.

Sama ada dalam bentuk komisyen affiliate, mahupun hasil dari segi hasil jualan produk sendiri.

Jadi, untuk seterusnya, moving forward, nak tak nak mesti kena ada sedikit sifat paranoid. Apa-apahal, mesti, wajib, ada back up plan.

Kalau nak buat duit dengan blog, wajib ada lebih dari satu blog, dan setiap blog tu pulak wajib di host kan di syarikat-syarikat yang berbeza.

Kalau target nak buat marketing dengan menggunakan medium FB sahaja, pun begitu jugak. Wajib ada lebih dari satu FB Profile, Fan Page, FB Group dan sebagainya.

Untuk emel marketing pun sama jugak. Tak rugi sebenarnya kalau ada lebih daripada satu sistem autoresponder. Senang cerita, bagi je la semua sekali ada back up system dia sendiri.

Ni kalau tak, dia akan jadi macam mana yang saya dah pernah lalui sebelum ni… memang sakit hati. Apa pun, hidup kena diteruskan jugak, kan?

So, let’s face it, and move on. Itu lebih baik daripada asyik meratapi kesalahan dan kesilapan lama.

Filed Under: Personal

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 30
  • 31
  • 32

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut